dari pandangan masyarakat marhaen
DS Najib bersama pesaingnya |
Selesai sudah penamaan calon bagi
Pilihanraya yang ke-13. Kita dapat lihat pelbagai reaksi pada hari ini. Yang menariknya
terdapat gambar-gambar para pemimpin yang bertanding bermesra sesama sendiri. Ini
boleh dijadikan tauladan untuk setiap orang di Malaysia, walaupun berbeza ideology
kita masih boleh bersama. Ada juga yang marah sebab penyokongnya tidak bersorak
untuknya ketika namanya disebut (Khalid samad di Shah Alam). Berbagai ragam
yang ada hari penamaan.
Fathul Bari (BN) dan Harun Din (PAS) |
Sebenarnya penulis mahu menulis tentang
calon-calon bebas dari pihak BN, antaranya Dato kamilia (Naib ketua Wanita UMNO),
Suhaimi Ghazali (ketua Pemuda UMNO sepang), Datuk Sharif Omar, dan Allen Tan
yew (ahli MCA). Pada mulanya ia kelihatan agak canggung kerana sebelum ini
belum pernah ada ahli BN yang kecewa tidak menjadi calon akan bertanding atas
tiket bebas.
Bagaimanapun sekiranya diteliti,
perkara ini adalah hikmah kepada BN. Pada ketika BN memerlukan sokongan yang
jitu kepada parti, mereka keluar dan bertanding atas tiket bebas. Mereka ini
adalah golongan yang mementingkan diri sendiri. Mereka ini adalah pemimpin yang
bakal melupakan rakyat kerana kuasa dan harta.
Jadi kepada penyokong BN,
janganlah memberi sokongan kepada mereka yang keluar pada saat genting seperti
PRU13 ini. Sesungguhnya itu adalah sifat-sifat orang yang pentingkan diri
sendiri. Mereka ini lah yang akan mencacatkan imej BN di masa hadapan.
(saya
berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin
yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah
kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan