21 Ogos, 2014
DOKUMEN LANGKAH KAJANG - BUKTI AMALAN PECAH DAN PERINTAH OLEH PKR
Langkah kajang sebenarnya adalah strategi pecah dan perintah. Menjatuhkan negara dari segi keharmonian dan ekonomi agar PKR dapat berkuasa. Adakah kita perlu membiarkan PKR memghancurkan negara???... bertindaklah dengan menolak PKR- MUSUH ISLAM, MUSUH MELAYU, MUSUH NEGARA.... THE TRUE TRAITOR = PKR
15 Ogos, 2014
ISU MB SELANGOR: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM SELANGOR
08 Ogos, 2014
Analisa Dr. Zuhdi: Senario Sebenar Kuasa Politik Melayu Islam di Selangor
04 November, 2009
Masjid Selangor dijadikan gelanggang politik

20 Ogos, 2009
Senario Ketuanan Rakyat di Selangor: Keputusan Berpilih Khalid Dalam Pelbagai Isu
Walau bagaimanapun, Khalid perlu juga mengambil kira sensitiviti majoriti penduduk setempat iaitu penduduk yang dikatakan membantah tindakan kerajaan PR Selangor meluluskan tapak pembinaan kuil tersebut yang dikatakan akan dibina di kawasan yang berpenduduk majoritinya orang Melayu.
Khalid sepatutnya lebih mendengar pandangan penduduk sebelum sesuatu tindakan diputuskan. Barulah selari dengan konsep Ketuanan Rakyat yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat Selangor. Tapi, nampaknya Khalid tidak pun mengendahkan kehendak rakyat terbanyak dengan bertindak membelakangkan segala rayuan yang dibuat.
Khalid perlu bijak menyelesaikan masalah dengan mengambil kira pandangan semua sudut agar tidak dilihat mengamalkan sikap pilih kasih dalam membuat sebarang keputuan penting. Keputusan yang diambil seharusnya mencerminkan konsep Ketuanan Rakyat yang dicanang yang mana rakyat perlu diletakkan sebagai penentu sebarang keputusan sesuatu perkara.
Masih ingatkah rakyat akan tindakan MPAJ menjalankan tanggung jawab merobohkan kuil yang dibina secara haram di hutan simpan Ampang? Betapa kalutnya para pemimpin Melayu Pakatan Rakyat menjawab segala lentingan dan desakan pemimpin bukan Melayu dari Pakatan Rakyat. Penyudahnya, seorang pegawai yang dedikasi menjalankan tanggung jawab seperti yang digaris oleh Pekeliling pula digantung kerja.
Dan tindakan (gantung kerja) yang diambil tersebut diputuskan oleh 3 orang pemimpin bukan Melayu iaitu YB Ronnie Liu, YB Teresa Kok dan YB Dr Xavier Jayaratnam (3 Stooges). Dimanakah Khalid ketika itu? Mengapa beliau membisu walhal dalam isu tapak kuil Shah Alam pandai pula Khalid berbicara tentang "timbang rasalah"?.
Suara kesal pemimpin Melayu seperti YB Iskandar Abdul Samad - Pas (ADUN Chempaka) berhubung isu ini tidak pun didengar dan diambil peduli. YB Iskandar tidak bersetuju dengan tindakan 3 Stooges ini. Tetapi sebagai MB, Khalid bagaikan bisu dalam isu ini. Tiada perkataan "timbang rasalah" terpacul dari mulut seorang MB.
Yang peliknya, ramai pula pemimpin bukan Melayu dari PR yang membantah tindakan ini dengan mengugut untuk keluar dari PKR Selangor. Masing-masing menunjukkan kejaguhan dalam menjuarai isu ini. Puaslah pemimpin PR Melayu seperti YB Zuraida dari PKR (MP Ampang) memberi alasan ubah suai (renovate) kuil. Dan langkah selamat, Khalid senyap, mulut dikunci dan digam kemas.
Khalid juga telah dibisukan oleh pemimpin bukan Melayu di Selangor apabila melibatkan isu aktiviti masjid di Puchong suatu ketika dahulu. Tindakan penduduk bukan Melayu membantah aktiviti masjid yang dikatakan agak nyaring dengan menghantar petisyen yang diserahkan salinan kepada pejabat Teresa Kok. Dimanakah Khalid ketika itu? Tidakkah Khalid mempunyai tanggung jawab menjaga keharmonian kaum dengan menasihati Teresa dan penduduk yang membantah agar bertimbang rasa? Mana perkataan "timbang rasalah" Khalid ketika itu?
Mungkin benarlah seperti yang dikata oleh rakyat Selangor. MB sebenar bukanlah Khalid, tetapi orang lain yang lebih berkuasa memberikan kata putus dalam pelbagai isu (isu penjualan arak, rumah urut, perjudian, cyber cafe, samseng/kongsi gelap dan lainnya).
+
10 Ogos, 2009
Rakyat dibidas apabila cuba menjadi tuan? Jadi, siapa sebenarnya tuan dalam Ketuanan Rakyat?

Apakah suara rakyat yang dicanang oleh Pakatan Rakyat dengan gembar-gembur Ketuanan Rakyat hanyalah sebagai sesuatu yang hanya untuk mengaburi mata rakyat dengan meyelitkan idea Ketuanan Rakyat sebagai alat memancing undi? Semasa mahukan undi rakyat bukan main lagi dicanang bahawa rakyat menjadi penentu kepada sebarang keputusan kerajaan Pakatan Rakyat.
Khalid salahkan penduduk Seksyen 8, Shah Alam buat aduan
KUALA SELANGOR 8 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyalahkan penduduk Seksyen 8 yang membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung penjualan arak ke atas umat Islam oleh sebuah kedai serbaneka di kawasan itu, Julai lalu.
Beliau menyifatkan langkah penduduk membantah tindakan kedai berkenaan tidak wajar kerana ia dibuat tanpa mengikut saluran serta prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
''Mereka (penduduk) tidak tahu cara nak selesaikan. Selalunya, orang lebih suka pukul dahulu, kemudian baru nak selesaikan atau bincang.
"Maka, sebab itu kerajaan negeri mengambil langkah yang lebih bijak daripada mereka (membenarkan penjualan arak dengan konsep kawalan sendiri)," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam di sini hari ini.
Tambah Abdul Khalid, konsep kawalan sendiri yang diumumkannya semalam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mengawal penjualan minuman keras termasuklah bir kepada umat Islam di Selangor.
Melalui konsep itu, katanya, kerajaan negeri memberi kuasa sepenuhnya kepada penjual arak untuk menentukan sendiri kepada siapa mereka ingin menjual minuman berkenaan.
''Penjual akan mengawal selia penjualan arak ini dan dalam masa yang sama mereka juga perlu sensitif. Jika mereka jual juga kepada umat Islam, mereka akan berhadapan dengan risiko dipulaukan oleh pelanggan beragama Islam.
''Umat Islam pula, sekiranya ada kedai terus menjual arak kepada mereka, mereka boleh beri peringatan kepada penjual berkenaan," jelasnya.
Diminta mengulas gesaan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua semalam yang mahu supaya Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dikenakan tindakan disiplin kerana membantah tindakan kerajaan negeri, kata beliau, ia bukan isu yang perlu diperbesarkan dan hanya merupakan hal dalaman pakatan pembangkang.
''Mengenai perkara itu (gesaan Tony) ia bukan isu....bukan isu. Tumpuan sekarang ini ialah mengenai penjualan arak di Shah Alam," jelasnya.
27 Julai, 2009
Modus Operandi Jenayah Salah Laku & Rasuah DAP di Selangor - Truth for Teoh Beng Hock
Penulis tertarik dengan pendedahan kegiatan salah guna kuasa dan rasuah oleh DAP Selangor yang dibuat oleh laman blog Truth for Teoh Beng Hock.
Pendedahan yang dibuat ini adalah sesuatu yang sangat serius dan wajib bagi pihak berkuasa membuat siasatan lanjut. Tambahan pula perkara ini dikatakan berkait rapat dengan punca kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Sila baca semua posting yang dibuat oleh blog tersebut di URL berikut:
http://t4tbh.blogspot.com/
Baca juga artikel di blog berikut:
- Mesin Taip Buruk
- Pahit Manis
+
30 November, 2008
CAR: 17 keluarga 'degil' halang projek
Oleh WAN SYAMSUL AMLY
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Hanya 17 daripada lebih 200 keluarga sahaja yang masih 'berdegil' untuk berpindah dan seterusnya menghalang penyelesaian segera projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kawasan Sungai Terentang, Rawang.
Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, masalah seharusnya tidak timbul kerana pampasan untuk keluarga lain sudah dipersetujui dan imbuhan telah diterima tanpa sebarang bantahan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang mendakwa baki 17 keluarga yang tinggal itu telah termakan 'pujukan' pihak tertentu yang berjanji kononnya akan membela nasib mereka jika tidak berpindah.
''Faktanya ialah tanah yang mereka duduki sekarang milik TNB, jadi isu ini seharusnya tidak timbul sama sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Kerajaan Selangor menangguhkan projek CAR bernilai RM400 juta, ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di kawasan berkenaan selain mencadangkan laluan baru untuknya.
Cadangan laluan baru projek CAR itu melibatkan penduduk di Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak, beberapa pengusaha kilang di Batu 17 dan Batu 15 1/2 serta sebuah stesen minyak di Rawang.
Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.
Sehingga kini, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.
Subahan turut meminta kerajaan campuran Selangor berhenti 'berlakon' membela rakyat dalam isu CAR itu.
''Tindakan mereka hanya menyusahkan TNB untuk melaksanakan projek demi kepentingan rakyat terbanyak.
''Hentikanlah bermain politik murahan dan berfikiran tidak rasional," ujarnya.
Beliau bagaimanapun yakin isu itu akan dapat diselesaikan setelah tertangguh selama hampir setahun.
Projek CAR itu turut meliputi penyaluran bekalan elektrik ke perkampungan nelayan di Pulau Ketam melalui pemasangan kabel bawah laut yang menelan kos kira-kira RM70 juta.
Artikel berkaitan:
12 November, 2008
Pasal apa ni?
12/11/2008 5:43pm
SHAH ALAM 12 Nov. - Exco Selangor, Ronnie Liu Tan Khiew ditahan polis di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 2 petang ini berhubung kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Subang Jaya tahun lalu.
Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk didakwa atas kesalahan itu.
(Sumber: Utusan Malaysia)
Kembara Politik:
Bacaan berkaitan:-
Pasal apa pula Ronnie ditahan polis?
Ini salah polis ni...
Konspirasi ni...
Hmmmm fikir la dengan betul...
Kalau semua perkara yang tak memihak pada mereka,
semua tunjuk jari pada orang lain.
Teringat kata seorang rakan...
Sekarang ni kalau mereka berak dan tak jatuh tahi betul-betul dalam lubang jamban...
terkena di bahagian mangkuk jamban...
TETAP SALAH KERAJAAN!
Haru!!
30 Oktober, 2008
Perlantikan Low: Berasaskan Kelayakan atau Perkauman?
Pendedahan fakta yang bersifat separuh maklumat sahaja tidak lain bertujuan untuk mengalih kemarahan para Pengurus kanan Kumpulan PKNS dan orang Melayu atas perlantikan Puan Low Siew Moi memangku jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Khalid mendakwa perlantikan Low sebagai Pengurus Besar adalah atas sebab merit dan kelayakan. Beliau juga mengingatkan orang Melayu agar tidak taksub kepada sentimen kaum.
Apakah perlantikan Low benar-benar atas sebab merit atau ia merupakan agenda kaum oleh DAP yang menguasai Pakatan rakyat selangor?
Low sepatutnya bersara seiring dengan Pengurus Besar sekarang. Namun beliau diberi kontrak untuk menjadi pengurus Besar PKNS. Jika berdasarkan merit tentulah Low juga tidak layak kerana beliau telah terkeluar dari hierarki pengurusan PKNS.
Jika berdasarkan merit pencapaian tentulah Pengurus Besar yang baru bersara Datuk Harun Salim lebih layak diberi sambungan kontrak. Ini kerana beliau telah berjaya membawa PKNS meraih keuntungan lebih RM 300 juta pada tahun lalu.
Namun atas tekanan dan desakan parti terbesar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, DAP, maka Khalid terpaksa melantik Low. DAP mahukan beberapa GLC Selangor diketuai oleh kaum Cina bagi menunjukkan kepada orang Cina Selangor bahawa di bawah pemerintahan PR, DAP bahawa yang berkuasa di Selangor sekarang.
Khalid tidak boleh berbuat apa-apa kerana tanpa DAP kerajaan Pakatan rakyat akan runtuh.
Alasan tiada calon yang layak langsung tidak masuk akal kerana selain PKNS yang mempunyai dua lagi Timbalan pengurus Besar, Perbadanan ini juga mempunyai beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Malahan sesetengah anak syarikat PKNS membuat keuntungan melebihi PKNS sendiri. Apakah mereka ini tidak layak dipertimbangkan?
Apakah justifikasi yang digunakan oleh Khalid bila berkata seperti ini:, ""Kita mesti memandang berat, marah tukar orang tapi tak marah hilang berbilion ringgit. Kalau ada pendirian berbeza sama ada memilih bumiputera kemudian bagi beratus juta ringgit, atau memilih orang Melayu tetapi hilang berbilion ringgit?"
Apa bukti yang ada? Jangan sampai mahu mempertahankan kehendak DAP sehingga menghina orang Melayu.
Sumber: Pembangkang Selangor
Ulasan Kembara Politik:
1. Nampaknya Tan Sri Khalid dicucuk hidung oleh DAP.
2. Pelantikan Puan Low yang berada dalam hirarki Datuk Harun Salim yang sama-sama bersara namun Puan Low yang disambung kontrak menimbulkan teka-teki dan menguatkan point nombor 1.
3. Datuk Harun Salim yang banyak berjasa dalam memacu PKNS menjana keuntungan diketepikan. Walaupun dihidangkan prestasi kerja Harun yang cemerlang, Khalid (setelah dicucuk macam kerbau) lebih berminat dengan Puan Low.
4. BONEKA II! Itulah gelaran yang layak bagi Tan Sri Khalid!
5. Minta maaf Tan Sri Khalid! Gelaran BONEKA I sudah ada penyandang!

23 Oktober, 2008
Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat blogers sekalian,
1. Seperti yang diketahui umum bahawa saya telah disaman oleh YB Ronnie Liu kerana mendedahkan bahawa beliau pernah ditangkap kerana menghalang satu operasi menutup sebuah hotel yang menjadi pusat pelacuran di Puchong Jaya tahun lalu.
Berikut ialah Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat saya siang tadi.
KENYATAAN AKHBAR PEJABAT KETUA PEMBANGKANG SELANGOR
YB. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo berharap anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu, dapat menafikan beliau pernah ditahan oleh Polis kerana menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel tiga bintang di Puchong Jaya, Selangor pada 2007.
YB Ketua Pembangkang juga berharap Ronnie perlu menjelaskan kepada masyarakat sama ada benar atau tidak beliau ditahan dan di siasat oleh Polis di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang polis menjalankan tugas dan kemungkinan terbabit dengan sindiket pelacuran.
Benar atau tidak beliau bersama para penyokongnya menghalang Polis dari menyita hotel terbabit, yang bukan sahaja tidak mempunyai lesen tetapi juga terbabit dengan aktiviti pelacuran.
Benar atau tidak, terdapat 22 orang GRO warga asing ditangkap dalam operasi di hotel yang sama beberapa jam sebelum hotel tersebut disita oleh penguatkuasa MPSJ dan Polis.
Jika semua ini benar, apakah motif Ronnie menghalang penguatkuasaan undang-undang?
Berhubung dengan saman yang difailkan oleh Ronnie, Dr. Mohamad Khir dengan senang hati akan menjawabnya di mahkamah melalui Firma Guaman Athimulan & Co.
2. Insyaallah saman ini tidak akan menakutkan saya untuk terus bertindak sebagai Ketua Pembangkang yang bertanggungjawab menyuarakan pandangan masyarakat dan menjadi pemantau kepada tindak-tanduk kerajaan Selangor.
3. Sesiapa yang ingin mengetahui mengenai isu ini bolehlah mmebaca keratan akhbar Utusan Malaysia atau siaran berita NTV7 pada November 2007 lalu.
4. Bagi saya jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.
Dipetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo.
RESPON PENULIS:
Syabas Dr Mohamad Khir Toyo!
06 Oktober, 2008
KUASA DI TANGAN ‘MEREKA’; KUASA SEBENAR DI TANGAN KITA!
Walaupun Perlembagaan dengan jelas menjamin hak mengamalkan agama masing-masing, namun tidak pula dibenarkan pembinaan rumah ibadat di tanah bukan hak. Jelasnya, pencerobohan tanah milik kerajaan memang merupakan satu jenayah. Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/1979 berkenaan Kesalahan Hutan dan Penerokaan Haram Tanah Kerajaan dengan jelas memperuntukkan kuasa kepada Majlis Tempatan untuk menghalang dan mengambil tindakan perlu bagi sebarang pencerobohan ke atas tanah milik kerajaan.
“Pejabat-pejabat Tanah sentiasa mengambil tindakan di atas penerokaan-penerokaan haram di atas Tanah Kerajaan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Tetapi perhatian hendaklah diberikan kepada Enakmen Hutan Seksyen 24(1) yang memberi kuasa kepada Pegawai Hutan dan Pegawai Polis menangkap seseorang yang disyaki telah terlibat dengan satu kesalahan hutan yang ditakrifkan sebagai kesalahan-kesalahan yang boleh didenda di bawah Undang-undang Hutan atau pun di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 53 dan di bawah peraturan ini di antara lain tidak dibenar menebang, mengerat, ataupun merosakkan dengan api atau lain-lain barang mana-mana pokok di atas Tanah Kerajaan.” (rujuk di sini).
Tindakan merobohkan struktur binaan yang didakwa kuil oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Kampung Tasek Tambahan itu secara jelas mengikut garis panduan Pekeliling. Dan dengan jelas Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyatakan bahawa struktur binaan tidak didaftarkan dengan kerajaan negeri (haram) yang didakwa tempat suci itu dibina dalam hutan simpan yang mana jelas melanggar Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/1979 berkenaan Kesalahan Hutan dan Penerokaan Haram Tanah Kerajaan.
“Arahan merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman dibuat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di luar pengetahuan kerajaan Selangor, kata exco kerajaan tempatan Dr Xavier Jayakumar. Beliau juga mendakwa kuil berusia 19 tahun itu tidak didaftarkan dengan kerajaan negeri, tambahnya. Format disediakan supaya kuil-kuil di Selangor didaftarkan dengan negeri, tetapi kuil itu tidak terdapat dalam senarai kuil yang didaftarkan. "Dan ia bukan kuil, ia adalah tempat suci yang terletak dalam hutan simpan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.” (rujuk di sini).
Tindakan MPAJ yang menjalankan tugas dengan tegas selaras dengan Pekeliling nampaknya cuba dipolitikkan oleh pihak tertentu. Apakah Majlis Tempatan perlu merujuk kepada ahli politik tertentu apabila ingin melaksanakan tugas dalam lingkungan kuasanya? Kenyataan-kenyataan individu yang bercanggah dengan kuasa yang ada oleh MPAJ seolah-olah menunjukkan tiada gunanya segala undang-undang dan peraturan diwujudkan. Pakai undang-undang koboi sahaja lagi senang!
“Dr. Xavier, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Estet dan Kerajaan Prihatin berkata, tiada pihak berhak untuk merobohkan rumah ibadat sama ada masjid, surau, kuil, tokong mahupun gereja walaupun ia dibina secara tidak sah.” (rujuk di sini).
Ekoran tindakan tegas merobohkan struktur binaan tersebut Timbalan Yang DiPertua MPAJ, Abdul Hamid Husain telah digantung tugas. Penggantungan yang dibuat ke atas Abdul Hamid diumumkan oleh Ronnie Liu diputuskan oleh tiga orang EXCO iaitu Ronnie Liu, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar.
“State Local Government, Research and Study committee chairman Ronnie Liu said Hamid was being suspended pending investigations. The decision to suspend him was made yesterday. He said the state three-man committee on non-Muslim religious affairs comprising Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar and himself has begun their investigations into the temple demolition.“We are expecting the investigation results by Monday and we will look into the next course of action after that,” he said when contacted yesterday. The 19-year-old temple near Kampung Tasek Tambahan, which was built on forest reserve land, was ordered to be destroyed by the MPAJ about two weeks ago.” (rujuk di sini).
Rentetan peristiwa penggantungan tersebut, EXCO Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad meluahkan perasaan tidak senang dengan tindakan yang diambil oleh Ronnie Liu, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar ke atas Abdul Hamid. Iskandar Abdul Samad menegaskan keputusan tersebut tidak dibawa berbincang dalam mesyuarat EXCO.
“Iskandar Abdul Samad memberitahu, walaupun isu berkenaan amat sensitif, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjadikan pegawainya yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab sebagai mangsa.” (rujuk di sini).
Bagi penulis, tiada gunanya Iskandar Abdul Samad cuba berlagak hero kerana suaranya tidak memberikan apa-apa makna atau pun merubah keputusan yang telah dibuat oleh Ronnie Liu, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar ke atas penggantungan tugas pegawai yang melaksanakan tugas penuh tanggungjawab seperti Abdul Hamid kerana…KUASA DI TANGAN ‘MEREKA' BERTIGA!
Kepada semua pengundi Selangor, jadikan ini sebagai pengajaran dan ikhtibar. Penulis mengingatkan kepada semua pengundi di Selangor bahawa kuasa di tangan kita pada Pilihan Raya Umum akan datang. Usah benarkan ‘MEREKA’ memegang kuasa lagi kerana KUASA SEBENAR DI TANGAN KITA!