- Jumlah pengundi baru (2008 -2013) ialah 2.5 juta, 80% darinya adalah bawah 40 tahun. (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengundibaruberiimpakbesarkeputusanPRU-13/Article )
- Local Fan bagi DR. M (1.7 juta), DS Najib (1.4 juta), DS Nik Aziz (800 ribu), DS Anwar (400 ribu). (http://www.socialbakers.com/facebook-statistics/malaysia )
- 53% dari respondents UMCEDEL adalah bawah 40 tahun (survey UMCEDEL, perception on Malaysia politics and leadership prior to the 13th General election)
- Populariti Najib berada pada tahap 69% pada 27/3/2013 – merdeka review. (http://www.merdeka.org/media/271-270213.html )
Pengundi muda dan baru adalah
sebanyak 2.5 juta orang, dan 80% darinya adalah dari golongan muda (40 tahun
kebawah). Jadi mengikut perkiraan mudah jumlah pengundi muda dan baru adalah
sebanyak 2 juta orang. Mereka adalah jumlah pengundi yang tidak diketahu kemana
arah sokongan mereka.
Dalam kajian yang dilakukan oleh
UMCEDEL, lebih 50% dari respondent memberi jawapan ‘tidak tahu’ kepada soalan keyakinan terhadap DS Najib dan
DS Anwar. Bagaimanapun lebih 30% daripadanya yakin dengan DS Najib dan
selebihnya kepada DS Anwar. Kebanyakan dari mereka pula mendapatkan maklumat
dari media arus perdana.
Jika dilihat dari statistic FB
pula, peminat tempatan lebih memihak kepada DS Najib dan DR. Mahathir dimana
kedua-dua mereka mempunyai peminat lebih dari 1.4 juta orang. Berbanding dengan
Nik Aziz dan DS Anwar. Jika digabungkan peminat Nik Aziz dan DS Anwar pun masih
tidak dapat menandingi peminat DS Najib. Seperti yang kita sedia maklum,
pengguna FB adalah dari golongan muda.
Populariti DS Najib berada pada
tahap 69% (merdeka review), ia adalah prestasi yang menurun. Bagaimanapun pada
2008 populariti DS Najib hanya berada pada 41% (kajian Prof Datuk Seri Dr Syed
Arabi Idid, UIA). Peningkatan popularity sebanyak 28% adalah sesuatu yang amat
baik. Kajian ini juga boleh digunapakai untuk mengukur tahap penerimaan orang
muda terhadap BN.
Dari semua kaji selidik yang
dilakukan, dapat dilihat bahawa terdapat ramai golongan muda yang menyokong BN.
Paling tidakpun 30% dari pengundi muda sudah membuat pilihan menyokong BN. Bagaimanapun
golongan muda ini masih ramai yang
menjadi pengundi atas pagar. Pada pendapat penulis lebih 50% pengundi muda
masih neutral. Penulis juga melihat scenario kempen politik di dalam FB, tetapi
kempen ini tidak mendapat sambutan baik dari pemuda ia termasuklah kempen dari pembangkang
atau BN.
Pada pendapat penulis golongan
muda yang mengambil sikap neutral ini bakal menyokong BN, kerana bersikap neutral akan memungkinkan
mereka berfikir secara rasional. Menilai setiap aspek dan tidak terikat dengan
emosi amarah. Mereka pasti akan dapat melihat bahawa Pakatan Rakyat bakal
membawa kehancuran sekiranya mereka memerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan