pandangan masyarakat marhaen
Setelah beberapa hari proses
penamaan calon, isu Pakatan Rakyat bertanding sesama sendiri menjadi bualan.
Bagi penyokong BN, mereka melemparkan kata-kata sinis kepada penyokong PR. Pelbagai
alas an yang diberikan oleh PAS, PKR dan DAP berhubung perkara ini. Ini menampakkan
mereka tidak sepakat dalam PRU13 ini. Walaupun ‘sudah terang lagi bersuluh’, PR
tetap mahu menyatakan mereka masih bersatu dan sepakat.
Mungkin setelah ada perbincangan
pihak tertinggi didalam PR, akhirnya mereka mahu membetulkan keadaan dengan ada
parti yang beralah. Parti yang beralah mahu menarik diri dari bertanding
dikerusi ini.
SPR telah membuat siding akhbar
yang menyatakan, calon yang telah disahkan tidak boleh menarik diri. PR lupa
bahawa mereka tidak boleh menarik diri setelah pengesahan percalonan mereka
dibuat. PR juga lupa sebenarnya peraturan ini adalah antara tuntutan daripada ‘Bersih’
tahun lepas. Akhirnya kerana tamakkan kuasa semasa hari pencalonan, mereka
terpaksa bertanding sesame sendiri.
PR mungkin akan mengatakan ini cubaan
dari SPR untuk menolong BN menewaskan PR dalam PRU13 ini, dan akan
kedengaranlah suara yang mengatakan SPR tidak bersih. Itu adalah alasan biasa
yang mereka berikan. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik, mereka
tahu ini sebenarnya senjata makan tuan. PR sudah tersilap langkah pada masa
pencalonan kerana ketamakan kuasa. Akhirnya mereka yang menanggung kerugian.
Janganlah kita memberi undi
kepada PR, kejadian ini sahaja telah menunjukkan PR hanya mahukan kuasa bukan
untuk berbakti kepada rakyat. Undilah BN.
(gambar: http://peneranganumnoselangor.com/v1/berita/126-8-tuntutan-bersih-yang-perlu-anda-tahu)
(gambar: http://peneranganumnoselangor.com/v1/berita/126-8-tuntutan-bersih-yang-perlu-anda-tahu)
(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan