31 Disember, 2008

Negara OIC digesa bantu Palestin

-
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) digesa bersatu membantu masyarakat Palestin menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya ke atas mereka.

Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman itu serta menolak setiap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terbabit.

''Kami menyeru masyarakat Islam di seluruh dunia agar menolak segala bentuk keganasan dilakukan rejim Zionis selain sokongan dalam diam Amerika Syarikat terhadap kekejaman itu,'' katanya melalui laman blog www.mukhriz. com di sini hari ini.

Mukhriz mengulas mengenai serangan terbaru Israel ke atas masyarakat Palestin di Genting Gaza yang mengorbankan ramai nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

Kekejaman itu bagaimanapun mendapat restu Amerika Syarikat yang menyalahkan Hamas kerana didakwa melakukan provokasi sehingga mendorong Israel melancarkan serangan tersebut.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, tindakan tentera Israel yang sengaja menjadikan warga tua, wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran turut menambahkan kebencian masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap rejim Yahudi itu.

''Tindakan mereka menyerang Universiti Islam Gaza sudah cukup membuktikan kecenderungan mereka untuk menyerang masyarakat awam.

''Ia menimbulkan kemarahan masyarakat dunia yang cintakan keamanan dan atas dasar itu, Israel perlu menghentikan kegiatan yang tidak berlandaskan moral dan perundangan ini dengan serta merta,'' katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 31 Disember 2008
+

Laman sembang hina Nabi

-
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Selain wujud blog menghina Nabi Muhammad di Internet, perbuatan tidak bertanggung jawab itu juga berlaku di laman sembang interaktif (web mobile chatting) yang dikendalikan oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkenal tanah air dan dipancarkan melalui GPRS telefon bimbit.

Perbuatan itu didedahkan oleh seorang pembaca majalah Al Islam terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan Utusan dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah tersebut dalam keluaran terbarunya, Januari 2009, yang kini sedang berada di pasaran.

Pembaca itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sulaiman ketika mendedahkan perkara tersebut kepada wartawan Al Islam, Mohd. Zaidi Senapi memberitahu, perbuatan tidak bertanggung jawab itu dikesannya pada 3 November lalu dan dilakukan oleh seorang pengguna yang menggunakan nama samaran, ISLAMIC.

Menjelaskan lebih lanjut tentang perkara itu, Sulaiman berkata, pada hari berkenaan ketika melayari laman tersebut, beliau terkejut apabila satu nama samaran yang menggelar dirinya ISLAMIC telah masuk ke laman itu dan mencarut-carut tentang Hajarulaswad serta menghina Nabi.

''Perbuatannya itu telah mengundang kemarahan pengguna lain di laman sembang interaktif itu, tetapi ISLAMIC langsung tidak mempedulikannya dan terus menghina Nabi, Islam serta Hajarulaswad,'' tegas Sulaiman, seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Tambah mengecewakan, kata Sulaiman, semakin dimarah oleh pengguna lain, semakin galak ISLAMIC menghina dan mempermainkan orang yang memarahinya.

''Ayat dan perkataan-perkataan yang digunakannya pula bersifat provokasi seperti mahu mencetuskan ketegangan agama dan mengajak orang lain keluar beramai-ramai berperang dengannya,'' jelas Sulaiman lagi.

Sulaiman memberitahu, beliau telah cuba memeriksa identiti ISLAMIC tetapi malang identiti terbabit telah ditutup dan dilabelkan sebagai private.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Sulaiman beserta dengan bukti salinan beberapa muka laman web sembang tersebut yang masih disimpannya.

Sulaiman juga telah membuat aduan di pejabat agama Islam Hulu Selangor, tetapi sehingga kini beliau tidak tahu sama ada pihak berkenaan telah mengambil tindakan susulan atau sebaliknya.

''Yang saya kesalkan, kenapa syarikat telekomunikasi yang mengendalikan web mobile itu membiarkan saja penggunanya mengeluarkan kata-kata yang menyinggung serta menghina agama lain, lebih-lebih lagi Islam?

''Kenapa mereka tidak halang ia daripada dipaparkan, atau adakah perkara ini disengajakan agar web mobile itu mendapat banyak pengunjung dan syarikat terbabit meraih keuntungan daripadanya,'' soal Sulaiman.

Beliau juga bimbang sekiranya chatter yang menggelarkan dirinya ISLAMIC itu hanyalah dalang yang digunakan untuk melakukan provokasi bagi tujuan tertentu.

Ditanya adakah perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu terus dilakukan pada hari-hari berikutnya, Sulaiman memberitahu, dia kurang pasti kerana selepas kejadian tersebut, dia agak jarang melayari laman web berkenaan sebab terlalu marah.

''Saya berharap agar pihak-pihak yang berkaitan segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terbabit kerana ia mengganggu keharmonian masyarakat dan negara kita,'' tegas Sulaiman.

Sumber: Utusan Malaysia, 31 Disember 2008
+

Malaysia desak PBB, OIC halang kekejaman Israel

-
Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 30 Dis. – Malaysia hari ini menghantar perutusan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengambil tindakan proaktif mengekang perbuatan Zionis mengebom penduduk Palestin di Genting Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, serangan udara Israel ke atas wilayah itu yang setakat ini membunuh lebih 300 penduduk Palestin jelas suatu yang tidak boleh diterima dan seharusnya diambil tindakan segera oleh dua pertubuhan tersebut.

‘‘Malaysia menyeru PBB dan OIC supaya sebulat suara menentang perbuatan Zionis ini menerusi saluran yang betul.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
+

Israel terus mengganas, korban meningkat 374 orang

-
GENTING GAZA 30 Dis. – Jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza awal hari ini, masuk hari keempat berturut-turut, mengorbankan 10 lagi penduduk Palestin.

Serangan tersebut turut menyebabkan 40 lagi penduduk Palestin cedera.

Serangan terbaru Israel itu di wilayah ini, turut meragut nyawa pasangan adik-beradik perempuan berusia 10 dan 12 tahun.

Pegawai perubatan meletakkan angka kematian sejak serangan Israel bermula Sabtu lalu pada 374 orang dan 1,690 yang lain cedera.

Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 62 orang awam turut terkorban dalam serangan Israel di Genting Gaza.

Sementara itu, pejuang-pejuang Hamas di Gaza meningkatkan serangan roket ke wilayah Israel hari ini menyebabkan seorang anggota tentera Israel dekat sempadan Gaza terbunuh dan mengorbankan seorang lagi penduduk Israel di bandar Ashdod..

Setakat ini, lima orang Yahudi di Israel terbunuh dalam serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas sejak serangan Israel pada Sabtu lalu.

Tinggal enam minggu sebelum Israel berdepan dengan pilihan raya yang diramalkan dimenangi oleh Parti Likud, kerajaan Israel menyatakan bahawa serangan dilakukan bertujuan menamatkan serangan roket oleh pejuang Hamas.

Menteri Dalam Negeri Israel, Meir Sheetrit menjelaskan, tiada ruang untuk gencatan senjata dengan Hamas sehinggalah serangan roket Hamas dihentikan.

“Tentera Israel tidak akan menghentikan operasi selagi tidak menghancurkan semangat penduduk Palestin daripada menyokong Hamas dan selagi mereka terus melancarkan roket ke atas Israel,” katanya kepada Israel Radio.

– Reuters

Sumber: Utusan Malaysia, 31 Disember 2008
+

30 Disember, 2008

Pas, DAP ibarat tikus dan kucing

-
KOTA BHARU 27 Dis. - Sikap Pas yang berdolak-dalik dalam melaksanakan hukum hudud disifatkan sebagai amat memalukan kerana ia jelas menunjukkan parti itu hilang nilai perjuangan sehingga terpaksa tunduk kepada rakannya, DAP.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, parti itu sepatutnya tegas dalam pendiriannya untuk mempertahankan hudud dan bukannya patuh kepada DAP.

Beliau berkata, parti itu juga sepatutnya menjadi seperti DAP yang tetap bertegas untuk menolak hudud walau apa cara sekali pun.

"Pas tidak seharusnya berdolak-dalik dalam melaksanakan hudud dan perjuangan asalnya sebagai sebuah parti Islam. Keadaan yang berlaku hari ini saya lihat Pas dan DAP seperti tikus dan kucing.

"Bila kucing mengiau, tikus terus lari. Sama juga dengan Pas yang boleh ubah pendirian selepas DAP tidak bersetuju. Soalnya kenapa Pas tidak bertegas juga untuk laksana hudud kerana parti itu mempunyai pengaruh yang besar berbanding dua lagi parti dalam pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sikap berdolak-dalik Pas dalam melaksanakan hukum hudud.

Ibrahim berkata, sikap Pas sama seperti UMNO kerana ketika parti tersebut menekan kerajaan supaya dilaksanakan hudud dan qisas, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan alasan yang sama.

"Dulu BN beri alasan rakyat belum bersedia untuk hudud dan qisas tetapi hari ini Pas pun beri alasan yang sama juga, jadi tidak ada perbezaan.

"Saya bukan hendak mengecam Pas tetapi mengingatkan kerana saya masih menghargai parti itu yang memberi laluan untuk saya bertanding pada pilihan raya umum lalu. Jadi mereka harus sentiasa ingat dasar perjuangan yang dipegang selama ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 28 Disember 2008
+

29 Disember, 2008

Mara salur pinjaman RM67j bantu peniaga Pahang

-
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 28 Dis. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyalurkan sebanyak RM67 juta pinjaman perniagaan kepada 1,200 usahawan bumiputera di Pahang pada tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Mara negeri, Roziah Osman berkata, pembiayaan itu bagi melahirkan usahawan bumiputera berdaya saing dan maju di negeri ini.

Katanya, pinjaman maksimum sehingga RM100,000 seorang itu memberi kemudahan kepada usahawan bumiputera mendapat modal pusingan supaya perniagaan mereka terus berkembang.

''Pembiayaan Mara membabitkan pinjaman untuk pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, pemborongan dan runcit,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Ekspo Keusahawanan Mara peringkat daerah yang dirasmikan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Muttalib di Dataran Teksi Maran di sini hari ini.

Roziah berkata, Mara bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga galakan moral kepada usahawan bumiputera dengan mewujudkan pelbagai anugerah kepada mereka.

Beliau turut mengingatkan usahawan bumiputera supaya mewujudkan jaringan perniagaan kerana hubungan seumpama itu dapat memantap dan mengembangkan perniagaan.

Tegasnya, jaringan seumpama itu yang diamalkan peniaga kaum Cina terbukti berkesan dalam mengembangkan perniagaan.

''Contohilah usahawan Cina yang berjaya dalam bidang ini yang membuktikan bahawa jaringan perniagaan menjadi nadi kejayaan dan perkembangan empayar perniagaan mereka,'' katanya.

Selain itu, Roziah menegaskan, sektor perniagaan bumiputera akan berkembang jika mereka meningkatkan ilmu pengetahuan, kemampuan dan rangkaian perniagaan.

Tambah beliau, Mara akan terus memberi sokongan menyediakan skim promosi pemasaran seperti bantuan pengiklanan, pelabelan, penyelidikan dan pembangunan, lawatan serta bantuan penyewaan mesin kepada peniaga.

Katanya, skim promosi pemasaran bagi membantu usahawan bumiputera memasar dan mempromosikan produk mereka di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti ekspo dan pusat beli-belah.

Sumber: Utusan Malaysia, 29 Disember 2008
+

28 Disember, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

Assalamualaikum buat semua umat Islam di Malaysia,

Salam Maal Hijrah (1 Muharram 1430H)

Semoga dengan tarikh penuh bersejarah dalam kalendar umat Islam ini, seluruh umat Islam di Malaysia dapat bersatu-padu dalam mempertahankan agama dan bangsa. Martabatkan maruah agama dan bangsa melalui pendidikan dan ekonomi.

Wassalam,

Kembara Politik & keluarga

24 Disember, 2008

Alahai Tanah Perak!

-
Bukan kuasa negeri

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 23 Dis. – Cadangan Kerajaan Perak untuk memberikan status hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk di kampung baru dan kampung tersusun di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

‘‘Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis tersebut di sini hari ini.

Pada 27 Jun lalu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Di seluruh Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.

Sementara Rancangan Kampung Tersusun (RKT) pula terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Langkah kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang melihat ia lebih bermotifkan politik kerana dicadangkan hanya selepas tiga bulan pakatan pembangkang itu menguasai kerajaan negeri.

Setiausaha Persatuan Anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Mohd. Hilmi Ismail dipetik sebagai berkata, jika kerajaan negeri meluluskan mana-mana tanah secara pegangan bebas, ia bercanggah dengan Seksyen 76 (aa) subseksyen (iii) Kanun Tanah Negara.

Jika diluluskan, keputusan itu tidak sah dan boleh dibawa ke mahkamah untuk dibatalkan manakala sekiranya dikeluarkan secara pajakan, ia terhad kepada tempoh maksimum 99 tahun dan bukan 999 tahun, katanya.

Najib menjelaskan, pada masa ini Dasar Tanah Negara menetapkan bahawa pegangan selama-lamanya diberikan bagi maksud penggunaan Kerajaan Persekutuan dan tujuan awam selain maksud tertentu yang terhad.

Bagaimanapun beliau berkata, Kerajaan Perak telah mengemukakan cadangan untuk memberikan hak pegangan selama-lamanya kepada kampung baru dan kampung tersusun di negeri tersebut.

“Seperti sedia maklum, MTN ditubuhkan mengikut Perlembagaan dan tujuannya untuk menyelaraskan dasar tanah negara supaya akan wujudkan keseragaman di antara negeri-negeri,” katanya.

Justeru menurut Najib, satu mesyuarat khas MTN akan diddakan tidak lama lagi untuk membincangkan perkara tersebut manakala kertas kerja Kerajaan Perak mengenai cadangan berkenaan dijadualkan dibincangkan dalam mesyuarat MTN akan datang.

Ditanya apakah alasan kerajaan negeri mencadangkan pemberian hak milik kekal itu, beliau menjelaskan, sebarang alasan yang diberikan tidak boleh bertentangan dengan dasar tanah negara yang diputuskan oleh MTN.

Sementara itu, Najib berkata, jawatankuasa MTN turut mengambil maklum bahawa sistem e-tanah akan diteruskan di Negeri Sembilan dan Melaka pada tahun depan selaras projek rintis di Pulau Pinang dilaksanakan.

“Sekiranya projek tersebut berjalan lancer dan memberikan kesan, ia akan diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 24 Disember 2008

*****************************

Hak milik tanah kekal di Perak sah - Exco

IPOH 23 Dis. - Kerajaan campuran negeri Perak tetap berpendapat pemberian hak milik tanah pegangan kekal atau selama-lamanya bagi kampung baru dan kampung tersusun di negeri ini adalah sah dan mematuhi Kanun Tanah Negara.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, pemberian hak milik tanah itu memang boleh dilaksanakan kerana ia selaras dengan syarat keadaan khas yang terkandung di bawah kanun tersebut.

"Kita ada kriteria yang dipanggil sebagai keadaan khas di bawah Kanun Tanah Negara untuk meluluskan pegangan tanah kekal.

"Kampung baru dan tersusun memenuhi syarat keadaan khas itu kerana kerajaan yang lepas telah menafikan hak penduduk untuk memperolehi pegangan kekal sedangkan penduduk di kawasan lain memperolehinya,"katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini bahawa cadangan Kerajaan Perak itu tidak boleh dilaksanakan kerana perkara berkenaan perlu diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

Mengulas lanjut, Koo Ham berkata, penduduk kampung baru layak mendapat hak tanah
selama-lamanya kerana kawasan itu telah lama wujud iaitu sejak zaman Kerajaan British lagi.

Kata beliau, selama lebih 50 tahun penduduk tinggal di kawasan berkenaan tetapi masih tidak mendapat hak milik kekal dan kerajaan negeri sekarang mahu mengubah keadaan tersebut.

"Penduduk terbabit telah dipaksa untuk tinggal di kampung baru oleh kerajaan British bagi tujuan kurungan atas alasan mengelak ancaman komunis.

"Mereka telah banyak menderita dan sebagai kerajaan rakyat, kita akan memperbetulkan ketidakadilan yang telah dilakukan kepada mereka," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 24 Disember 2008

***************

Artikel berkaitan:

1. Tanah Perak digadai secara 'sistematik'
+

22 Disember, 2008

Usaha Pinda Fakta Sejarah Untuk Iktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) Sebagai Pejuang Kemerdekaan

-
Pengkhianat! Itulah perkataan yang sangat sesuai buat individu dan kelompok yang kini giat memperjuangkan pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan pada 23 Julai 1948 yang mana kini cuba diberikan penghormatan serta pengiktirafan sebagai Pejuang Kemerdekaan. Cubaan menyeleweng fakta sejarah negara oleh sesetengah individu dan organisasi yang sudah termaktub kemas dilihat sangat jelas sebagai salah satu cara untuk memberikan satu konotasi yang lebih lunak kepada sejarah perjuangan PKM yang selama ini dilihat oleh majoriti orang Melayu sebagai pengganas yang telah membunuh ribuan orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Sejarah keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap majoriti orang Melayu bukanlah cerita dongeng. (Terdapat juga cerita sejarah tentang keganasan pengganas komunis terhadap kaum lain namun adalah lebih baik kaum lain yang menempuh segala kepayahan akibat keganasan komunis ini menceritakannya dari perspektif mereka sendiri). Seluruh orang Melayu sangat berbekas dan berdendam dengan komunis. Kebencian orang Melayu terhadap pengganas komunis berpunca dari pembunuhan dan kekejaman terhadap orang Melau yang dilakukan oleh pengganas komunis sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Penulis tidak mahu menulis tentang penentangan PKM terhadap Jepun. Motif penentangan PKM terhadap Jepun hanyalah sebagai alasan untuk mendapatkan bekalan senjata bagi mempertahankan diri akibat permusuhan tradisi dalam beberapaa siri peperangan yang tercetus antara China dan Jepun. Penulis hanya mahu member fokus berkenaan keganasan pengganas komunis terhadap orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Seluruh warga Tanah Melayu sudah sedia maklum bahawa pengganas komunis bukan hanya mengangkat senjata membunuh warga Tanah Melayu sebelum kemerdekaan tetapi masih menentang kewujudan negara tercinta selepas kemerdekaan. Dan hasil penentangan tersebut ialah kehilangan ribuan nyawa pahlawan Melayu sehingga tahun 1960. Apa jadi pada isteri serta ibu yang kehilangan suami? Apa jadi pada anak tanpa bapa akibat penentangan pengganas komunis ini? Bagaimana kehidupan anak tanpa ibu bapa yang bergelut dengan kehidupan yang begitu perit ketika itu? Salah siapa? Tepuk dada tanya akal!

Adakah kita bersikap ambil tahu tentang sejarah para pejuang Melayu yang dibunuh kejam oleh pengganas komunis ketika peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Johor? Anehnya, mengapa kerajaan tidak lagi menayangkan filem yang mengisahkan kekejaman pengganas komunis ini? Mengapa semangat juang para pahlawan Melayu ini tidak dipertontonkan kepada generasi muda kita yang kurang celik sejarah? Masih ingatkah kita dengan kekejaman pengganas komunis seperti dalam filem Bukit Kepong? Masih ingatkah bagaimana bersemangatnya pahlawan kita berjuang hingga ke titisan darah terakhir? Bagaimana dengan sejarah Peristiwa Berdarah di Sungai Semur pada 25 Mac 1950? Adakah kita ambil tahu kisah perjuangan suci para pahlawan Melayu dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja yang terdiri daripada orang Melayu dan ada antaranya gugur ketika menentang pengganas komunis? Masih tinggi lagikah penghormatan kita terhadap pengorbanan para pahlawan tanah air yang rata-ratanya orang Melayu? Atau pun watak hero dalam kepala kita semua sudah ditukar ganti dengan watak komunis seperti Chin Peng yang kini menjadi idola kita? Tiada lagi perkataan pengganas…tetapi dipuja menjadi idola…hero! Pejuang Kemerdekaan!

Tahukah kita dengan sejarah Rundingan Damai Baling pada 28 dan 29 Disember 1955? Pengganas komunis masih lagi berdegil untuk meneruskan penentangan berdarah walau pun Tanah Melayu ditadbir oleh Kerajaan Perikatan setelah memenangi Pilihan Raya di Tanah Melayu pada Julai 1955. Jadi siapa Chin Peng di mata aktivis yang kini hangat diperjuangkan oleh segelintir individu buta sejarah yang mana mahu mengiktirafnya sebagai Pejuang Kemerdekaan? Mereka memetik beberapa perenggan ayat dari beberapa buku catatan memoir beberapa pengganas komunis untuk memesongkan fakta sejarah yang termaktub. Melihat dan memetik kata-kata individu yang berjuang dalam PKM itu sendiri sebagai kononnya bukti tulen. Secara logiknya sudah tentu segala yang diperkatakan oleh para pendokong setia ideologi komunis seperti Chin Peng dan lain-lain lebih cenderung memberikan sesuatu untuk menonjolkan kononnya ada kebaikan dalam perjuangan mereka. Dan lebih malang lagi ada juga yang bersimpati dengan ideologi pengganas komunis ini!

Adakah Chin Peng rakyat Tanah Melayu yang perlu diambil berat sehinggakan begitu disanjung tinggi oleh segelintir rakyat negara ini? Bagi penulis, Chin Peng hanyalah seorang warga pendatang berbangsa Cina yang berideologikan komunis yang mana tidak pun diiktiraf kerakyatannya sebelum kemerdekaan mahu pun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Menyebut perkataan Tanah Melayu ini mungkin akan ada yang mengatakan penulis perkauman. Seperti kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersikap perkauman. Perlu diingat bahawa semua tetamu asing yang mencari rezeki di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan bukanlah rakyat Tanah Melayu. Rakyat Tanah Melayu pada ketika itu hanyalah terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli yang berajakan Raja-Raja Melayu. Tetamu asing pada ketika itu tidak dianggap sebagai rakyat oleh Raja-raja Melayu. Dan orang Melayu langsung tidak terfikir pun pada masa itu tetamu asing yang menetap di negara ini akan menuntut kewarganegaraan (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kontrak Sosial Malaysia, 12 Julai 2008). Sudah tentulah sebagai bukan warganegara Tanah Melayu mahu pun Persekutuan Tanah Melayu (selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan) Chin Peng yang telah mengganas dan membunuh warga Tanah Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu tidak perlu diberikan tempat dari segala sudut di Malaysia.

Terdapat juga cadangan agar orang Melayu menuntut pampasan akibat keganasan PKM, Jepun, British dan lain-lainnya (Sila baca semua artikel berkaitan pengganas komunis di blog Dari Kacamata Melayu untuk kefahaman lanjut). Penulis percaya, setiap kampung Melayu di seluruh Tanah Melayu (merdeka menjadi Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia setelah Sabah dan Sarawak turut serta) menyimpan beribu-ribu cerita keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap orang Melayu. Cuma cerita ini disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya tanpa direkodkan nilai sejarahnya. Ada kalangan pengendali blog yang cukup berbekas hatinya dengan kekejaman komunis kerana pengalaman pahit ahli keluarga mereka dibunuh oleh pengganas komunis sama ada yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan mahu pun orang awam. Baca luahan rasa blog Barking Magpie berkenaan keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis.

Cerita keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh komunis mungkin akan lenyap tanpa direkodkan sekiranya pihak yang berkenaan tidak menjalankan usaha untuk merekodkan nilai sejarah daripada setiap individu yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dengan pengalaman kekejaman pengganas komunis ini. Usaha yang sangat penting ini adalah bertujuan untuk menangkis dakyah jahat segelintir individu yang buta sejarah atau sengaja buat-buat buta sejarah. Usaha blog Jebat Must Die dan blog Dari Kacamata Melayu dalam menangkis pemesongan fakta oleh pelbagai individu adalah suatu usaha yang sangat murni dan penulis amat menghormati usaha Jebat Must Die dan Dari Kacamata Melayu dalam mempertahankan fakta sejarah. Namun, persoalannya dimanakah para intelektual negara dalam bidang sejarah untuk menangkis segala usaha jahat individu yang cuba meminda fakta sejarah yang telah termaktub? Dan mana pula perginya ahli politik yang cintakan tanah air bersuara membela sejarah Malaysia? Adakah pemimpin kita terutamanya pemimpin Melayu sudah terlena dengan permainan politik merugikan bangsa?

Ada suara-suara sumbang rakyat Malaysia (entahlah, penulis meragui kerakyatannya) yang secara lantang memperjuangkan kononnya Chin Peng perlu dikurniakan anugerah tertinggi negara dengan dianugerahkan gelaran Tun!? Sumbangan pembangunan yang bagaimana yang Chin Peng telah sumbangkan kepada Tanah Melayu pada ketika itu? Sumbangan berupa darah dan nyawa orang Melayu yang dibunuh dan digantung oleh para pengganas komunis? Ada juga suara sumbang yang langsung tidak dialu-alukan menuntut agar didirikan monumen atau tugu sebagai menghargai ‘jasa’ komunis ini. Sehinggakan pemberi komen ini menyatakan sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan pembinaan monumen tersebut. Rujuk artikel Malaysia Today berserta komen-komen pembacanya. Sehingga ke hari ini, penulis percaya dendam yang berbuku atas ‘jasa’ komunis itu masih membara dalam diri majoriti orang Melayu.

Usaha meminda fakta sejarah dengan mendewakan pengganas komunis adalah tidak diketahui motifnya. Hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu apakah motif sebenar mereka cuba menyelewengkan fakta sejarah negara tercinta, Malaysia. Apakah motif sebenar mereka ini pada hemat para pembaca semua? Tepuk dada tanya jati diri!
+

16 Disember, 2008

Blog yang mesti dibaca dan diikuti oleh semua sahabat blogger

-
Penulis ingin memperkenalkan kepada semua sahabat blogger dengan sebuah blog yang pada hemat penulis ditulis dengan sangat baik dan berinformasi. Blog tersebut ialah blog Demi Negara (lawati blog di SINI). Blog Demi Negara dikendalikan oleh blogger KijangMas. Blog ini dikatakan antara yang terbaik seperti mana ditulis oleh Malay Mail (baca lanjut di SINI) pada 12 Disember 2008.
+

15 Disember, 2008

MB Perak berbohong atau flip-flop?

-
Dulu cakap lain…

"Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ditanya wartawan tentang kereta rasmi tetapi dijawab tidak ada keperluan untuk tukar kereta manakala Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin pula berkata perbelanjaan penyelengaraan kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk ke perbelanjaan rakyat."

Sumber: "MB Terengganu 'sibuk' hal kereta mewah, lupa rakyat miskin", Harakah, 29 Julai 2008


Sekarang dah ubah nada…lain pula ceritanya...

Kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana V6 yang tinggi mendorong Kerajaan Perak hari ini meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.”

Sumber: "Perak ganti Perdana V6 dengan Toyota Camry", Harakah, 12 Disember 2008


***************************

Kembara Politik:

1. Ini sumber yang penulis ambil dari Harakah, sumber yang dikatakan dipercayai oleh segenap umat Pakatan Rakyat terutamanya warga PAS. Kalau penulis quote dari akhbar lain mesti mereka ini tak percaya…klik pada sumber yang disertakan dan baca, kemudian nilai sendiri...

2. Cuba amati apa yang dilaporkan pada 29 Julai 2008;

Nizar cakap tak tinggi mana pun penyelenggaraan…siap boleh salurkan kos penyelenggaraan yang tak digunakan ke perbelanjaan rakyat! Menarik!

3. Cuba amati pula apa yang dilaporkan pada 12 Disember 2008;

Kos penyelenggaraan tiba-tiba je meningkat…dalam masa 5 bulan (bermula Julai hingga Disember), kos penyelenggaraan V6 kerajaan Perak melonjak tinggi…ye la kan…dulu masa bulan Julai Nizar cakap semuanya ok…no problem…siap ada lebihan yang tidak digunakan disalurkan kepada perbelanjaan rakyat....ni bulan Disember lain pula jadinya…dia cakap tinggi pula..Menarik!

4. Hmmmm dunia dunia…apa boleh buat orang yang dakwa berjuang demi agama Islam pun kuat menipu…Pembohong! Punah punah!!

5. Atau barangkali ada sebab lain mengapa Nizar jadi pembohong?
+

14 Disember, 2008

Cadangan Mukhriz sesuai untuk penyatuan kaum - Tun Mahathir

-
PUTRAJAYA 13 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan anaknya, Datuk Mukhriz supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan sesuai untuk penyatuan kaum di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika format sistem pendidikan sedia ada masih digunakan, penyatuan kaum di negara ini sukar untuk dicapai.

''Secara dasar, apa yang diperkatakannya (Mukhriz) itu adalah sesuatu yang benar dan ini bukanlah satu usaha untuk menghapuskan adat dan budaya kaum lain di negara ini.

''Tetapi kerajaan komited untuk mempunyai sekolah bantuan kerajaan dan ia tidak akan membawa kepada penyatuan kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada forum Kepimpinan dan Hubungan Antara Budaya serta Pemahaman di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Turut hadir isterinya yang juga Canselor Universiti Multimedia (MMU), Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden MMU, Prof. Dr. Zaharin Yusoff.

Baru-baru ini, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun meminta kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Beliau berkata, menerusi sistem pendidikan sedemikian, semua sekolah pelbagai jenis akan diserap melalui entiti tunggal dengan bahasa Melayu sebagai perantaraan kecuali bagi Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, seseorang pemimpin seharusnya bersikap sensitif terhadap keperluan dan kehendak majoriti masyarakat yang diwakilinya.

Katanya, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan masyarakatnya itu berpaling tadah.

''Ada sesetengah pemimpin hari ini yang gagal menjadi seorang pemimpin yang baik kerana dia tidak memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat yang diwakilinya.

''Walaupun sebelum ini dia seorang pemimpin yang baik tetapi apabila berkuasa, dia merasakan tidak perlu buat apa yang dikehendaki oleh masyarakat," katanya.
+

Perkasa sokong sekolah satu aliran

-
KOTA BHARU 13 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong cadangan Profesor Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim spaya diwujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, saranan yang dikemukakan oleh tokoh sejarah itu dianggap berani dan tepat pada masanya demi melahirkan generasi beridentitikan Malaysia.

‘‘Perkasa menyokong kenyataan Kay Kim kerana perubahan sistem sekarang kepada sistem sekolah satu aliran dijangka mampu mewujudkan integrasi nasional yang lebih berkesan bagi jangka masa panjang.

‘‘Sistem yang ada sekarang memerlukan transformasi kerana terdapat pelajar yang tidak fasih menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

‘‘Melalui bahasa juga perpaduan dapat dicapai, merapatkan hubungan antara pelbagai kaum yang ada di negara ini malah rakyat berbangga kerana mempunyai satu bahasa yang mencerminkan imej negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia ketika mengulas cadangan Kay Kim dalam akhbar China Press kelmarin, supaya negara ini mewujudkan sistem sekolah satu aliran.

Ibrahim menambah, sistem yang ada sekarang juga mengelirukan pelajar berkomunikasi terutama apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara.

‘‘Situasi tersebut mengundang persoalan di kalangan warga asing dan mungkin berpendapat pelajar negara ini tidak mempunyai identiti Malaysia malah mungkin menyangka mereka dari negara Cina, Hong Kong atau dari India,” katanya.
+

06 Disember, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

-
Selamat Hari Raya Aidiladha

Maaf Zahir & Batin

Dari Kembara Politik & keluarga
+

Kedudukan Istimewa Sekolah Agama Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

-
Hari ini, Dato Hishamuddin Hussein Onn menafikan cadangan Mukhriz sebagai perkauman. Cadangan Mukhriz adalah untuk mengurangkan polarisasi kaum dengan disepadukan sistem persekolahan menjadi satu sistem kebangsaan. Tiada disebut akan menutup sekolah-sekolah vernakular.

Beberapa hari sebelum ini Dato Najib dengan segera mencurah air sejuk ke atas gagasan Mukhriz ini dengan menyatakan ia akan kekal selagi kaum Cina dan India memerlukan.

Hishamuddin dilaporkan Malaysiakini.com seolah-olah berkata usah dipanjangkan isu ini kerana akan membabitkan kedudukkan Sekolah Agama. Sistem pendidikkan kita berasaskan sekolah aliran kebangsaan dan aliran lain-lain yang termasuk sekolah Cina, Tamil, Muballigh Kristian dan Agama Islam. Jika di"kacau" sekolah vernakular, Sekolah Agama kena ikut mengalah.

Sebenarnya pemahaman Hishamuddin itu tidak berapa tepat. Status Sekolah Agama tidak boleh dikira setaraf dengan Sekolah Vernakular. Sekolah Agama mempunyai kedukkan istimewa di bawah Artikel 3, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bersesuaian sebagai Agama Persekutuan.

Artikel 12, bukan saja begitu kuat sekali menekankan bahawa peruntukkan untuk Sekolah Agama dibenarkan di bawah undang-undang, tetapi tersirat disebalik penulisan undang-undang itu maksud bahawa tidak mengeluarkan peruntukkan untuk aliran Sekolah Agama adalah bertentangan dengan Perlembagaan.

Islam Dalam Perlembagaan

Bagi menerangkan perkara ini, utama sekali diketahui Islam adalah Agama Persekutuan sebagaimana peruntukkan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, berikut:

3 (1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.

Dengan demikian, jelas tanpa was-was bahawa kedudukkan Islam sebagai Agama Persekutuan meletakkan Islam lebih tinggi di bawah Perlembagaan dengan agama-agama lain.

Setiap kumpulan agama adalah bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran agama masing-masing, seperti mana tercatat dalam Artikel 11 Perlembagaan berikut:

11(3) Every religious group has the right -

(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law

Dalam hal-hal ini, kedudukkan Islam sebagai Agama Persekutuan lebih tinggi dari taraf Agama Rasmi yang lebih berupa istiadat tetapi ada jurang antara state dengan agama. Pentadbiran Islam di negara ini lebih berstruktur dan rapat state di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama dan urusan hal ehwal Agama Islam jatuh di bawah bidang kuasa rasmi kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan.

Bersesuaian sebagai status Agama Persekutuan, dana kerajaan dibenarkan untuk diguna bagi tujuan pengurusan dan penyebaran. Dalam hal pendidikkan, klausa 12 (2) begitu jelas dan nyata dana kerajaan harus disalurkan untuk tujuan ini.

12(2) Every religious group has the right to establish and maintain institutions for the education of children in its own religion, and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.

Bahagian diatas yang telah dikasar dan diwarnakan bermula dengan perkataan "it shall be lawful for the Federation or a State " untuk menyediakan perbelanjaan untuk pendidikkan agama, termasuk meliputi Sekolah-Sekolah Agama Rakyat.

Dari nasihat dan pandangan seorang bekas hakim, ini adalah satu tuntutan yang tegas. Bagi sesuatu yang dinyatakan sebagai "lawful" (dibenarkan undang-undang), perkataan-perkataan berlawanan adalah lebih menyerlah. Tersirat disebalik adalah ia sesuatu yang "unlawful" (bertentangan undang-undang) bagi perbelanjaan tidak disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Agama.

Lebih Tinggi Taraf dari Sekolah Vernakular

Jika dirujuk kepada Artikel 152 Perlembagaan berkenaan Bahasa Kebangsaan bersama Artikel 12 berkenaan hak untuk mendapat pendidikkan, kerajaan tidak bertanggungjawab untuk membiayai Sekolah-Sekolah Vernakular.

Artikel 152 (1) menyatakan berikut:

152 (1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law* provide:

Provided that-

a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and

(b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.

Artikel ini menyatakan Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan dengan beberapa syarat.

Pertama, selagi kaum lain tidak dilarang dan ditegah untuk mengajar dan belajar Bahasa tersebut. Hak ini hanya hak peribadi dan bukan melibatkan kerajaan. Ia bersesuaian dengan hak asasi manusia yang dideklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu.

Syarat kedua adalah ia tidak menafikan pihak kerajaan untuk memelihara dan mempertahankan kegunaan dan pengkajian bahasa pelbagai masyarakat-kaum lain di dalam Persekutuan Malaysia. Ini bermakna kerajaan boleh bantu tetapi ayat itu tidak menyatakan kerajaan mesti lakukan.

Artikel 152 (1a) ada menyebut "any other communities" yang bermaksud kaum-kaum lain selain Melayu. Tetapi kaum-kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak tertakluk sebagai masyarakat-kaum lain kerana status Bumiputera mereka. Sebenarnya mereka lebih berhak untuk mendapat peruntukkan kerajaan untuk diajar dan mengajar bahasa ibunda mereka di sekolah-sekolah kebangsaan.

Tersirat disebalik Artikel 152 adalah kerajaan tidak perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan kegunaan dan kajian bahasa lain dari Bahasa Melayu dan lebih-lebih lagi untuk mengajar dan belajar bahasa lain.

Dengan demikian, sekolah-sekolah vernakular yang tidak memenuhi aspirasi kebangaan yang tertakluk dalam perlembagaan dan rancangan-rancangan kerajaan yang telah melalui proses Parlimen tidak ada hak di bawah Perlembagaan untuk menuntut sokongan dan bantuan kerajaan, seperti peruntukkan kewangan.

Jelas sekali, tidak ada isu memperjuangkan satu aliran sekolah kebangsaan akan menjejaskan sekolah aliran agama. Dari segi Perlembagaan, Sekolah Agama adalah lebih tinggi taraf dan terlindung dari Sekolah Vernakular.

Harap Hishamuddin membetulkan kesilapan ini. Ini hanya teguran dan pandangan yang hanya ikhlas untuk alif, ba dan ta yang jauh lebih utama dari perkiraan parti dan politik.

* Diedit dan kemaskini 6/12/08 8:00 am

Sumber:

Another Brick in the Wall: Sekolah Agama Rakyat: Betulkah Pemahaman Undang-Undang Kamu, Hishamuddin?

Persamaan dan Perbezaan Kes 1 dan Kes 2

-
Kes 1:
Struktur haram di Ampang Jaya (sebuah tempat suci, bukan kuil).

Kes 2:
Struktur haram di Bantang Berjuntai (2 buah rumah kediaman, 22 buah pondok, 2 buah reban ayam, dan tanaman kontan bagi 300 orang peneroka).

Persamaan Kes 1 & Kes 2:

1. Kedua-dua kes merupakan kes pencerobohan ke atas tanah Kerajaan (Hutan Simpan) dan merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

2. Kes 1 mendapat tentangan hebat.Kes 2 pun tak kurang juga ditentang hebat oleh masyarakat yang terlibat.

3. Kes 1 struktur diroboh oleh MPAJ. Kes 2 struktur diroboh oleh MDKS.

Perbezaan Kes 1 & Kes 2:

1. Kes 1: S Manikavasagam (PKR - Kapar) ugut nak letak jawatan, kecewa disebabkan MPAJ roboh struktur haram tersebut. Kes 2: (SINIS) Tiada seorang pun pemimpin PR yang ugut nak letak jawatan (kecewa).

2. Kes 1: Zuraida Kamaruddin (PKR - Ampang) cakap bukan roboh, tapi nak renovate, nak buat dokumentasi. Gabra punya pasal! Kes 2: (SINIS)Apa pula pemimpin PR nak beri alasan untuk kes 2 ini? Nak renovate rumah, pondok dan reban ayam tu ke? Tanaman kontan tu nak renovate juga ke? Yang pastinya pemimpin PR tak gabra pun jika melibatkan masalah Melayu Selangor. Waima berbogel sekali pun MB tak heran!

3. Kes 1: Kerajaan Selangor marah, dia cakap kalau nak roboh struktur haram kena bagitahu Kerajaan Selangor terlebih dulu. (Sejak bila pula Pihak Berkuasa Tempatan nak roboh struktur haram kena melalui campur tangan orang politik?). Kes 2: (SINIS) Kerajaan Selangor bagi green light terus, tak marah pun! Takde pun pemimpin PR marah-marah dalam paper, dalam blog (SEAL mulut kemas-kemas). Sit down! Good boy!

4. Kes 1: Pegawai MPAJ kena gantung tugas walau pun telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab selaras Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/1979 berkenaan Kesalahan Hutan dan Penerokaan Haram Tanah Kerajaan. The 3 Stooges (Teresa Kok, Ronnie Liu & Dr. Xavier Jayakumar) yang memutuskan penggantungan Timb. YDP MPAJ, Abdul Hamid Husain. Kes 2: (SINIS) Entah lah…tak tahu la apa nasib pegawai MDKS tu…maybe kena pecat terus kot. Roboh sebuah struktur di Ampang pun dah kena gantung tugas…ini bukan sikit struktur yang dia roboh….2 buah rumah sementara, 22 buah pondok dan tak ketinggalan 2 buah reban ayam. Tu belum masuk tebang pokok kontan 300 orang peneroka tu.
+

Tiada Rotan, Akar Pun (TAK) Berguna!

-
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan – terakhir Isnin lalu – dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.

Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohammad Fairus menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pasukan pentadbiran negeri.

Wakil rakyat Penanti menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

Sumber: Malaysiakini, 4 Disember 2008

Kembara Politik:

1. Tiada Rotan; Akar Pun (TAK) Berguna!
+

04 Disember, 2008

Korek Pasir : Pemuda Johor Mahu Siasatan Segera Elak Persepsi Negatif Rakyat

-
Oleh Indera Ahmad

Johor Bahru -- Pemuda UMNO negeri ini menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kewujudan tiga kawah besar di Teluk Ramunia, yang dipercayai akibat kegiatan mengorek pasir oleh pihak-pihak tertentu.

Ketua Penerangannya, Khalid Mohamed berkata siasatan segera itu perlu untuk memastikan kesahihan laporan berkenaan khususnya melihat dari sudut perundangan dan aspek lain yang berkaitan.

Tegasnya jika kegiatan tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, ke manakah pula perginya pasir-pasir tersebut dan adakah ianya untuk kegunaan projek-projek pembangunan di negeri terbabit.

"Mungkin ada alasan yang kukuh dan konkrit daripada kerajaan negeri dalam perkara ini sehingga kawasan berkenaan begitu gondol yang menimbulkan keresahan kepada penduduk sekitar.

"Kita tidak mahu perkara ini dijadikan senjata kepada parti lawan untuk menyerang kita dengan memanipulasi pelbagai fakta dan dakwaaan yang tidak berasas terhadap mana-mana pemimpin khususnya kerajaan negeri", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas laporan media hari ini yang menyebut terdapat tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat.

Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit dan pasir.

Apa yang menjadi kegusaran kira-kira 10,000 penduduk di sekitar Teluk Ramunia, Punggai, Sungai Rengit dan beberapa kawasan berhampiran ialah tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan berkenaan.

Khalid yang juga Ketua Pemuda Johor Bahru seterusnya berkata dalam keadaan suasana politik semasa yang tidak menentu hari ini, adalah wajar kerajaan negeri bertindak segera terhadap perkara tersebut.

"Jika wujud salah guna kuasa dan sebagainya oleh pihak-pihak tertentu, hadapkan pihak terbabit ke muka pengadilan. Ini kerana yang akan menanggung kesan dan akibat adalah parti khususnya kerajaan.

"Kita tidak mahu melihat masyarakat menyalah kita gara-gara segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab", ujarnya.

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+

Tanah Perak Digadai Secara 'Sistematik'

-
Perak dipersoal beri hak milik bebas

IPOH 3 Dis. – Kerajaan Perak hari ini dipersoalkan kerana meluluskan penukaran status hak milik tanah lot kediaman dan perniagaan daripada hak milik pajakan kepada hak milik bebas di kampung-kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT) yang berkuat kuasa hari ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, pihaknya mempersoalkan sama ada tindakan meluluskan status tanah hak milik pajakan kepada hak milik bebas adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau membabitkan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, GMP kurang senang dengan tindakan kerajaan negeri bertindak demikian kerana sepanjang pengetahuan mereka pemberian tanah hak milik kekal adalah atas ‘keadaan istimewa’.

‘‘Oleh itu kita akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk pengadilan secepat mungkin bagi menentukan kesahihan keputusan dan kuasa kerajaan negeri menukar syarat kepada hak milik bebas itu.

‘‘Biar mahkamah menentukan kesahihan tindakan ini dan mempersoalkan tindakan yang dibuat secara tergesa-gesa ini. Apa jadi sekiranya tindakan ini di luar bidang kuasa negeri?” soalnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Exco Kanan Negeri Perak, Datuk Ngeh Ko Ham mengumumkan bahawa pemilik tanah lot kediaman di RPT dan Kampung Baru di seluruh Perak boleh memohon menukar status hak milik Pajakan kepada hak milik bebas mulai hari ini.

Ia melibatkan pemilikan tanah lot kediaman di seluruh 349 RPT dan 134 Kampung Baru di negeri ini. Mereka hanya perlu membayar premium sebanyak 20 peratus atau diskaun sebanyak 80 peratus daripada perbezaan nilai tanah hak milik bebas dan nilai tanah baki tempoh pajakan untuk pertukaran status hak milik tersebut.

Bagi lot tapak kediaman yang terletak di dalam Kawasan Simpanan Melayu, jumlah bayaran premium yang dikenakan hendaklah separuh daripada jumlah yang patut dibayar selaras dengan Peraturan 8 (4) Kaedah Tanah Perak 1966 (Pindaan 1998).

Permohonan status hak milik bebas bagi lot tapak perniagaan di RPT dan Kampung Baru akan diumumkan kerajaan negeri apabila penilaian tanah berkenaan disiapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Perak.

Permohonan status hak milik bebas bagi taman perumahan pula dijangka dilaksanakan selepas permohonan di RPT dan Kampung Baru diproses.

Koo Ham berkata, pemberian hak milik bebas dijangka, meningkatkan nilai hartanah bagi RPT dan Kampung Baru di Perak melebihi RM1.5 billion dan menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa pemberian hak milik itu memihak kepada sesuatu kaum sahaja.

Pemberian hak milik ini melibatkan 349 RPT yang mempunyai kira-kira 102,000 hak milik dan 134 Kampung Baru yang mempunyai 47,000 hak milik.

Kebanyakan penduduk di RPT adalah orang Melayu, Kampung Baru majoritinya Cina manakala orang India mendiami kedua-dua RPT dan Kampung Baru.

Kerajaan negeri mengjangkakan memperoleh hasil antara RM300 juta hingga RM450 juta daripada pembayaran premium sekiranya kesemua pemilik tanah berkenaan memilih untuk menukar status tanah mereka.

Mohd. Hilmi berkata, perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana setiap penukaran hak milik perlu selaras dengan Kanun Tanah Negara.

"Kenapa perlu tergesa-gesa hendak menukar status ini kerana ia perlu diberitahu kepada rakyat terlebih dahulu," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 4 Disember 2008

Kembara Politik:


1. "Kebanyakan penduduk di RPT adalah orang Melayu," kata Ngeh.

2. Tapi nilai sebenar 'kebanyakan' itu tidak pula didedahkan.

3. Menurut sumber, hanya kira-kira 44 % daripada RPT ialah orang Melayu.

4. "Kampung Baru majoritinya Cina," kata Ngeh.

5. Menurut sumber, terdapat sekitar 95 % di Kampung Baru adalah bukan Melayu (majoritinya Cina, 80 %).

6. Cuma terdapat kira-kira 5 % penduduk Melayu di Kampung Baru .

7. Kenapa kerajaan negeri Perak tidak dedahkan peratusan sebenar?

8. Sebab takut semua rakyat Perak tahu angka sebenar yang sememangnya memihak lebih berat kepada sesuatu kaum sahaja.

9. Tak percaya? Minta kerajaan negeri Perak dedahkan peratusan sebenar mengikut perincian.

10. Telus? Takkan berani punya!
+

03 Disember, 2008

M Manogaran (DAP - Telok Intan) Cakap Dia Sakit Hati!

-

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]:
Ya pendapat dan itu adalah satu kenyataan, kita mesti terima, kita tidak boleh mengatakan seseorang itu betul dan lain orang itu salah, this is a fact of life, dengan izin, kita harus terima, harus menghormati antara satu sama lain, harus terima bahawa kita ada keistimewaan dan kita ada kelemahan, tidak ada satu bangsa di dunia ini adalah istimewa pada semua sekali dan tidak ada bangsa di negara ini, di dunia ini yang semuanya ada kesalahan atau kelemahan atau kekurangan seperti Socrates, seorang ahli falsafah Greek mengatakan “I’m a citizen not of Athens but, I’m a citizen of this world” dengan izin, itu penting, kenapa tidak kita boleh memupuk semangat kebaikan di antara kita, dekat 50 tahun sudah jadi, macam Yang Berhormat Pasir Salak katakan, jangan gunakan perkataan-perkataan yang boleh hina atau menyakitkan orang lain.
Baru-baru ini, Majlis Fatwa telah mengatakan tentang yoga, itu adalah hak Majlis Fatwa untuk mengatakan tentang yoga, tidak sesuai untuk kawan-kawan Muslim kita, tetapi saya rasa sakit hati, mengapa dia kata yoga itu haram? Tidakkah Majlis Fatwa mengambil kira perasaan orang India ataupun orang Hindu. Jadi..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Yang Berhormat Telok Intan, Telok Intan.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]:
Ya Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Saya rasa salah faham Telok Intan ini jangan dilanjutkan, Majlis Fatwa dia berkaitan dengan hak hukum hakam Islam dan apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa khusus untuk pegangan, anutan orang Islam semata-mata, jadi kalau dikata hukum haram, dalam Islam ada haram, ada makruh, ada harus, ada sunat, ada wajib. Jadi yoga itu dari segi pandangan Islam, salah kepada orang Islam, dia tidak pula menyalahkan orang bukan Islam yang nak mengamalkan yoga. Jadi jangan sentuh tentang perkara perkara yang berkaitan dengan Islam yang khusus untuk orang Islam, saya harap Telok Intan jangan panjangkanlah perkara ini, nanti salah faham, macam tadi kata, biarlah kita jangan menyinggung perasaan orang lain, saya setuju sangat, Yang Berhormat Telok Intan bercakap begitu baik, saya cukup apa yang dia perkatakan, jadi tolonglah hentikan soal nak mempertikaikan Majlis Fatwa kerana dia terus akan menyentuh orang Islam.

************************
Dia punya sakit hati je yang dia fikir! Melayu punya hati dia tak fikir ke? Dah fatwa tu terpakai untuk orang Islam je, apahal pula engkau nak sibuk?

Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan amalan senaman yoga sistematik adalah haram bagi umat Islam pada 23 November 2008. Penerangan-penerangan telah juga dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengelakkan Fatwa ini menjadi isu dan dimainkan. Tapi ada lagi, individu yang mengungkit isu ini. Dan lebih malang pemimpin mengungkitnya di Parlimen setelah seminggu fatwa dikeluarkan dan penerangan telah diberi (diungkit oleh M Manogaran dalam sidang parlimen pada 1 Disember 2008).

***********************
Fatwa: Ambil tindakan

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan bagi bertindak ke atas pihak yang mempertikaikan institusi fatwa.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan itu penting bagi memelihara kesucian Islam berikutan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media secara terbuka mengeluarkan kenyataan dan laporan yang mencabar institusi berkenaan.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu bertindak menggunakan undang-undang tersebut yang membenarkan tindakan diambil ke atas mereka yang beragama Islam mahupun bukan beragama Islam.

‘‘Undang-undang telah ada dan bagi PGSM, kerajaan perlu bertindak segera bagi menangani keresahan umat Islam setelah melihat institusi fatwa dicabar lebih-lebih lagi oleh umat Islam sendiri.

‘‘Selama ini undang-undang telah ada tetapi jarang kita dengar ada pendakwaan diambil tetapi kali ini saya harap demi kesucian agama, ia tidak lagi dibiarkan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.

Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.

Susulan daripada itu, beberapa laporan akhbar antaranya memetik pandangan NGO dilihat seakan mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan apabila meminta badan itu supaya memberi fokus kepada isu lain yang lebih serius dan bukannya yoga yang hanya satu jenis senaman.

Bagi NGO tersebut, amalan yoga yang disifatkan mereka sebagai senaman menyihatkan tidak pernah menyebabkan pengamalnya menukar agama daripada Islam kepada Hindu atau mengancam kedudukan Islam.

Sebelum ini, dua NGO turut dilaporkan mempertikaikan secara terbuka fatwa pengharaman pengkid.

Sementara itu, Zainul Rijal berkata, di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, sesiapa yang ingkar kepada fatwa yang diwartakan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda RM5,000.

Kata beliau, mengikut seksyen 298A Kanun Keseksaan pula iaitu kesalahan menghina agama, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak kurang dua tahun serta denda dan ini terpakai untuk bukan Islam.

‘‘Mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sama seperti menghina agama Islam kerana institusi fatwa mempunyai peranannya yang tersendiri dan diiktiraf syarak serta Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Setiap fatwa adalah untuk menyelamatkan orang Islam daripada tergelincir akidah atau amalan jadi jangan pula ada yang mencabar dan mengingkari termasuk bersubahat seperti menganjurkan kelas yoga,’’ jelasnya.

Menurut Zainul Rijal, sehubungan itu PGSM berharap semua kerajaan negeri segera mewartakan fatwa itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

‘‘Selagi tidak diwartakan, tindakan undang-undang tidak boleh diambil. Jadi PGSM mendesak pewartaan fatwa ini disegerakan bagi memelihara kedudukan agama Islam.

‘‘Lagipun saya tidak nampak mengapa proses mewartakan fatwa ini perlu dilengah-lengahkan kerana ia tidak melibatkan prosedur panjang. Jadi soalnya antara mahu dengan tidak sahaja,’’ tegasnya.

Dalam pada itu, Zainul Rijal berkata, pihak yang masih tidak berpuas hati boleh mengemukakan pandangan secara terus kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dengan meminta ia disemak semula tetapi mestilah berasaskan hujah pakar.

Katanya, dengan itu barulah ia tidak menimbulkan keresahan umat Islam berbanding dengan mengemukakan pandangan secara terbuka seperti dilakukan sekarang.

Menurutnya, Majlis Fatwa masih boleh menyemak semula fatwa-fatwa yang dikeluarkan dan memang pun ada fatwa yang telah disemak semula sebelum ini.
+

DAH TERSELAK WAJAH SEBENAR MEREKA!

-
Datuk Mukhriz mencadangkan penerapan hanya satu sistem dalam pendidikan negara tercinta, Malaysia. Namun seperti yang penulis jangka memang hak kaum bukan Melayu langsung tak boleh dipertikai, dicuit sikit pun tak boleh. Marah benar mereka. Hak mereka, mereka memang genggam dengan kemas biarpun alasan yang diberikan oleh Datuk Mukhriz ialah demi menghapuskan polarisasi kaum.

Bukankah Perkara 152 Perlembagaan mengatakan bahasa Melayu itu bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa jiwa Bangsa. Mengapa perlu lagi bahasa selain itu untuk mewujudkan suasana muhibah di kalangan rakyat? Pandai pula mereka mempertahankan bahasa selain bahasa Melayu melalui klausa bahasa lain boleh diamalkan. Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka!

Kenapa pula mereka marah sedangkan tujuannya memang dilihat sangat baik? Bukankah selama ini mereka mempejuangkan bangsa Malaysia? Menyebut Ketuanan Melayu pun sudah mereka labelkan perkauman. Kenapa dengan membenarkan anak bangsa Malaysia bergaul dari kecil ditentang? Pelik kan? Apakah perjuangan "Anak Bangsa Malaysia" hanyalah sekadar mainan sahaja oleh mereka? Sekadar mahu berselindung di sebalik "Anak Bangsa Malaysia" untuk melaksanakan agenda mereka? Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka! Merekalah yang perkauman sebenarnya!

Jika bercakap soal menghapuskan pengisian Perkara 153 Perlembagaan bukan main hebat lagi puak-puak ini berbicara dengan seribu satu alasan dan hujah untuk menghalalkan tindakan biadap mereka. Dihapusnya semangat DEB, salah satu pengisian Perkara 153! Sebab DEB diseleweng, dakwa mereka, oleh itu DEB patut dihapuskan. Kalau benarlah kiranya DEB diseleweng sekali pun, mengapa mesti dihapuskan? Kan lebih baik mereka ini memperjuangkan untuk diperkasakan DEB itu? Tapi mereka pilih hapuskan! Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka yang jelas perkauman!

Berkenaan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, bersepah puak-puak ini pertikaikan. Alasannya, hak istimewa tersebut menyebabkan banyak perkara yang negatif. Dangkal punya alasan! Sengaja hendak buat Melayu dan Bumiputera melenting! Pandai pula mereka kata itu hak mereka untuk persoalkan (kebebasan bersuara, liberalisasi, hak sama rata, dan apa kejadahnya lagi), sudah hilang persoalan hak Melayu dan Bumiputera yang sepatutnya tidak langsung diungkit-ungkit dalam kepala otak mereka-mereka ini. Pelik kan? Terselak wajah pemuka-pemuka perkauman!

Dalam Perkara 153 itu sudah jelas memperuntukan agama Islam itu agama rasmi. Selayaknya Islam dihormati selaras taraf rasminya. Tapi bersepah puak-puak perkauman ini pertikaikan segala Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukannya Fatwa itu terpakai oleh puak-puak ini pun. Tapi mulut tu dah cabul sangat! Kebebasan bersuara katanya! Boleh pula puak-puak ni pertikaikan ye? Tak pandai pula puak-puak ni nak menghormati apa yang telah tertakluk dalam Perlembagaan. Pelik kan? Terselak lagi sikap perkauman mereka ini!

Buat Datuk Mukhriz, tidak ada salahnya perjuangan anda. Masyarakat majoriti sudah lama inginkan persekolahan satu sistem, cuma selama ini bersabar dengan karenah pemuka-pemuka perkauman yang cekap bermain politik. Apa pun, Tahniah buat Datuk Mukhriz! Tindakan anda telah membuatkan ramai pemuka-pemuka perkauman menampakkan wajah mereka yang sebenar!

Ayuh rakyat Malaysia kita gunakan kuasa undi untuk menolak seterusnya menghapuskan politik pemuka-pemuka perkauman ini yang kononnya mendakwa berjuang demi penyatuan umat Malaysia! Ayuh bangkit semua dalam PRU13 akan datang!!! Gunakan kuasa undi sebijaknya!!!
*****************************
Hansard Parlimen (1 Disember 2008 ):

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk membahas, saya bangkitkan Butiran 080000, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, negara Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang aman, dan ianya mempunyai satu rekod yang cukup cemerlang dalam soal ini sehinggakan kita dikenali sebagai, dengan izin, ‘beacon of hope’ di dalam dunia yang sentiasa bergolak ini, Tuan Pengerusi tidak banyak contoh-contoh yang baik yang boleh diteladani kalau kita lihat di sekitar dunia ini.Malaysia sentiasa dilihat sebagai negara yang majmuk yang berbilang kaum yang telah dapat mewujudkan satu kestabilan politik di atas mana ekonomi kita dapat tumbuh dengan pesat dan ini adalah kejayaan rakyatnya yang dipimpin oleh pemimpin –pemimpin yang berwibawa, yang mempunyai wawasan, yang memahami jiwa, aspirasi dan cita-cita rakyat, secara keseluruhannya.

Bukan hanya satu-satu kaum sahaja, tetapi semua kaum, dan inilah yang dikagumi oleh warga dunia kerana kita lihat di banyak negara-negara yang lain, apabila ada golongan majoriti yang kedudukan ekonominya terjejas berbandingkan dengan kaum-kaum yang lain, maka wujudlah satu suasana yang tidak membenarkan ekonomi negara tersebut tumbuh dengan pada tahap yang dikehendaki, tetapi di Malaysia, Tuan Pengerusi, kita mewujudkan ruang yang seluas-luasnya, peluang sentiasa ada untuk setiap warga kita mencari nafkah dengan cara yang halal dan sudah tentu yang membantu negara kita membangun dengan begitu pesat sehingga menjadi Harimau Asia pada satu ketika yang dahulu.

Kita kebelakangan ini dengar mengenai pelbagai isu-isu yang berkait dengan perkauman, walaupun ini timbul tetapi pada hemat saya Tuan Pengerusi, negara kita ini masih hebat walaupun pada satu ketika dahulu ada negara-negara barat yang mengatakan bahawa negara Malaysia ini tidak akan berjaya untuk dipimpin oleh orang kita sendiri iaitu rakyat Malaysia kerana kepelbagaian, kerana dengan izin, multi ethnicity kita, kerana agama yang begitu banyak yang dianuti oleh rakyatnya dan macam-macam lagi alasan yang digunakan bahawasanya negara kita ini hanya menanti-nanti saat dan ketika untuk meletup.

Akan tetapi kita telah berjaya mentadbir negara kita ini dengan sokongan rakyat yang majoriti dengan begitu baik sehinggakan kita dapat elak sebarang masalah dan hingga kita ini menjadi negara yang dianggap kalau tidak silap saya ke-18 paling global di dunia ini. Kita sebuah negara yang boleh berdagang dengan semua negara-negara lain dan itu yang meletakkan kita lebih tinggi daripada negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1957. Apabila dipersoalkan dan dipertikaikan, isu-isu yang dianggap sensitif oleh kaum-kaum di dalam Malaysia ini khususnya kaum Melayu, saya lihat ini sebagai satu perkara yang tidak bijak kerana ia secara langsung akan meleraikan dengan izin social fabric yang sedia wujud di dalam negara kita ini. Saya lihat setakat ini daya yang menyatupadukan kita di dalam negara kita ini masih kuat berbanding dengan daya-daya yang cuba memecahbelahkan kita. Oleh itu apabila dibangkitkan Ketuanan Melayu dan sekali gus juga menyentuh mengenai perpaduan.

Saya rasa ini satu perkara yang ganjil dan oleh itu sebentar tadi saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini, perlulah bermula di peringkat sekolah lagi. Makanya saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini. Pada hemat saya lebih kurang 99% agaknya negara di dunia ini di mana mereka menggunakan cuma satu sistem sahaja di dalam sistem pendidikan mereka dan tidak banyak sistem kerana apabila terlampau banyak sistem yang berbeza-beza ini, sudah tentu akan melahirkan perbezaan antara kaum dan ini yang kita cuba elak-elakkan.

Malah pihak pembangkang mahupun di pihak Barisan Nasional sekalipun selalu menyentuh mengenai peri pentingnya kita bersatu padu, peri pentingnya kita ada sifat perpaduan yang kuat supaya dapat kita bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di seluruh dunia ini sehinggakan duduk dan berdirinya kita ini sama rendah dan sama tinggi dengan kaum-kaum di seluruh dunia. Satu cadangan yang telah saya buat ialah supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil....

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Penjelasan. Saya tahu apa Yang Berhormat Jerlun akan kata bahawa oleh kerana dia ada ulangi di luar dan saya mahu mengingati Yang Berhormat Jerlun ialah dalam perkara ini apa yang dia berkata dalam Dewan ini dia tidak ada apa-apa kekebalan, tidak ada apa-apa unity oleh kerana beliau akan terus mencadangkan penutupan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ini sudah melanggar sensitive issue yang termaktub dalam Perlembagaan empat perkara yang tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau dibuat dalam Parlimen pun, seorang Ahli Parlimen yang bersabit hasutan dan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan lima tahun tidak boleh menyertai ambil bahagian dalam apa-apa election. Dalam perkara ini tidak kira apa sebabnya baik tidak baik, tetapi inilah undang-undang dan untuk mengingatkan Yang Berhormat Jerlun dalam perkara ini supaya berhati-hatilah, hati baik saya.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur di atas peringatan tersebut. saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini dan saya ini belum sampai setahun jagung lagi menjadi wakil rakyat tetapi pada waktu yang sama ingin saya perjelaskan kerana diberi peluang untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah menyatakan bahawa atau mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup.Saya sebenarnya dimaklumkan oleh pembantu saya sebentar tadi mengenai kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur yang sebenarnya mengejutkan saya kerana seingat saya dan apabila saya lihat dalam laman web, laman-laman berita, jelas terbukti bahawa saya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang ungkapan mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Jadi oleh itu saya minta supaya orang lama kita Yang Berhormat Ipoh Timur tidak memutarbelitkan apa yang telah saya katakan sebelum ini dan saya benar-benarfaham apa yang dianggap sebagai hasutan dan apa yang tidak menghasut.

Pada waktu yang sama saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa apa yang telah saya cadangkan ialah biarlah kita menggunakan cuma satu sistem seperti mana yang digunakan oleh kebanyakan negara malah 99% daripada negara-negara di seluruh dunia...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Penjelasan. Saya tidak mahu memutar belitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi inilah sebagai contohnya Star Online, “Mukhriz - scraps vernacular schools”. Hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa sekolahsekolah vernacular dan ini pun dalam online web yang...

Dato' Ismail Kasim [Arau]:
Tuan Pengerusi, kenyataan akhbar tidak boleh dijadikan rujukan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Bukan, dia ada kata check website. Yang Berhormat kata tidak pernah, tetapi website ada. Sebab itu bukan saya memutarbelitkan tetapi saya buat dengan hati baik saya bukan untuk mahu Yang Berhormat jatuh terperangkap, tetapi supaya tahu apa yang berlaku.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Yang Berhormat Jerlun sedang memperjelaskan kenyataan yang keluar di akhbar Yang Berhormat. Kita dengar dan perhatikan penjelasan beliau.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Tuan Pengerusi. saya bimbang sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sentiasa dengan izin, jump into conclusion tanpa usul periksa mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat orang-orang seperti kita ini di Parlimen mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi menyentuh isu-isu yang begitu sensitif. Kalau dibaca teks kenyataan walaupun yang dilaporkan oleh Star Online itu kita akan dapati bahawa apa kandungan laporan tersebut berbeza dengan tajuk yang diletakkan di paling atas. Ini malangnya seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Antara perkara-perkara ataupun taktiklah mungkin yang dilakukan oleh pihak media yang kadang-kadang itumengelirukan kita.

Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata dengan jelas bahawa ada sebarang niat yang kurang baik oleh pihak media tetapi seperti yang telah terbukti dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, rupa-rupanya ada salah tafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi itu sebabnya saya fikir terpanggil untuk saya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya supaya tidak ada salah faham. Sebab yang kita lakukan di sini Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini semata-mata untuk kebaikan negara dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan di antara kaum di negara yangberbilang kaum.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]:
Penjelasan. Saya hendak tanya antara sistem schooling yang berbeza dan juga kaedah kita di mana kita mendefinisikan semua orang sebagai kaum ini, kaum itu. Antara dua ini yang mana wujudkan perasaan perkauman, yang mana menghakiskan perasaan perpaduan. Saya boleh terima pada satu masa mungkin perlu untuk membangunkan satu masyarakat yang ketinggalan mungkin perlu tetapi pada...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ya, gulung Yang Berhormat, singkatkan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]:
Ya, tetapi pada tanggapan bolehkah kita buat perpaduan negara ini tanpa kurangkan definisi seseorang sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan. Itu soalannya.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ringkaskan respons Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Saya akan respons dengan cepat sebab ini bukannya amalan cuma di Malaysia sahaja, di seluruh dunia pun ada amalan di mana orangorang tertentu, kaum-kaum tertentu diberi nama Hispanic, Caucasian dan sebagainya. Jadi kalau itu pun diamalkan di Malaysia saya ingat itu bukan ganjil dan ia tidak secara langsung mengakibatkan satu perbezaan yang begitu ketara di antara kaum di Malaysia kita ini tetapi apa yang saya hendak teruskan ialah sebagai...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Ya, insya-Allah. Bahawa kalau kita boleh wujudkan satu sistem persekolahan menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraannya saya cadangkan supaya Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil yang kita anggap sebagi bahasa-bahasa yang penting diwajibkan kepada masyarakat Cina dan India di dalam negara kita ini dan sebagai mata pelajaran optional pada kaum-kaum lain termasuk kaum Melayu dan itu sebabnya saya rasa tidak seditious ataupun berunsur hasutan apa yang telah saya nyatakan di luar Parlimen dan itu sebabnya saya sanggup untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan tadi di dalam Dewan yang mulia ini, itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah perbahasan untuk kementerian ini sudah 15 orang berbahas dan saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selepas sesi soal jawab esok.
+

02 Disember, 2008

Sekolah satu sistem

-
Oleh NOR ZAINAH NORDIN dan AU YEONG HAW

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.

“Sudah tentunya murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India.

“Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mukhriz berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan sistem sekolah berbeza yang dilaksanakan sekarang memandangkan ia menyumbang kepada masalah hubungan kaum di negara ini.

Katanya, sistem pendidikan kebangsaan diamalkan di 99 peratus negara di seluruh dunia, dan pola sedunia itu seharusnya turut menjadi amalan di Malaysia.

Beliau berharap pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak melihat cadangan tersebut secara negatif kerana ia bertujuan menjadi penyelesaian kepada masalah perkauman yang menjejaskan semangat kebangsaan rakyat Malaysia.

“Jika ada yang menolak cadangan ini, mereka perlu menjelaskan sebab-sebab mereka menentangnya. Bagaimana mungkin mereka bercakap mengenai perpaduan dan mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama masih berkeras untuk mengamalkan sistem sekolah berbeza bagi kaum mereka?

“Kalau kita mahu hak yang sama rata, kita tidak boleh mempunyai sistem pendidikan berbeza. Kita tidak boleh mendapatkan kek dan mahu makan kesemuanya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, semua pihak khususnya pemimpin parti-parti komponen BN perlu berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh meregangkan hubungan antara mereka, termasuk membangkitkan isu ketuanan Melayu.

Beliau yang melihat isu itu sebagai perkembangan yang tidak sihat berkata, sejak akhir-akhir ini banyak kenyataan dibuat oleh pemimpin parti komponen BN yang mampu menaikkan kemarahan orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO.

“Sekiranya mereka berdegil dan terus mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ketuanan Melayu, janganlah pula terkejut jika orang Melayu mula membuat reaksi balasan mengenai apa yang dianggap mereka sebagai ketuanan ekonomi kaum bukan Melayu di negara kita.

“Jadi eloklah kita elakkan polemik ini kerana walau apa pun yang dikatakan mengenai isu ketuanan Melayu, orang Melayu tidak pernah merasakan mereka tuan apabila bercakap tentang ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, beberapa tokoh pendidikan negara menyokong cadangan Mukhriz tersebut.

Mereka berpendapat sistem pendidikan Malaysia kini adalah hasil peninggalan zaman penjajahan British yang menampilkan sekolah aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

Tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli-ahli politik negara ini.

“Lebih-lebih lagi politik negara sekarang dilihat lebih menekankan perkauman dan sehubungan itu terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakannya,’’ kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Abdul Rahman tidak bersetuju dengan saranan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu untuk mewajibkan murid mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

“Memang tidak kena. Kaum Cina mempunyai bahasa Kantonis, Hokkien dan Mandarin.

“Bahasa Tamil pula jelas sekali bukan merupakan bahasa ibunda untuk pelajar kaum India. Ada lagi bahasa Telegu dan Punjabi,” jelas beliau.

Ahli sejarah, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menyifatkan cadangan Mukhriz itu sebagai sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951.

“Malangnya cadangan itu tidak dapat dilaksanakan dan kemudian dilupakan begitu sahaja ekoran orientasi pendidikan yang lebih menekankan markah ‘A’ dalam peperiksaan.

“Pelajar belajar tanpa matlamat positif untuk perpaduan, hanya untuk peperiksaan. Seringkali mereka tidak faham apa-apa yang dipelajari... mereka hanya tahu menghafal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, cadangan Mukhriz itu bukan sesuatu yang baru tetapi pelaksanaannya dapat mengeratkan perpaduan kaum.

“Cadangan itu sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956.

“Malangnya ia tidak dapat dilaksanakan sampai ke hari ini. Ternyata sistem pendidikan negara kini adalah ciptaan penjajah British dulu yang masih kita warisi selepas kemerdekaan negara,” katanya.
+

30 November, 2008

CAR: 17 keluarga 'degil' halang projek

-
Oleh WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Hanya 17 daripada lebih 200 keluarga sahaja yang masih 'berdegil' untuk berpindah dan seterusnya menghalang penyelesaian segera projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kawasan Sungai Terentang, Rawang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, masalah seharusnya tidak timbul kerana pampasan untuk keluarga lain sudah dipersetujui dan imbuhan telah diterima tanpa sebarang bantahan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang mendakwa baki 17 keluarga yang tinggal itu telah termakan 'pujukan' pihak tertentu yang berjanji kononnya akan membela nasib mereka jika tidak berpindah.

''Faktanya ialah tanah yang mereka duduki sekarang milik TNB, jadi isu ini seharusnya tidak timbul sama sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Selangor menangguhkan projek CAR bernilai RM400 juta, ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di kawasan berkenaan selain mencadangkan laluan baru untuknya.

Cadangan laluan baru projek CAR itu melibatkan penduduk di Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak, beberapa pengusaha kilang di Batu 17 dan Batu 15 1/2 serta sebuah stesen minyak di Rawang.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.

Sehingga kini, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.

Subahan turut meminta kerajaan campuran Selangor berhenti 'berlakon' membela rakyat dalam isu CAR itu.

''Tindakan mereka hanya menyusahkan TNB untuk melaksanakan projek demi kepentingan rakyat terbanyak.

''Hentikanlah bermain politik murahan dan berfikiran tidak rasional," ujarnya.

Beliau bagaimanapun yakin isu itu akan dapat diselesaikan setelah tertangguh selama hampir setahun.

Projek CAR itu turut meliputi penyaluran bekalan elektrik ke perkampungan nelayan di Pulau Ketam melalui pemasangan kabel bawah laut yang menelan kos kira-kira RM70 juta.

Artikel berkaitan:
+

29 November, 2008

Kerajaan Perak Makin Terdesak: Edar VCD Untuk Tutup Kepincangan

-
Oleh Adnil Mohd

Kuala Lumpur -- Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dilihat semakin terdesak untuk menutup segala kepincangan kerajaan negeri khususnya kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang dianggap boneka DAP.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Perak, Hang Tuah Din berkata usaha mereka menyebarkan VCD penerangan kepada penduduk di negeri itu kononnya bagi menyalurkan maklumat yang sebenar umpama menutup bangkai gajah.

Menurut beliau pendedahan pelbagai kepincangan yang berlaku di negeri ini oleh UMNO dan BN serta gabungan NGO lain sebelum ini bertujuan untuk menegur kepimpnan negeri yang dilhat tidak bersikap adil dan telus dalam pentadbiran mereka.

"Banyak kepincangan berlaku dari isu rasuah hinggalah pentadbiran kerajaan negeri yang tidak bersikap adil, telus dan amanah bagi menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

"Kita lihat kerajaan negeri khususnya Menteri Besar cukup terdesak untuk meyakinan semula rakyat. Ramai yang menimbulkan persoalan apa peranan MB sekarang yang dilihat seperti dicucuk hidung oleh pihak yang berada di belakang tabir.

"Kita percaya tindakan kerajaan negeri mengedar VCD yang kononnya untuk menangkis fitnah tidak lebih sekadar usaha untuk menutup bangkai gajah", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas langkah Pas Perak yang menerbitkan VCD penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pemimpin UMNO yang memburuk-burukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Tegas Hang Tuah lagi, pimpinan Pas usah berselindung di sebalik tipu muslihat dan sebagainya kerana penduduk di akar umbi telah tahu senario yang berlaku di dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

"Soal MB sekarang sebagai boneka DAP sudah banyak diperkatakan. Mereka sesungguhnya kesal dan marah dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pas yang seolah-olah tidak mempunyai kuasa sungguhpun kerusi MB dipegang oleh parti berkenaan.

"Rakyat termasuk di kalangan ahli Pas sendiri sedar bahawa parti itu telah banyak lari dari perjuangan sebenar hanya kerana mabuk kuasa", ujarnya.

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia

Artikel berkaitan:


2. Isu Pemberian Tanah Kerajaan Boneka DAP: Fakta & Angka Sebenar Disorok?
+

28 November, 2008

Al-Fatihah

-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 6:30 petang tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga allahyarham. Al-Fatihah.
+

Isu CAR, Arak Bukti DAP Kaki Buli di Selangor

-
Oleh S.A Najmuddin

Kuang -- Isu hak milik tanah di tapak projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang serta isu penjualan arak di Selangor membuktikan kerajaan negeri Selangor sebenarnya dikuasai sepenuhnya DAP.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, YB Abdul Shukor Idrus berkata istilah pakatan pembangkang sebenarnya tidak wujud kerana ia jelas didominasi DAP serta serpihan pemimpinnya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau sudah terang lagi bersuluh, yang memainkan peranan dan memberi kata putus dalam sesuatu dasar di Selangor hari ini adalah DAP, manakala rakan pakatannya yang lain khususnya Pas hanyalah "Pak Turut".

"Buktinya dalam isu CAR yang melibatkan penduduk di Kampung Sungai Terentang, DAP difahamkan memainkan peranan untuk memastikan projek tersebut tidak melalui kawasan berkenaan kerana penduduknya dari kalangan kaum Cina.

"Apa yang kita kesalkan dalam perkara ini, campur tangan kerajaan negeri telah menyebabkan projek berkenaan tertangguh sungguhpun ianya hampir siap sepenuhnya. Kita difahamkan pampasan telah pun ditawarkan termasuk lot-lot kediaman.

"Dalam perkara ini kenapakah kerajaan negeri tidak bersikap terbuka dengan memberikan kerjasama sepenuhnya demi kepentingan semua pihak. Lencongan projek terbabit di kawasan lain akan menyebabkan perbelanjaan yang cukup tinggi selain melibatkan kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai yang mempunyai status tanah persendirian", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tindak-tanduk DAP yang dilihat berkuasa penuh ke atas sekutu mereka dalam soal melibatkan dasar kerajaan negeri.

Selain itu tegas Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, bukti lain yang menunjukkan dominasi DAP di dalam struktur pemerintahan Selangor selain projek mega kandang babi ialah pembatalan serta merta rancangan membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Beberapa hari sebelum itu terdapat desas-desus berhubung perkara itu. Namun selepas diketahui pihak tertentu, lain pula jadinya.

"Dulu sebelum memerintah, Pas dengan lantang melaungkan untuk menghapuskan penjualan arak, pusat-pusat hiburan dan sebagainya. Namun cuba lihat hari ini. Apa yang dah berlaku. Rancangan untuk membentang usul mengawal jualan arak di MPK pun dibatalkan.

"Rakyat boleh lihat siapa pembuli dan siapa kena buli", ujarnya.

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin