Pandangan dari masyarakat marhaen
Kisah ini berlaku di sebuah kampong
di Perak, disebuah rumah melayu dan di perkampungan melayu. Pada PRU12 yang
lepas kawasan Parlimen dikuasai DAP, manakala DUN pula dikuasai PAS. Keadaan rumahnya
begitu daif mengundang rasa simpati sesiapa yang melihatnya. Terdapat dua parti
politik yang mendominasi suasana politik kampong tersebut, iaitu UMNO dan PAS. Tetapi
UMNO lebih mempunyai ramai penyokongnya.
Selepas PRU12, PR telah berjaya menguasai
Perak dengan majority mudah. PAS yang menjadi ADUN kawasannya pun tidak memberi
apa-apa bantuan kepada keluarga ini. MP DAP lagilah, jejak kampong ini pun
tidak pernah apa lagi mahu membantu orang yang susah. Pada ketika itu, terdapat
perkhabaran yang bertiup kencang di Perak yang menyatakan bantuan banyak
diberikan kepada masyarakat cina. Sehinggakan masyarakat cina beranggapan
kerajaan Perak ketika itu adalah kerajaan cina. Apabila ada pilihanraya kecil
berlaku di Perak, masyrakat cina akan beranggapan pilihanraya itu adalah
perlawanan kerajaan cina menentang kerajaan melayu.
Setelah BN merampas kembali Perak
disebabkan beberapa ADUN PR keluar pakatan dan mengistiharkan ADUN bebas mesra
BN. Keluarga ini masih lagi tidak mendapat bantuan, walaupun kerajaan BN telah
memperuntukkan belanjawan untuk rumah mesra rakyat. Perkara ini belaku adalah
disebabkan dua perkara, satu BN bahagian dan UMNO bahagian tidak serius
menolong orang kampong yang susah. UMNO cawangan kampong dan ketua kampungnya juga
begitu, tidak prihatin kepada masalah orang kampong membiarkan kesusahan
keluarga ini berterusan tanpa bantuan.
Pada PRU13 ini, keluarga ini
tidak akan menyokong BN kerana kecewa dengan perkara yang menimpa mereka. Mereka
juga percaya dengan memberi undi kepada PAS, mereka tidak akan dibantu. Tetapi mereka
mahu memberi undi kepada PAS kerana mahu mengajar orang UMNO/BN supaya lebih
menjaga kebajikan rakyatnya.
Begitulah antara cerita
kekecewaan yang berlaku kepada penyokong BN yang setia. Pada mereka ahli politik
ini adalah untuk mengejar kuasa. Tetapi keluarga ini mungkin terlupa pengalaman
10 bulan Perak dibawah Pakatan Rakyat, orang melayu tidak dibantu pun sedangkan
masyarakat cina dibantu dengan sebanyak yang mungkin. Mungkin dari cerita
diatas kita nampak kedua-dua parti ini (BN dan PR) sama sahaja buruknya. Jika
diteliti dengan lebih mendalam lagi dapat kita lihat bahawa kerajaan BN lebih
baik lagi, kerana kerajaan BN telah membuat peruntukan rumah mesra rakyat. Yang
tidak bertanggungjawab adalah UMNO bahagian, UMNO cawangan dan ketua kampungnya
kerana tidak prihatin dengan masalah orang kampong. Merekalah orang yang perlu
diajar, bukan BN secara total.
BN sebenarnya masih mempunyai
kelemahan, tetapi PR mempunyai kelemahan yang lebih buruk daripada BN. Masakan kita
mahu menukar kerajaan yang baik kepada kerajaan yang lebih buruk. Sekiranya kita
memilih untuk mengajar orang UMNO diatas kesilapannya, janganlah disebabkan
tindakan kita itu akan menyebabkan lebih ramai yang tersiksa, agama tergadai
dan melayu terpinggir. Biarlah tindakan kita itu memberi kesan yang positif
kepada orang lain. PRU13 bukan pentas untuk mengajar BN. PRU 13 adalah pentas
untuk survival agama dan bangsa melayu. Fikirkanlah..
Sekiranya kita terpaksa memilih
diantara dua benda yang buruk, pilihlah yang paling tidak memudaratkan.
(saya
berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin
yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah
kebatilan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan