(dari pandangan masyrakat marhaen)
- Menurut Ku Li, 90% masyarakat cina akan menyokong Pakatan Rakyat. (http://www.utusankini.com/2012/10/90-peratus-pengundi-cina-akan-undi.html )
- 90% masyarakat cina tidak akan undi BN. (http://ipohmalay.blogspot.com/2012/01/cina-tidak-akan-undi-bn-dalam-pru-13.html
- PRU 12: BN mendapat 35% undi cina, piliharaya Sarawak BN mendapat 25% undi cina. (http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/benarkah-kaum-cina-berada-di.html )
- PRU12: Parlimen Malaysia mempunyai 45 kerusi dari kawasan majority cina dan semuanya dimenangi oleh DAP. (http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/benarkah-kaum-cina-berada-di.html )
- Pengundi cina merangkumi 30% dari keseluruhan pengundi atau sebanyak 3.94 juta pengundi (sin chew daily)
Berdasarkan maklumat diatas,
dapat digambarkan bahawa sokongan masyarakat cina kepada BN semakin menurun. Terdapat
khabar angin yang mengatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat mencecah
kepada 90%. Apa yang menarik untuk diperhalusi dengan scenario sokongan
masyarakat cina adalah apa yang mereka kehendaki sebenarnya.
Apa yang mereka mahukan. Dahulu
mereka pernah meminta sebuah university utk org cina, sekarang telah wujud
Universiti yang mejoriti masyarakat cina (cth: UTAR, Lim Kok Wing). Sudah banyak
bantuan yang disalurkan oleh kerajaan BN kepada sekolah persendirian cina. Pelbagai
kemudahan dan kebaikan yang diberikan oleh BN seperti BRIM, kedai 1Malaysia,
KR1M dan sebagainya. Dulu pernah dikatakan masyarakat cina melihat ekonomi
sebagai asas undian, sekarang ekonomi dalam keadaan yang baik. Perubahan telah
banyak dilakukan sehinggakan masyarakat india telah kembali menyokong BN, Namun
masyarakat cina masih tidak menyokong BN. Hanya satu perkara yang ditawarkan
oleh PR kepada masyarakat cina, yang tidak dapat ditandingi oleh BN. Iaitu kerajaan
yang didominasi oleh kaum cina.
Dengan hanya majority 30%
pengundi, masyarakat cina merasakan mereka berhak mendominasi kerajaan
Malaysia. Terlihat seperti sifat tamak yang telah menguasai mereka. Mereka mahu
menafikan hak kaum majoriti di Malaysia ini, iaitu melayu. Dari situasi ini
boleh dilihat adakah masyarakat cina ini ikhlas mahu menjadi rakyat Malaysia,
atau sebagai “Opportunist” untuk menjadi tuan di Malaysia ini?
Sebenarnya dasar perkongsian yang
di lakukan oleh BN sudah cukup adil sekiranya mengikut komposisi kaum di
Malaysia ini. Semua masyarakat mempunyai wakilnya didalam kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, sekiranya dilihat situasi
sekarang dengan kembalinya sokongan masyrakat india, rakyat Sabah & Sarawak
semakin menyokong BN berikutan isu Lahad Datu dan majority masyarakat melayu
semakin berdiri teguh dibelakang BN. Peluang untuk BN menang adalah besar. Demi
mempunyai sebuah kerajaan yang mempunyai wakil dari setiap kaum, masyarakat
cina perlu menilai kembali pegangan mereka. Sekiranya tidak, mungkin kali ini
akan tercipta sejarah di parlimen semua wakil kaum cina akan berada di pembangkang.
Penulis bukan mahu bersifat
rasis, tetapi agak pelik kebanyakan orang cina selalu bercakap tentang
kesamarataan setiap kaum di Malaysia. Tetapi apa yang tergambar dari perlakuan
mereka sekarang adalah untuk mengaut segala-galanya tanpa mahu berkongsi dengan
kaum lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan