Tapi begitulah Pas yang hanya menghukum sebab sifat benci pada UMNO. Pas tidak pula hukum PKR yang sudah terang tidak ada langsung agenda Islam dalam perlembagaan parti PKR itu.
Kalau UMNO yang ada agenda mengangkat syiar Islam dilabel sekular, apa pula label yang sesuai untuk PKR?
Apa pula label yang sesuai untuk orang Islam seperti Datuk Ariff Sabri dan Aspan Alias yang masuk DAP yang sudah tentulah perlembagaan DAP itu bersifat ultra sekular? Tidak jatuh kafirkah Datuk Ariff Sabri? Tidak jatuh kafirkah Aspan Alias?
Begitu juga dengan halnya bilamana Pas caci UMNO yang katanya UMNO ini kafir kerana mengekalkan Perlembagaan Lord Reid. Perlembagan penjajah katanya. Perlembagaan penjajah bukan perlembagaan Islam tapi perlembagaan kafir katanya. [Lihat Youtube di bawah].
Tapi Pas tidak pula kaji apakah kandungan perlembagaan itu tidak meletakkan Islam di tempatnya? Jawapannya, tidak.
Kalau kita kaji kita lihat Perkara 1 mengakru nama, negeri-negeri dan wilayah-wilayah dalam Persekutuan. Perkara 2 menyentuh tentang penerimaan masuk wilayah-wilayah baru dalam Persekutuan.
Dan Perkara 3 adalah roh negara iaitu secara jelas menyatakan Islam adalah agama Persekutuan. Begitu jelas kita lihat di mana kedudukan Islam itu diletak di nombor satu dalam meniup roh negara dalam Perlembagaan.
Pun masih Pas dakwa perlembagaan itu perlembagaan kafir. Pelembagaan itu harus ditolak kata Pas. UMNO ditentang kerana Perlembagaan itu katanya. "Kita menentang UMNO itu bukan sebab dia UMNO, kita menentang UMNO sebab UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah", kata Datuk Seri Hj Hadi Awang dalam amanatnya. Sehingga bercerai-berai umat Islam di Malaysia bahana amanat gila ini..
Cuma akhir-akhir ini kita pun pelik juga kerana Pas katanya bersedia menjunjung Perlembagaan.
Bukankah Pas sudah label UMNO kafir kerana junjung Perlembagaan penjajah?
Apa pula label yang Pas letak pada dirinya bilamana Pas sendiri sepakat dengan PKR dan DAP untuk pura-pura berikrar menjunjung Perlembagaan sepertimana dalam Buku Jingga? Pura-pura DAP dan PKR itu kita sudah sedia maklum. Bukan kita tidak tahu agenda mereka. [Lihat Youtube di bawah].
Penulis bukan mahu kafir-mengkafirkan umat Islam. Sebab itu langsung tidak ada dalam niat penulis. Malah penulis melarang umat Islam dari mana-mana parti sekalipun untuk menghukum sebegitu kepada sesama umat.
Apa yang penulis mahu tekankan ialah Pas tergamak menuduh UMNO sedemikian rupa atas sebab angkuh dengan sangkaan bahawa parti mereka cukup Islam berbanding UMNO.
Tapi dalam masa yang sama ALLAH SWT tunjukkan kepada kita bagaimana sikap Pas sebenarnya. ALLAH SWT tunjukkan pada kita semua umat Islam bahawa Pas hanya 'menghukum' UMNO atas sebab kebencian seteru politik. Bukannya atas dasar hak kebenaran dalam Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan