Dari pandangan masyarakat marhaen
Malaysia terdiri daripada
masyrakat yang berbilang kaum. Kaum yang terbesar adalah kaum melayu. Semenanjung
Malaysia adalah berasal dari tanah melayu yang telah wujud sejak dahulu lagi,
malah sebelum kewujudan Melaka. Sebagai contoh kewujudan gangga Negara,
kerajaan melayu sebelum Melaka. Bagaimanapun tanah melayu telah diduduki oleh
kaum cina dan india yang telah dibawa masuk oleh inggeris. Kemerdekaan Malaysia
mempunyai syarat, iaitu pemerintah Malaysia mesti menerima kaum lain sebagai
warganegaranya. Pemerintah Malaysia telah menerima syarat itu dan akhirnya
wujudlah Malaysia negara yang merdeka.
Setelah lebih setengah abad
merdeka, kaum cina dan india seolah-olah memberontak kerana mereka terasa tidak
setara dengan kaum bumiputera yang lain. Kaum bumiputera diberi pelbagai
kemudahan dan kuota, tetapi mereka tidak dapat. Sebagai warganegara Malaysia,
mereka terasa di anak tirikan. Mereka mahu sebuah kerajaan yang tidak
berpaksikan perkauman. Seorang rakan penulis dari kaum india, berkata tidak
bolehkah semua kaum di Malaysia diperintah oleh parti yang tidak berteraskan
kaum. Dia sudah bosan dengan parti politik yang berkata kita buat ini untuk
kaum ini dan itu. Tidak bolehkah sesuatu itu dibuat untuk rakyat Malaysia. Akan
wujudkah masyarakat dan parti politik seperti ini?
Dalam proses demokrasi yang
menjadi keutamaan adalah penyokong. Proses demokrasi akan menjadikan yang ramai
penyokong adalah pemenang (ia sama seperti yang kuat memerintah). Ia tidak
berteraskan kebenaran, apa akan jadi jika rakyat memilih mengikut emosi. Kerana
marah pihak yang salah akan menang. Sejak dahulu lagi, manusia ini sudah dikelompok
mengikut kaum masing-masing. Kelompok itu sudah wujud dan cara paling mudah
mencari penyokong adalah dengan menjadi juara kelompok atau kaum ini. Ini lah
yang terjadi di Malaysia.
UMNO itu wujud setelah kaum
melayu diasak oleh Malayan union yang bakal menghakis kuasa melayu ditanah
airnya sendiri. Kebangkitan kaum melayu dibawah UMNO telah menggugat pihak
inggeris. Tetapi untuk mendapatkan kemerdekaan, maka wujudlah MCA dan MIC
sebagai suara kaum cina dan india. Parti-parti ini adalah juara kaum
masing-masing. Setelah itu wujudlah DAP, Gerakan dan yang terbaru adalah PKR
yang tidak berpaksikan kaum. Bagaimanapun demi mencari penyokong, parti-parti
ini juga memperjuangkan nasib kaum-kaum tertentu untuk berkuasa. Sebagai contoh
DAP dan Gerakan memperjuangkan masyarakat cina. PKR pada asalnya memperjuangkan
DSAI sahaja, sekarang lebih memperjuangkan masyrakat cina demi mendapatkan
pengaruh.
Pada pendapat penulis, selagi ada
kaum di Malaysia ini, setiap parti politik pasti akan memperjuangkan nasib kaum
tertentu sahaja. Tiada siapa dapat menghapuskan kaum didunia ini kecuali Allah.
Allah juga telah berfirman, Allah mencipta manusia di bumi mengikut kaum supaya
kita dapat mengenali antara satu sama lain.
Setakat ini penulis tidak dapat
lihat kesediaan semua kaum untuk melepaskan hak mereka. Kaum melayu tidak akan
melepaskan hak mereka sebagai penduduk asal tanah melayu. Bersediakah kaum lain
melepaskan hak mereka untuk rakyat Malaysia secara total. Sebagai contoh, lihat
sajalah sekolah wawasan. Sekolah wawasan dibuat untuk merapatkan hubungan
antara kaum, tetapi ia ditentang kerana bahasa pengantarnya dan pelbagai alasan
yang bersifat perkauman. Ini menunjukkan kaum lain juga tidak bersedia untuk
membuka pintu perkaumannya untuk dan bergabung menjadi rakyat Malaysia.
Setakat ini apa yang terbaik
untuk rakyat Malaysia ialah perkongsian kuasa. Untuk itu Barisan Nasional
adalah pilihan yang terbaik. Perkongsian kuasa telah lama diamalkan oleh BN,
dan ia kelihatan adil berdasarkan komposisi kaum di Malaysia. Walaupun BN
banyak memihak kepada kaum melayu, ia adalah adil kerana melayu adalah kaum
terbesar. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, mereka mempunyai perkongsian kuasa
yang lemah antara kaum. PR juga kelihatan lebih memihak kepada kaum cina yang
bukan kaum terbesar dan ini juga seolah-olah menafikan hak kaum terbesar dan ia
kelihatan seperti kaum cina ini gila kuasa. Adil itu bukanlah kesamarataan,
tetapi meletakkan hak keatas haknya.
(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan