dari pandangan masyarakat marhaen
Penulis telah membuat beberapa
tinjauan dibeberapa kawasan di sekitar lembah klang. Beberapa perkara telah
menarik perhatian penulis sepanjang tinjauan dilakukan.
- Shah Alam – kurangnya bendera-bendera parti politik dari kedua-dua belah pihak. Ia tidak semeriah tempat lain. Pada pendapat penulis ini mungkin disebabkan oleh calon BN (zulkifili nordin) tidak mendapat sokongan penuh dari UMNO bahagian. UMNO bahagian telah meminta calon dari kalangan penduduk Shah Alam, tetapi tidak diberikan oleh BN pusat. Ini mungkin menyebabkan mereka kurang memberi sokongan dalam berkempen. Bagaimanapun Melayu muda ramai yang menyokong Zulkifli Nordin. Di pihak PR juga, tidak dapat sokongan dari jentera parti tempatan. Mungkin melayu dan ahli PAS shah Alam sudah tidak menyokong Khalid Samad yang banyak membuat kenyataan yang merugikan islam (cth: kalimah Allah, isu gereja). Hanya golongan bukan islam yg ramai menyokong Khalid samad. Tetapi dengan jumlah pengundi melayu melebihi 60%, melayu yang menentukan kemenangan di Shah Alam. Nampaknya kemenenangan calon di Shah alam akan ditentukan oleh pengundi atas pagar.
- Petaling Jaya Selatan – kawasan ini penuh dengan pondok-pondok panas BN. hanya sedikit sahaja pondok panas milik PKR dan PAS. Sekali pandang kawasan ini sah menjadi milik BN dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan terhadap BN. Ceramah dari PR juga dilakukan dicelah-celah bendera BN sehinggakan penulis menyangkakan itu adalah ceramah BN. sungguh hebat semangat yang ditunjukkan oleh jentera BN dan penduduk stempat. Tahniah saya ucapkan.
- Petaling Jaya Utara- ini adalah kubu kuat DAP, calon dari BN adalah dari MCA. Menurut jentera BN, pengundi cina tempatan telah menunjukkan penerimaan kepada calon MCA ini. Penerimaan penyokong DAP kepada calon BN ini adalah disebabkan calon DAP yang menang sebelum ini, tidak menjalankan tanggungjawabnya. Penduduk sudah bosan dan marah dengan sikap calon DAP itu, dan mereka mungkin akan membuat undi protest dengan memberi undi kepada BN. Selain dari undi protest, penduduk juga lebih menyakini manisfesto BN berbanding manifesto PR. BN mempunyai peluang untuk mendapat kemenangan disini.
Berdasarkan tinjauan
yang dibuat, keyakinan penulis untuk BN menang dalam PRU13 ini semakin meningkat. Ia adalah
kerana BN mempunyai jentera yang kuat bekerja, MP/DUN dari PR yang tidak
menjalankan tanggungjawab sebelum ini dan juga manifesto yang meyakinkan. Ini adalah
factor-faktor kemenangan BN.
(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu
hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan
dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan
Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan