Dari pandangan masyarakat marhaen
Suasana menjelang PRU 13 agak dingin
tidak seperti yang penulis jangkakan. Mungkin kerana rakyat Malaysia sudah
dijamu dengan pelbagai isu-isu politik sepanjang 4 tahun sebelum ini dan mereka
sudah menetapkan parti pilihan mereka, atau rakyat Malaysia sudah jemu dengan
politik Malaysia. Apa pun SPR belum menetapkan tarikh undi dan waktu berkempen,
mungkin setiap parti belum menunjukkan kekuatan kempen yang sebenarnya. Penulis ada membuat tinjauan di sekitar lembah
klang dan kawasan kampong penulis dan bertanya secara rambang tentang calon
pilihan pengundi.
Kawasan tinjauan penulis adalah
dikawasan yang sekarang ini dibawah penguasaan Pakatan Rakyat dilembah Klang. Kebanyakan
pengundi yang dulu mengundi PR sudah mempunyai nada yang berbeza, nada mereka
lebih lunak kepada Barisan Nasional. Tetapi undi mereka adalah bergantung
kepada calon yang diletakkan. Terdapat pengundi di kawasan Petaling jaya yang
mengatakan pada PRU12, bilik gerakan BN sentiasa meriah berbanding bilik
gerakan PKR. Tetapi pada PRU12 itu BN kalah dikawasan tersebut gara-gara calon
yang berlagak ketika berjumpa pengundi. Calon kawasan tersebut datang ke
kawasan pengundi dengan mengharap dia dilayan dan disanjung seperti raja. Ini menyebabkan
BN disitu kalah. Pada PRU13 ini pengundi dikawasan itu berkata mereka bersedia
memberi undi kepada BN dengan syarat meletakkan calon yang mesra pengundi.
Di kawasan Lembah pantai pula
penyokong atas pagar sudah muak dengan MP mereka (Nurul izzah). Pengundi agak
kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang tidak pernah turun ke kawasannya
sehinggalah dalam bulan februari 2013 ini. Itu pun sebab PRU13 sudah dekat. Kedatangannya
pula kali ini dipandang sinis oleh penduduk setempat kerana datang untuk meraih
undi tapi tidak menjalankan tanggungjawabnya. Mereka Nampak seperti mahu
memberi pengajaran kepada Nurul Izzah kerana tidak menjalankan
tanggungjawabnya.
Di kawasan kampong penulis,
keadaannya agak berbeza. Pada PRU12 kawasan Parlimen telah dimenangi DAP dan
kawasan DUN telah dimenangi oleh PAS. Kemenangan DAP dikawasan parlimen adalah
disebabkan pengundi india telah memberi undi kepada DAP. Bagaimanapun MP dari
DAP ini terlalu jarang turun ke kawasannya. Sehinggakan ketika kawasan itu di
landa malapetaka pun MP itu tidak turun membantu. Rakyat dikawasan itu lebih
banyak meminta bantuan daripada BN. Pengundi india dikawasan itu akan mengundi
BN, dan pengundi cina juga akan mengundi BN tetapi dengan syarat mereka mahukan
muka baru dari BN di kawasan itu.
Bagi kawasan DUN pula, ADUN dari
PAS ini adalah mesra rakyat. Beliau pandai mengambil hati rakyat dalam masa 4
tahun ini. Bagaimanpun kemenangan beliau pada PRU12 adalah disebabkan orang
UMNO yang memberi undi kepada PAS kerana calon UMNO yang diletakkan dikawasan
itu merupakan seorang yang berlagak dan bermusuh dengan 70% ketua kampong dikawasan
itu. Ini adalah undi sabotaj kerana kesilapan BN meletakkan calon. Pada PRU13
ini pengundi disini bersedia memberi undi kepada BN dengan syarat muka baru
yang diletakkan sebagai calon. Bagaimanapun terdapat pertambahan pengundi PAS
yang banyak dikawasan DUN ini. Pengundi PAS ini di tukar dari kawasan yang PAS
pasti kalah dan diletakkan dikawasan 50-50 untuk menjamin kemenangan PR. Ini sebenarnya
konsep undi hantu, ia tidak salah dari perundangan tetapi tidak adil dari
padangan penduduk setempat. Kepada PAS penulis ingin ucapkan “paku dulang, paku
serpih, kata orang, dia yang lebih”. Bagaimanapun secara totalnya BN mungkin
akan menang dikawasan ini kerana undi kaum india sudah berbalik kepada BN.
Secara umumnya saya simpulkan,
pengundi sebenarnya masih mempercayai BN. Tetapi calon yang diberikan juga
mestilah yang dipercayai oleh masyarakat setempat, mesra rakyat, dan kelihatan
bersih. Dengan masyarakat setempat sudah tidak percaya dan bosan dengan MP/ADUN
pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab. Undi orang muda juga BN sudah berjaya mendapatkan
mungkin 40% kepercayaan mereka. InsyaAllah BN akan menang dalam PRU ini. Doakan
kemenangan BN untuk syiar islam, keharmonian dan kemakmuran Malaysia.
(saya berdoa supaya Allah
membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa
kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan