Isu halal untuk Cadbury telah di
sensasikan oleh pihak-pihak tertentu. Banyak blog-blog (terutama blog
pro-pembangkang) yang memainkan isu ini dan menyalahkan JAKIM. Pada pandangan
penulis isu ini salahnya terletak pada KKM. Walaupun KKM telah mengaku
kesilapannya dan meminta maaf nampaknya blogers masih lagi menyalahkan JAKIM.
Seolah-olah mahu menjatuhkan tahap keyakinan umat islam kepada JAKIM.
Sebelum ini ada gambar yang
menunjukkan gambar minuman keras Carlberg yang mempunyai logo halal JAKIM yang
tersebar di laman social seluruh Negara. Isu ini telah dimuat naik oleh Harakah
Daily pada January 2014. Bagaimanapun Pihak JAKIM menafikan perkara ini dan
membuat laporan Polis berkenaan perkara ini.
Logo Halal JAKIM sebenarnya
memberi impak negatif kepada industry makanan yang gharar (kabur). Ada restoran
di Kuala Lumpur yang menyatakan menyajikan makanan halal walaupun terdapat
kaunter arak didalam kedai itu. Tuan punya kedai biasa menyatakan arak tidak
diletakkan didalam makanan. Kedai sebegini sudah pastinya tidak dapat sijil
halal. Bagi umat islam pula mereka sudah tidak yakin untuk makan didalam kedai
yang tidak ada logo halal dan ini akan menjatuhkan jualan kedai tersebut.
Kebanyakan kedai sebegini dimiliki oleh bukan islam.
Selain itu ada juga berita yang
menyatakan terdapat agensi swasta yang mengeluarkan sijil halal, yang mana
sijil halalnya boleh diragui. Ini menjadikan sijil Halal JAKIM menjadi rujukan
utama untuk umat islam di Malaysia. Walaupun kedai itu mempunyai sijil halal,
tetapi ia bukan dari JAKIM ada umat islam yang tidak yakin.
Penulis khuatir terdapat
usaha-usaha untuk menjatuhkan JAKIM supaya industry halal Negara jatuh dan
diragui. Kesannya adalah kepada umat islam secara keseluruhan. Kita akan
terdedah dengan produk-produk yang gharar tanpa ada pemantauan.
Oleh itu penulis ingin menyeru
umat islam di Malaysia supaya jangan meragui JAKIM dan terlampau menghukum
JAKIM kerana emosi yang disensasikan oleh media social. Seperkara lagi umat
islam di Malaysia seharusnya terus memulaukan barangan atau restoran yang tiada
logo halal JAKIM, supaya dapat memberi tekanan kepada pengusaha industry makanan
supaya menyediakan produk makanan mengikut piawaian islam. Kuasa umat islam
dalam hal ini adalah kuasa membeli, peniaga/pengusaha harus mengikut kehendak
umat islam.
Rujukan-
http://ping.busuk.org/v/812229/isu-cadbury-kkm-akui-kesilapan.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/24832-carlsberg-halal-respons-jakim
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peniagateruspamerlogohalalswasta//Article/article_print
(Artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan