Dari pandangan masyarakat marhaen
DUN Changkat Jong akan ditandingi
oleh Mohd Anuar Sudin (PAS-penyandang),Mohd Azhar Jamaludin (BN) dan Suppan A/L
Krishnan pada PRU13 ini. Dun Changkat Jong merupakan antara kubu kuat BN,
tetapi pada PRU12 ia telah jatuh ketangan PAS. Kejatuhan DUN ini kepada PAS
adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya ialah calon BN yang tidak mesra
rakyat, ahli yang tidak dicalonkan oleh BN mensabotaj parti dan banyak lagi
masalahnya. Bagaimanapun kejatuhan BN di negeri Perak dan menyebabkan Perak di
perintah oleh PR selama sebelas bulan itu banyak mengajar orang malayu Perak betapa
perlunya BN itu menang untuk mengekalkan kestabilan.
Pada PRU13, selepas calon BN di
umumkan, masalah lama berulang kembali. Calon BN pada PRU12 yang tidak calonkan
lagi telah merajuk dan tidak mahu menggerakkan jentera parti. Calon-calon yang
melobi untuk menjadi calon di DUN Changkat Jong tetapi tidak terpilih juga
tidak bersungguh-sungguh menggerakkan jentera BN untuk menghadapi PRU13 ini (penyokong
mereka juga tidak bersemangat untuk menggerakkan jentera parti). Yang berusaha
menggerakkan jentera parti hanyalah penyokong-penyokong Azhar Jamaludin. Pada awalnya
jentera BN disini kelihatan layu dan tidak bersemangat.
Kebanyakan orang melayu dikawasan
ini tidak mahu diperintah oleh PR, mereka begitu terasa dengan kekalahan BN
pada PRU12 lepas. Kesedaran mereka memuncak, terdapat pemimpin-pemimpin
tempatan dan dibantu oleh kawan-kawan yang bersungguh-sungguh berkempen untuk
menjamin kemenangan BN disini. Mereka inilah yang penulis namakan sebagai
sukarelawan, mereka berkempen, memberi ceramah, memasang bendera dan sebagainya.
Usaha mereka bukan kerana jawatan, kuasa atau wang. Ada diantara mereka tidak
lagi memegang jawatan dalam parti atau organisasi kampong, ada juga yang hanya
memegang jawatan dalam organisasi kampong tapi tidak terlibat secara langsung
dengan BN. Mereka membuat ini semua demi melayu dan islam. Mereka sedar jika BN
kalah melayu dan islam akan terpinggir. Mereka tidak mahu diperintah oleh PR lagi.
Mereka tidak peduli dengan jentera dari UMNO (dikawasan Changkat Jong) yang
hanya mementingkan jawatan dan kuasa. Sehingga sanggup mensabotaj parti dalam PRU13 ini.
Dahulu sekiranya jentera parti
tidak menggerakkan kempen, tiada siapa yang akan buat. Tetapi sekarang jentera
parti layu, sukarelawan ini yang menggerakkan kempen. Perjuangan mereka
lebih ikhlas, demi Islam, Melayu dan raja. Dengan gerak kerja dan semangat yang
ditunjukkan oleh sukarelawan ini, majority melayu telah menyokong BN. Begitu juga
dengan kaum lain telah memperlihatkan sokongan mereka terhadap BN. Mereka
yakin BN akan kembali menang. Ada cerita, PRU12 dahulu sekiranya PAS memberi
ceramah ada orang-orang bukan melayu datang. Sekarang ceramah PAS bukan sahaja
tidak dihadiri oleh bukan melayu, malah bilangan kehadiran orang melayu sendiri
berkurangan.
Apa yang membanggakan penulis
ialah, semangat sukarelawan melayu ini. Cukup bersemangat, cukup gigih demi
Islam dan Melayu. Mungkin inilah semangat UMNO yang sebenarnya, semangat yang
hadir sama seperti ketika melayu menentang Malayan Union. Semangat yang tidak
berputus asa. Semangat perpaduan Melayu. Semangat ukhwah Islam. Penulis berdoa
BN akan menang di kawasan Changkat Jong, BN menang di Perak dan seterusnya
BN menang di Malaysia. Amin..
Semangat UMNO masih wujud di Malaysia |
(saya
berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin
yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah
kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
2 ulasan:
Bukan di Changkat Jong saja, kebangkitan ini berlaku juga di tempat-tempat lain. Ada orang yang tidak di kenali UMNO di daerah juga bertungkus lumus bekerja untuk UMNO dengan tidak mengharap apa-apa ganjaran kerana kesal dengan kemenangan pakatan 2008. Kejatuhan 2008 banyak memberi hikmah. Mereka ini jumlahnya banyak dan merupakan silent majoriti yang akan memberi impak pada PRU nanti. Mereka ini juga tidak termasuk dalam mana-mana kajian ahli akedemik. Mereka seperti bahagian bawah 'iceberg' yang lebih besar dari puncak kecil yang kelihatan di bahagian atas.
ye betul.. sekiranya ditempat lain juga berlaku seperti ini BN akan menang besar dalam PRU13 ini. saya harap selepas ini, pemimpin parti yang merajuk dan tidak menggerakkan jentera parti ditolak dan dihukum oleh ahli parti dalam pemilihan parti. Orang seperti ini tidak layak bergelar pemimpin.
Catat Ulasan