Isu Cadbury yang mengandungi DNA babi telah menyebabkan jualan produk itu
jatuh. Setiap orang tidak mahu membeli kerana bimbang tentang isu ini. Pada awalnya
JAKIM mengesahkan bahawasanya coklat Cadbury ini haram dan sijil halal Cadbury di
gantung. Bagaimanapun selepas ujian kali kedua dijalankan, JAKIM mengesahkan
tiada DNA babi dan menyatakan Cadbury halal di makan. KKM telah mengakui mereka
telah menguji sample yang telah tercemar, bukan yang diambil dari kilang. Ibarat
pepeatah melayu “nasi telah jadi bubur” orang ramai sudah tidak yakin dengan
tahap kehalalan Cadbury, dan sesuatu yang tidak pasti itu eloklah di jauhi. Itu
yang dilakukan oleh umat islam Malaysia sekarang.
Bagaimana KKM boleh menguji
sample yang tercemar?? Adakah ia disengajakan untuk tujuan yang tertentu. Untuk
menjatuhkan Cadbury. Penulis pun tidak pasti dengan perkara itu. Ada yang
menceritakan kepada penulis, ia dilakukan untuk menjatuhkan ekonomi melayu. Majoriti
saham Cadbury dipegang oleh syarikat melayu (Boustead Holding Bhd – 2,020,000
dan Felda – 808,000). Dengan membuat kegemparan
isu sebegini boleh menjatuhkan jualan syarikat berkenaan. Sesunggunya dalam
orang melayu mahu mempromosikan “beli produk melayu first, produk cina terakhir”
ini yang berlaku. Membantutkan usaha meningkatkan keyakinan pembeli kepada
produk melayu. Dalam isu cabury ini, Dikhabarkan ujikaji yang dijalankan adalah
pada bulan februari 2014, tetapi berita ini hangat diperkatakan bulan may 2014.
Seharusnya isu ini dimainkan oleh pro-pembangkang pada bulan February lagi.
tetapi tidak. Sesuatu yang agak musykil berlaku dalam isu ini. Apapun ini hanyalah pandang peribadi.
Walaubagaimanapun, biarlah isu ini menjadi pengajaran
kepada KKM dan JAKIM supaya menjalankan kerja dengan mengikut SOP. Buat ujikaji
menggunakan sample yang telah tercemar memang tidak mengikut SOP. Bagi Cadbury pula,
mereka harus meningkatkan tahap kebersihan dalam menjalankan perniagaan supaya
produk yang dikeluarkan mengikut spesifikasi HALAL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan