PRK Teluk Intan sudah selesai,
Tahniah penulis ucapkan kepada Dato Mah siew Keong (calon BN). Beliau juga
merupakan presiden parti gerakan, sudah pastinya kemenangan ini amat manis
kerana parti gerakan kalah teruk pada PRU13 yang lepas. Kemenangan ini menjadi
suntikan semangat kepada Gerakan untuk berjuang menentang DAP. Penulis ingin
berkongsi cerita-cerita yang menjadi buah mulut orang teluk intan selepas PRK.
ADUN CHANGKAT JONG TIDAK MEMBERI
KERJASAMA DALAM BERKEMPEN
Kemenangan BN dalam PRK ini tidaklah
merupakan hasil kerjasama secara total dalam parti BN. Sudah tentunya ada duri
dalam daging ketika kempen berjalan. ADUN changkat Jong yang merupakan ketua
bahagian Teluk Intan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kempen. Ada yang
bercerita, Menteri turun padang pun beliau tidak turut serta. MB Perak juga
mencari dimana kelibat ADUN Changkat Jong ini, yang begitu jarang turun padang.
Ada juga beliau turun padang tetapi sekadar melepaskan patok ditangga. Ketika
hari pengundian, DUN changkat Jong menunjukkan peratus keluar undi teramat
rendah (dengarnya berbelas peratus sahaja) dan ADUN changkat Jong ini hanya
membiarkan sahaja perkara itu tanpa ada tindakan susulan. Bagaimanapun Perkara
itu diketahui oleh Dato Mah, beliau telah mengambil tindakan drastik dengan
menggantikan pengerusi bilik gerakan serta merta. Selepas itu barulah jentera
BN bergerak untuk menjemput orang ramai pergi mengundi.
UNDI GOLONGAN MUDA
Secara umumnya undi golongan muda
memihak kepada BN. Pada peringkat awal ramai mengatakan undi golongan muda akan
memihak kepada DAP. Tetapi jangkaan itu meleset sekali, undi golongan muda di
kampong CIna, Melayu dan India memihak kepada BN.
PENGUNDI LUAR DAN PENYOKONG
BOIKOT
Hakikatnya memang pengundi luar
ramai yang tidak balik mengundi. Dan ramai yang mengatakan semua yang tidak
balik mengundi itu adalah penyokong DAP. Bagaimanapun kita harus melihat
perkara ini secara terperinci. Di teluk intan terdapat dua golongan pembangkang
yang tidak keluar mengundi atau mengundi BN, satu penyokong DAP yang tidak
berpuas hati dengan calon DAP; kedua penyokong PAS yang tidak berpuas hati
kerana DAP tolak hudud. Kedua-dua golongan itu adalah penduduk tempatan yang
menetap di Teluk Intan, dan mereka tidak keluar mengundi dan ada yang menyokong
BN. Pada pendapat penulis, tidak semua pengundi luar itu menyokong DAP.
MCA DAN GERAKAN
Memang tidak dinafikan kerja
kempen PRK ini menyaksikan kerjasama yang agak baik antara MCA dan Gerakan.
Peningkatan sokongan kepada kepimpinan baru kedua-dua parti juga dapat dilihat
dalam PRK ini. Kaum cina terkesan dan menyokong dengan kesungguhan kepimpinan
baru ini. Sebelum ini jentera MCA seolah-olah memboikot Gerakan dalam
Pilihanraya. Tetapi sekarang mereka bersatu untuk menetang DAP. Penulis harap
ini dapat berterusan dan meningkat sokongan orang cina kepada BN.
KEANGKUHAN DAP
DAP pusat dengan angkuhnya telah
membelakangkan permintaan penyokong DAP Teluk Intan dengan meletakkan calon paying
terjun yang berbangsa melayu. Akibatnya mereka telah diboikot oleh DAP Teluk
Intan. Selepas PRK DAP pusat masih lagi angkuh, menyalahkan semua pihak kecuali
DAP pusat. Mereka menyalahkan bangsa melayu, hudud, pengundi luar malahan hari
mengundi pun mereka salahkan (kononnya jika mengundi hari ahad DAP akan
menang). Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
(artikel ini adalah menurut pandangan peribadi penulis)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan