Dari pandangan masyarakat marhaen
Propaganda merupakan salah satu
cara untuk mendapat sokongan pengundi. Pengundi muda dan pengundi pertama kali
adalah golongan yang baru menjengah kealam politik, walaupun sekadar pengundi. Alam
politik yang penuh dengan isu-isu panas dan memanaskan. Dengan jiwa muda, jiwa
yang cepat membara dan juga jiwa memberontak, golongan muda sebenarnya golongan
yang mudah terganggu emosinya. Mereka adalah golongan yang paling ‘fragile’ dan
akan memberi undi secara membuta tuli.
Pakatan Rakyat adalah pakar dalam
propaganda dan meruntun semangat orang muda untuk memberontak. Lihat sajalah
isu yang dipermainkan oleh PR, sebagai contoh isu rakyat tertindas, Kerajaan
zalim, rakyat miskin dan banyak lagi. Bagi yang berfikiran rasional isu ini
adalah tidak benar sama sekali. Tidak perlu kita mengkaji dengan angka-angka
atau membuat kaji selidik untuk mengetahui perkara sebenar. Kita hanya perlu
melihat apa yang berlaku di sekeliling kita, berjalanlah di kota kuala lumpur,
lihat lah dan dengarlah. Bagaimana boleh dikatakan rakyat tertindas sekiranya
kita boleh membuat pilihan, mana mungkin kerajaan itu zalim sekiranya rakyatnya
bebas memaki hamun kerajaan (mereka tidak ditangkap), masakan rakyat miskin
sedangkan jumlah kenderaan semakin bertambah.
Tetapi berfikir dengan rasional
ini tidak ada dalam ramai golongan muda di Negara ini. Mereka mengatakan rakyat
tertindas hanya dengan membaca blog (tidak ada kesahihan fakta), mereka kata
kerajaan zalim hanya dengan satu dua perkara yang salah dilakukan oleh kerajaan
(isu yang diperbesarkan oleh pembangkang), mereka kata majority rakyat miskin
hanya dengan kisah yang digembar-gemburkan oleh blog pembangkang. Dengan slogan
dari PR yang mengatakan berita TV dan akhbar arus perdana tidak betul, golongan
mudah mentah-mentah percaya segalanya yang ditulis dalam blog. Memang ada
perkara yang betul ditulis didalam blog, tetapi perkara yang bersifat umum
seperti penindasan, zalim, majority miskin itu sebenarnya boleh dinilai sendiri
dengan perkara yang berlaku didepan mata.
Mungkin kerana darah muda yang
penuh semangat melawan dan ingin memperjuangkan sesuatu, akhirnya menjadikan
golongan muda ini dijadikan alat permainan oleh PR. Mereka dipergunakan untuk
merealisasikan kehendak politik rakus. Lihatlah kesilapan golongan muda,
menyertai perhimpunan bersih yang berakhir dengan rusuhan terhadap polis. Mereka
secara melulu menuduh polis kejam walaupun mereka tidak pernah merasai
kekejaman itu (hanya baca blog sahaja). Lainlah cerita askar jepun dahulu,
ramai yang kena penampar jepun dan ramai yang diseksa, itu barulah boleh
dibuktikan dan tentang.
Kepada golongan muda, bukalah
pintu hati, bukalah mata. Pisahkan cengkaman amarah dan emosi dari hati supaya
akan dapat fikiran rasional. Lihatlah reality yang berlaku disekitar kamu. Memang
benar kamu akan Nampak perkara-perkara yang salah dilakukan oleh semua pihak,
tidak kira PR atau BN. Tetapi kamu juga akan dapat membezakan antara reality dan
propaganda. BN biasanya akan memainkan isu reality, kerana banyak perkara reality
yang baik telah dilakukan oleh BN. Manakala PR akan banyak menggunakan propaganda,
kerana terlalu sedikit reality yang baik mereka lakukan.
Untuk apa memilih Pakatan Rakyat
sekiranya segala yang diberitahu hanya propaganda. Pilihlah Barisan Nasional
kerana memang telah banyak perubahan dan kebaikan yang dinyatakan telah menjadi
reality.
(saya
berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin
yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah
kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
1 ulasan:
setuju dengan tuan. memang PR banyak guna propaganda dan persepsi tapi isi tiada.
Catat Ulasan