Proses demokrasi adalah proses
memilih pemimpin atau pemerintah. Cara demokrasi berfungsi adalah dengan
mengambil kira jumlah penyokong atau undi terhadap parti atau pemimpin. Mereka yang
mempunyai paling ramai penyokong akan diisytihar pemenang. Untuk memenangi
pertandingan dalam demokrasi, apa yang perlu dibuat oleh setiap pemimpin dan
parti adalah mencari penyokong dan undi majority. Antara cara untuk mendapatkan
sokongan adalah dengan menjanjikan habuan kepada kelompok yang akan menyokong
mereka. Sekiranya pemimpin atau parti ini menang, mereka akan menunaikan janji-janjinya
atau terimalah akibatnya (tidak akan sokong) pada kemudian hari.
Dalam persekitaran politik
Malaysia, Agama juga memainkan peranan yang signifikan dalam menarik penyokong.
Seperti yang diketahui pada PRU, pengundi BN yang paling ramai adalah dari penganut
agama islam (yang majoritinya melayu). Ini adalah kerana sejak merdeka penganut
agama islam yang menjadi majority di Malaysia. Sebab itulah BN banyak memberi
kelebihan dalam polisinya kepada orang islam contohnya islam agama persekutuan. Walaupun
PAS cuba menjadi juara dalam kelompok islam, tetapi UMNO telahpun diyakini oleh
orang islam dalam mempertahankannya. Demi menjaga pengundi paling ramai, mahu
tidak mahu BN terpaksa menjaga kepentingan islam ini. Kalau tidak BN akan
kalah, dan BN akan terus menjaga kepentingan islam ini selagi mereka mahu
berkuasa. Begitulah kuatnya pengaruh majority.
Berbeza pula dengan PR, kekuatan
mereka adalah dari penganut agama lain. PAS walaupun kononnya memperjuangkan
islam, tetapi penyokong mereka tidak sampai 30% di seluruh Negara. Sebab itulah
PAS mengugurkan perjuangan Negara islam dan hukum hududnya. PR terpaksa menjaga
kepentingan agama lain, kerana itu adalah penyokong teramai mereka. Sekiranya mereka
tidak menjaga kepentingan agama lain sokongan kepada mereka akan hilang. Mahu
tidak mahu, PR terpaksa meminggirkan agama islam. Itulah sebabnya PR mahu
menghapuskan kepentingan islam di Malaysia ini, contoh kepentingan islam ialah
islam agama persekutuan, institusi diraja yang menjaga islam, kepentingan melayu,
kalimah Allah dan banyak lagi. PAS pula terpaksa menurutinya, kerana PAS tahu
ini adalah untuk kelangsungan kekuasaan mereka. Kekuatan mereka didukung oleh
penganut agama islam.
Kekuatan setiap parti terikat
dengan golongan penyokong mereka. BN terikat dengan penyokong dari umat islam,
PR terikat dengan penyokong dari penganut agama selain islam. Jelas disini PR
akan meminggirkan islam sekiranya berkuasa. Mereka sudah pasti mahu terus
berkuasa, untuk itu mereka perlu menjaga pengundi mereka. Dimanakah akan
letaknya islam sekiranya PR memerintah. Dari satu kedudukan yang tinggi dalam
perlembagaan, ia akan terpinggir.
Apa akan jadi dengan umat islam
sekiranya ini berlaku? Segala dakwah kepada umat islam akan dibenarkan. Berapa ramai
antara kita yang kuat imannya?
Ada yang berkata, jika islam dipinggirkan
semasa pemerintahan PR, PRU14 mereka tidak akan mengundi untuk PR. Politik bukan
semudah itu. Sebagai contoh, sekiranya PR membuang islam agama persekutuan dari
perlembagaan. PRU berikutnya dimenangi semula oleh BN, untuk BN memasukkan semula
islam itu kedalam perlembagaan sudah pasti mendapat tentangan dari semua
penganut bukan islam (tidak kira mereka penyokong BN atau PR). Andainya pada
ketika itu BN mendapat sokongan umat islam secara total pun, BN masih sukar
memasukkan kembali islam kedalam perlembagaan. Silap haribulan, perang antara
agama akan meletus di Malaysia. Sebab itulah Indonesia, sampai sekarang masih
tidak dapat meletak kembali agama islam kedalam perlembagaan mereka (walaupun Indonesia
mempunyai penganut islam paling ramai didunia). Pada saat ini, PR memang merancang mahu menggugurkan islam agama rasmi ini daripada perlembagaan.
Penulis berpendapat, umat islam
di Malaysia janganlah mahu membuat ujikaji dalam PRU13 ini. Pertaruhan dalam
PRU13 ini bukannya kecil. Agama yang menjadi pertaruhan. Sanggupkah umat islam menjadi
pengkhianat kepada agama sendiri?. BN bukanlah parti yang sempurna, tetapi ia
terbaik untuk Malaysia. Undi BN, insyaAllah islam akan terjaga.
(saya
berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin
yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah
kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan