dari pandangan masyarakat marhaen
Putrajaya adalah antara
kawasan Parlimen yang paling mendapat perhatian. Putrajaya akan ditandingi oleh
Tengku Adnan (BN-penyandang) dan Husam Musa (PAS). Jumlah pengundi di sini
ialah sebanyak 15,308 pada 2013, peningkatan yang ketara berbanding 6,387 pada 2008. Peningkatan melebihi 9000
pengundi ini menyebabkan Parlimen Putrajaya semakin menarik untuk diteliti.
Husam dan Tengku Adnan |
Pada 2008, BN telah menang dengan
majority 2000 ++. Agak mengejutkan pada ketika itu sokongan terhadap BN itu
adalah kecil. Tidak sepatutnya perkara seperti ini terjadi kerana Putrajaya
adalah kawasan kakitangan kerajaan. Dengar ceritanya, ramai kakitangan kerajaan
tidak memberi undi kepada BN kerana tidak berpuas hati dengan bonus. PRU13 ini,
sentiment ini sudah tiada dan ini memberi kelebihan kepada BN.
Setakat hari ini, anggaran
sokongan kepada BN diPutrajaya hanyalah sekitar 30%, sokongan kepada PAS tidak
diketahui, sokongan dari pengundi luar putrajaya 10%, dan selebihnya silent
majority. Kebanyakan pegawai kerajaan masih takut untuk menyatakan sokongan
mereka. Bagaimanapun sepanjang tempoh 4 tahun Tengku Adnan berkhidmat di
Putrajaya, beliau telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Pernah penulis
membuat tinjauan disekitar Putrajaya, mereka berpuas hati dengan khidmat Tengku
Adnan. Walaupun penulis bertanya kepada penyokong pembangkang, mereka tetap
suka kepada Tengku Adnan.
Sokongan PAS datangnya dari
pegawai kerajaan yang berasal dari pantai timur. Jumlah mereka ini tidak
mencapai majority, terutama selepas peningkatan jumlah pengundi disini. Mereka ini
mungkin akan mengundi PAS kerana emosi atau ujikaji nak tukar kerajaan. Penulis
berkata demikian kerana diPutrajaya tidak banyak isu-isu yang boleh di
ketengahkan sehingga boleh menukar kepimpinan. Sebab itulah Husam Musa di
Putrajaya terpaksa membuat isu, seperti isu surau tidak ada azan, AJK surau
kena pecat oleh JAWI, membina keretapi laju dari Putrajaya – Kota Baharu (walaupun
nak bina lebuhraya pun tidak berjaya ada hati nak buat keretapi laju) dan
sebagainya.
Terdapat dua peristiwa
diputrajaya yang di war-warkan didalam media. Di Pihak PAS, mereka
memperlihatkan kedatangan ramai pengikutnya ketika kedatangan Nik Aziz di
Masjid besi (dengarnya hampir 10k). Di pihak BN pula, ketika ceramah Dr
Mahathir jumlah kehadiran juga hampir 10k, walaupun pada ketika itu PAS dilihat
cuba mensabotaj ceramah itu dengan membuat ceramah ustaz Azhar Idrus (kedatangan
dengarnya lebih hampir 5k). sekiranya diteliti, kedatangan penyokong PAS di
Masjid besi itu bukan keseluruhanya penyokong PAS, kerana ia dibuat selepas
solat jumaat (kemungkinan ada Jemaah yang datang hanya untuk solat jumaat),
menurut orang putrajaya kebanyakan yang datang adalah bukan pengundi dari
Putrajaya. Kehadiran penyokong BN pada ceramah Dr Mahathir pula adalah tulen
penyokong BN, kerana ceramah yang dibuat adalah ceramah politik (yang majoritinya
dihadiri oleh penyokong parti), ceramah ini juga diberi tentangan dengan
sabotaj dari PAS (buat ceramah Ustaz Azhar Idrus) tetapi BN Berjaya juga
menarik kedatangan hampir 10k. Menurut orang Putrajaya, yang datang ceramah Dr
Mahathir ini, ramai dari penduduk Putrajaya.
Jentera Parti BN di Putrajaya
juga tidak mempunyai masalah seperti tempat lain (ada calon merajuk dan
sebaginya). Ini juga memberi kelebihan kepada BN untuk terus merapati pengundi.
Suasana di Putrajaya sekarang condong ke arah BN, kerana tidak banyak isu yang boleh
dimainkan oleh PAS, PAS masih lagi mahu melelong Putrajaya. Husam pula menabur janji yang tidak realistic (seperti
keretapi laju, kuaters kerajaan akan dijual kepada penjawat awam). Penduduk
Putrajaya bijak-bijak orangnya, bukan senang untuk digula-gulakan dengan janji
yang tidak realistic itu. InsyaAllah Putrajaya akan kekal di bawah BN.
(saya
berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin
yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah
kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan