Tanggal 3 April 2013 genap empat
tahun DS Najib sebagai Perdana Menteri, tarikh ini juga menjadi tarikh
pembubaran Parlimen untuk memberi peluang proses pilihanraya umum yang ke 13
dijalankan. Sebagai rakyat Malaysia, sekarang tibalah masanya kita menjalankan
tanggungjawab sebagai pengundi. Dari pandangan
penulis, Barisan Nasional mesti diberi mandat untuk terus memerintah Malaysia
dan rakyat Malaysia mesti menolak Pakatan Rakyat. Mandat kepada Barisan
Nasional bukan bertujuan untuk memberikan kelangsungan politik BN, tetapi untuk
memastikan kelangsungan kedamaian dan perpaduan di Malaysia. Antara sebab saya menyeru rakyat Malaysia
memberi undi kepada BN dan menolak PR adalah kerana:
1.
Isu kalimah Allah, isu islam agama rasmi boleh membawa
pergolakan antara kaum.
Seperti yang umum tahu PR menyokong isu kalimah Allah
untuk bukan islam dan juga mahu mengugurkan islam sebagai agama
rasmi dalam perlembagaan Malaysia. Kedua-dua isu ini adalah sensitif dalam
masyarakat melayu yang menjadi kaum yang terbesar di Malaysia. PR berterusan
memainkan isu sensitif ini, sebenarnya telah mengugat keamanan di peringkat
nasional. Agama adalah sesuatu yang amat dekat dengan kaum melayu, dan mereka
sanggup berperang untuk menyelamatkan agama islam. Sekiranya PR diberi mandate,
isu ini akan berterusan malah akan jadi lebih teruk. Oleh itu berilah mandate kepada
BN untuk mengekalkan keamanan dan menamatkan isu yang sensitive ini.
2.
Tender terbuka menjarakkan ekonomi antara kaum
Dalam manifesto PR terdapat cadangan untuk memansuhkan
tender bumiputera dan digantikan dengan tender terbuka. Sekiranya ini berlaku,
tender kerajaan akan dimenangi oleh satu kaum sahaja kerana monopoli kaum ini
terhadap kebanyakan perniagaan. Tender bumiputera sebenarnya mengurangkan jarak
ekonomi antara kaum, kerana walaupun tender ini diberikan kepada bumiputera
tetapi kerjanya dilakukan oleh kaum lain. Ini menjadikan hasil keuntungan
tender bumiputera itu dinikmati bersama oleh kaum lain. Tetapi kerana ketamakan
kaum yang telah memenopoli perniagaan ini mereka mahu menghapuskan tender
bumiputera ini. Ini akan menyebabkan jurang ekonomi antara kaum kembali besar
dan boleh menjurus kepada perpecahan seperti yang berlaku pada 13 mei 1969.
3.
Tiada sifat patriotisma dikalangan pemimpin
Dalam isu keselamatan Negara, pemimpin PR telah
menunjukkan mereka tiada semangat patriotism yang tinggi. Isu pencerobohan
lahad datu mereka telah politikkan demi keuntungan politik dan membendung ‘political
damage’. Disini penulis dapat simpulkan bahawa politik merupakan pertimbangan
yang utama sebelum perkara lain. Sekadar Contoh: Sekiranya PR menjadi kerajaan,
dan terjadi satu serangan/pencerobohan ke atas Malaysia, dan pencerobohan itu
memberikan keuntungan politik kepada PR. Penulis yakin PR akan membiarkan
pencerobohan itu berlaku. Akhirnya, keamanan Malaysia yang tergadai. Sanggupkah
kita melihat perkara ini berlaku?
4.
Tanpa kontrak sosial dalam pentadbiran kerajaan
Malaysia.
Kontrak social adalah satu perjanjian beri-memberi
semasa kemerdekaan. Setiap kaum telah diberi status quo masing-masing. Kontrak social
ini masih berjalan dan adakalanya berubah mengikut pertimbangan semasa. Sebenarnya
kontrak social inilah yang telah menjadikan Malaysia ini aman. Tanpa kontrak social
mungkin sampai sekarang kita masih berperang sesama kaum, demi mempertahankan
kaum masing-masing. Dan mungkin kita masih menggunakan undang-undang rimba (yang
kuat dapat semua) dalam segala hal. Pada pandangan penulis hanya BN sahaja yang
berpegang pada kontrak social ini. Tanpa kontrak social ini adakah kita yakin
kita akan hidup aman damai bersama? Lihatlah apa yang terjadi dengan pemilihan
kerusi dalam PR, masing-masing mahu lebih kerusi. Ini terjadi kerana tiada
kontrak social dikalangan pemimpin PR, tiada unsur beri-memberi, dan akhirnya
akan ikut undang-undang rimba. Bagaimana konsep pengagihan kuasa dalam kerajaan
nanti? Sepertinya akan bercelaru dan yang ruginya adalah rakyat Malaysia.
5.
Manifesto bukan janji
Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012, telah menyatakan
bahawa manifesto bukanlah janji. Sekiranya ini prinsip yang dibawa oleh PR, PR
boleh melakukan apa sahaja tanpa mengikut manifesto. Jadi kenapa harus percaya
dan mengundi untuk PR, manifesto mereka sendiri pun mereka tidak mahu ikut,
inikan pula permintaan rakyat. Mungkin tidak akan dipenuhi.
semua yang diatas adalah antara
sebab rakyat Malaysia perlu tolak Pakatan Rakyat dan menyokong dan memberi undi
kepada BN. Banyak lagi sebab yang boleh diberikan.BN merupakan parti yang paling berwibawa dan tersusun di Malaysia. Mungkin
BN ada kekurangannya, tetapi PR mempunyai 10 kali ganda lebih kekurangan berbanding
BN.
Jadi UNDILAH BN….
(saya berdoa supaya Allah
membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa
kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan