Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) mengeluarkan kenyataan di Parlimen semalam supaya umat islam menghormati murtad. Dengan kata lain, meminta umat islam menghalalkan murtad. isu murtad sebenarnya semakin berleluasa di Malaysia. Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan
peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak
mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama. Bagaimanapun hak mengamalkan agama yang lain itu adalah untuk mereka yang bukan islam mengamalkan agama mereka, bukan untuk membolehkan umat islam murtad.
Kita sebagai umat islam harus berjuang menentang gejala murtad. Parti-parti politik yang menghalalkan murtad ini harus ditentang. Kepada umat islam liberal yang menyokong menghalalkan murtad, kamu harus ingat ayat-ayat Al-quran yang secara jelas menunjukkan umat islam adalah berdosa besar sekiranya murtad. Adakah kita umat islam harus membiarkan dosa besar ini berlaku kepada umat islam di Malaysia?..
Antara ayat yang menyentuh tentang murtad dalam Al-Quran:
"Adakah
kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi
Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan
mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang
lurus." (Al-Baqarah 2:108)
"Dan
bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut
jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu)
mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah
Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Al-An'aam 6:153)
"Dan
sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi."
(A-li'Imraan 3:85)
"Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam
bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah
berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari
jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat
(orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir
penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di
sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya)
daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan
mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka
(mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan
yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)
dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka
orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di
dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di
dalamnya (selama-lamanya)."
(Al-Baqarah 2:217)
Selain itu Ngeh Koo Ham juga mahu pergerakan syiah dibiarkan tanpa sekatan. Agak pelik DAP sudah berani masuk
campur dalam urusan islam. Ikut suka dia nak membiarkan pergerakan
mengkafirkan umat islam. Itu sebabnya umat islam harus berjuang dan
menolak PR. PR adalah pakatan yang berpaksikan DAP. Atau dengan kata lain semua urusan harus dinilai dari kaca mata bukan islam. Orang bukan islam akan menilai dari segi logik akal sedangkan umat islam mempunyai iman yang membatasi segala penilaian.
Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan