Memaparkan catatan dengan label Politik Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Perak. Papar semua catatan

20 April, 2009

Tuntutan Bubar DUN Perak: Lain Hulu Lain Parang...

-

Masih ingat lagi Kerajaan Langit 16 September 2008 Brader Anwar Bin Ibrahim? Penulis tidak pernah lupa sebab blog Kembara Politik ini dibina pada malam 16 September di mana Brader Anwar Bin Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai PM di hadapan gambar Agong bersama 32 kerusi (IKEA) yang didakwanya masih lagi tersimpan senarai nama tersebut dan sentiasa bertambah dari jam ke jam, dari hari ke hari…dari bulan ke bulan…dari tahun ke tahun (sambung sendiri).

Demam Tun Lah memikirkan Brader Anwar Bin Ibrahim bercita-cita nekad mahu duduk di kerusi empuk di Putrajaya. Antara akal Tun Lah ialah pembubaran Parlimen jika ura-ura melompat beramai-ramai hampir menjadi kenyataan. Maka, bergegaslah para pemimpin PR menemui pakar undang-undang iaitu Prof Dr Aziz Bari. Dan PR dengan kerjasama Prof yang kepala berat ke arah Pakatan Rakyat ni pun keluarkanlah interpretasi undang-undang yang boleh dibaca mengikut selera Brader Anwar Bin Ibrahim agar angan-angan 16 Septembernya tidak terkubur.

Diterbitkanlah pandangan Prof yang cenderung kepada Brader Anwar Bin Ibrahim ini dalam majalah yang sangat sahih (oleh puak-puak mereka) iaitu Harakah. Hitam kata Harakah, maka hitamlah lidah pejuang dan aktivis PR. Kalau putih kata Harakah, maka putihlah lidah pejuang dan aktivis PR. Almaklumlah, lidah rasmilah katakan.

Puaslah bersilat si Prof cap ayam (Prof Dr Aziz Bari) berhujah yang mana tegasnya BN tak boleh membubarkan Parlimen. Lidah rasmi PAS pun menerbitkan temu ramah ekslusif tersebut. Berikut sedikit sedutan dari Harakah. Penulis persoalkan mengapa interpretasi yang dibuat dahulu tidak lagi valid untuk krisis di Perak. Mari sama-sama baca dan persoalkan. Baca seperti di bawah:


Agong tidak boleh bubar Parlimen sesuka hati

Tarmizi Mohd Jam
Thu Feb 07, 08 5:52:50 pm MYT


Saya bergegas menghubungi Profesor Dr Abdul Aziz Bari untuk mendapat penjelasan lanjut kenapa Perlembagaan memberi kata putus kepada Yang di-Pertuan Agong dalam soal pembubaran Parlimen.

[Bergegas!…hehe..sekarang ni kenapa tak bergegas lagi? Merangkak pun takde…berguling atas jalan adalah kot? Hehe. Jgn marah ye!!]

Pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menjelaskan, Perlembagaan Malaysia mengambil iktibar dari pengalaman di Komanwel sejak lebih 100 tahun yang lalu dan Suruhanjaya Reid menyatakan bahawa adalah tidak bijak untuk memberi hak mutlak kepada kerajaan yang memerintah untuk membubarkan dewan.

[Haha..tahu pun..habis tu apasal buat hal lagi di Perak? Apasal tak nak terima keputusan Sultan?]

Dr Abdul Aziz menambah bahawa sebab mengapa ia tidak bijak ialah kerana pilihan raya mengambil masa, memakan biaya dan menganggu pentadbiran negara jika ia terlalu kerap diadakan.

[Sekarang kenapa Prof tak nasihatkan rakan-rakan Prof yg dari PR tu berkenaan scenario di Perak? Saya terguling gelak tengok ahli akademik cap ayam macam Prof Dr Aziz Bari ni.]

Nota: Untuk berita penuh dari Harakah sila rujuk di SINI.


Baca lagi berita dari Harakah yang satu lagi ni kemudian buat perbandingan dengan isu krisis politik di Perak yang mana puak-puak PR ni sengaja tidak mahu menerima kenyataan. Derhaka tak sudah! Mari sama-sama baca dan bandingkan scenario di Perak. Baca seperti di bawah:


Pilihan raya semula bertentangan dengan Perlembagaan - Aziz Bari
Harakahdaily
Wed May 28, 08 12:49:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Professor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Aziz Bari berkata, tindakan membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan semula sekarang adalah bertentangan dengan peruntukan dan semangat Perlembagaan.

[Bertentangan dengan semangat Perlembagaan ye? Habis tu kenapa PR keras kepala sangat sekarang ni?]

"Segala peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diterokai terlebih dahulu sebelum mengadakan pilihan raya sekali lagi," katanya kepada Harakah, mengulas kemungkinan berlakunya pilihan raya umum tergempar ekoran keadaan politik yang tidak menentu dalam negara sekarang.

Pakar Perlembagaan itu berkata, prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan mesti terlebih dahulu digunakan dan ini merupakan salah satu alasan mengapa pilihan raya bukan cara terbaik untuk diambil sekarang.

Bahkan katanya, pilihan raya bukanlah kaedah yang sesuai untuk keadaan sekarang.

[Tahu pun tak sesuai! Tapi kenapa sekarang sesuai pula di Perak? Hehe. Cap ayam la lu Prof Aziz Bari!]

Baru-baru ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya umum tergempar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Haji Wan Ahmad Wan Omar pula dilaporkan berkata, pilihan raya tergempar boleh diadakan bila-bila masa daripada sekarang.

Dua minggu lepas menteri kabinet, Dato' Shahrir Abdul Samad memberitahu ahli Umno supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya baru berikutan kejutan yang dibuat oleh bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar parti.

Aziz tidak bersetuju dengan pandangan Wan Ahmad kerana biarpun Perdana Menteri mempunyai kebebasan untuk memohon supaya parlimen dibubarkan, namun kata putus adalah pada tangan Yang di-Pertuan Agong.

"SPR telah mewujudkan pandangan yang salah bahawa kerajaan mempunyai kebebasan untuk sewenang-wenangnya mengadakan pilihan raya umum," katanya.

[Tahu pun Agong ada kuasa pemutus untuk perkenan bubar atau tidak. Habis kenapa sekarang derhaka?]

Beliau memberikan dua alasan mengapa pembubaran parlimen dan pilihan raya tidak perlu diadakan.

Pertama katanya, buat masa ini wujud kerajaan alternatif yang berpotensi iaitu Pakatan Rakyat. Agong perlu tunggu sehingga proses melompat parti selesai dan kemudian mengarahkan kerajaan sekarang melepaskan kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 43(4). Dan kemudian Agong akan melantik kerajaan baru di bawah Artikel 43(2)(a) dan (b).

Kedua katanya, pilihan raya umum baru sahaja diadakan iaitu pada Mac lalu. Walaupun kerajaan berada dalam keadaan terumbang-ambing, Agong perlu menggalakkan ia dibentuk semula melalui parlimen sedia ada.

[Langkah Pertama & Kedua tu menarik betul! Apa yang Sultan Perak buat sama dengan apa yang Prof sarankan masa memberikan taklimat pada boss Brader Anwar bin Ibrahim semasa pra penubuhan Kerajaan Langit 16 September 2008 Brader Anwar Bin Ibrahim dahulu.]

Nota: Untuk berita penuh sila rujuk di SINI.

Kepada para aktivis dan para pemimpin Pakatan Rakyat: Apa cerita? Ngeh Ngeh Ngeh!! <--- Ketawa Orang Perak.

Baca juga berita Harakah berikut - Bubar Dun Perak, tegakkan demokrasi!
+

18 April, 2009

Pencabulan Undang-Undang; Ketuanan Pakatan Rakyat; & Spin Hanipa Maidin

-
Berikut beberapa lagi pandangan Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin berhubung isu penggantungan MB Perak dan 6 EXCOnya. Rujuk link-link komen (komen 1, komen 2, dan komen 3) yang disertakan untuk membaca komen asal beliau.


Komen 1 (klik untuk membaca komen asal).

Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan sama ada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC adalah sah di sisi undang-undang. Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" itu pun jika dilayan (with leave) mahkamah.

Perlu ingat bahawa Mahkamah Persekutuan sudah pun memutuskan bahawa 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN? Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat.


Tambahan pula, kini penggantungan MB Dato' Zambry dan EXCOnya tidak sah.

Isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?

Bermakna masalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

Di bawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka-mereka yang bersekongkol juga) adalah berat:

121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.


Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

121C. Abetting offences under section 121A or 121B.


Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.


Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090416170917/Article/index_html

Khamis, 16 April 2009 , 20 Rabiulakhir 1430

Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya: Dr Zambry

LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN).

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri, V Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.

Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang.

Beliau setakat menyatakan bahawa persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lalu pada November lalu.

Menteri Besar itu tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok atau pun awal minggu depan.

Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. - Bernama


http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.


In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void.

Justice Alauddin also said that under Article 63 of the Perak Constitution, the court had the power to dispose of an originating summons filed by Zambry and the six councillors at the Ipoh High Court on March 2 with no order as to costs.

Alauddin, who sat with Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria and Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, had adjourned the hearing for 45 minutes before coming to the decision.

Zambry and the six -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Dr Mah Hang Soon -- brought the case to the Federal Court under Article 44 of the Perak state constitution to seek a declaration that the suspension meted out on them by Sivakumar was null and void.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang-Undang Awam)
Kulliyah UndangUndang IIUM


Komen 2 (klik untuk membaca komen asal).

Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan UndangUndang Sultan. Bukankah semua undang-undang memerlukan perkenan Sultan juga?

Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berperlembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berperlembagaan.

Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (di bawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN-ADUN/ Ahli-ahli Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

“Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsurunsur komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti-aktiviti subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja-Raja – Kanun Keseksaan).

Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang-Undang Awam)
IIUM


Komen 3 (klik untuk membaca komen asal).

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Petikan (beberapa saja) dari: http://hamirdin.blogspot.com/2009/04/zambry-tak-boleh-hadhir-sidang-dun.html

Saturday, April 18, 2009

ZAMBRY TAK BOLEH HADHIR SIDANG DUN

Assalamualaikum,

Oleh
Mohamed Hanipa Maidin

Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517
April 16, 2009 12:17 PM

Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void. (Sedikit petikan sahaja).

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Pada pandangan saya (Dr Abdul Rani), permohonan kesepuluh-puluh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuluh-puluh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang-Undang. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.

Seterusnya, terpulang kepada Pendakwa Raya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah - mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Ap perbezaan diantara "berhenti makan sebelum kenyang" dengan "jangan makan sampai kenyang"? atau air "separuh penuh" dengan "separuh kosong"?

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang-Undang Awam)
Fakulti Undang-Undang IIUM
+

16 April, 2009

Penggantungan MB Perak & 6 Exco: V. Sivakumar guna kuasa yang salah atau salah guna kuasa?

-
Mahkamah putuskan penggantungan MB Perak tidak sah
16/04/2009 12:17 pm

PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 April 2009.

+++++++++++++++

Blog Kembara Politik telah menerima komen berbentuk pandangan pada 14 April 2009 oleh seorang ahli akademik bernama Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin berhubung isu penggantungan MB Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan 6 EXCO Kerajaan Negeri Perak. Untuk membaca komen asal beliau, pembaca bolehlah merujuk di bahagian komen, di SINI.

Berikut diperturunkan komen dan pandangan Dr Abdul Rani berhubung isu penggantungan MB dan 6 EXCO Kerajaan Negeri Perak:

Hari ini (14 April 2009) Yang Amat Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan (Federal Court) yang diketuai oleh Presiden Makamah Rayuan (ambil perhatian bahawa Presiden Mahkamah Rayuan juga adalah Hakim Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sepakat bahawa Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan samada keputusan penggantunggan Dato’ Zambry dan EXCOnya dari menghadiri sidang itu mengikut undang-undang atau tidak (sah atau tidak). Sila lawati:

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404155

April 14, 2009 20:13 PM

Zambry Used Correct Procedure to Challenge Speaker's Suspension - Federal Court

PUTRAJAYA, April 14 (Bernama) -- The Federal Court ruled today that Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councilors had used the right procedure to challenge their suspension from attending the State Legislative Assembly sittings by Speaker V. Sivakumar. - BERNAMA

Sebelum ini (awal April) mahkamah telah menolak bantahan awal bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa menentukan isu peruntukkan dalam perlembagaan negeri hanya isu Perlembagaan Persekutuan. Bantahan ini bagaimana pun tidak berjaya kerana Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Persekutuan sebelum ini memulangkan “paku buah keras” kepada Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa peruntukkan perlembagaan negeri bukan sesuatu yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Dari segi ini, pada pandangan itu ada betulnya, namun tidak tepat kerana Mahkamah Rayuan terlupa bahawa bidang kuasa Mahkamah Persekutuan meliputi bukan sahaja bidang kuasa Rayuan (appellate) tetapi termasuk bidang kuasa-bidang kuasa seperti Penyelian (supervisory), bidang kuasa semakan (revisionary) dan bidangkuasa asal (original). Malahan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan merangkumi dan melewati (goes beyond) apa-apa bidang kuasa yang terdapat pada Mahkamah Tinggi mahu pun Mahkamah Rayuan. Maksud saya (Dr Abdul Rani), Mahkamah Persekutuan tidak sekadar (walau pun kebiasaannya) mendengar rayuan dari mahkamah Rayuan (Court of Appeal) seperti difahami ramai. Lihat Courts of Judicature Act 1964:

http://www.kehakiman.gov.my/legislation/Court_Of_The_Judicature_Act.shtml

Tidak lama kemudian (9 April 2009), Mahkamah Persekutuan memutuskan lagi bahawa Suruhanjaya Pilhanraya (dibawah Akta Pilihanraya) adalah kuasa menentu samada terdapatnya kerusi kosong DUN(casual vacancy) bukannya Speaker.

Kini pula (14 April 2009) , Mahkamah Persekutuan sekali lagi memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan ada bidang kuasa mendengar dan menentukan samada Speaker Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantung tugas MB (Dato’ Dr Zambry) dan EXCOnya selama 18 bulan dari menghadiri sidang DUN. Di bawah Artikel 44 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) Zambry dan 6 ahli EXCO lain -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon deklarasi penggantungan mereka adalah tidak sah dan batal (null and void).

Halangan demi halangan (melalui bantahan awal) Sivakumar bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan kuasa Speaker ternyata gagal. Pada pandangan/hujah mereka, Mahkamah (Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan, Persekutuan) tiada bidang kuasa mendengar dan menentukan sama ada tindak tanduk Speaker yang kononnya kebal berdasarkan Artikel 72 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) yang menyatakan bahawa kesahan (validity) apa-apa prosiding di DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah pun.

Isunya kini ialah, setelah bantahan awal V. Sivakumar gagal, persoalannya sekarang adalah sama ada V. Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantung MB Dato’ Dr Zambry dan EXCOnya. Dalam hal ini apakah "prosiding" menjadi isu penting?Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan Speaker tiada kuasa menggantung MB Dato’ Dr Zambry dan EXCOnya, bermakna masalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri). Di bawah Kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka-mereka yang bersekongkol juga) adalah berat:

http://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%2012/Act%20574.pdf

Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.

121B. Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

Abetting offences under section 121A or 121B.
121C. whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.


Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.

124. Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

Maka, apakah pergantunngan MB Dato’ Dr Zambry dan EXCOnya sah? Rujuk pandangan blog OutSyed the Box:

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/deterministic-chaos-in-perak.html

FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009


Deterministic Chaos in Perak

Here is a news report from the New Straits Times today:

Karpal stumped by Sivakumar's decision

IPOH: Pakatan Rakyat members are shaking their heads in disbelief over the suspension of Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six exco members by Speaker V. Sivakumar for 18 months and 12 months respectively.

Even DAP chairman Karpal Singh, a prominent lawyer, is stumped by Sivakumar's decision to order the suspension. Karpal told a press conference at Parliament House in Kuala Lumpur Sivakumar must call for the assembly to meet to endorse his decision to suspend Zambry and six executive councilors.

He said Sivakumar's decision must be endorsed by the house.

Several PR lawmakers here said the move was totally unexpected as they had painstakingly gone through the state constitution and the assembly's Standing Orders prior to Wednesday's hearing before the Rights and Privileges Committee.

"I was shocked upon hearing Sivakumar's decision. We had discussed about this (possibility of suspending Zambry and his exco members) and strongly advised against it. "By doing so, we have fallen into our own trap, akin to stepping on a banana peel planted by ourselves."I honestly do not know whose advice he (Sivakumar) took before making up his mind," said a PR lawmaker.

Karpal’s suggestion that Sivakumar should put the suspension to the Assembly first is echoed on both sides. Perak UMNO Youth secretary Hang Tuah Din cited Rule 72(2) of the Standing Orders stating: “when the House was not in session, a state representative could complain to the Speaker of any offences. The Speaker, if satisfied that the offence appeared to have been committed, could refer it to the Rights and Privileges Committee. In turn, the committee must report it to the Assembly”

“It is clear he (Sivakumar) should have referred the matter to the Assembly, and not made a decision,” Hang Tuah told a press conference.

Hang Tuah Din’s statement tallies with Karpal’s view.

According to another comment, by not following the proper procedure, the Speaker has become “the investigator, the prosecutor and the judge at the same time” when such a decision by the Privileges Committees should have been referred to the House.

The Perak Assembly does not meet until April. Logically the Speaker cannot suspend any member of the Assembly until then. Pending the vote, the MB and the six Excos are not suspended. And when the Assembly sits in April, the MB and the six Excos targeted by Sivakumar must also have the right to vote over their own suspension. Otherwise it is as good as a confirmed suspension already and a mockery of the whole process.

(Imagine a situation where a Speaker goes berserk and suspends say 28 members of the Assembly. Why not? If the Speaker can suspend six Excos and the MB, why not suspend 12, 18 or 28 members of the Assembly?)

More importantly if you suspend an MB and six Exco members, how does the State Government function? How does this help the people of Perak? No matter how tasty or distasteful, the State of Perak and its people do not have an effective Government to rule its affairs. Is this what the Speaker Sivakumar really aims to do?

Granted that Sivakumar has a serious axe to grind with the new MB over the change in the Perak State Government. But that does not justify his present action. Suspending an MB and six Exco members on some excuse that they showed contempt to the State Legislature appears frivolous.

Again I can smell the presence of His Ineptitudeness here.

The suggestion that the MB and his Exco take this matter to Court to set aside the suspension imposed by the Speaker is sound. It must be pursued urgently.

If the Court sets aside the Speaker’s action, it is possible that it will be Sivakumar who is in contempt. This must be thought through extremely very carefully but Sivakumar can also be held in breach of other laws.

In my view treason against the Sultan is not an issue because Sivakumar has not denied that Zambry Kadir is the new MB of Perak. He recognizes the Sultan’s appointment of Zambry as the new MB. He has merely suspended the MB and six Excos based on procedure which does not seem right.

Lihat juga:

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_html

http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html

Sidang bawah pokok pula?

Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel-panel itu pada - 15 Mei 2009. [Lihat komen saya (Dr Abdul Rani) terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31 Mac 2009].

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/04/ulasan-hujah-tv9-krisis-di-perak-oleh.html

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”


Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2.

Pun begitu, PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat di Dewan pun adalah tidak sah apatah lagi di tempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) menyatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

Fasal XXXVI (1) Undan-Undang Tubuh Negeri Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) sama ada sidang DUN boleh dibuat atau tidak. Dalam hal ini, saya (Dr Abdul Rani) tidak nampak relevannya perbezaan sama ada sesi DUN ditangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika ditangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) di bawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN di dewan itu boleh sah, apatah lagi di bawah pokok.

Baru-baru ini, MB Perak Dato’ Dr Zambry ada menyatakan di surat khabar (13 April 2009) beliau akan meminta perkenan Sultan untuk mengadakan sidang DUN dan menasihati Speaker DUN supaya bertindak mengikut undang-undang.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang,
Jabatan Undang-Undang Awam,

IIUM
+

10 April, 2009

Penggantungan Dato' Dr Zambry & EXCO: V. Sivakumar Mengatasi Kuasa Sultan?

-
Berikut adalah komen dan persoalan yang dilontarkan oleh Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin, pensyarah (Public Law) di IIUM, di ruangan komen, di sini.

"The Federal Court (5 judges) unanimously held (9th April 2009) that the Election Commission had the authority to determine whether there is or not a casual vacancy.

Indeed Sivakumar is brave enough in thinking that he was above and over the Election Commission. (see http://jelas.info/2009/02/19/brave-sivakumar/#comment-180273 wrongly or rightly decided, these 5 Federal Court judges cannot agree with Sivakumar.

Soalan seterusnya adalah, adakah dia (V. Sivakumar) mengatasi Sultan pula apabila menggantung Dato' Zambry dan EXCOnya?"

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin,
Pensyarah (Public Law) IIUM

Perbincangan & artikel berkaitan:
1. Sivakumar tidak berhak buat perisytiharan
2. Ulasan Hujah TV9 "Krisis di Perak" oleh Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
+

Sivakumar tidak berhak buat perisytiharan

-
PUTRAJAYA 9 April – Pertikaian mengenai siapa yang paling berhak menentukan kekosongan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak selesai apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan entiti yang layak berbuat demikian - bukan Speaker DUN.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff ketika memutuskan penghakiman bersejarah itu turut mengisytiharkan tiga kerusi DUN berkenaan kekal milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdahulu.

Ini bermakna Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) merupakan ADUN yang sah bagi ketiga-tiga kerusi tersebut.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman dan Datuk Seri S. Augustine Paul serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk James Foong.

Mahkamah sebelum itu mendengar penghujahan panjang lebar daripada peguam Sulaiman Abdullah dan Tommy Thomas yang mewakili Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin bagi pihak ketiga-tiga wakil rakyat bebas itu manakala Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail selaku pencelah.

Sumber: Utusan Malaysia, 10 April 2009.
+

02 April, 2009

Ulasan Hujah TV9 “Krisis di Perak” oleh Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

-
Ahli-ahli panel UiTM akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak. Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) di bawah Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato’ Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato’ Seri Nizar enggan pun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan Exco baru dilantik Baginda Sultan.

Sebab Dato’ Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN-ADUN dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato’ Seri Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.

Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

Pandangan Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan di Perak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (Dr Abdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN-ADUN hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan di istananya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah dari segi undang-undang. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN-ADUN dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang di masjid berjemaah berbanding sembahayang sendiri di rumah. Atau pun memberikan pengajaran (lecture) di dalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagi pun Dato’ Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact).

Berkenaan Fasal 10 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel-panel itu - 15 Mei 2009. Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat di Dewan pun adalah tidak sah apatah lagi di tempat yang tidak diwartakan iaitu di bawah pokok?

Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) seperti mana yang saya (Dr Abd Rani) faham dari perbincangan panel-panel. Pun begitu, Fasal 10 Undang-Undang Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN ditangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika ditangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) di bawah Fasal 10 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan? Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat. Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Baginda Sultan seperti mana terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR seperti mana terkandung di dalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Di bawah undang-undang kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN-ADUN lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi-pengundi) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana-mana ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence - dan dalam kontrak pun adalah voidable? Apa pun, SPR bukan di bawah arahan Speaker DUN.

Lompat itu sah disisi undang-undang dan dibenarkan oleh perlembagaan.

Jika parti-parti politik dapat sampai ke suatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan atau pun Sultan tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar. Adakah hanya 3 ADUN - dengan membubarkan DUN bermakna ADUN-ADUN yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai atau pun menimbulkan apa-apa masalah pun. Maka dimana ketidak wajaran Sultan?

Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN/MP ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUN yang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/sebahagian kecil sahaja?

Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak-pihak yang menyalahguna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

Artikel Oleh:
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin, Pensyarah Undang-Undang IIUM.
--------------------------


+

23 Mac, 2009

Pembangkang hina Sultan, Mufti

-
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

TAIPING 22 Mac - Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.

Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.

''Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.

Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.

Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.

''Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.

''Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,'' katanya.

Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.

Sumber: Utusan Malaysia, 23 Mac 2009.
+

08 Februari, 2009

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara!


Secara peribadi penulis tidak ambil kisah pun dengan niat Pakatan Rakyat mahu membubarkan DUN sebaik sahaja mendapat khabar angin bahawa akan berlaku lompat parti.

Namun, pembubaran perlulah dibuat dengan cara yang betul, dengan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Bukannya pembubaran tanpa perkenan tetapi telah diumumkan kepada rakyat terlebih awal. Ini sudah membelakangkan kuasa Sultan namanya.

Setelah Sultan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN (atas alasan PR tidak mendapatkan perkenan terlebih dahulu sebelum pengumuman) dan membenarkan pembentukan kerajaan BN (atas alasan mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan), segala tindakan mencabar keputusan Sultan adalah bererti kurang ajar dan melambangkan PENDERHAKAAN!

Terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab oleh semua rakyat dengan menggunakan akal fikiran. Persoalan yang timbul akan menyingkap rentetan peristiwa yang akan memperlihatkan betapa Pakatan Rakyat Perak telah mengecewakan rakyat dan menyebabkan Sultan murka.

Adakah kedududan Nizar sebagai MB (sekarang bekas MB) sangat tinggi sehingga beliau merasakan tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman pembubaran?

Kenapa bertindak membelakangkan keperluan mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu? Mana perginya tatacara? Bila sudah umum, baru hendak terhegeh-hegeh menghadap Sultan mahu minta perkenan?

Tindakan Nizar membelakangkan perkenan Sultan sebenarnya bukanlah perkara baru. Sebelum ini pun Nizar pernah mengarahkan Datuk Jamry Suri selaku Pengarah JAIP bertukar ke Sekretariat Negeri tanpa perkenan Sultan selaku Ketua Agama Islam negeri. Akibatnya, Nizar dititahkan Sultan agar menarik kembali pertukaran tersebut. Nizar tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.

Namun, ianya tidak berakhir di situ sahaja, Ngeh Ko Ham memberikan reaksi yang kurang beradab dan memprotes tindakan Sultan. Karpal Singh tidak ketinggalan menyertai 'chorus line' ini dengan menyanggah tindakan Sultan dengan membuat kenyataan bahawa Sultan tidak mempunyai hak dalam hal perpindahan Jamry Suri.

Kenyataan yang dibuat oleh mereka-mereka ini nampak seperti mahu membela rakan sealiran. Namun bagi penulis, kenyataan demi kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlekeh kuasa dan keputusan Sultan. Merosakkan imej Sultan. Mereka mempertikai segala keputusan yang telah diputus oleh Sultan. Mereka tidak mahu menerima dengan hati terbuka dengan penuh rasa hormat dan insaf. Mereka tidak pernah insaf!

Tindakan pemberian hak milik kekal tanah atau pajakan 999 tahun turut mendapat perhatian Raja Dr Nazrin. Pemberian tanah hak milik kekal kepada sekolah persendirian juga turut tidak terkecuali. Kenapa Raja Dr Nazrin bertitah menyentuh soal tanah dan seakan kecewa dengan tindakan Nizar dalam hal pemberian tanah ini? Tidakkah Nizar sedar isyarat yang diberikan dan cepat-cepat insaf?

Dalam masa itu, rakyat membicarakan pelbagai perkara tanpa mahu memikirkan kesannya kepada imej Sultan. Ramai mempersoal tentang banyak perkara berhubung situasi yang berlaku di Perak ini. Namun, perkara yang paling penting di sini bukanlah lagi terletak pada soal mempertikai pembubaran atau pelantikan MB yang baru.

Ramai cerdik pandai secara selamba membuat ulasan di kaca televisyen dengan menyatakan peri perlunya mandat baru, peri tidak beretikanya lompat parti. Bermacam-macam alasan menjustifikasikan kenyataan yang keluar dari mulut mereka-mereka yang sesetengahnya memegang Ph.D. Namun terlupa akan perkara yang paling penting yang sengaja dipandang sebelah mata oleh pihak ini.

Apa perkara penting tersebut?

Kesetiaan kepada Raja dan Negara! Ingat? Rukun Negara! Menjunjung Titah Sultan! Pernah dengar? Atau sengaja buat-buat tidak pernah dengar dan tahu?

Pelbagai respon diberikan oleh mereka yang kononnya terpelajar tetapi sebenarnya terlebih ajar menjadi kurang ajar, berlagak terlebih pandai sehinggakan menampakkan kebodohan. Rakyat mahukan mandat baru katanya. Perlu diadakan pilihanraya baru dakwanya walau pun sedar Sultan sudah memutuskan mengikut budi bicara Sultan dengan penuh bijaksana akan hal ini.

Rakyat mahukan mandat baru diadakan? Rakyat mana? Rakyat Perak? Rakyat yang berajakan Sultan Perak? Biar betul! Kalau rakyat yang berajakan Sultan Perak atau rakyat di negeri lain yang berajakan Sultan mereka, sudah tentulah mereka akan menjunjung titah Sultan dengan sedaya upaya mereka. Bukannya MENDERHAKA!

Bukannya dipersoal macam ahli akademik dalam sebuah forum yang secara mudah memberikan pandangan kononnya perlu mandat baru. Semasa BN lompat ke PR tidak pula bising bercakap soal mandat. Bila Anwar Ibrahim memancing MP BN untuk tubuh kerajaan Pusat, tidak pula dibincangkan tidak beretika dan sebagainya. Ini hipokrit namanya.

Bawa 31 orang MP BN yang melompat ke PR ke Istana Negara mengadap Yang DiPertuan Agong, apabila Agong perkenan maka bolehlah ambil alih kerajaan Pusat", terang seorang ahli akdemik undang-undang yang menulis panjang lebar dalam Harakah. Tapi lain pula jadinya kalau BN yang gunapakai cara tersebut. Halal bagi PR, haram bagi BN.

Kalau sudah keputusan Sultan menitahkan bubar DUN, rakyat akan ikut, mereka akan turuti titah Sultan. Rakyat tidak mempunyai masalah. Dan jika tiada pembubaran DUN pun rakyat akan terima. Tiada banyak soal. Yang tidak boleh terima hanyalah pemimpin yang mabuk kuasa dan penyokong yang ber'sultan'kan pemimpin!

Yang anehnya, Nizar dengan rasa penuh insaf pernah menyatakan akan menuruti segala keputusan bijaksana Sultan dalam membuat keputusan. Namun apabila keputusan tidak menyebelahinya beliau mengambil langkah menderhaka. Tidak mahu menjunjung titah!

Pakatan Rakyat sengaja mahu menjuruskan para penyokongnya merusuh ke jalanan. Dan Nizar mahu mahkamah pula yang menentukan kedudukannya. Dan bagaimana pula sekiranya mahkamah tidak memihak kepada Nizar? Apa tindakan PR seterusnya?

Beberapa pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat melancarkan kempen di blog-blog dengan mengarahkan pembaca dan penyokongnya menyerbu Buku Pelawat (Guest Book) laman web rasmi Pejabat DYMM Sultan Perak. Kononnya atas alasan sebagai tindakan memberikan pandangan untuk memperbetulkan tindakan Sultan. Kepala otak aktivis ini yang tidak betul, tapi disuruh penyokongnya memperbetulkan Sultan. Protes yang didakwanya dibuat dengan penuh adab. Namun, secara realitinya, tindakan protes itu sebenarnya ialah penderhakaan dan merendahkan keputusan Sultan.

Lihat sahaja betapa kebencian dan kata-kata kesat dilemparkan kepada Sultan Perak di dalam Guest Book tersebut. Kerana apa? Kerana cerdik pandai seperti pemimpin PR, ahli panel forum yang terdiri dari ahli akademik yang sengaja tidak mahu melihat dari perspektif "Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara" (mungkin kerana cenderung PR), aktivis dan penyokong yang tidak dapat memahami semangat Rukunegara ini.

Lihat sahaja aktivis Hindraf yang dengan kurang ajar melemparkan kata-kata kesat di blognya. Tajuknya saja sudah membuatkan penulis sangat sakit hati. Penulis tidak tersentuh secara emosi sekiranya activist Hindraf tersebut hanya meyentuh UMNO. Tetapi tindakan menghina Sultan semata-mata bencikan UMNO adalah sangat kurang ajar! Kalau benci UMNO, kutuk saja UMNO. Jangan cuba-cuba berani sentuh dan maki Sultan!

Segelintir orang Melayu nampaknya sudah semakin kabur dan hilang jati diri. Tiada kefahaman perjuangan agama, bangsa dan negara. Sudah tidak lagi meletakkan Raja dan Sultan sebagai simbol yang perlu dijaga dan dijunjung tinggi. Imej baik Sultan diinjak-injak dengan segala perlakuan yang tidak sepatutnya.

Tindakan Sultan tidak perkenan pembubaran DUN dan sebaliknya memberi perkenan BN membentuk kerajaan di Perak, disambut dengan rusuhan dan balingan batu dan objek ke kenderaan dan menahan kenderaan istana tersebut.

Namun, apabila Karpal Singh secara lantang dan kurang ajar bertindak mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Sultan, Selasa depan di Mahkamah Tinggi Ipoh, tiada seorang pun daripada mereka-mereka ini mempertahankan Sultan.

Apa reaksi orang Melayu yang menjunjung tinggi kedudukan Sultan?

“Saya orang Melayu, saya tak suka” - Ini jawapan Tun Dr Mahathir apabila disoal berkenaan reaksi orang Melayu berhubung tindakan Karpal Singh yang bercadang memfailkan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Dan penulis sangat percaya jawapan yang sama akan dijawab oleh seluruh orang Melayu kecuali orang Melayu ‘moden’ seperti yang disindir oleh Tun Dr Mahathir. “Orang Melayu ‘moden’ memang sudah ramai yang sokong Karpal. Saya Melayu lama”, kata Tun Dr Mahathir lagi.

Kalau tanya pada penulis, jawapannya ialah “sejuta kali tak suka, bukan setakat tak suka sahaja, tapi marah, bukan setakat marah sahaja tapi marah yang teramat sangat”. Itu perasaan jujur dari penulis. Tiada seorang pun yang suka. Perasaan marah penulis kerana rasa hormat yang tinggi penulis terhadap institusi Kesultanan Melayu. Dan perasaan yang sama juga sepatutnya terdapat dalam setiap orang Melayu, tanpa mengira parti.

Dimana keutamaan mereka? Dan dimana pula keutamaan anda?

Karpal Singh, aktivis HINDRAF, atau pun Kesultanan Melayu? Ketuanan Pakatan Rakyat atau Ketuanan Melayu?

Nak merusuh lagi, tak puas hati lagi? Kalau masih ada lagi niat nak merusuh lagi, memang sangat betul dan sangat bijaksana tindakan Sultan Perak sebab Pakatan Rakyat (dari pemimpin sampailah ke pendokongnya) memang kuat merusuh. Sangat tidak sesuai memerintah Perak!

Sudah-sudah lah tu! Jangan bermain politik yang merugikan bangsa! Sedarlah kembali wahai Melayu.
+

Arkib

Label

#justiceforMH17 'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 1Malaysia 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Din Turtle DNA babi Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel merdeka riview Meroyan MH17 MH370 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas Petisyen Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War surah al kafirun syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin