dari pandangan masyarakat marhaen
Beberapa hari lalu, Presiden Pas
(Hadi Awang) telah memberitahu mengapa PAS bertanding dibeberapa kawasan
menentang PKR. Antara sebabnya ialah terdapat calon yang dicalonkan oleh PKR
adalah dari kalangan mereka yang mengagungkan komunis dan mereka yang menjual
pil kuda (dadah). Di Johor PAS terpaksa menunggu hingga saat akhir sebelum
memberikan borang mencalonkan ahli mereka, namun selepas borang diberikan calon
PKR muncul dan menyerahkan borang pencalonan.
Sebagai sebuah pakatan yang mahu
memerintah Malaysia, adakah sesuatu yang wajar menjadikan calon yang mendukong
fahaman komunis sebagai calon? Adakah wajar menjadikan penjuala pil kuda
sebagai calon? Dimanakah letaknya rasa tanggungjawab mereka terhadap Negara dan
rakyat mereka wakili?
Dari segi pemilihan kenapa tiada
kesepakatan sehingga saat akhir baru nak lihat calon parti kawan bertanding
atau tidak.
Pilihan raya bukan sesuatu yang
boleh diambil mudah. Cara PR mencari calon memang tidak bertanggungjawab. Bagaimana
kita boleh membiarkan PR memerintah Malaysia, kalau begini komitmen mereka
terhadap pilihanraya.
(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk
memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang
membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi
kemakmuran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan