08 April, 2013

Kita perlu nilai siapa sebenarnya Anwar secara objektif - Dr Yusri


SEJAK Angkatan Belia Islam (ABIM) ditubuhkan pada 6 Ogos 1971, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu tidak dapat lari dari dikaitkan dengan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sekarang.

Bagaimanapun tidak semua bekas pemimpin dan ahli ABIM itu masih setia menyokong malah terdapat beberapa nama besar antaranya Datuk Dr. Sidek Baba dan beberapa lagi yang bertindak meninggalkan Anwar setelah mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Bagi bekas Presiden ABIM keenam, DR YUSRI MOHAMAD (gambar), beliau jelas kecewa setelah mengetahui siapa diri Anwar yang sebenar. Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyatakan adalah penting untuk kita membuat penilaian yang objektif dan bukan menyokong semberono.

“Bagi saya, adalah sangat menyesakkan dada jika terpaksa menyokong seseorang atau sesuatu yang saya yakini salah semata-mata kerana pertimbangan kepartian atau kelompok.

“Tetapi tidak dinafikan, Anwar punya aura tersendiri yang kadang-kadang mengelabui seseorang daripada menilai beliau secara objektif," katanya.

MINGGUAN: Walaupun Dr. bekas Presiden ABIM tetapi agak kritikal dan kelihatan tidak bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sikap ini berbeza dengan pimpinan ABIM hari ini. Apa komen Dr.?

DR YUSRI: Pemerhatian ini benar. Memang saya telah beberapa kali sebelum ini secara terbuka dan tertutup menyatakan pendirian yang saya yang kritikal terhadap Anwar dan sikap untuk tidak mendokong beliau. Dan benar memang sikap ini berbeza dengan pendirian rasmi pimpinan ABIM sekarang yang sebenarnya hari ini terzahir dalam rangkaian tiga pertubuhan iaitu WADAH, ABIM dan PKPIM dengan WADAH, yang dipimpin oleh aktivis ABIM generasi awal ABIM, menjadi penentu dan pencorak utama sikap ABIM. Seperti kebanyakan aktivis ABIM, saya asalnya punya penghormatan dan simpati yang tinggi terhadap Anwar. Ketika itu kita mengenali Anwar melalui imej publiknya yang pada zahir meyakinkan. Hanya bermula selepas krisis 1998, barulah sisi-sisi lain diri beliau terbuka satu persatu yang mengubah persepsi saya terhadap beliau. Ketika beliau dipecat, saya sangat kuat simpati dan menganggap beliau sebagai mangsa kezaliman. Saya merasa terpanggil untuk turut bersama membela beliau dan menyahut seruan reformasi yang dilaungkan. Tetapi kemudiannya saya makin menjauhi beliau dan gerakannya apabila lebih mengenali sisi-sisi sebenar beliau. Proses menilai semula sikap saya terhadap beliau ini bukan mengambil masa sehari dua, ia melibatkan masa yang lama.

Antara perkara pertama yang menumpulkan minat saya untuk terus mendokong beliau ialah melihat sikap beliau terhadap konflik politik dalaman Parti Keadilan Nasional (ketika itu). Saya mendapati beliau turut menjadi faktor yang memburukkan lagi hal ini sedangkan sebagai tokoh utama beliau sepatutnya menjadi penyelesai. Ini tidak membayangkan kejujuran beliau dengan idealisme perjuangan parti. Kemudiannya, terutama ketika saya memimpin ABIM sekitar tahun 2005-2009, saya mendapati beliau secara konsisten mengambil sikap, langkah dan membuat kenyataan yang menimbulkan kekeliruan dan masalah berkaitan dengan soal-soal Islam dan juga kedudukan orang Melayu-Islam di negara kita. Sikapnya ini telah membuka pelbagai pintu fitnah dalam aspek ini dan telah menggegarkan tiang-tiang seri keutuhan negara-bangsa kita. Sebagai salah seorang pimpinan NGO Islam, saya dan rakan-rakan sangat merasai kesan-kesan budaya negatif ini yang mana beliau adalah antara arkitek utamanya.

Akhirnya, faktor utama yang mengubah sikap saya terhadap beliau adalah apabila saya secara jujur tidak lagi dapat mempertahankan tanggapan asal bahawa dia adalah mangsa konspirasi dalam kes-kes tuduhan moral terhadap beliau. Pelbagai maklumat dan pendedahan yang sampai ke pengetahuan saya menyebabkan saya tidak lagi yakin yang beliau bersih serta segala skandal yang dikaitkan dengan beliau adalah palsu. Sebelum kes Saiful lagi sebenarnya sudah timbul keraguan dalam diri saya berdasarkan beberapa maklumat yang ada tetapi ketika itu saya masih menggunakan alasan qazaf untuk menolak perasaan ragu yang timbul. Apabila timbul kes Saiful, pendirian ini tidak lagi dapat saya pertahankan. Maka saya menilai semula secara kritikal segala maklumat yang saya ada, di samping mengkaji secara lebih komprehensif sudut ini. Sesudah proses penilaian yang intensif dan komprehensif ini, yang mengambil masa juga, saya memuktamadkan pendirian saya bahawa Anwar adalah sosok yang sangat bermasalah kepada umat, bangsa dan negara dari pelbagai sudut.

MINGGUAN: Pada pandangan Dr. apakah sikap partisan kepada Anwar dan politik suatu langkah yang bijak bagi ABIM? Apakah lebih baik ABIM isytiharkan diri sebagai parti politik dan gerakan Islam?

DR YUSRI: Saya berpandangan bahawa tak semua orang dan semua organisasi perlu terjun secara langsung ke gelanggang politik. NGO dan Jemaah Islam seumpama ABIM ada peranannya yang tersendiri dalam bidang pendidikan, dakwah dan amar maaruf nahy mungkar yang tetap mustahak dalam pembinaan negara-bangsa. Pendirian non-partisan yang diperkenalkan oleh ABIM sangat sesuai dengan ajaran Islam yang melarang kita terlalu taksub dan menyokong melulu mana-mana individu ataupun pihak. Non-partisan membebaskan jiwa kita untuk menyokong atau menyanggah sesiapa sahaja berpandukan prinsip, with out fear or favour. Sikap inilah antara perkara yang menarik minat saya untuk menyertai ABIM asalnya. Bagi saya, adalah sangat menyesakkan dada jika terpaksa menyokong seseorang atau sesuatu yang saya yakini salah semata-mata kerana pertimbangan kepartian atau kelompok.

Oleh itu, jika seseorang itu mengambil sikap partisan terhadap Anwar sesudah mengenali segala sisi dirinya yang sebenar adalah langkah yang tidak boleh dipertahankan. Jika ia disebabkan oleh kejahilan dan kekeliruan yang berpanjangan, ia membayangkan kelemahan menilai dan kemalasan mengkaji pada diri seseorang. Mana kala jika disebabkan kepentingan diri, ketaksuban dan kebencian maka ia ada suatu hal yang lebih malang lagi. Tetapi tidak dinafikan, Anwar Ibrahim punya aura tersendiri yang kadang-kadang mengelabui seseorang daripada menilai beliau secara objektif. Situasi sebegini sering ada pada diri tokoh-tokoh politik dan agama yang punya karisma dan daya tarik tersendiri kalaupun jika hakikatnya mereka adalah individu yang bermasalah.

MINGGUAN: Seperti yang saudara sentuh tadi, ada yang menjadikan alasan-alasan Syariah seperti hukum qazaf dan larangan mengaibkan orang sebagai sebab untuk terus bersangka baik dengan Anwar Ibrahim. Oleh kerana latarbelakang akademik saudara ialah perundangan Syariah, boleh ulas mengenai perkara ini?

DR YUSRI: Ya, saya setuju bahawa di kalangan mereka yang beragama Islam, silap faham dalam soal-soal inilah antara faktor utama yang menyumbang kepada pendirian terus menyokong Anwar. Secara ringkas, terutamanya selepas timbulnya kes Saiful Bukhari Azlan dan malah sebenarnya sejak kes tuduhan liwat dengan bekas pemandunya, Azizan lagi, Anwar tidak boleh semata-mata berselindung di sebalik hukum qazaf. Qazaf hanya melindungi seseorang itu daripada tuduhan zina atau liwat jika ia datang daripada pihak ketiga. Qazaf tidak terpakai jika tuduhan itu datangnya daripada seseorang yang mendakwa sebagai mangsa seperti dalam dakwaan rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual ditempat kerja terutamanya melibatkan majikan. Jika diteliti fakta kes, kedua-dua Saiful Bukhari Azlan dan Azizan adalah pekerja yang berada di bawah pengaruh Anwar sebagai majikan. Mereka bukannya orang asing dan hubungan antara mereka memungkinkan dakwaan itu benar. Dalam situasi sebegitu, syariah menuntut bahawa dakwaan mereka itu disiasat untuk menentukan kebenarannya. Manakala beban bukti dalam kes seumpama ini bukan lagi terhad kepada kesaksian (Syahadah) empat orang saksi tetapi mencakupi semua bentuk bukti-bukti lain yang diiktiraf oleh syarak termasuklah qarinah.

Jika dilihat bukti-bukti yang telah dibawa ke mahkamah dalam kes-kes yang melibatkan Anwar terbukti bahawa dakwaan-dakwaan terhadap beliau bukannya langsung tanpa asas. Cuma faktor-faktor sampingan seperti faktor teknikal yang setakat ini mengelakkan beliau daripada didapati bersalah oleh mahkamah. Kes Saiful Bukhari Azlan pula masih di peringkat rayuan. Bagi saya, segala fakta kes dan bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah, dicampur dengan bahan-bahan yang didedahkan di tempat lain sudah cukup untuk menghilangkan kelayakan beliau untuk diangkat sebagai pemimpin. Walaupun belum cukup setakat hari ini, untuk mensabitkan beliau di mahkamah. Tentang soal aib-mengaib pula, adalah jelas terdapat di sana beberapa situasi yang merupakan pengecualian daripada hukum larangan mendedahkan aib seseorang dalam Islam seperti ketika mengkaji kelayakan seseorang sebagai calon suami ataupun isteri. Sudah tentu dalam proses menilai kelayakan seseorang untuk memimpin negara pengecualian ini lebih relevan dan perlu kerana akibatnya adalah lebih besar dan luas.

MINGGUAN: Sahabat baik saudara, Dr. Sidek Baba mengambil keputusan meninggalkan Anwar setelah hampir tiga tahun membuat kajian dalam usahanya mencari kebenaran dan membuat pendirian malah ramai tokoh-tokoh ABIM melakukan hal yang sama. Hairannya mengapa terdapat pemimpin ABIM dan WADAH yang masih kental dengan Anwar tidak bersedia mendengar, mengkaji dan menyelidik sedangkan sebahagian dari mereka adalah orang akademik?

DR YUSRI: Cikgu Sidek adalah sebenarnya adalah antara senior dan naqib saya dalam ABIM. Kami banyak bertukar-tukar pandangan dan maklumat termasuk dalam isu ini. Jadi memang saya faham benar kenapa beliau mengambil sikap tersebut. Dan benar bahawa sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh berlatar-belakangkan ABIM, yang senior mahupun yang muda, yang mempunyai pandangan yang sama. Adapun sikap rasmi WADAH dan ABIM memanglah suatu yang kami kesalkan dan antara puncanya, bagi saya, adalah keengganan untuk betul-betul menilai semua sudut pandangan dalam isu ini. Kegagalan menilai secara komprehensif isu ini bagi suatu pertubuhan seperti ABIM adalah amat malang dan tidak boleh dijustifikasi oleh apa-apa alasan.

MINGGUAN: Kami mendapat tahu ramai tokoh dan pemimpin ABIM akan bertanding dalam pilihan raya kali ini atas tiket pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat. Apakah pandangan saudara mengenai hal ini?

DR YUSRI: Saya menghormati minat dan kecenderungan mereka untuk terjun menyertai politik tetapi berharap agar jangan sampai ABIM terabai. Seperti saya sebutkan di awal tadi bahawa dalam agenda pembangunan umat dan negara, kita perlukan komponen NGO yang kuat dan efektif. Adapun jika benar dakwaan ramai mereka akan bertanding atas tiket PKR, saya berpandangan, berasaskan apa yang telah saya huraikan sebelum ini bahawa ini adalah pilihan yang silap.

MINGGUAN: Pertentangan yang terdapat di kalangan kelompok gerakan Islam dan juga parti politik Islam banyak didorong oleh keinginan berkuasa yang tinggi dan rasa kebencian dan dendam kesumat terhadap orang lain. Apakah ia sesuatu yang sihat ke arah perpaduan ummah?

DR YUSRI: Adalah sangat malang jika apa yang saudara sebutkan itu benar. Sepatutnya ahli politik berlatarbelakangkan Islam didorong pada setiap saat dan ketika oleh dorongan ubudiyyah, perhambaan diri kepada Allah. Merekalah yang perlu menegakkan politik berasaskan keikhlasan yang berpandukan ilmu yang benar. Merekalah yang sepatutnya mengajak rakan yang lain untuk tidak terlalu terpandu oleh emosi dan nafsu serta tunduk kepada ajaran agama walaupun di tengah-tengah kecamuk persaingan politik. Jika tidak penglibatan mereka dalam politik tidaklah akan membawa lebih kebaikan kepada umat.

MINGGUAN: Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), menuntut umat Islam dan rakyat Malaysia membuat pilihan bijak berasaskan track-record kerajaan yang ada dan juga cita-cita Pakatan Rakyat untuk melakukan regime change. Apa pandangan saudara mengenai hal ini.

DR YUSRI: Bagi PRU-13 ini, sesudah menilai pesaing-pesaing yang ada di gelanggang, saya berpandangan mengekalkan kerajaan yang ada adalah pilihan yang lebih betul berasaskan ajaran Islam yang antara lain mengajar kita bahawa mengelakkan mudarat itu lebih perlu diutamakan berbanding cuba mencari maslahah. (Daf'u al-Mafasid Muqaddamun 'ala Jalbi al-Masalih) Islam juga mengajar kita untuk memilih pilihan yang lebih kurang mudaratnya bila menghadapi dua pilihan yang masing-masing ada kekurangan dan kemudaratan. (Irtikab Akhaffu Al-Dharrarayn). Adapun bagi masa mendatang, saya mendoakan dan mengharapkan munculnya pendekatan politik yang lebih strategik di antara parti-parti utama umat Islam serta lebih patriotik dan harmoni di antara parti-parti bukan umat Islam.

SUMBER: Mingguan Malaysia, 7 April 2013
Gambar: AntaraPos

06 April, 2013

[VIDEO] Pendedahan Dr Sidek Baba tentang Anwar: Buat mereka yang ada mata hati

Berikut video temubual Prof Datuk Dr Sidek Baba berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengar dengan elok-elok dan buat pernilaian sendiri. Video ini khas untuk yang inginkan kebenaran. Bagi mereka yang hardcore sudah tidak boleh buat apa lagi. Bagi anak muda yang meletakkan diri mereka di pihak atas pagar yang boleh berfikiran secara analatikal sesuailah menyelami intipati apa yang hendak disampaikan Dr Sidek.

05 April, 2013

PAS SANGGUP GADAI SEMUA PRINSIP ASALKAN UMNO JATUH

Sebenarnya saya ada banyak soalan yang saya ingin tanya Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan. Namun saya simpan dulu soalan saya itu.

Rasanya lebih elok kalau saya petik luahan hati Ustaz suatu tika dahulu. Luahan hati Ustaz sewaktu usia 6 bulan Pas bersama Pakatan Rakyat. Sebelum itu tiada pun istilah Pakatan Rakyat ketika pengundi atas pagar mengundi Pas pada Pilihanraya ke 12. Hanya setelah BN dinafikan majoriti 2 per 3 barulah pengundi atas pagar disogok dengan satu bentuk kesepakatan longgar antara DAP, PKR dan Pas yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Izinkan saya memetik tulisan Ustaz pada 10 Ogos 2008 untuk dikongsi dan diteliti pembaca di dalam blog ini. Berikut diperturunkan untuk kita semua baca dan fahami.

JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN PAS WAJIB MENARIK DIRI

Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 september ini . Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 september.
 
Saya hanya menjawab Wallahua'lam ( Allah swt. sahaja yang maha Mengetahui ). Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi .
 
Sememangnya hati dan perasaan saya cukup tebal agar Kerajaan Barisan Nasional yang menganut faham sekular ini ditumbangkan bersama dengan koleksi kezaliman dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat negara ini.
 
Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam, saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru. Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur.

Andai benar Pakatan Rakyat berjaya menubuh kerajaan persekutuan pada 16 Sept ini, persoalan tertumpu kepada bagaimana bentuk kerajaan tersebut?
 
Apakah kerajaan tersebut terdiri daripada majoriti ahli parlimen dikalangan bukan Islam? apakah jawatan timbalan perdana menteri juga akan terdiri dikalangan bukan Islam? Dengar khabarnya Perdana Menteri sudah pasti Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau dikatakan akan melantik 3 Timbalan Perdana Menteri .

Saya tidak bersifat perkauman. Ertinya saya tidak kisah MP (ahli parlimen) terdiri dari kalangan bangsa / kaum Cina, India, Melayu atau lainnya, tetapi yang penting mestilah muslim dan mukmin.
 
Justeru itu, jika kerajaan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan terbentuk pada 16 Sept ini tidak didominasikan oleh MP di kalangan muslim, maka ia membawa maksud kerajaan itu bukan lagi kerajaan orang Islam (jauh sekali kerajaan Islam).
 
Maksud yang sama juga ialah kuasa politik negara ini bukan lagi berada di tangan orang Islam. Tentu sahaja masa depan orang Islam di negara kita akan terus menghadapi hari - hari suram dan kelamnya.
 
Pada hemat saya, PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar pula menurut lunas syariat .
 
PAS mesti memastikan kuasa politk terus kekal ditangan orang Islam sekalipun ia bukan melayu. Namun secara sifir kasarnya orang Islam di dalam negara kita adalah terdiri ramai di kalangan orang melayu .
 
Pakatan Rakyat, khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mestilah peka perkara ini. Kerajaan yang hendak dibentuk mestilah tidak meninggalkan kuasa politik orang - orang Islam khasnya dan orang melayu amnya.
 
Janganlah asal boleh menjadi Perdana Menteri, maka siapa sahaja ahli parlimen yang boleh bersama untuk membentuk kerajaan diterima lalu dibentuk kerajaan tanpa melihat di mana kuasa politk orang Islam dan dimana kuasa politik orang Melayu ?
 
Kebimbangan saya ini berasaskan maklumat bahawa 30 MP yang bakal melompat masuk Pakatan Rakyat adalah terdiri dari kalangan MP bukan Islam kecuali 2 orang sahaja .
 
Saya cadangkan PAS mesti keluar dari Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat terus bermaksud ingin membentuk kerajaan persekutuan tanpa memastikan agar kuasa politik itu mesti didominasikan oleh orang Islam .
 
Saya rasa , semua orang Islam apatah lagi pendokong gerakan Islam boleh bersetuju dengan cadangan saya .

Kalau kita begitu terguris hati apabila PAS mengadakan muzakarah dengan UMNO kerana melihat UMNO adalah musuh politik, zalim, kejam dan segala najis mungkar bersamanya, saya yakin mereka ini akan lebih terguris hatinya ketika melihat kerajaan persekutuan yang bakal dibentuk pada 16 sept oleh Pakatan Rakyat nanti , didominasikan oleh golongan bukan Islam . Sekurang- kurangnya UMNO yang dibenci itu masih lagi ahli syahadah.

Kepada sahabat perjuangan , perkukuhkan amal Islami kita , perteguhkan gerak kerja amal tarbawi kita guna memacu perjuangan yang kini memasuki episod baru, membelah badai yang datang dari segenap arah untuk meranapkan cita - cita besar kita, yang mahu melihat tertegaknya Negara Islam di atas tanahair kita .
 
Hari ini , saya semakin faham kenapa Tok Guru Presiden terus bertegas untuk bermuzakarah dengan siapa sahaja individu, parti politik atau pun NGO demi masa depan Islam dan ummah agar kuasa politik terus ditangan ummat Islam dan ianya tidak terlepas.
 
Apa yang semakin saya pelajari dari skil politik Tok Guru ini ialah agar kita berhati-hati memacu perjuangan supaya tidaklah kita keluar dari mulut buaya (Jahiliyyah) dan kita masuk mulut harimau (jahiliyyah)
 
Buaya meskipun ganas, keganasannya hanya terhad di dalam air (sungai) yang jarang - jarang sekali kita merentasinya. Apa yang lebih bimbang ialah Harimau, keganasannya adalah di darat sedang kita hidup di darat ini .
 
Semoga Allah selamatkan Perjuangan suci ini. Takbiiiirr !! ( 3 kali )

[tamat petikan]

Apa komen pembaca terutama pembaca dari kalangan pengundi atas pagar? Apa kaitan dan relevannya isu angan kerajaan 16 September PR dengan Pilihanraya ke 13 nanti? Saya tinggalkan buat seketika posting ini untuk mendapat pandangan pembaca blog (jika ada). Saya akan memberikan penerangan buat kita semua dalam posting akan datang disamping mengajukan beberapa soalan berdasarkan apa yang ditulis oleh Nasrudin Hassan untuk difikirkan oleh kita semua terutamanya pengundi atas pagar yang mengundi Pas pada pilihanraya yang lepas.

04 April, 2013

SEBAB RAKYAT MALAYSIA MESTI MENOLAK PAKATAN RAKYAT



Tanggal 3 April 2013 genap empat tahun DS Najib sebagai Perdana Menteri, tarikh ini juga menjadi tarikh pembubaran Parlimen untuk memberi peluang proses pilihanraya umum yang ke 13 dijalankan. Sebagai rakyat Malaysia, sekarang tibalah masanya kita menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.  Dari pandangan penulis, Barisan Nasional mesti diberi mandat untuk terus memerintah Malaysia dan rakyat Malaysia mesti menolak Pakatan Rakyat. Mandat kepada Barisan Nasional bukan bertujuan untuk memberikan kelangsungan politik BN, tetapi untuk memastikan kelangsungan kedamaian dan perpaduan di Malaysia.  Antara sebab saya menyeru rakyat Malaysia memberi undi kepada BN dan menolak PR adalah kerana:

1.       Isu kalimah Allah, isu islam agama rasmi boleh membawa pergolakan antara kaum.
Seperti yang umum tahu PR menyokong isu kalimah Allah untuk  bukan islam  dan juga mahu mengugurkan islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan Malaysia. Kedua-dua isu ini adalah sensitif dalam masyarakat melayu yang menjadi kaum yang terbesar di Malaysia. PR berterusan memainkan isu sensitif ini, sebenarnya telah mengugat keamanan di peringkat nasional. Agama adalah sesuatu yang amat dekat dengan kaum melayu, dan mereka sanggup berperang untuk menyelamatkan agama islam. Sekiranya PR diberi mandate, isu ini akan berterusan malah akan jadi lebih teruk. Oleh itu berilah mandate kepada BN untuk mengekalkan keamanan dan menamatkan isu yang sensitive ini.

2.       Tender terbuka menjarakkan ekonomi antara kaum
Dalam manifesto PR terdapat cadangan untuk memansuhkan tender bumiputera dan digantikan dengan tender terbuka. Sekiranya ini berlaku, tender kerajaan akan dimenangi oleh satu kaum sahaja kerana monopoli kaum ini terhadap kebanyakan perniagaan. Tender bumiputera sebenarnya mengurangkan jarak ekonomi antara kaum, kerana walaupun tender ini diberikan kepada bumiputera tetapi kerjanya dilakukan oleh kaum lain. Ini menjadikan hasil keuntungan tender bumiputera itu dinikmati bersama oleh kaum lain. Tetapi kerana ketamakan kaum yang telah memenopoli perniagaan ini mereka mahu menghapuskan tender bumiputera ini. Ini akan menyebabkan jurang ekonomi antara kaum kembali besar dan boleh menjurus kepada perpecahan seperti yang berlaku pada 13 mei 1969.

3.       Tiada sifat patriotisma dikalangan pemimpin
Dalam isu keselamatan Negara, pemimpin PR telah menunjukkan mereka tiada semangat patriotism yang tinggi. Isu pencerobohan lahad datu mereka telah politikkan demi keuntungan politik dan membendung ‘political damage’. Disini penulis dapat simpulkan bahawa politik merupakan pertimbangan yang utama sebelum perkara lain. Sekadar Contoh: Sekiranya PR menjadi kerajaan, dan terjadi satu serangan/pencerobohan ke atas Malaysia, dan pencerobohan itu memberikan keuntungan politik kepada PR. Penulis yakin PR akan membiarkan pencerobohan itu berlaku. Akhirnya, keamanan Malaysia yang tergadai. Sanggupkah kita melihat perkara ini berlaku?

4.       Tanpa kontrak sosial dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
Kontrak social adalah satu perjanjian beri-memberi semasa kemerdekaan. Setiap kaum telah diberi status quo masing-masing. Kontrak social ini masih berjalan dan adakalanya berubah mengikut pertimbangan semasa. Sebenarnya kontrak social inilah yang telah menjadikan Malaysia ini aman. Tanpa kontrak social mungkin sampai sekarang kita masih berperang sesama kaum, demi mempertahankan kaum masing-masing. Dan mungkin kita masih menggunakan undang-undang rimba (yang kuat dapat semua) dalam segala hal. Pada pandangan penulis hanya BN sahaja yang berpegang pada kontrak social ini. Tanpa kontrak social ini adakah kita yakin kita akan hidup aman damai bersama? Lihatlah apa yang terjadi dengan pemilihan kerusi dalam PR, masing-masing mahu lebih kerusi. Ini terjadi kerana tiada kontrak social dikalangan pemimpin PR, tiada unsur beri-memberi, dan akhirnya akan ikut undang-undang rimba. Bagaimana konsep pengagihan kuasa dalam kerajaan nanti? Sepertinya akan bercelaru dan yang ruginya adalah rakyat Malaysia.

5.       Manifesto bukan janji
Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012, telah menyatakan bahawa manifesto bukanlah janji. Sekiranya ini prinsip yang dibawa oleh PR, PR boleh melakukan apa sahaja tanpa mengikut manifesto. Jadi kenapa harus percaya dan mengundi untuk PR, manifesto mereka sendiri pun mereka tidak mahu ikut, inikan pula permintaan rakyat. Mungkin tidak akan dipenuhi.

semua yang diatas adalah antara sebab rakyat Malaysia perlu tolak Pakatan Rakyat dan menyokong dan memberi undi kepada BN. Banyak lagi sebab yang boleh diberikan.BN merupakan parti yang paling berwibawa dan tersusun di Malaysia. Mungkin BN ada kekurangannya, tetapi PR mempunyai 10 kali ganda lebih kekurangan berbanding BN. 

Jadi UNDILAH BN….

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)


03 April, 2013

Dr Yusri individu pertama ditemui Dr Sidek Baba sebelum meninggalkan Anwar


Terdahulu, Dr Sidek Baba dipetik sebagai berkata beliau meninggalkan Anwar setelah menyiasat, menemubual sejumlah 28 individu dan meminta petunjuk dari Allah SWT melalui solat istikharah.

"Saya mengenali rapat Sidek kerana kami sama-sama membesar dalam ABIM. Beliau cukup dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk. Saya mengakui, saya antara individu pertama menemui Sidek dalam pencariannya mengkaji kebenaran mengenai moral Anwar", ujar Dr Yusri.

Dr Yusri meminta agar rakyat Malaysia membuka mata dan mencari jawapan kepada persoalan mengapa individu-individu berintegriti tinggi seperti Dr Sidek Baba, bekas pengasas ABIM, Ustaz Ismail Mina Ahmad dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar akhirnya memilih untuk meninggalkan Anwar.

Tegasnya, adalah mustahil bagi individu-individu terbabit yang telah bersahabat dengan Anwar berpuluh tahun malah sanggup dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya mengambil ketetapan meninggalkan Ketua Pembangkang itu jika tiada sebab musabab.

"Mereka merupakan tokoh berintegriti tinggi. Jangan kita mudah kaitkan setiap pendedahan yang dibuat kononnya mereka ini dibeli.

"Bukan semua orang boleh dibeli. Saya mengenali mereka dan yakin apa yang diceritakan adalah demi agama, bangsa serta negara," ujarnya.

01 April, 2013

NAJIB VS ANWAR: NAJIBNOMICS VS PENGLIPURLARA

 
Datuk Seri Najib berkelulusan Ijazah dalam Industrial Economics dari University of Nottingham. Datuk Seri Anwar pula hanya berkelulusan Ijazah dalam Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.
 
Tidak hairanlah bagi kita semua lihat Anwar pandai cakap saja tapi tak pandai buat kerja. Sebab memang bidang dia hanya bermain dengan kata-kata yang memikat di samping turut pandai menanyi lagu Anwar jual Sabah pada Sulu iaitu "Tanya Sama Pokok" dengan cukup baik! Itu juga sebab kita tengok Anwar asyik suka ajak orang lain berdebat sedangkan kita lihat kerjanya tak jalan. Kita lihat sahaja ekonomi negeri Selangor yang semakin menguncup padahal dia penasihat ekonominya. Pujuk sana pujuk sini. Tabur janji sana tabur janji sini. Apa pun kerja tak jalan.
 
Najib pula telah terbukti berjaya dengan tranformasi ekonominya. Ekonomi negara berkembang baik di bawah pentadbirannya. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) Malaysia meningkat sejak 2009 hinggalah kini. KDNK 2009 adalah sebanyak RM629.9bilion, 2010 (RM674.9bilion), 2011 (RM709.3bilion) dan 2012 (RM749.1bilion). Satu peningkatan yang begitu signifikan!
 
Begitu juga dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK/GNI) Malaysia turut meningkat dengan begitu hebat. PNG tahun 2009 ialah RM605.3bilion, meningkat pada tahun 2010 kepada RM632.2bilion, terus meningkat kepada RM662.0bilion pada 2011 dan RM698.0bilion dicatat pada 2012. satu pencapaian yang sangat membanggakan.
 
Dari segi Pelaburan Langsung Asing (PLA/FDI) negara, keupayaan Najib menunjukkan kejayaan yang sangat menyakinkan iaitu sejumlah RM36.6bilion pelaburan langsung direkodkan pada tahun 2012 berbanding RM5.0bilion pada 2009. Satu lonjakan tujuh kali ganda!
 
Begitulah Najib yang tekun buat kerja. Bagi Najib tidak ada masa rehat baginya. Tak seperti Anwar yang hanya pandai menjalin ayat manis menabur janji. Tetapi janjinya hanyalah retorik kosong dan memperdaya rakyat. Kita lihat saja ikhtibar semasa Anwar jadi Menteri Kewangan tahun 1997. Kelam kabut jadinya. Hampir lingkup negara di tangan penglipurlara bahasa macam Anwar. Yang dia tahu minta tolong dengan rakan Yahudi IMF! Apa jadi di Selangor? Janji PRU-12 masih tak tertunai! Kerana bagi Anwar, manifesto bukanlah satu janji yang wajib ditepati.
 
Jadi, terletak di tangan rakyat samada mahu negara diperintah seorang penglipurlara atau seorang pakar ekonomi yang mempunyai kelulusan yang sesuai dan telah berjaya menyakinkan kita dengan kisah kejayaan Najibnomicsnya!
 
JOM SOKONG DATUK SERI NAJIB!
JOM SOKONG BARISAN NASIONAL!

31 Mac, 2013

KEMPEN PILIHANRAYA DI FACEBOOK



Pada pandanganku

Pada PRU 12, antara taktik PR yang berjaya adalah dengan menggunakan media baru seperti blog dalam mensensasikan isu. Walaupun isu itu tidak mempunyai fakta yang sahih, tetapi pembaca mempercayai fakta itu dan menganggap perkara ianya sebagi satu kebenaran. Dengan itu kita dapat melihat peningkatan sokongan golongan muda terhadap PR. Golongan muda adalah khalayak yang terbesar membaca blog.

Bagaimanapun pasca PRU 12, BN telah meningkat usahanya dalam mengimbangi penguasaan ruang cyber. Dengan cyber troopers yang bagus di kedua-dua belah pihak, pada pengamatan penulis (di beberapa forum didalam talian) penguasaan dalam dunia blog adalah seimbang. Setiap blog pembangkang akan diserang/komen oleh cyber troopers BN, begitu juga sebaliknya. Para pemimpin juga aktif dalam dunia blog.

Setelah sekian lama usaha BN menerangkan kepada rakyat, bahawa berita daripada blog kebanyakan tidak mempunyai asas. Nampaknya usaha ini telah membuahkan hasil.
Disebalik blog, PR sekarang kelihatan mendahului dalam kempen pilihanraya didalam FB. Dari pengamatan penulis kebanyakan penyokong PR telah membuat perkongsian (Share) sesuatu berita atau isu dari blog pro-PR. Ini adalah umpama berkempen pilihanraya dengan berjumpa secara bersemuka dengan pengundi.

Jumlah pengguna Facebook di Malaysia ialah 13 juta orang, dengan jumlah pengguna yang begitu ramai kempen didalam Facebook bakal memberikan kesan yang signifikan dalam PRU 13. Kebanyakan pengguna Facebook yang pro-BN agak kurang berkempen dalam Facebook kerana menganggap undi adalah rahsia dan ia adalah hak individu. Mereka menganggap FB adalah ruang membicarakan tentang kehidupan masing-masing selain politik. Politik dianggap akan menjauhkan kawan-kawan yang sedia ada sekiranya mereka berlainan ideologi politik.

Penyokong BN harus sedar, kempen bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran. Walaupun isu yang diwar- warkan itu tiada asas fakta, namun manusia akan terpengaruh sekiranya isu itu berulang setiap hari. Inilah yang terjadi sekarang, terdapat segolongan rakyat Malaysia yang percaya dengan isu-isu yang dicanang didalam FB. 

Penyokong BN juga harus berkempen didalam FB, untuk menyatakan pendapat secara terang. Sekali sekala kongsikan (share) isu-isu dari blog pro-BN. Tidak salah menyatakan pendapat dan parti yang kita sokong. Cuma jangan menghamburkan kata-kata keji terhadap parti lawan sudahlah, ini adalah untuk mengelakkan kawan yang mempunyai ideology politik yang berlainan terasa hati. Penyokong BN harus menunjukkan sokongan mereka dalam FB, dan tidak membiarkan penyokong PR terus-menerus berkempen kepada kawan-kawan kita. Walupun kita tahu isu yang di paparkan itu tidak betul. Kerana kempen yang berterusan boleh mempengaruhi pemikiran manusia.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)

30 Mac, 2013

SOKONG DS NAJIB BUBAR PARLIMEN LEWAT




Tarikh tamat tempoh bagi DUN dibawah PR: Selangor (22 Apri), Kelantan (28 April), P. Pinang (2 Mei) dan Kedah (5 Mei).

PR telah menyatakan mereka tidak akan membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.

Pakatan Rakyat telah memberi tekanan kepada DS Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin. Mereka telah menyatakan DS Najib takut bubarkan parlimen sebab takut  kalah dan bermacam-macam lagi ucapan yang sinis kepada DS Najib dan BN.

Ramai juga penyokong-penyokong BN yang termakan hasutan pembangkang dan mengeluh mengapa DS najib masih tidak membubarkan Parlimen. Walaupun senario politik semasa memihak kepada BN terutama selepas pencerobohan Lahad Datu bagai ada satu semangat patriotisma rakyat yang kuat menolak PR yang tidak patriotisma itu. Tetapi DS Najib masih tidak membubarkan Parlimen. Ini memberikan gambaran bahawa tohmahan PR itu benar.

Sebenarnya kita lupa untuk melihat gambaran yang lebih besar dalam strategi politik. keputusan DS Najib membubarkan Parlimen lewat ini adalah tepat. PR membuat tohmahan dan menekan DS Najib untuk membubarkan parlimen adalah untuk mendapatkan kelebihan didalam gelangang PRU. Harus di ingat sepanjang sejarah PRU di Malaysia, biasanya isu setempat menjadi faktor penentu paling signifikan kepada pengundi.  Sekiranya PRU 13 tidak dijalankan serentak dgn DUN dibawah PR, PR akan menggunakan  jentera pilihanraya mereka untuk meningkatkan kekuatan kempen mereka dan mengucar-kacirkan kempen di DUN dibawah BN. Suara yang memainkan isu setempat sudah tentu kuat dipihak PR. Ini sudah tentu merugikan dan juga tidak adil pada BN. Sebenarnya PR mahukan PRU13 dibuat “diatas lantai yang tidak rata” dan memihak kepada mereka. mungkin itu sebabnya mereka menekan DS Najib bubarkan Parlimen tapi dalam masa yang sama mereka tidak mahu membubarkan DUN.

Pembubaran Parlimen lewat (walaupun sehingga tarikh akhir 30 april) adalah yang terbaik dan adil untuk semua parti. Tidak kira BN ataupun PR, mereka akan bertanding diatas lantai yang sama. Masing-masing terpaksa menggunakan kekuatan jentera pilihanraya negeri untuk negeri masing-masing. Sekiranya ini berlaku, PR sudah pasti banyak kalah kerana dari pengamatan penulis kebanyakan ADUN dan MP dari PR tidak menunjukkan prestasi yang baik kepada penduduk setempat. PR hanya bergantung kepada sentimen isu yang ditiupkan untuk memainkan emosi pengundi, bukan kerana track record mereka.

Rakyat Malaysia harus menyokong DS Najib dalam membubarkan Parlimen lewat untuk menjadikan PRU 13 ini serentak dengan semua DUN. Ini adalah untuk kebaikan dan pertandingan yang adil untuk semua.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin