Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Yusri Mohamad (gambar) adalah individu pertama dari sejumlah 28 saksi hidup yang ditemui Prof Datuk Dr Sidek Baba sebelum bertindak meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Dr Sidek Baba dipetik sebagai berkata beliau meninggalkan Anwar setelah menyiasat, menemubual sejumlah 28 individu dan meminta petunjuk dari Allah SWT melalui solat istikharah.
"Saya mengenali rapat Sidek kerana kami sama-sama membesar dalam ABIM. Beliau cukup dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk. Saya mengakui, saya antara individu pertama menemui Sidek dalam pencariannya mengkaji kebenaran mengenai moral Anwar", ujar Dr Yusri.
Dr Yusri meminta agar rakyat Malaysia membuka mata dan mencari jawapan kepada persoalan mengapa individu-individu berintegriti tinggi seperti Dr Sidek Baba, bekas pengasas ABIM, Ustaz Ismail Mina Ahmad dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar akhirnya memilih untuk meninggalkan Anwar.
Tegasnya, adalah mustahil bagi individu-individu terbabit yang telah bersahabat dengan Anwar berpuluh tahun malah sanggup dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya mengambil ketetapan meninggalkan Ketua Pembangkang itu jika tiada sebab musabab.
"Mereka merupakan tokoh berintegriti tinggi. Jangan kita mudah kaitkan setiap pendedahan yang dibuat kononnya mereka ini dibeli.
"Bukan semua orang boleh dibeli. Saya mengenali mereka dan yakin apa yang diceritakan adalah demi agama, bangsa serta negara," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan