29 Mei, 2014

PRK TELUK INTAN: AYAT AL-QURAN DIGUNAKAN OLEH KAFIR DAP UNTUK MENARIK UNDI KEPADA CALON MENOLAK ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم


 

Apa sudah jadi dengan orang islam di Malaysia ini, kerana politik kita lupa tentang agama. Perseteruan PAS dan UMNO sudah berada di fasa kesesatan. Orang islam membiarkan orang kafir menggunakan ayat Al-Quran berkempen, lebih menyedihkan orang kafir ini menggunakan ayat Al-Quran untuk menarik undi untuk memenangkan calon DAP yang telah berikrar untuk menolak hudud di Parlimen. Dimana bijak pandai agama PAS dalam isu ini. 

Steven Sim dari DAP telah menggunakan Ayat ke-6 dalam surah Al-kafirun لَکُمۡ دِیۡنُکُمۡ وَلِیَ دِیۡنِ (Lakum dinukum wa-liya dini) yang bermaksud “Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. Orang kafir DAP ini secara tidak langsung telah berkempen supaya umat islam berhenti dari berdakwah kepada bukan islam, sedangkan ia adalah kewajipan umat islam untk berdakwah seperti yang dinyatakan dalam surah Al-imran.

"Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: “Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku.” Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi 190): “Apakah kamu (mau) masuk Islam”. Jika mereka memeluk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." [Ali ‘Imran (3): 20] 

Bukan setakat berkempen meminta umat islam berhenti berdakwah, malah berkempen untuk memenangkan calon yang akan MENOLAK HUKUM ISLAM. Paling menyedihkan orang islam yang mendengar kempen ini, berTEPUK TANGAN tanda setuju dan ada yang menyebut Allahuakabar.

Cukup sedih melihat perkara ini berlaku. Kita umat islam berpecah sehingga begini sekali. Sanggup kita biarkan orang kafir menggunakan islam secara salah asalkan saudara seislam kita yang kita musuhi itu kalah. Apa yang penulis lihat umat islam di pihak PR meletakkan dendam kepada BN mengatasi keimanan kepada Allah SWT.

Selain isu Steven Sim ini, banyak lagi isu berkaitan agama yang nampaknya PAS mempertahankan yang batil hanya kerana memenangkan DAP. Agak-agak parti DAP ini didaftarkan di padang masyar nanti ke?. Pada PRK Teluk Intan kali ini parti PAS banyak menyimpang dari ajaran islam, dan menyebabkan penyokongnya terikut-ikut kesilapan itu.

Penulis ingin menyeru kepada umat islam supaya menjaga kemuliaan agama islam mengatasi politik tidak kira anda dari parti mana sekalipun. Sekiranya perkara yang dilakukan adalah salah disisi islam, katakan ia berdosa. Janganlah berdolak dalih hanya kerana mempertahankan parti. ingatlah akhirnya kita akan dihisab oleh Allah, bukan parti politik. Sekiranya UMNO buat salah, cakap sahaja dia salah. Kalau PAS salah, sebut sahaja dia salah. Jangan berdolak dalih kerana politik. merugikan umat islam.

Penulis teringat kepada kisah kerajaan Pagaruyung, dimana golongan adat dan golongan agama bergaduh sesama sendiri. Akhirnya pihak belanda mengambil kesempatan untuk menakluk kerajaan itu. Akhirnya golongan adat kalah dan golongan agama pun kalah yang menang Belanda. Kalau kita tidak berjaga-jaga, UMNO dan PAS akan kalah. dan yang menang DAP. Parti yang ingin menolak islam dan melayu. Renungkan lah....

الله أكبر     الله أكبر      الله أكبر

BELASUNGKAWA - AL FATIHAH BUAT SULTAN AZLAN SHAH

Sebagai rakyat negeri Perak, teman ingin mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Perak dan seluruh rakyat negeri Perak dengan kemangkatan Sultan yang kita kasihi.. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mukminin...

Teman bersedih atas pemergiannya. Teman dan rakan-rakan amat terasa pemergiannya. Seorang Sultan yang mempunyai latar belakang yang hebat dan pernah menjadi ketua Hakim negara. Seorang Sultan yang hebat, adil dan saksama. Walaupun pelbagai tohmahan kepada baginda ketika zaman politik yang bercelaru ini, baginda tidak pernah melatah malah mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang bukan secara sembrono.



Ketika mayat baginda di bawa keluar, hujan renyai-renyai di sekitar Kuala Lumpur. ia seperti hujan rahmat yang mengiringi pemergian baginda.

Bersemayamlah tuanku disana sehingga dibangunkan kembali di hari Akhirat kelak. Bacaan Al-Fatihah buat Tuanku sebagai hadiah dari rakyat tuanku.

27 Mei, 2014

ANALISA PRK TELUK INTAN –SENTIMEN CINA DAN KEANGKUHAN DAP



dari pandangan masyarakat marhaen

P76 Teluk Intan mempunyai 60,483 pengundi berdaftar, pecahan kaum adalah Cina 42%, Melayu 38% dan india 19%. Politik Teluk intan selama ini menyaksikan pertembungan kaum melayu dan cina tetapi yang menjadi penentu adalah kaum india. Bagaimanapun dengan pepecahan ketara kaum melayu dalam era 2000 telah memberikan kaum cina mendominasi politik teluk intan. Ini dapat dilihat dalam tsunami politik 2013, pada ketika itu kaum india telah beralih sokongan kepada BN kerana MP sebelum itu dari kaum india (DAP-M.Manogaran) gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Bagaimanapun BN tetap kalah kerana sentimen kaum cina yang mahu kerajaan dibawah penguasaan orang cina (DAP). Sentimen kaum cina memainkan peranan yang signifikan dalam PRU13 di Teluk intan.

Pada PRK Teluk Intan 2014 berikutan kematian MP Teluk Intan Seah Leong Peng (DAP), berlaku pertembungan satu lawan satu antara DAP dan BN. 

DAP telah meletakkan calon luar dan dari kaum melayu iaitu Dyna Sofya. Penulis ada mendengar khabar tindakan DAP ini telah menyebabkan penentangan dari Ahli DAP Teluk Intan kerana membelakangkan pemimpin DAP tempatan. Tambahan pula calon yang diketengahkan ini terlalu muda pada usianya dan juga dalam berpolitik. Berikutan daripada itu ada bilik gerakan DAP yang ditutup kerana tidak mahu memberi kerjasama kepada DAP pusat dalam berkempen. Selain itu penyokong pemimpin DAP yang tidak dicalonkan itu juga tidak mahu memberikan undi kepada DAP. Terdapat juga khabar yang mengatakan DAP Teluk Intan telah memberi kata dua kepada PAS teluk Intan supaya tidak terlalu berkempen untuk DAP, atas alasan mereka tidak berkempen. Selain itu, disebabkan kurangnya pengalaman dalam berpolitik, calon DAP menunjukkan kelemahannya dalam sesi soal jawab dengan media, dan kelemahan ini telah digunakan oleh BN untuk menunjukkan betapa lemahnya calon DAP sekarang ini. 

Kaum cina juga jelas tidak menyukai calon DAP kali ini. Selain dia dari kaum melayu, calon ini juga tidak menunjukkan aura kepimpinan semasa berkempen. Bagaimanapun DAP mengharapkan sentimen kaum cina terus membiak dan diterjemahkan dalam bentuk undi. MP DAP pada 2008, gagal melaksanakan tugasnya di Teluk Intan, banyak keluhan yang penulis dengar dari kaum cina, india dan melayu. Pernah penulis mendengar org cina berkata tidak akan undi DAP dlm PRU13. Sekiranya pengundi mengundi berdasarkan prestasi memang pada PRU13 DAP akan kalah. Namun DAP tetap menang kerana sentimen semata-mata. Pada PRK ini, DAP kelihatan angkuh dengan kaum cina kerana meletakkan calon melayu seolah-olah undi kaum cina sudah pasti kepada DAP dan sekarang mahu undi melayu kepada DAP. DAP melihat kaum cina akan ikut sahaja keputusan DAP dan merendah-rendahkan keupayaan kaum cina mempertimbangkan calon MP terbaik.

Pendapat penulis tindakan DAP telah menyebabkan konflik dalaman DAP teluk intan dan juga
mengguris perasaan kaum cina di Teluk intan.

Pemilihan calon DAP melayu, tetapi menolak hudud dan berkempen menentang kepentingan
melayu telah menyebabkan orang melayu membenci calon melayu ini. Ia juga telah dijadikan senjata untuk BN berkempen kepada orang melayu untuk menolak calon melayu DAP ini. Mengapa mahu menyokong melayu yang menolak agama dan bangsanya sendiri. Apa yang paling menyedihkan penulis adalah sikap pemimpin dan penyokong PAS. Beberapa persoalan yang penulis tanya pada penyokong PAS; adakah tidak memakai tudung itu berdosa?, berdosakah bagi orang islam yang menolak hudud?.. jawapan yang penyokong PAS berikan adalah putar belit politik bukan dari sudut agama. Pada PRK ini menampakkan PAS menyimpang dari akidah islam semata-mata untuk mempertahankan calon DAP ini. Pernah mereka memberikan pendapat yang mengatakan dalam situasi begini, elok diberikan undi kepada orang yang fasiq berbanding orang yang kafir. Tetapi bila penulis bertanya adakah pendapat ini boleh digunakan di PRK bukit gelugor, mereka memberi jawapan politik penuh putar belit mempertahankan undi Kafir DAP di bukit gelugor.

Pendapat penulis, pemilihan calon melayu DAP yang tidak bertudung dan menolak hudud ini telah menyebabkan PAS ibarat cacing kepanasan dalam berkempen, dan telah menampakkan mereka berjuang untuk politik semata-mata dan bukan kerana agama.

Sekiranya mengikut rekod perkhidmatan, boleh dikatakan DAP lemah pada penggal 2008-2013. Sekiranya mengikut sentiment kaum cina, Jelas DAP angkuh dengan mengenepikan pemimpin DAP tempatan dan calon melayu DAP juga jelas mengguris kaum cina yang mahukan pemimpin cina. 

Menariknya PRK Teluk Intan adalah persoalan adakah kaum cina meletakkan pertimbangan rasional melebihi sentiment kaum, adakah mereka akan tutup mata dan membiarkan DAP menjadi angkuh tetapi masih memberi undi kepada DAP. Kaum cina adalah penentu pada PRK kali ini.

(analisa adalah pendapat peribadi penulis dan berdasarkan pengalaman penulis semasa di teluk intan)

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin