Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan

21 Jun, 2011

Apa alternatif Kerajaan DAP Pulau Pinang setelah YDPA tolak pilihanraya masjid?

-
Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Mizan Zainal Abidin telah bertitah agar pilihanraya masjid yang dicanang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dihentikan. Daulat Tuanku! Titah Baginda ini merupakan satu kemenangan yang besar buat seluruh umat Islam. Dan dalam masa yang sama titah Baginda ini menjadi satu tamparan hebat buat Kerajaan DAP Pulau Pinang yang begitu licik menyucuk jarum perpecahan dalam umat Islam.

Cadangan pilihanraya masjid yang dipelopori oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ini diperkatakan oleh ramai rakyat. Blogger SatD dari blog Pure Shitte membincangkan dan membongkar kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ini melalui beberapa artikelnya. Terdahulu beliau menyingkap kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam soal pelaksanaan pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang ini.

Beliau telah mempersoalkan bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh nekad melaksanakan pilihanraya ini sedangkan prosedur yang ditetapkan tidak diikuti sebaiknya. Beliau membuat penulisan yang agak terperinci dengan mengemukakan data dan fakta berdasarkan thesis seorang pensyarah yang mana menunjukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba mengenepikan peranan YDPA yang mempunyai kuasa dan peranan ke atas hal ehwal Islam Pulau Pinang.

Faktanya, Kerajaan DAP Pulau Pinang sama ada sengaja atau tidak, jelas sekali cuba mengenepikan peranan ini dengan tidak mendapatkan perkenan YDPA. Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang ini saling tidak ubah seperti sebuah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan bercorak republik. Seluruh rakyat tidak hairan kerana DAP sememangnya terhasil dari ayahnya di Republik Singapura iaitu PAP. Mentee sudah tentu akan mengikut gaya mentor.

Berikutan kepincangan yang dikesan dalam isu ini, blogger SatD melalui artikel berikutnya menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sentiasa melaungkan CAT menjawab beberapa soalan penting. Soalan-soalan yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

1. Siapa yang bertanggungjawab mengemukakan kepada Majlis Islam Pulau Pinang berhubung cadangan pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang?

2. Siapakah NGO yang turut terlibat seperti mana diberitahu oleh Abdul Malik Kassim dalam "Persetujuan Bersama".
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
3.  Siapa individu yang memberikan nasihat perundangan bahawa tindakan itu sah?

4. Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang berunding dengan Penasihat Undang-Undang Negeri terlebih dahulu?

Tersentak dengan gesaan oleh pelbagai pihak, Lim Guan Eng kepanasan dan mengeluarkan beberapa kenyataan menafikan penglibatannya dalam pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang. Blogger SatD sekali lagi melondehkan Lim Guan Eng melalui artikel terbaharunya. Bak kata beliau, Milaka AhBeng Lim Guan Eng mau kencing tapi kantoi! Lu mana mahu lari AhBeng? Baca pendedahan menarik di SINI.
 
Terdahulu, penulis mempersoalkan kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mahu melaksanakan pilihanraya masjid di seluruh Pulau Pinang? Sengaja penulis menukil tajuk artikel terdahulu seperti berikut iaitu "Kerajaan DAP Pulau Pinang berjanji laksanakan pilihanraya tokong, gereja dan kuil?" secara sinis supaya rakyat boleh menilai sejauh mana kredibiliti, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) yang kononnya diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kepada Kerajaan DAP Pulai Pinang, tidak perlulah diusik masjid yang menjadi simbol perpaduan umat Islam.Apakah alternatif Kerajaan DAP Pulau Pinang setelah YDPA tolak pilihanraya masjid? Jika kerajaan DAP Lim Guan Eng sudah tidak ada kerja lain sangat, elok mereka 'meneruskan janji' mereka iaitu melaksanakan pilihanraya bagi tokong, gereja dan kuil. Itu pun kalau penganut agama lain itu tiada bantahan!

CAT Mr CM? Nah... Zero!
+

26 Mac, 2010

Dasar Dwi Standard DAP Pulau Pinang: Peniaga Cina Diutamakan, Peniaga Melayu Dirobohkan

-
Sumber: Citrawaras, MyKMU, 23 Mac 2010.

Inilah kisah nasib Melayu di sebuah negeri yang sudah mula ditadbir mengikut nasihat kerajaan Singapura.

Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah memasang papan tanda yang melarang kenderaan melalui lorong baru atau digelar sebagai New Lane dari arah Jalan McCalister ke Jalan Datok Keramat. Masa larangan ini ditetapkan untuk waktu 2 tengahhari hingga ke 1 malam setiap hari.

New Lane merupakan tempat popular bagi peniaga makanan Cina yang berniaga di tepi jalan. Tempat ini begitu popular hingga sering mengganggu lalulintas dua hala sejak lama dahulu.

Oleh kerana peniaga ini Cina, maka kerajaan tidak ambil tindakan ke atas mereka tetapi diletakkan papantanda sedemikian untuk mengelakkan kesesakkan pada waktu tersebut supaya lebih selesa peniaga dan pengunjung ke situ.

Begitu sekali kesediaan kerajaan negeri membantu peniaga-peniaga tepi jalan tersebut.

Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga Melayu jika berlaku keadaan yang sama?

Bukan niat kami untuk mengungkit isu dari kacamata perkauman tetapi kalau tiada apa-apa berlaku pada peniaga Melayu pun sudah dianggap syukur.

Atas sebab ini difahamkan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu sedang merancang akan mengadakan suatu sidang akhbar untuk mengecam sikap double standard pihak kerajaan negeri.

Jelas sekali kerajaan negeri telah membeza-bezakan layanan antara peniaga Melayu dan peniaga Cina. Peniaga Cina yang tidak memohon bantuan sedemikian tetapi dimudahkan lalulintas untuk mereka.

Gerai Melayu dirobohkan walaupun tidak langsung menghalang lalu lintas. Selalunya pihak kerajaan negeri akan melakukan sesuatu yang tegas dengan mengenakan denda atau menggantung lesen perniagaan.

Diharap sidang akhbar dan tuntutan yang dibuat oleh Pertubuhan Melayu itu didengar dan diambilkira

Namun tidak boleh diharapkan dari kerajaan negeri. Pasti mereka akan memberi pelbagai alasan dan menjustifikasi tindakan mereka dengan pelbagai angka dan statistik yang tidak ditolak kemungkinan ianya alasan atau angka yang palsu.

Ini pernah dilakukan mereka dalam pengakuan peruntukan kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat.

Walau macam mana tekanan pun akan diusahakan oleh Pertubuhan Melayu ini, selagi DAP yakin keseluruhan kaum Cina akan menyokong kerajaan DAP di pilihanraya akan datang, mereka tidak akan peduli.

Biarlah macam mana rintihan, kesusuahan atau kesengsaraan hasil tindakan mereka terhadap peniaga Melayu.

Begitulah sikap mereka, selagi mereka merasakan undi Melayu tidak akan mengggugatkan mereka di Pulau Pinang, selagi itu, polisi CAT atau Cina Amat Diutamakan akan terus dikekalkan.

Harap peniaga-penigaa Melayu belajar menyesal mengundi DAP dan Pakatan Rakyat. UMNO dan BN dekatilah mereka dan usah katakan padan saja.
+

12 Februari, 2010

Pakatan Rakyat Model DAP: DAP Kebal! PAS & PKR Bebal!

-
Tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru YB Datuk Seri Zahrain keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen bebas pada pagi 12 Feb 2010 sebenarnya sudah boleh diagak.

Bagi penulis, mana-mana manusia yang waras pasti akan mengambil tindakan sedemikian. Hanya ahli politik dan penyokong yang tidak waras sahaja akan terus bersekongkol dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bersikap chauvinis, ekstremis, diktator, dan berfikiran ala komunis dan terus berasa seolah-olah sangat selesa untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Penulis sangat percaya bahawa rakyat sudah mula dapat melihat sendiri rupa dan perangai sebenar DAP. Rakyat sebenarnya sudah banyak kali meluahkan rasa tidak senang hati dengan dasar yang diguna pakai oleh kerajaan PR di negeri-negeri yang didominasi DAP seperti Pulau Pinang, Perak di bawah mantan Menteri Besar (MB) Boneka DAP YB Dato’ Seri Nizar Jamaludin dan Selangor.

Namun keluhan rakyat marhaen yang tidak ada kuasa semuanya dipandang sepi dan enteng oleh seluruh kepimpinan PR. Lebih teruk lagi keluhan rakyat tersebut pula mereka tuduh dan label sebagai suara agen Barisan Nasional (BN).

Apakah PR akan berfikir semula setelah beberapa prang pemimpinnya sendiri seperti Zahrain yang menyuarakan suara hati rakyat itu? Atau PR masih lagi dibuai mimpi masih berada dalam keadaan tidak mahu menerima hakikat sebenar? Baguslah kalau begitu! Teruskanlah bermimpi indah!

Barisan kepimpinan gabungan parti DAP-PKR-PAS sebenarnya terlupa atau buat-buat lupa bahawa kemenangan mereka adalah disebabkan rakyat sangat benci dengan sikap tidak ambil berat dan bongkak BN semasa pentadbiran anak-beranak mantan Perdana Menteri (PM) Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dahulu, kalau PR meletakkan calon ‘tunggul kayu’ pun sebagai calonnya, rakyat akan pangkah atau mengundi ‘tunggul kayu’ tersebut sebagai wakil rakyat mereka disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap corak pentadbiran BN (dan juga Khairy Jamaludin). Itulah realitinya.

Kini, di bawah pentadbiran PM YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak penulis dapat melihat sendiri bagaimana UMNO dan seluruh parti komponen BN menginsafi kesilapan lalu dan berusaha keras untuk berkhidmat dengan lebih baik demi menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya.

Wakil-wakil rakyat BN dilihat lebih rajin turun padang untuk melihat sendiri dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan yang mereka wakili. Masalah rakyat diselesaikan secepat mungkin. Malahan kalau dahulu muka Yang Berhormat (YB) susah hendak nampak, kini asyik nampak muka YB sahaja. Kalau dahulu hantar borang kena tunggu seminggu baru dapat perhatian YB, tapi kini, hari ini hantar borang, esok sudah boleh ambil.

Tetapi dalam masa yang sama, kita semua dapat melihat bagaimana kerajaan yang dikuasai PR yang mana baru mendapat kuasa sudah mula lupa akan janji-janji manis yang ditabur sebelum PRU12 dahulu. Mereka dilihat gagal menunaikan janji-janji yang ditabur. Malahan banyak tindakan kerajaan negeri yang dikuasai PR dilihat jauh lebih teruk dari kerajaan BN di bawah pimpinan Tun Abdullah dahulu.

Bagi penulis, kecelaruan dan tidak berkesannya kerajaan negeri PR adalah salah satunya disebabkan oleh sikap DAP dalam PR. DAP dilihat cuba mencorak hala tuju PR di semua negeri yang dikuasai PR. Malahan di negeri yang mana DAP begitu dominan, rakyat boleh melihat sendiri bagaimana dasar dwi-standard diamalkan.

Di Pulau Pinang contohnya, Zahrain dalam temubual dengan akhbar New Straits Times mendedahkan bagaimana dasar dwi-standard amalan DAP yang hanya ‘bijak’ bertindak terhadap peniaga Melayu.

Malahan, pemimpin DAP di negeri yang dikuasai PAS seperti Kedah juga terpaksa mengikut telunjuk DAP dalam beberapa isu. Kita dapat melihat bagaimana kerajaan PAS Kedah pimpinan YAB MB Dato' Seri Azizan terpaksa menarik kembali beberapa dasar kerajaan negeri yang mendapat tentangan hebat oleh DAP. Malahan DAP dilihat berjaya dilihat sebagai pemberi kata pemutus dalam banyak perkara.

Gesaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dari PKR iaitu YB Zulkifli Noordin baru-baru ini bahawa DAP wajib ditendang keluar dari PR jelas menunjukkan bahawa sudah ramai dari kalangan pemimpin PR khususnya pemimpin Melayu sedar hakikat sebenar perjuangan sebuah parti chauvinis bernama DAP (dan rakyat sebenarnya sudah lama sedar!). Mereka sudah dapat melihat bagaimana segala tindak tanduk DAP adalah dengan kos melemahkan PKR dan PAS itu sendiri.

Rakyat yang bersikap celik akal sudah tahu bagaimana cara DAP berpolitik. Rakyat boleh melihat sendiri bagaimana hampir semua pemimpin PR yang mengkritik DAP dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti sedangkan selama ini rakyat dihidangkan 'drama' segala tanduk para pemimpin DAP yang mengkritik rakan komponennya contohnya di Selangor dan Kedah tanpa dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Pemimpin DAP yang bermulut celupar mengkritik dilihat seolah-olah kebal dari sebarang tindakan disiplin dan tidak boleh disentuh oleh PAS dan PKR. Umum juga melihat bagaimana mulut-mulut busuk pemimpin DAP inilah yang sibuk mencanang agar beberapa pemimpin PR yang mengkritik DAP dikenakan tindakan disiplin.

Dan rakyat juga tahu bahawa pemimpin Melayu PR yang bersuara mengkritik DAP adalah untuk mempertahankan sesuatu isu dan sesuatu perkara yang dekat di hati pengundi Melayu. Mereka ini sudah bosan dilabel agen UMNO sedangkan suara akar umbi mahukan mereka lebih vokal mempertahankan apa yang sepatutnya dipertahankan.

Apakah gesaan Zulkifli agar DAP ditendang keluar akan dipandang sepi? Atau beliau pula yang akan ditendang keluar? Penulis menyarankan agar eloklah jika sekiranya Zulkifli keluar sahaja menjadi Ahli Parlimen bebas daripada terus “menunggang motorsikal Kawasaki yang salah”.

Para pemimpin PR nampaknya masih lagi dibuai mimpi dengan melabel Zulkifli sebagai suara UMNO sedangkan umum mengetahui bahawa parti Melayu dalam PR seperti Pas dan PKR semakin hari semakin susut sokongan dari pengundi Melayu jika dikaji dalam setiap kali selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) pasca PRU12.

Persoalannya, sampai bilakah pemimpin dan penyokong PKR dan Pas mahu jadi bebal untuk terus berada dalam PR?
+

28 Disember, 2009

Lim Guan Eng dan Penasihat ULTRA KIASU Lee Kuan Yew

-
The Star pada 26 Disember 2009 melaporkan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng membangkitkan rasa tidak puas hati akan jumlah peruntukan yang dihulur Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri .

Peruntukan Kerajaan Persekutuan tersebut adalah dalam dalam bentuk Geran Persekutuan yang berjumlah RM794 juta sepanjang tempoh 8 tahun bermula 2001 hingga 2008.

Berikut berita penuh seperti dilapor The Star:


Penang got just 3% of what it had contributed: CM

GEORGE TOWN: Penang has only received RM794mil in federal grants in the last eight years even though it had contributed RM25,670mil in taxes and custom duties.

Chief Minister Lim Guan Eng said the numbers were revealed by Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in a written reply in the recently concluded Parliamentary sitting.

“Penang received only a shocking 3% of what it had contributed from 2001 to 2008.

“The state has been left out of the development mainstream too long and that has resulted in a slower rate in the building of public infrastructure compared to other states,” he said in a statement on Saturday.

He added that even Singapore’s Minister Mentor Lee Kuan Yew had made the observation that Penang was developing slower compared to other towns like Ipoh or Seremban.

“The Penang government will seek a fair deal from the Federal Government to allow all Penangites equal opportunity for success and prosperity regardless of race or background.

“Our efforts in ensuring that everyone has a share in the fruits of economic success has led Penang to become the first state to wipe out hardcore poverty with every family receiving at least RM500 a month,” he said.


Mohamad Zakhir Mohamed dari blog THE "THIRTEEN MILLION PLUS RINGGIT" GUY RAMBLES dalam artikel pada 27 Disember 2009 mengecam tindakan Lim Guan Eng yang tidak bertanggungjawab memanipulasi fakta dengan tujuan hanya untuk mengelirukan rakyat.

Rasa tidak puas hati Lim Guan Eng itu sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata yang bertujuan untuk menaikkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat.

Disamping itu juga, ianya bertujuan untuk menutup segala dasar ala Singapura yang dilaksanakan oleh kerajaan DAP dalam pelbagai isu terutamanya membabitkan kaum Melayu di Pulau Pinang sepertimana didedahkan oleh Pribumi Perkasa Negara.

Sebenarnya amat mudah dibaca bahawa DAP Pulau Pinang berharap agar rakyat yang tidak tahu akan selok belok bidang kuasa kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan seperti mana yang digaris dalam Perlembagaan akan membenci Kerajaan BN.

Mohamad Zakhir mematahkan 'lakonan licik' Lim Guan Eng dengan penerangan seperti berikut:


The fact is that, the Federation of Malaysia is about the practice of a centralised government. It means that income of the nation is collected by the Federal Government. Income taxes, import taxes, excise duties and such, are all incomes as stipulated by the Federal Constitution. Income and taxes derived from land matters such as rates, assessment rates and conversion fees are incomes as per stipulated by state constitution.

So are the expenses, meant for the nation. Federal Government pays for security (Police, Military and Martime Enforcement), education (primary, secondary and tertiary), health, infrastructure development such roads, bridges, ports, airports, electrification and social development such as labour, human capital development, agriculture, entrepreneur development and welfare matters.

As so, state governments no longer needed to look into these investments and spending. They should just focus on state programs, especially programs under local authorities and state agencies. Local authorities themselves collected a huge amount of income annually.


Dr Novandri Hasan Basri dari blog MINDA INTELEK MELAYU pula dalam artikel 28 Disember 2009 menganggap pendedahan yang dibuat oleh Lim Guan Eng tersebut sebenarnya hanya mengaibkan Ketua Menteri itu sendiri kerana gagal memahami perkara asas dan fundamental.

Beliau menulis seperti berikut:


Dari perspektif ilmiah, 'pendedahan' Lim Guan Eng itu sebenarnya membuktikan bahawa Lim Guan Eng tidak mempunyai kapasiti untuk memahami proses dan obligasi kerajaan persekutuan. Guan Eng tidak faham tentang Perkara 9 dan Perkara 10 di dalam Perlembagaan Malaysia.

Dalam erti kata yang lain, Lim Guan Eng telah mengaibkan diri beliau sendiri dan jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tiada kemampuan untuk mentadbir negeri Pulau Pinang.

Adalah sungguh memalukan jika Ketua Menteri tidak tahu menahu tentang perkara asas dan fundamental di dalam kerangka pentadbiran negeri.


Dr Novandri memperjelaskan dengan lebih lanjut lagi seperti berikut:


Untuk perhatian Lim Guan Eng, geran Persekutuan di Malaysia diagihkan berdasarkan kepada garis panduan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

1. Di dalam Perkara 9 Perlembagaan ini, butiran terperinci mengenai pengagihan kuasa dan tanggungjawab di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, boleh didapati.

2. Perkara 10 Perlembagaan ini pula menjelaskan tentang pengagihan hasil. Mengikut Perkara 10 ini, cukai pendapatan, hartanah, hakmilik terhadap cukai perolehan modal, cukai perdagangan antarabangsa dan juga cukai pengeluaran dan penggunaan, semuanya disalurkan kepada kerajaan persekutuan.

3. Kerajaan negeri dibenarkan untuk mengutip hasil cukai dari sumber semulajadi contohnya dari tanah, hutan dan lombong (Kecuali hasil petroleum, di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974).

Dalam hal ini, negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semulajadi yang besar. Dan negeri ini banyak bergantung kepada perindustrian dan perlancongan, dua sektor utama yang dimaksudkan di dalam Perkara 10 Perlembagaan.

Akan tetapi ianya tidak bermaksud bahawa kerajaan persekutuan tidak prihatin seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng.

4. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menerangkan bahawa kerajaan persekutuan dipertanggungjawabkan untuk memberi 2 geran utama kepada kerajaan negeri, iaitu geran permodalan (capitation grant) dan geran jalan negeri (state road grant).

Geran permodalan diberikan berdasarkan saiz populasi sesebuah negeri manakala geran jalan negeri pula diberikan berdasarkan saiz geografi sesebuah negeri.

5. Selain daripada 2 geran yang disebutkan ini, kerajaan negeri juga berhak kepada lebih kurang 10 jenis cukai perkongsian bersama dan levi.

Contohnya, hasil petroleum, cukai eksport bijih timah, besi dan galian yang lain juga dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak 10%.

Apakah Lim Guan Eng tahu tentang cukai perkongsian dan levi tersebut?

Atau, beliau baru mahu membuka dokumen-dokumen kerajaan negeri kerana tidak arif mengenainya?


Tunku Aisha dalam blog tunku pada 27 Disember 2009 pula memberi komentar yang sangat tepat tentang hala tuju DAP Pulau Pinang seperti berikut:


he expect federal government to give it back all the taxes to the state? what a dumb cm he is? may be he expect everything to go back to penang as he can "sweep" all. did he calculate in all the federal government projects in penang? why should he quote what lee kuan yew had to say?? ooo they are from same party before. lee kuan yew is dap's mentor. now lee kuan yew is ruling penang through his proxy. he is making sure that his proxy is trying their best to make penang as the second singapore not economically but trying to get penang out from Malaysia like what they did with singapore in the sixties. the penangites should not be fooled by them.

+

06 Disember, 2008

Tiada Rotan, Akar Pun (TAK) Berguna!

-
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan – terakhir Isnin lalu – dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.

Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohammad Fairus menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pasukan pentadbiran negeri.

Wakil rakyat Penanti menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

Sumber: Malaysiakini, 4 Disember 2008

Kembara Politik:

1. Tiada Rotan; Akar Pun (TAK) Berguna!
+

23 November, 2008

Guan Eng Licik Bagi Satu Makan Empat

-
Sdr Editor!

Jika mahu dibuat perbandingan, ternyata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sememangnya cukup licik memperlihatkan gaya pemerintahan yang semacam telus, adil dan membela rakyat terutama terhadap orang Melayu.

Lihat sahaja tindakannya yang menyertai perarakan Maulidur Rasul sehingga ada yang menyamakannya seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Beliau sendiri turut mengumumkan kenaikan elaun guru-guru KAFA sebanyak RM50.00 yang memperlihatkan betapa dia begitu prihatin kepada rakyat kaum Melayu.

Malah beliau juga tidak terikut-ikut dengan nada pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang terang-terang cuba menidakkan hak-hak orang Melayu.

Mungkin bagi Guan Eng kata-kata tidak penting tetapi tindakan secara halus perlu digunakan bagi mempertahankan satu-satunya kuasa pemerintahan negeri yang diperolehi DAP secara langsung.

Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang dikuasai dan dipimpin secara terus oleh DAP berbanding Perak dan Selangor di mana DAP hanya menguasai secara di belakang tabir.

Guan setakat ini terus memperagakan dirinya sebagai pemimpin yang telus dan amanah lebih-lebih lagi menerusi tindakan populisnya seperti memotong bajet untuk pemimpin dan pegawai kerajaan negeri seperti menaiki kapal terbang kelas ekonomi dan tidak menginap di hotel mewah.

Namun apakah benar-benar Guan Eng ikhlas atau sekadar satu tindakan licik sebagai pemain permainan dam haji handalan…..umpan lawan makan satu tapi dia makan empat.

Terbaru Guan Eng mengumumkan operasi lapan ladang ternakan babi di kawasan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Maung akan dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini.

Penutupan itu melibatkan lapan ladang yang mana operasinya dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini. Untuk itu semua penternak akan diberi pampasan.

Ini berbeza dengan pemerintahan di Selangor yang diketuai pemimpin Melayu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim yang mana sebaik sahaja memerintah mengumumkan ladang babi mega di negeri itu.

Lihat betapa bijaknya Guan Eng. Dengan penutupan ladang babi di Pulau Pinang, Guan Eng bukan sahaja dilihat prihatin dengan orang Melayu tetapi pada masa yang sama telah menyelamatkan negeri yang majoriti kaum Cina itu terhindar dari pencemaran babi.

Inilah yang dikatakan umpan satu makan empat dalam permainan dam haji.

Yang kurang diberi perhatian oleh orang Melayu ialah kenapa Guan Eng enggan menyatakan jumlah pampasan yang akan diterima setiap penternak yang mana ladang babinya ditutup di Batu Maung.

Kalau Guan Eng mengatakan pemerintahannya telus kenapa beliau harus sembunyikan nilai pampasan tersebut.

Di sinilah bijaknya Guan Eng yang ramai rakyat khususnya orang Melayu terlepas pandang.

Asraf Bukit Gelugor

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+

21 November, 2008

Lumrah Si Umang-Umang DAP: Berselindung Dalam Cengkerang Siput

Sebelum ini penulis telah mengulas berkenaan tuduhan koyak borang dan dakwaan hubungan dominan UMNO ke atas ketidakseimbangan kaum (kaum Melayu mendominasi) di sektor awam seperti didakwa Prof P Ramasamy. Tuduhan tersebut dibuat semasa sesi perbahasan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Penulis membuat pandangan tersebut dari kacamata individu yang pernah terlibat secara langsung dalam selok-belok hal berkaitan recruitment & selection.

Kali ini penulis ingin menarik perhatian pembaca berkenaan permainan politik kotor pemimpin politikus bernama P Ramasamy. Apa yang menarik perhatian penulis ialah P Ramasamy membuat segala tuduhan jahat ini di dalam Dewan. Kenapa penulis mengatakannya menarik? Cuba kita sama-sama fikir, mengapa P Ramasamy membuat segala tuduhan tersebut di dalam Dewan? Mengapa tidak dihamburkan segala yang berselirat di dalam kepalanya di luar Dewan?

Seorang ahli politikus seperti P Ramasamy berdiri di dalam Dewan dan mengeluarkan segala tuduhan jahat dan keluar dari Dewan sambil bersiul girang tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang? Mendapat perhatian dan liputan seluruh Malaysia. Gah dengan dakwaan jahatnya dan dengan bongkak berkata hanya akan mengemukakan bukti sekiranya diminta berbuat demikian di dalam Dewan. Menarik bukan? Mengapa tidak dikemukakan bukti di luar Dewan?

Tindakan P Ramasamy membuat tuduhan ini dalam Dewan kerana hanya di tempat itu sahaja yang membolehkan beliau berbuat sedemikian kerana dilindungi oleh Dewan. Tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Yang Berhormat (YB) selagi tidak menyentuh secara langsung perkara-perkara atau sesuatu yang membangkitkan perkara yang melaga-lagakan sesuatu kaum dengan kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan, 1948.

Taktik bermain politik sebenarnya sudah lama digunapakai oleh para pemimpin pembangkang. Rujuk sahaja Hansard Parlimen dan lihat sebanyak mana perkara yang diketengahkan oleh pemimpin pembangkang yang secara tidak langsung sebenarnya mempunyai agenda tertentu. Cuma pada waktu dahulu orang awam kurang mengambil perhatian sebarang perbahasan di dalam Dewan.

Rentetan tuduhan jahat yang dibuat beliau, satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru di Balai Polis Bayan Lepas pada Ahad lalu. Penulis mengucapkan tanhiah kepada yang prihatin walaupun tindakan itu dari segi undang-undangnya tidak akan membawa ke mana-mana atas sebab kekebalan atau imuniti ahli-ahli YB ketika berbahas di dalam Dewan.

Walau bagaimana pun, tindakan membuat laporan polis boleh dilihat sebagai tanda keprihatinan Melayu dalam menangkis dakyah jahat DAP. Tindakan itu juga perlu untuk menyedarkan Melayu bahawa pemimpin parti DAP ini sengaja membangkitkan isu ketidakseimbangan dengan harapan berjaya meraih sokongan majoriti pengundi bukan Melayu. Sokongan pengundi Melayu pula bakal dipecahkan oleh parti politik Melayu di dalam Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR. Penulis percaya melalui strategi ini Pakatan Rakyat bakal memerintah Pulau Pinang dalam satu jangka masa yang panjang.

Tambah menarik, pada hari ini, 21 November 2008, P Ramasamy gagal mengemukakan sebarang bukti berhubung dakwaan koyak borang permohonan bukan Melayu tanpa diproses oleh ketua jabatan dan mensabitkan UMNO dengan dominan kakitangan Melayu dalam sektor awam. Beliau menekankan bahawa maklumat tersebut diperolehi melalui hasil kajiannya 6 tahun yang lalu ketika beliau berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walau pun didesak, beliau enggan mendedahkan maklumat tersebut atas alasan kerahsiaan. Senang cakap, beliau sekali lagi berselindung kononnya atas alasan melindungi sumber. Bagi penulis, beliau tidak mempunyai sebarang bukti sebenarnya. Tiada langsung sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan jahatnya itu. Inilah gaya permainan politik kotor politikus bernama P Ramasamy.

Dengan mensabitkan UMNO dengan hubungan dominasi kakitangan Melayu dalam perkhidmatan awam seolah-olah menggambarkan P Ramasamy seakan membuat tuduhan itu atas dasar politik. Permusuhan politik antara DAP dan UMNO. Strategi ini cukup licik kerana UMNO merupakan parti politik teras kaum Melayu setelah sekian lama memperjuangkan kepentingan dan hak kaum Melayu. Dan perjuangan UMNO sememangnya sangat berlawanan dengan konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP dan diberikan nafas baru melalui konsep Ketuanan Rakyat.

Bagi penulis, tindakan P Ramasamy dilihat sangat bijak bagi seorang politikus DAP yang rakus sepertinya. Walau bagaimana pun, nampak bodoh bagi seorang rakyat Malaysia yang terpelajar (hanya dari segi akademik) seperti Prof P Ramasamy. Itulah dia Prof P Ramasamy – Si Umang-Umang DAP!
+

19 November, 2008

Usul Tender Tanah: Agenda Tersirat DAP?

Blog Small Talk mendedahkan bahawa YB Leong Ngah Ngah (DAP - Triang) telah menyarankan agar kerajaan negeri Pahang meniru cara dan gaya pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dalam perbahasan Bajet Pahang 2009.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah Leong Ngah Ngah telah mencadangkan agar tanah ditender pada harga yang tinggi kepada pembida sebagai suatu usaha untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Pahang.

Blog Small Talk berpendapat bahawa tindakan menender tanah akan menyebabkan tanah akan dikuasai oleh golongan taukey sahaja. Dan lebih parah lagi tanah kerajaan negeri bakal dikuasai oleh proksi kuasa-kuasa asing.

Persoalan yang bermain di kotak fikiran penulis ialah:

1. Adakah kerajaan negeri Pulau Pinang telah melaksanakan tender tanah secara terbuka untuk mendapatkan sumber pendapatan negeri itu?

2. Persoalan ini relevan memandangkan YB Leong Ngah Ngah mencadangkan kerajaan negeri Pahang meniru dan mencontohi kerajaan negeri Pulau Pinang.

3. Jika benar tanah di Pulau Pinang telah ditender kepada pembida tertinggi untuk mendapatkan hasil pendapatan negeri, siapakah individu atau pihak yang memperoleh tender 'terbuka' tanah tersebut?

4. Adakah ianya diperoleh taukey-taukey yang kaya? Atau kepada proksi negara asing seperti Singapura dan China?

5. Jika benar tender ini dibuat, maka rakyat Pulau Pinang berhak tahu siapakah yang memperoleh tender tanah ini.

Rujuk bacaan di blog Small Talk:
Small Talk: Why should Pahang follow Penang?
+

16 November, 2008

Siapa yang lebih bersikap dominan sebenarnya?

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P Ramasamy (DAP-Perai) mendakwa ketidakseimbangan struktur pekerjaan perkhidmatan awam di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh Barisan Nasional bersikap perkauman.

Prof. P Ramasamy mendakwa borang permohonan bukan Melayu/Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam di Pulau Pinang dikoyak. Berat benar tuduhan sebegitu ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam proses recruitment & selection. Dan tuduhan jahat itu sangat tidak adil bagi mereka.

Bagi penulis, tuduhan tersebut hanyalah sekadar tuduhan melulu yang dibuat tanpa asas dan bukti. Sebelum berkhidmat dengan kerajaan, penulis pernah terlibat dalam proses recruitment & selection bagi memilih kakitangan sekitar tahun 1999 di sebuah syarikat akhbar.

Dan sebagai rekod, tidak pernah pula kami melihat faktor kaum sebagai satu prasyarat untuk disenaraipendek, ditemuduga dan seterusnya diberikan surat tawaran. Jauh sekali mengoyak permohonan pemohon-pemohon. Segala prosedur perlu diikuti dengan ketat agar calon yang terpilih kelak berkualiti.

Individu yang terlibat dalam proses recruiment & selection sangat faham bahawa setiap calon yang memohon sudah tentu mengharapkan perkerjaan untuk menampung kehidupan. Jadi apakah motif P Ramasamy membuat tuduhan sebegini ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam soal pengambilan kakitangan di Pulau Pinang?

P Ramasamy mendakwa bahawa UMNO terlalu dominan sehinggakan soal pengambilan kakitangan di negeri itu pun turut disabit. Bagi penulis, ini adalah tindakan untuk memburuk-burukkan UMNO di mata rakyat bukan Melayu Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.

Sudah tentulah setiap ketua jabatan yang dilantik akan melalui tapisan keselamatan dan sebagainya sebagai satu proses pelantikan. Namun, menuduh ketidakseimbangan kaum di sektor awam dan mengaitkannya dengan faktor dominan UMNO adalah tidak berasas. Kenapa faktor dominan UMNO ditekan atau diberi fokus dalam hal ini? Bagi penulis, ianya jelas sekali berniat jahat.

Jika kita kaji sikap dan cara berpolitik kotor Pakatan Rakyat ini, kita boleh menyimpulkan siapa yang dominan sebenarnya dalam menentukan hala tuju politik Malaysia. Siapa yang sering mengungkit segala hak Melayu/Bumiputera yang jelas diperuntukan dalam Perlembagaan? Jadi siapa yang cuba bersikap lebih dominan sebenarnya? UMNO atau DAP? Kepada pembaca budiman, tepuk dada dan gunakan akal untuk berfikir.

"If you don't act right now, somebody else will always do it for you at your expense...and quickly." (Kotabe & Helsen, 1998).
+

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin