Memaparkan catatan dengan label Hak Istimewa Melayu/Bumiputera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hak Istimewa Melayu/Bumiputera. Papar semua catatan

03 Jun, 2013

Najib akan kalah PRU14 jika terus kejar undi Cina dan abai kepentingan Melayu Bumiputra

Apa yang perlu Najib Razak buat?

Bubar UMNO tubuhkan hanya parti tunggal BN? TIDAK! Kalau buat juga Najib bakal dikuburkan. Tabur pada 90% pengundi kaum Cina yang undi PR? TIDAK! Kalau buat juga PRU14 UMNO/BN bakal dikuburkan.

Jadi, apa yang perlu Najib buat? Sangat banyak yang perlu dilakukan. Tapi kita beri satu dahulu.

Pertama: Reward pengundi yang mengundi BN. Tidak perlu nak tunggu sebarang rintihan, rayuan dan tuntutan dibuat baru nak laksana.

Siapa yang undi BN? Kaum Cina yang 90% mengundi PR? TIDAK! Siapa yang undi BN? Kaum Melayu, Orang Asli, Bumiputra Sabah & Sarawak, dan kaum India!

Bagaimana hendak reward? Kebanyakan asas sokongan ini dari kawasan pedalaman, estet, luar bandar, kampong, dan Felda. Dan kawasan ini banyak yang terkebelakang dari banyak sudut. Jadi memang sangat perlu segala keperluan asas, pembangunan dipertingkat, dan segala tuntutan kaum Melayu/Bumiputra perlu didengar dan diikut sepenuhnya.

Kita ambil contoh mudah yang boleh dilihat secara jelas. Jalanraya kawasan kampong seatutnya mestilah setaraf jalan di Bandar. Ini tidak, jurang Nampak sangat jelas. Jalan di kampong itulah yang berlopak sana-sini yang lambat dibaiki sedangkan kalau ianya berlaku di kawasan Bandar yang DUN dimenangi pembangkang (90% yang menolak BN) cepat sahaja kerajaan BN baiki.

Begitu juga dengan bekalan air bersih. Di kawasan yang BN menang itulah yang tidak selesai-selesai masalah air sering terganggu. Jika berlaku gangguan air di DUN yang dikuasai pembangkang cepat pula kerajaan selesaikan. Dan jarang-jarang pula berlaku.

Begitu juga dengan segala lampu-lampu jalan yang banyak dipacak di kawasan DUN yang dimenangi pembangkang (terutamanya di kawasan Bandar). Di DUN yang dimenangi BN pula suram di waktu malamnya. Asyik bergelap saja. Nak jumpa satu tiang lampu jalan (di kawasan pedalaman) yang menghubungkan kampong A dengan kampung B pun susah.

Pelik benar keutamaan kerajaan! Takkanlah masih nak kejar undi kaum 90% yang tidak pun undi kerajaan. Sedangkan keutamaan amat sepatutnya diberikan kepada pribumi yang jauh ketinggalan dalam banyak sudut.

Jangan sampai yang sokong pada PRU13 bertukar jadi tak sokong pada PRU14 sudahlah!

02 Jun, 2013

PASCA PRU13: PERINGATAN PENTING BUAT DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Suatu hikayat buat renungan bersama

BACALAH dengan minda yang terbuka pepatah lama karangan orang dulu kala. Tentu banyak yang tersirat di dalamnya meskipun tidak ramai yang memahaminya kerana sudah terlalu moden adanya sehingga kehilangan jati diri dan rupa bangsa. Maka tentulah sukar untuk memahami duduk perkara dan buah bicara Melayu yang begitu hebat susun aturnya.

Arakian maka berlarilah semua para pembesar ke seluruh negara apabila melihat huru hara bakal menjelma. Sudah gemuruh bunyi garuda, sudah gegak gempita seantero benua bahawa malapetaka sudah menunggu hanya bala belum tentu bila ketikanya.

Ditanya oleh memanda menteri kepada sekelian pembesar negara bagaimana keadaan cuaca dan duduk bangun rakyat jelata semua?

Tanpa ragu, melompat-lompat seperti kera kena belacan para pembesar memberi laporan bahawa semuanya dalam sejahtera wahai mamanda. Janganlah bimbang, rakyat sangat gembira, hidup bagaikan dalam syurga loka. Makanan melimpah ruah, ayam itik penuh di kandang, padi beras penuh di gudang. Rakyat jelata semua jelas kekenyangan hingga mata puteh bundar dan buntang.

Mafhum aula sungguh gembira menteri memanda apabila mendengar perkhabaran itu. Lantas apakah yang riuh rendah dan gegak gempita di hujung sana soal memanda lagi. Oh, itu sebenarnya kumpulan pedagang yang datang menumpang kasih dan melulur sayang dari kita. Ada si Kitul dan juga ada Sang Li Po juga turut serta.

Lantas kerana rakyat jelata sudah cukup semua, moleklah juga kita tumpukan perhatian kepada mereka yang ke mari menumpang kasih. Berikanlah segala bantuan selagi terdaya walaupun tidak diminta oleh mereka kerana kita ini memang terkenal sebagai pemurah yang melimpah ruah sehingga tidak luak susu sebelanga, tidak surut air di sumur jika sekadar dikongsi dengan mereka. Berikanlah selagi mereka mahu.

Gagasan satu negara kita kongsikan juga, tidak mengapa kerana mereka itu tamu kita. Kena muliakan dan berikan perhatian. Bangsa kita sudah senang lenang, campaklah sebiji benih di belakang kandang nescaya esoknya tumbuh subur hingga menjadi ladang. Tentulah ayam di kepuk tidak mati kelaparan dan itik di air tidak akan mati kehausan.

Melopong dan terngangalah sekelian rakyat jelata, bila mana memanda menteri terus-terusan memberi tanpa henti kepada para tamu itu adanya. Malah tanpa diminta, diberi juga. Lalu fikir mereka barangkali hanya untuk sementara sahaja. Mungkin ada nazarnya sebab beroleh kebajikan atau mimpi terpijak batu permata berjuta-juta. Lantas ditanya rakyat jelata kepada pembesar daerah, pembesar negeri dan juga pembesar negara apa makna ini semua.

Lantas kata para pembesar itulah perkongsian pintar namanya. Hak kita biar diberi sama rata, hak mereka tentulah mereka akan jaga sebab sudah jauh mereka berkelana dari benua nun jauh di sana ke negara kita. Berikanlah kesenangan kepada mereka sebab nanti mereka lebih gembira untuk tinggal bersama kita. Makan bersama malah disuapkan pula adanya.

Makin melopong lagilah rakyat marhaen yang sudah sekian lama tidak disapa. Malah jalan ke desa juga sudah terlupa agaknya.

Sahibul hikayat mengirim pesan dan menitip khabar pada memanda menteri katanya sudah terlupakah kami di sini sana hingga atap tiris sini sana, anak perut kembung angin sahaja, nak santap untuk hari ini pun susah sungguh rasanya entah esok lupa bagaimana pula. Kenapa gah benar memberi, tidak kasihankah kepada kami, segala bakti telah kami beri tapi kami dipandang sepi. Perkiriman dikhabarkan pada pembesar, tidak disampai kepada memanda sebab bunyinya berbeza sudah tentu nanti dimurka.

Purnama berlalu pergi, sudah sekian lama dinanti umpama elegi dalam sepi. Harapan hanya tinggal harapan, yang ada di hadapan cuma kegelapan. Tidak dilihat lagi semarak kasih kepada pertiwi, malah segala harapan luntur di bawa angin sepi.

Memanda menteri amatlah gembira, sebab rakyat makin makmur adanya. Dikhabarkan lagi bahawa rakyat tersangatlah menyayangi memanda menteri yang sentiasa dipandang tinggi kerana seluruh negara diberikan perhatian yang berlebihan sehingga tidak ada lagi ruang untuk berbakti dan memberi sumbangan. Sudah lebih dari kecukupan, sehingga ramai pula yang ditimpa musibah akibat terlalu senang hidup mereka.

Kerana itu perlu berhati-hati untuk memberi lagi sebab dikhuatiri mendatangkan musibah kepada rakyat sendiri. Yang buncit perutnya ditakuti busung, yang besar kenderaannya khuatir tidak muat di aspal sana. Malah sudah ramai yang mata, hidung dan telinga mereka juga tersumbat akibat terlalu senang dan mewah adanya sampai terpaksa menyumbat segala macam lebihan ke segenap ruang yang berlubang.

Memanda menteri bertanya lagi, di mana pula perlu dilawati, siapa pula patut diberi bantuan duniawi.
Dicarilah orang bijak pandai, maka dipalu genderang riuh rendah merata-rata sehingga ke tepi belantara. Akhirnya datanglah sekumpulan kera mengadap memanda menteri dan terus menangis dan merayu katanya mereka kekurangan susu.

Kasihan sungguh memanda menteri yang tulus orangnya sangat hebat kasihnya pada rakyat jelata. Lantas dititahkan kepada pembesar yang turut serta, segeralah kalian berkejar mencari susu untuk si kera ini kerana terlalu sedihnya wajah dan kurusnya tubuh, dan kuningnya kulit dan sebahagian mereka pula sudah hitam seperti terbakar matahari kerana terlalu kuat berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Lalu dicarilah segera si ibu dan bapa penyusuan, kerbau lembu rakyat juga diambil bagi memenuhi keperluan kera di hutan. Melompatlah rakyat marhaen anak yang di pangkuan juga sudah kering susuan, hanya mengharap ternakan bagi mengganti susuan.

Hijau kuning mata, berdesing juga telinga, rambut lebat juga gugur semua. Apakah ini maknanya, berikan betis mahukan paha. Ini sudah terlebih agaknya siapalah punya angkara.

Di kalangan rakyat jelata, ada Luncai namanya. Amat santai orangnya, bila ditanya apa cara mahu dipinta hak kita apa guna bernegara bila mana terlepas semuanya. Lantas dijawab oleh si Luncai 'biarkan biarkan, biar terjun dengan labu-labunya'.

Memanda menteri semakin leka, hingga seluruh negara dilawatinya kerana kebajikan ingin diberi. Katanya biarlah kita korbankan jiwa raga asalkan rakyat gembira umpama hidup dalam syurga meriah sungguh siang malamnya sentiasa umpama sedang berpesta. Berarak dan berusunglah ke sini sana.

Sudah kering air mata, sudah kurus anak di pangkuannya tapi terpinggir tidak dipeduli. Para kera semua hebat sungguh mutakhir ini adanya. Besar tubuh menjangkau enau, habis dilanggar kalau tidak ketepi, pengsan atau boleh mati jika tidak dituruti.

Beginilah onarnya mereka, berdusta setiap masa, mengadu domba tanpa sebarang rasa, malah terasa hebat sungguh adanya kera memanda menteri percaya umpama dipusing seperti roda dan terkesimalah dulu kini dan selamanya.

Bukalah mata segera, bukalah minda sentiasa, jauhkan sengketa kerana sangat merbahaya. Jurang dalam menunggu kita, rakyat marhaen tidak lupa akan segala auta umpama kancil dan pelanduk nampak serupa tapi ia tetap berbeza. Hanya jauhari mengenal manikam mereka meskipun jenisnya berbeza.

l PENULIS ialah Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130602/re_03/Suatu-hikayat-buat-renungan-bersama#ixzz2V2l5AELC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Intipati Pasca PRU13: Sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional hanya sekitar 5% - 10% (Tsunami Cina). Kaum Melayu dan Bumiputra setia menyokong Barisan Nasional. Apakah Dato' Sri Najib masih lagi mahu abai kaum Melayu dan Bumiputra semata-mata terkejar undi kaum Cina yang terbukti bersikap bermuka-muka? Sekaranglah masanya untuk balas budi kaum Melayu dan Bumiputra yang telah memberikan Dato' Sri mandat menerajui Malaysia. Taburlah seluasnya pada kaum Melayu dan Bumiputra kerana di situlah asas sokongan padu yang Dato' Sri terima! Ingat, kaum Melayu dan Bumiputra bukan sokong Barisan Nasional sebab pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bagus menjaga segala kebajikan dan kepentingan mereka, tetapi sebab mereka tiada pilihan. Mengundi Pakatan Rakyat yang jelas menggadai segalanya bukan pilihan yang lebih baik bagi kaum Melayu dan Bumiputra.


01 Februari, 2010

Dr. Mahathir kecewa parti Melayu tidak bantu kaum sendiri

-
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh parti-parti berkenaan.

Beliau percaya tindakan itu berpunca daripada keyakinan mereka yang menyedari bahawa orang Melayu tidak mempunyai banyak pilihan ketika pilihan raya dan akan tetap menyokong mereka.

"Tidak perlu saya nyatakan apa yang menyebabkan kita berasa kecewa. Tetapi kita lihat orang yang dulu kata orang Islam jika berkawan dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang peluk cium orang bukan Islam dan dihalalkan segalanya bagi mereka kerana orang Melayu tetap akan bagi sokongan.

"Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik, sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada majlis pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hulu Kelang di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta beberapa pemimpin NGO Melayu.

Dr. Mahathir menambah, terdapat beberapa NGO Melayu yang menemuinya dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan dan parti-parti pembangkang.

"Tetapi apa yang mereka boleh buat. Mereka kata, jika terlampau giat suarakan pendirian orang Melayu, mereka akan dituduh rasis dan mungkin juga diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Akhirnya, mereka datang bertemu bekas Perdana Menteri yang sudah tidak bertaring. Mereka kecewa tetapi tidak dapat suarakan kepada pemimpin Melayu sama ada kerajaan atau parti lawan," ujarnya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang Melayu agar melakukan protes secara tertib dan tidak melakukan kekacauan sehingga menghancurkan keamanan negara.

"Kalau mereka tidak dengar, kita ada kuasa dalam pilihan raya. Jangan gunakan cara yang boleh merosakkan keamanan.

"Tetapi saya bimbang, sekiranya keadaan ini berterusan, orang Melayu yang sekian lama memendam kekecewaan akan 'meletup'," katanya

(Sumber: Mingguan Malaysia, 31 Januari 2010).


Artikel berkaitan:

The Scribe A Kadir Jasin - Hak Melayu: Umno dan Pas Sama Koro?
+

03 Disember, 2008

DAH TERSELAK WAJAH SEBENAR MEREKA!

-
Datuk Mukhriz mencadangkan penerapan hanya satu sistem dalam pendidikan negara tercinta, Malaysia. Namun seperti yang penulis jangka memang hak kaum bukan Melayu langsung tak boleh dipertikai, dicuit sikit pun tak boleh. Marah benar mereka. Hak mereka, mereka memang genggam dengan kemas biarpun alasan yang diberikan oleh Datuk Mukhriz ialah demi menghapuskan polarisasi kaum.

Bukankah Perkara 152 Perlembagaan mengatakan bahasa Melayu itu bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa jiwa Bangsa. Mengapa perlu lagi bahasa selain itu untuk mewujudkan suasana muhibah di kalangan rakyat? Pandai pula mereka mempertahankan bahasa selain bahasa Melayu melalui klausa bahasa lain boleh diamalkan. Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka!

Kenapa pula mereka marah sedangkan tujuannya memang dilihat sangat baik? Bukankah selama ini mereka mempejuangkan bangsa Malaysia? Menyebut Ketuanan Melayu pun sudah mereka labelkan perkauman. Kenapa dengan membenarkan anak bangsa Malaysia bergaul dari kecil ditentang? Pelik kan? Apakah perjuangan "Anak Bangsa Malaysia" hanyalah sekadar mainan sahaja oleh mereka? Sekadar mahu berselindung di sebalik "Anak Bangsa Malaysia" untuk melaksanakan agenda mereka? Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka! Merekalah yang perkauman sebenarnya!

Jika bercakap soal menghapuskan pengisian Perkara 153 Perlembagaan bukan main hebat lagi puak-puak ini berbicara dengan seribu satu alasan dan hujah untuk menghalalkan tindakan biadap mereka. Dihapusnya semangat DEB, salah satu pengisian Perkara 153! Sebab DEB diseleweng, dakwa mereka, oleh itu DEB patut dihapuskan. Kalau benarlah kiranya DEB diseleweng sekali pun, mengapa mesti dihapuskan? Kan lebih baik mereka ini memperjuangkan untuk diperkasakan DEB itu? Tapi mereka pilih hapuskan! Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka yang jelas perkauman!

Berkenaan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, bersepah puak-puak ini pertikaikan. Alasannya, hak istimewa tersebut menyebabkan banyak perkara yang negatif. Dangkal punya alasan! Sengaja hendak buat Melayu dan Bumiputera melenting! Pandai pula mereka kata itu hak mereka untuk persoalkan (kebebasan bersuara, liberalisasi, hak sama rata, dan apa kejadahnya lagi), sudah hilang persoalan hak Melayu dan Bumiputera yang sepatutnya tidak langsung diungkit-ungkit dalam kepala otak mereka-mereka ini. Pelik kan? Terselak wajah pemuka-pemuka perkauman!

Dalam Perkara 153 itu sudah jelas memperuntukan agama Islam itu agama rasmi. Selayaknya Islam dihormati selaras taraf rasminya. Tapi bersepah puak-puak perkauman ini pertikaikan segala Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukannya Fatwa itu terpakai oleh puak-puak ini pun. Tapi mulut tu dah cabul sangat! Kebebasan bersuara katanya! Boleh pula puak-puak ni pertikaikan ye? Tak pandai pula puak-puak ni nak menghormati apa yang telah tertakluk dalam Perlembagaan. Pelik kan? Terselak lagi sikap perkauman mereka ini!

Buat Datuk Mukhriz, tidak ada salahnya perjuangan anda. Masyarakat majoriti sudah lama inginkan persekolahan satu sistem, cuma selama ini bersabar dengan karenah pemuka-pemuka perkauman yang cekap bermain politik. Apa pun, Tahniah buat Datuk Mukhriz! Tindakan anda telah membuatkan ramai pemuka-pemuka perkauman menampakkan wajah mereka yang sebenar!

Ayuh rakyat Malaysia kita gunakan kuasa undi untuk menolak seterusnya menghapuskan politik pemuka-pemuka perkauman ini yang kononnya mendakwa berjuang demi penyatuan umat Malaysia! Ayuh bangkit semua dalam PRU13 akan datang!!! Gunakan kuasa undi sebijaknya!!!
*****************************
Hansard Parlimen (1 Disember 2008 ):

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk membahas, saya bangkitkan Butiran 080000, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, negara Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang aman, dan ianya mempunyai satu rekod yang cukup cemerlang dalam soal ini sehinggakan kita dikenali sebagai, dengan izin, ‘beacon of hope’ di dalam dunia yang sentiasa bergolak ini, Tuan Pengerusi tidak banyak contoh-contoh yang baik yang boleh diteladani kalau kita lihat di sekitar dunia ini.Malaysia sentiasa dilihat sebagai negara yang majmuk yang berbilang kaum yang telah dapat mewujudkan satu kestabilan politik di atas mana ekonomi kita dapat tumbuh dengan pesat dan ini adalah kejayaan rakyatnya yang dipimpin oleh pemimpin –pemimpin yang berwibawa, yang mempunyai wawasan, yang memahami jiwa, aspirasi dan cita-cita rakyat, secara keseluruhannya.

Bukan hanya satu-satu kaum sahaja, tetapi semua kaum, dan inilah yang dikagumi oleh warga dunia kerana kita lihat di banyak negara-negara yang lain, apabila ada golongan majoriti yang kedudukan ekonominya terjejas berbandingkan dengan kaum-kaum yang lain, maka wujudlah satu suasana yang tidak membenarkan ekonomi negara tersebut tumbuh dengan pada tahap yang dikehendaki, tetapi di Malaysia, Tuan Pengerusi, kita mewujudkan ruang yang seluas-luasnya, peluang sentiasa ada untuk setiap warga kita mencari nafkah dengan cara yang halal dan sudah tentu yang membantu negara kita membangun dengan begitu pesat sehingga menjadi Harimau Asia pada satu ketika yang dahulu.

Kita kebelakangan ini dengar mengenai pelbagai isu-isu yang berkait dengan perkauman, walaupun ini timbul tetapi pada hemat saya Tuan Pengerusi, negara kita ini masih hebat walaupun pada satu ketika dahulu ada negara-negara barat yang mengatakan bahawa negara Malaysia ini tidak akan berjaya untuk dipimpin oleh orang kita sendiri iaitu rakyat Malaysia kerana kepelbagaian, kerana dengan izin, multi ethnicity kita, kerana agama yang begitu banyak yang dianuti oleh rakyatnya dan macam-macam lagi alasan yang digunakan bahawasanya negara kita ini hanya menanti-nanti saat dan ketika untuk meletup.

Akan tetapi kita telah berjaya mentadbir negara kita ini dengan sokongan rakyat yang majoriti dengan begitu baik sehinggakan kita dapat elak sebarang masalah dan hingga kita ini menjadi negara yang dianggap kalau tidak silap saya ke-18 paling global di dunia ini. Kita sebuah negara yang boleh berdagang dengan semua negara-negara lain dan itu yang meletakkan kita lebih tinggi daripada negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1957. Apabila dipersoalkan dan dipertikaikan, isu-isu yang dianggap sensitif oleh kaum-kaum di dalam Malaysia ini khususnya kaum Melayu, saya lihat ini sebagai satu perkara yang tidak bijak kerana ia secara langsung akan meleraikan dengan izin social fabric yang sedia wujud di dalam negara kita ini. Saya lihat setakat ini daya yang menyatupadukan kita di dalam negara kita ini masih kuat berbanding dengan daya-daya yang cuba memecahbelahkan kita. Oleh itu apabila dibangkitkan Ketuanan Melayu dan sekali gus juga menyentuh mengenai perpaduan.

Saya rasa ini satu perkara yang ganjil dan oleh itu sebentar tadi saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini, perlulah bermula di peringkat sekolah lagi. Makanya saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini. Pada hemat saya lebih kurang 99% agaknya negara di dunia ini di mana mereka menggunakan cuma satu sistem sahaja di dalam sistem pendidikan mereka dan tidak banyak sistem kerana apabila terlampau banyak sistem yang berbeza-beza ini, sudah tentu akan melahirkan perbezaan antara kaum dan ini yang kita cuba elak-elakkan.

Malah pihak pembangkang mahupun di pihak Barisan Nasional sekalipun selalu menyentuh mengenai peri pentingnya kita bersatu padu, peri pentingnya kita ada sifat perpaduan yang kuat supaya dapat kita bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di seluruh dunia ini sehinggakan duduk dan berdirinya kita ini sama rendah dan sama tinggi dengan kaum-kaum di seluruh dunia. Satu cadangan yang telah saya buat ialah supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil....

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Penjelasan. Saya tahu apa Yang Berhormat Jerlun akan kata bahawa oleh kerana dia ada ulangi di luar dan saya mahu mengingati Yang Berhormat Jerlun ialah dalam perkara ini apa yang dia berkata dalam Dewan ini dia tidak ada apa-apa kekebalan, tidak ada apa-apa unity oleh kerana beliau akan terus mencadangkan penutupan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ini sudah melanggar sensitive issue yang termaktub dalam Perlembagaan empat perkara yang tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau dibuat dalam Parlimen pun, seorang Ahli Parlimen yang bersabit hasutan dan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan lima tahun tidak boleh menyertai ambil bahagian dalam apa-apa election. Dalam perkara ini tidak kira apa sebabnya baik tidak baik, tetapi inilah undang-undang dan untuk mengingatkan Yang Berhormat Jerlun dalam perkara ini supaya berhati-hatilah, hati baik saya.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur di atas peringatan tersebut. saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini dan saya ini belum sampai setahun jagung lagi menjadi wakil rakyat tetapi pada waktu yang sama ingin saya perjelaskan kerana diberi peluang untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah menyatakan bahawa atau mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup.Saya sebenarnya dimaklumkan oleh pembantu saya sebentar tadi mengenai kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur yang sebenarnya mengejutkan saya kerana seingat saya dan apabila saya lihat dalam laman web, laman-laman berita, jelas terbukti bahawa saya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang ungkapan mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Jadi oleh itu saya minta supaya orang lama kita Yang Berhormat Ipoh Timur tidak memutarbelitkan apa yang telah saya katakan sebelum ini dan saya benar-benarfaham apa yang dianggap sebagai hasutan dan apa yang tidak menghasut.

Pada waktu yang sama saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa apa yang telah saya cadangkan ialah biarlah kita menggunakan cuma satu sistem seperti mana yang digunakan oleh kebanyakan negara malah 99% daripada negara-negara di seluruh dunia...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Penjelasan. Saya tidak mahu memutar belitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi inilah sebagai contohnya Star Online, “Mukhriz - scraps vernacular schools”. Hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa sekolahsekolah vernacular dan ini pun dalam online web yang...

Dato' Ismail Kasim [Arau]:
Tuan Pengerusi, kenyataan akhbar tidak boleh dijadikan rujukan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Bukan, dia ada kata check website. Yang Berhormat kata tidak pernah, tetapi website ada. Sebab itu bukan saya memutarbelitkan tetapi saya buat dengan hati baik saya bukan untuk mahu Yang Berhormat jatuh terperangkap, tetapi supaya tahu apa yang berlaku.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Yang Berhormat Jerlun sedang memperjelaskan kenyataan yang keluar di akhbar Yang Berhormat. Kita dengar dan perhatikan penjelasan beliau.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Tuan Pengerusi. saya bimbang sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sentiasa dengan izin, jump into conclusion tanpa usul periksa mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat orang-orang seperti kita ini di Parlimen mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi menyentuh isu-isu yang begitu sensitif. Kalau dibaca teks kenyataan walaupun yang dilaporkan oleh Star Online itu kita akan dapati bahawa apa kandungan laporan tersebut berbeza dengan tajuk yang diletakkan di paling atas. Ini malangnya seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Antara perkara-perkara ataupun taktiklah mungkin yang dilakukan oleh pihak media yang kadang-kadang itumengelirukan kita.

Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata dengan jelas bahawa ada sebarang niat yang kurang baik oleh pihak media tetapi seperti yang telah terbukti dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, rupa-rupanya ada salah tafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi itu sebabnya saya fikir terpanggil untuk saya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya supaya tidak ada salah faham. Sebab yang kita lakukan di sini Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini semata-mata untuk kebaikan negara dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan di antara kaum di negara yangberbilang kaum.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]:
Penjelasan. Saya hendak tanya antara sistem schooling yang berbeza dan juga kaedah kita di mana kita mendefinisikan semua orang sebagai kaum ini, kaum itu. Antara dua ini yang mana wujudkan perasaan perkauman, yang mana menghakiskan perasaan perpaduan. Saya boleh terima pada satu masa mungkin perlu untuk membangunkan satu masyarakat yang ketinggalan mungkin perlu tetapi pada...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ya, gulung Yang Berhormat, singkatkan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]:
Ya, tetapi pada tanggapan bolehkah kita buat perpaduan negara ini tanpa kurangkan definisi seseorang sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan. Itu soalannya.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ringkaskan respons Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Saya akan respons dengan cepat sebab ini bukannya amalan cuma di Malaysia sahaja, di seluruh dunia pun ada amalan di mana orangorang tertentu, kaum-kaum tertentu diberi nama Hispanic, Caucasian dan sebagainya. Jadi kalau itu pun diamalkan di Malaysia saya ingat itu bukan ganjil dan ia tidak secara langsung mengakibatkan satu perbezaan yang begitu ketara di antara kaum di Malaysia kita ini tetapi apa yang saya hendak teruskan ialah sebagai...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Ya, insya-Allah. Bahawa kalau kita boleh wujudkan satu sistem persekolahan menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraannya saya cadangkan supaya Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil yang kita anggap sebagi bahasa-bahasa yang penting diwajibkan kepada masyarakat Cina dan India di dalam negara kita ini dan sebagai mata pelajaran optional pada kaum-kaum lain termasuk kaum Melayu dan itu sebabnya saya rasa tidak seditious ataupun berunsur hasutan apa yang telah saya nyatakan di luar Parlimen dan itu sebabnya saya sanggup untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan tadi di dalam Dewan yang mulia ini, itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah perbahasan untuk kementerian ini sudah 15 orang berbahas dan saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selepas sesi soal jawab esok.
+

16 November, 2008

Siapa yang lebih bersikap dominan sebenarnya?

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P Ramasamy (DAP-Perai) mendakwa ketidakseimbangan struktur pekerjaan perkhidmatan awam di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh Barisan Nasional bersikap perkauman.

Prof. P Ramasamy mendakwa borang permohonan bukan Melayu/Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam di Pulau Pinang dikoyak. Berat benar tuduhan sebegitu ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam proses recruitment & selection. Dan tuduhan jahat itu sangat tidak adil bagi mereka.

Bagi penulis, tuduhan tersebut hanyalah sekadar tuduhan melulu yang dibuat tanpa asas dan bukti. Sebelum berkhidmat dengan kerajaan, penulis pernah terlibat dalam proses recruitment & selection bagi memilih kakitangan sekitar tahun 1999 di sebuah syarikat akhbar.

Dan sebagai rekod, tidak pernah pula kami melihat faktor kaum sebagai satu prasyarat untuk disenaraipendek, ditemuduga dan seterusnya diberikan surat tawaran. Jauh sekali mengoyak permohonan pemohon-pemohon. Segala prosedur perlu diikuti dengan ketat agar calon yang terpilih kelak berkualiti.

Individu yang terlibat dalam proses recruiment & selection sangat faham bahawa setiap calon yang memohon sudah tentu mengharapkan perkerjaan untuk menampung kehidupan. Jadi apakah motif P Ramasamy membuat tuduhan sebegini ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam soal pengambilan kakitangan di Pulau Pinang?

P Ramasamy mendakwa bahawa UMNO terlalu dominan sehinggakan soal pengambilan kakitangan di negeri itu pun turut disabit. Bagi penulis, ini adalah tindakan untuk memburuk-burukkan UMNO di mata rakyat bukan Melayu Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.

Sudah tentulah setiap ketua jabatan yang dilantik akan melalui tapisan keselamatan dan sebagainya sebagai satu proses pelantikan. Namun, menuduh ketidakseimbangan kaum di sektor awam dan mengaitkannya dengan faktor dominan UMNO adalah tidak berasas. Kenapa faktor dominan UMNO ditekan atau diberi fokus dalam hal ini? Bagi penulis, ianya jelas sekali berniat jahat.

Jika kita kaji sikap dan cara berpolitik kotor Pakatan Rakyat ini, kita boleh menyimpulkan siapa yang dominan sebenarnya dalam menentukan hala tuju politik Malaysia. Siapa yang sering mengungkit segala hak Melayu/Bumiputera yang jelas diperuntukan dalam Perlembagaan? Jadi siapa yang cuba bersikap lebih dominan sebenarnya? UMNO atau DAP? Kepada pembaca budiman, tepuk dada dan gunakan akal untuk berfikir.

"If you don't act right now, somebody else will always do it for you at your expense...and quickly." (Kotabe & Helsen, 1998).
+

07 November, 2008

Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di acara penyerahan memorandum oleh Gabungan Melayu Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahi Rahmanir Rahim, BETA merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas ikrar taat setia yang dilafazkan oleh rakyat Beta yang dikasihi sebentar tadi.

Kemerdekaan negara ini dicapai melalui perundingan dan persefahaman antara tiga pihak, Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dan Kerajaan Inggeris. Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957 membentuk sistem berkerajaan dan bernegara berpayungkan Raja.

Semasa menerima Ijazah Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada 30 Jun 1979, Beta telah memperingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu ingat, dan jika tidak ingat, maka kita seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang kaum itu, mestilah ada suatu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian kita. Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka... Perkataan 'Negeri-Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Negeri Melayu Tidak Bersekutu' dan 'Persekutuan Tanah Melayu' masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan Negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia.

Secara tersirat, pengekalan institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa. Perlembagaan Merdeka digubal berlatar belakangkan senario kebangkitan semangat nasionalisme Melayu. Dalam luapan semangat menuntut kemerdekaan, orang Melayu bimbang akan kedudukan mereka dalam negara merdeka yang komposisi warga negaranya terdiri dari pelbagai kaum. Orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan secara perbandingan dengan kaum-kaum lain. Bahawa orang Melayu memerlukan jaminan - memerlukan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai peribumi tidak terancam.

Kebimbangan orang-orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkan di dalam Perlembagaan Merdeka, klausa-klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh Raja-Raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang- orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-Raja. Institusi Raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping melakukan keadilan kepada warga keseluruhannya. Institusi Raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian.

Raja-Raja memahami bahawa Perlembagaan Merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya. Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan. Negara aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah.

Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali. Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang- orang Melayu.

Oleh itu, warga dan rakyat yang Beta kasihi, hendaklah berfikiran secara rasional, tindakan-tindakan politik secara berlebihan dan keterlaluan hendaklah dihentikan segera. Kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan. Keamanan negara, kerukunan warga tidak harus dikorbankan kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

Semoga negara dan warga terus diberikan perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala dan barang dijauhkan negara dan bumi ini dari ditimpa sebarang musibah.

Wabillahi taufik, walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sumber dan Foto: Utusan Malaysia, 6 November 2008.

28 Oktober, 2008

Segenap Melayu Wajib Pertahan Kontrak Sosial

Henti polemik kontrak sosial

''Raja-Raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.''

Petikan di atas adalah sebahagian daripada kenyataan akhbar khas Majlis Raja-Raja yang menyeru semua rakyat Malaysia agar berhenti mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum semenjak lebih lima dekad yang lalu.

Demi kestabilan dan kemakmuran berterusan negara, semua rakyat tanpa mengira kaum perlu akur terhadap nasihat yang sarat kebijaksanaan ini.

Jika tidak dihentikan, polemik berpanjangan ini berpotensi meranapkan masa depan negara dan rakyat Malaysia.

Orang Melayu juga perlu mengambil iktibar daripada nasihat Majlis Raja-Raja tentang peri pentingnya kita bersatu padu bagi mempertahankan kemuliaan serta kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu, peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan (agama Islam dan bahasa Melayu) dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Jika perpaduan antara orang Melayu rapuh kerana politik kepartian yang tidak terkawal, maka janganlah kita terkejut jika golongan tertentu cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan pelbagai alasan termasuk alasan untuk mengembangkan demokrasi serta hak asasi manusia bagi mempersoalkan asas-asas kenegaraan Malaysia yang sudah sedia termaktub.

Isu jelas memperlihatkan Raja-Raja Melayu menjadi pelindung kepada orang Melayu untuk mempertahankan Artikel 153 ini daripada terus menjadi polemik di negara kita.

Hari ini kita menyaksikan pihak-pihak ini dengan berani mempersoalkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ini dilakukan walaupun majoriti penduduk Malaysia beragama Islam, walaupun Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi negara) menyatakan Islam adalah agama rasmi negara, walaupun terdapat peruntukan Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menghalang penyebaran agama lain di kalangan orang-orang Islam dan walaupun Malaysia adalah anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Selain daripada mempertikaikan status negara Islam Malaysia, mereka juga berusaha untuk menyama taraf kedudukan agama Islam dengan agama-agama lain melalui inisiatif seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan mereka berusaha meminda atau mentafsir semula melalui keputusan Mahkamah, Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang melindungi bidang kuasa Mahkamah Syariah dari campur tangan Mahkamah Sivil.

Yang menyedihkan usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibantu oleh penganut agama Islam yang kononnya berfahaman liberal.

Selain daripada percubaan untuk menurun taraf Islam mutakhir ini juga terdapat pihak-pihak yang cuba mempersoalkan kewajaran sama ada secara langsung mahupun tidak langsung peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan.

Antaranya peruntukan Perkara 152 berkenaan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kenapa setelah lebih lima dekad amat sukar bagi golongan tertentu untuk menerima kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.

Kegagalan

Kegagalan untuk bertutur secara fasih dalam bahasa Melayu begitu juga kegagalan untuk menulis dan membaca dalam bahasa Melayu di kalangan generasi pascamerdeka tidak dapat dimaafkan.

Tiada alasan yang boleh menjustifikasikan keadaan ini. Kegagalan penguasaan hanya mencerminkan sikap endah tidak endah terhadap simbol kenegaraan ini.

Ada yang memberi alasan bahawa dalam era globalisasi kita hanya perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa yang mempunyai nilai ekonomi.

Ini satu alasan yang pelik kerana antara negara G8 iaitu negara-negara yang super maju dan mempunyai kemajuan teknologi serta kuasa beli yang secara kolektifnya melebihi China dan India hanya tiga negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.

Lima lagi negara G8 bangga menggunakan bahasa kebangsaan mereka iaitu Perancis, Rusia, Jerman, Itali dan Jepun malahan Wilayah Quebec di Kanada pun menggunakan bahasa Perancis. Bukan kita meremehkan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tetapi apa yang ingin dinyatakan adalah janganlah menjadikan alasan globalisasi sebagai alasan memperlekehkan keperluan penguasaan bahasa kebangsaan.

Alasan globalisasi juga diberikan bagi mengabsahkan (mengesahkan) kenapa dasar ekonomi affirmative seumpama DEB yang dilaksanakan di bawah Perkara 153 (hak-hak keistimewaan orang Melayu) hendak dimansuhkan.

Bagi golongan yang tidak sukakan dasar affirmative, mereka mendakwa bahawa pelaksanaannya akan hanya melunturkan kelebihan persaingan negara dalam menghadapi globalisasi.

Mereka memberi contoh dalam bidang pelajaran tinggi bagaimana pengamalan dasar ini adalah penyebab kepada kenapa anak-anak muda bukan Melayu/bumiputera yang genius berhijrah ke negara lain.

Soalannya benarkah mereka bertindak demikian akibat tidak berpeluang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam, mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negara dan gagal mendapat peluang pekerjaan di sektor awam dan syarikat berkait kerajaan (GLC) atau sebab sebenar mereka bertindak sedemikian dan penyebab utama kepada apa yang disifatkan sebagai brain drain adalah pencarian peluang ekonomi yang lebih baik.

Alasan ini seolah-olah mengetepikan hakikat bahawa kerajaan semenjak pertengahan 90-an telah meliberalkan sektor pengajian tinggi bagi memberi peluang kepada seramai mungkin pelajar yang layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

Bukankah langkah ini terbukti berjaya kerana hari ini di kalangan kohort (kumpulan) umur 17-23 mereka yang mendapat peluang pengajian tinggi telah meningkat kepada 27 peratus. Angka ini dijangka terus meningkat kepada 40 peratus menjelang 2010.

Walaupun hari ini hanya terdapat 20 universiti awam tetapi hasil liberalisasi kerajaan kini terdapat 33 universiti dan kolej universiti swasta termasuk institusi yang diasaskan parti politik bukan Melayu seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR/ MCA), AIMST (MIC), Universiti Terbuka Wawasan (WOU/Gerakan), 4 kampus tempatan universiti asing dan lebih 500 kolej swasta.

Sebahagian institusi swasta ini mengadakan program berkembar dengan institusi pengajian tinggi luar negara melalui program '3+0', '2+1' atau '1+2' di mana pelajar tempatan menghabiskan sebahagian atau keseluruhan pengajian mereka di dalam negara tetapi mendapat ijazah dari universiti-universiti asing.

Hakikat ini telah mengurangkan beban pelajar-pelajar dan para ibu bapa mereka yang tidak mendapat tempat di IPTA kerana kos yang terpaksa ditanggung adalah lebih murah berbanding menghabiskan keseluruhan pengajian di luar negara.

Statistik menunjukkan bahawa jumlah pelajar institusi pengajian tinggi swasta ini melebihi jumlah pelajar IPTA.

Dari segi kaum pula, pelajar bukan Melayu melebihi pelajar Melayu apabila jumlah pelajar kedua-dua institusi IPTA dan IPTS digabungkan.

Tidak cukup dengan langkah meliberalkan akses kepada pengajian tinggi kerajaan juga telah menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang semenjak lebih 10 tahun yang lalu telah mengeluarkan RM11 bilion di dalam pinjaman pelajaran.

Pinjaman ini telah berjaya memanfaatkan lebih 1 juta pelajar. Kenapa hakikat ini tidak diuar-uarkan apabila mempolemikkan angka penerima biasiswa mengikut kaum yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mana jumlah biasiswa berkenaan hanya 2,000 setahun.

Cukuplah, janganlah kita mempolemikkan lagi kontrak sosial dan peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan demi keamanan dan kestabilan negara. Malaysia adalah negara yang bukan sahaja berbilang kaum tetapi juga berbilang agama, budaya dan bahasa.

Tanpa kedua-dua faktor keamanan dan kestabilan manusia atau kelompok manusia yang super genius sekalipun tidak akan dapat mengoptimumkan potensi mereka di bumi tercinta ini.

Bagaimana Malaysia akan stabil dan aman jika dua pertiga rakyat Malaysia (65.1% Melayu/bumiputera) yang hanya menguasai kurang satu perlima kekayaan negara (19.4%) masih hendak terus diasak, dicemburui dan didengki.

IRMOHIZAM IBRAHIM
Pensyarah Fakulti Undang-undang,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Sumber: Utusan Malaysia, 27 Oktober 2008

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin