14 Mei, 2013
08 Jun, 2011
Tahniah! Pemimpin DAP bersikap patriotik hantar "Anak Malaysia" ke Sekolah Kebangsaan
Penulis tertarik dengan laporan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonan Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya dari DAP untuk mendaftarkan bangsa anaknya sebagai "Anak Malaysia" di ruangan bangsa di dalam Sijil Kelahiran.
JPN tentunya sudah mempunyai garis panduan yang perlu diikuti bagi mengisi ruangan bangsa di dalam setiap Sijil Kelahiran yang dikeluarkan. Semuanya perlu mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Bukannya boleh diisi ikut suka hati sahaja. Kalau ikutkan Hannah Yeoh ini mungkin sahaja beliau mahu mengisi "Caucasian" di ruangan bangsa anaknya, tapi takut nampak kelakar dan pelik pula nanti.
Sebenarnya Hannah Yeoh ini sudah tahu bahawa JPN sudah pasti menolak permohonan sebegini. Tetapi atas sebab Hannah ini berbangsa Cina DAP, memang semua perkara mahu dijadikan modal politik. Bak kata blogger RBF, "Masalah Laki Bini Dijadikan Masalah Negara!". Yang suami mahukan anak didaftar berbangsa India. Yang Hannah pula tarik telinga suaminya berkeras mahukan bangsa Cina. Penyudahnya sengaja cipta isu dengan cubaan mahu diisi dengan "Anak Malaysia".
Setelah ditolak, Hannah isi juga bangsa anaknya. Apa jalan penyelesaian yang diambil oleh Hannah Yeoh?Penulis ingatkan bangsa anaknya didaftarkan atas susur bangsa sebelah bapa iaitu berbangsa India. Tetapi bangsa Cina juga dipilihnya. Kenapa? Entahlah. Hanya suami isteri itu sahaja yang tahu apa sebabnya. Elok wartawan tanya kenapa dia pilih bangsa Cina tidak bangsa India?
Kalau ikutkan trend 'patriotik' Hannah Yeoh ini, penulis percaya akan ramailah anak-anak dari kalangan pemimpin DAP akan berebut-rebut memilih sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan mereka. Mungkin bukan setakat berebut-rebut sahaja, tetapi lebih daripada itu. Mungkin kita akan lihat senario di mana pemimpin DAP berebut-rebut menghentam mereka-mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah Cina lalu diheret jadi agenda besar negara. Ya! Agenda demi perpaduan sebenar. Tapi semua rakyat tahu, 'patriotik' Hannah Yeoh itu cuma "patriotik kura-kura"! Hanya berpura-pura patriotik!
Kalau ikutkan trend benar-benar ikhlas dan bersikap patriotik sebagai "Anak Malaysia" sudah tentulah Sekolah Kebangsaan jadi pilihan utama. Tapi penulis berani jamin, Hannah Yeoh dan juga spesis "patriotik kura-kura" yang lain sudah tentu 'bermati-matian' menghantar anak mereka ke sekolah Cina.
Bukankah begitu wahai Hannah Yeoh dan mereka-mereka yang tergolong dalam spesis "patriotik kura-kura"?
+
30 Oktober, 2010
Ada pihak berangan hendak pinda fakta sejarah...
Pertamanya penulis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas pengumuman pelaksanaan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib bermula seawal bangku sekolah rendah yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2014. Tahniah dan terima kasih buat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keputusan Kerajaan itu sebenarnya sangat dialu-alukan oleh rakyat kerana kita semua sudah melihat bagaimana rakyat mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat akibat buta sejarah. Dek kerana tidak memahami sejarahlah kita saksikan bagaimana terlalu mudahnya anak muda kita dihasut dakyah jahat yang disebar secara halus oleh pihak-pihak tertentu.
Kepentingan mempelajari dan memahami sejarah ini turut disuarakan oleh Komuniti Demi Negara dalam laman Kempen SSS yang dilancar pada 31 Ogos 2009. Berikut penulis petik antara cadangan yang dimasukkan dalam Memo kepada KPM yang diperoleh dari laman Kempen SSS:
" Mata Pelajaran Sejarah Dimestikan
Melihat betapa pentingnya generasi pelapis negara kita diserapkan dengan pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi, kami juga mencadangkan agar subjek Sejarah diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Anak muda yang Celik Sejarah akan memahami asal usul, cara dan konteks pembentukan negara Malaysia.
Ini termasuklah latarbelakang institusi Raja-Raja Melayu, perjuangan wira tanah air kita di zaman silam, peranan Orang Melayu dalam mencetus tamadun dan pembentukan negeri-negeri di Tanah Melayu sejak abad-abad awal selepas Masihi, kemasukan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu, permuafakatan di antara kaum yang membawa kepada pembentukan Kontrak Sosial yang tersirat dalam Perlembagaan dan punca termaktubnya hak-hak dan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.
Masyarakat yang Celik Sejarah akan mencetuskan suasana yang menyemarakkan pengwujudan Bangsa Malaysia yang kita idamkan selama ini. Selagi tidak timbul Bangsa Malaysia ini, selagilah kita berterusan sebagai sebuah negara rojak yang dilanda berbagai gejala sosial yang tidak sihat dan berbahaya kepada keselamatan negara. "
Walau bagaimanapun, sudah ada pihak-pihak yang cuba mempergunakan keputusan Kerajaan ini untuk memenuhi agenda jahat mereka. Sudah ada cakap-cakap dan suara sumbang yang mahukan Sejarah itu ditulis semula mengikut selera mereka.
Dr Mohd Ridhuan Tee menyentuh perkara ini dengan cukup baik melalui artikel beliau yang bertajuk " Sejarah bagaimana yang kita mahu? " yang ditulis pada 26 Oktober 2010. Berikut penulis petik beberapa perenggan artikel beliau:
" Selaku seorang akademia berbangsa Cina, saya amat sedih dengan pemikiran parti-parti politik seperti DAP, MCA dan Gerakan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan yang amat menghiris, mahukan kerajaan mengkaji semula silibus sejarah yang akan diwajibkan ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah tidak lama lagi.
Hujah mereka amat simplistik, sejarah yang sedia ada tidak mencerminkan sejarah yang sebenar. Sejarah yang sebenar mesti mempamerkan sumbangan dan kerjasama kaum. Pada mereka, sumbangan kaum bukan Melayu mesti dimasukkan dan dijadikan teras sejarah. Saya cuba elakkan menggunakan istilah ultra kiasu terhadap golongan ini, biarlah kita berbincang secara adik-beradik.
Saya tidak menafikan sejarah sumbangan bukan Melayu terhadap negara, tetapi perlu diingatkan bahawa sumbangan dan kerjasama kaum adalah sebahagian kecil sahaja dalam urutan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Ada aspek yang lebih besar lagi yang perlu ditonjolkan, seperti sejarah asal usul Tanah Melayu sebelum kedatangan imigran-imigran ke alam Melayu.
Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ianya mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada Penubuhan Malaysia. Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah ke hari ini.
Kumpulan-kumpulan ekstrim ini asyik-asyik hanya bercakap soal sumbangan bukan Melayu, soal penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-45. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah penentangan terhadap Jepun juga penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan. Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam terhadap Jepun?Berkali-kali telah saya nyatakan bahawa penentangan terhadap Jepun, tidak banyak kaitan dengan kemerdekaan, tetapi adalah disebabkan oleh dendam kedua belah pihak yang telah mengalami perang sebelum ini. Sila rujuk sejarah perang China-Jepun 1894-95 dan 1937.
Jangan terlalu obses dengan sumbangan Bintang Tiga atau MPAJA dan Parti Komunis Malaya (PKM), sehingga kita sengaja lupakan sejarah yang sebenar? Maka tidak hairan hari ini tugu MPAJA dibina sebesar-besarnya di Taman Peringatan Nilai. Yang amat pelik, Majlis Perbandaran dan Arkib Negara kurang serius dalam memantau pembinaan tugu dan memorial seperti ini "
Nampaknya usaha untuk pinda sejarah negara mengikut selera pelahap Komunis tidak akan pernah padam. Penulis ada menyentuh perihal selera pelahap Komunis ini melalui penulisan artikel lepas bertajuk " Usaha Pinda Fakta Sejarah Untuk Iktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) Sebagai Pejuang Kemerdekaan " yang ditulis oleh blog ini pada 22 Disember 2008.
Pengkhianat! Itulah perkataan yang sangat sesuai buat pihak yang giat memperjuangkan pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan pada 23 Julai 1948 yang mana kini cuba diberikan penghormatan serta pengiktirafan sebagai Pejuang Kemerdekaan.
Cubaan menyeleweng fakta sejarah negara oleh pihak tertentu dilihat sangat jelas sebagai salah satu cara untuk memberikan satu konotasi yang lebih lunak kepada sejarah perjuangan PKM yang selama ini dilihat oleh majoriti orang Melayu sebagai pengganas yang telah membunuh ribuan orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.
Ingatan kepada pihak ini: Usah bermain api!
+
29 Oktober, 2010
Tak habis-habis nak jadi alien!
DAP dakwa kerajaan diskriminasi bina SJK Cina
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa kerajaan mengamalkan diskriminasi dalam pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina apabila hanya menyiapkan dua daripada 19 buah yang dijanjikan.
Kor Ming yang juga Penolong Bendahari DAP Kebangsaan berkata, kerajaan juga telah mengurangkan 48 buah SJKC sedangkan sekolah berkenaan mengalami pertambahan murid.
“Saya berasa sangat kesal walaupun kerajaan dalam manifesto pilihan raya telah berjanji untuk memindah enam buah sekolah dan membina 13 buah sekolah jenis kebangsaan Cina yang baru. Setakat hari ini hanya dua buah sahaja yang siap yang 17 buah masih belum dalam operasi.
“Jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah berkurangan sebanyak 48 buah. Bayangkan jumlah murid sekolah di sekolah jenis kebangsaan telah bertambah daripada 320 ribu menjadi 640 ribu dan antaranya 75 ribu bukan Cina, tapi Melayu dan India.
“Ini bermaksud sekolah jenis kebangsaan adalah sekolah yang diiktiraf dan menerima semua rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut menggesa kerajaan memansuhkan tiga surat pekeliling dan garis panduan yang didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap SJK (C).
Salah satu garis panduan yang dipersoalkan mengenai tindakan kerajaan hanya membenarkan tapak sekolah rezab milik kerajaan dibina sekolah kebangsaan sahaja kecuali mendapat pengecualian daripada menteri.
“Mengapa tapak sekolah rezab kerajaan, tidak boleh dibina semua sekolah tanpa mengira SJK (C) atau SJK (T) dan perkara ini tidak adil adil sama sekali?” soalnya.
Menurutnya, dua lagi garis panduan dan surat pekeliling yang ditetapkan kementerian juga tidak munasabah, antaranya terpaksa mengumpulkan sendiri dana sebanyak 80 peratus bagi SJK untuk membina bangunan baru.
“Semua lembaga pengelola sekolah SJK (C) dan SJK (T) yang ingin membina sekolah baru atas kesesakan bilik darjah perlu mengumpul sendiri dana 80
peratus baru boleh mengemukakan permohonan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya masyarakat Cina dalam negara ini perlu menangung perbelanjaan RM 100 juta setahun sebagai sumbangan peribadi kepada sekolah jenis kebangsaan sejak negara merdeka.
Beliau juga mempertikai tindakan kementerian yang tidak membenarkan murid yang belajar di sekolah kebangsaan bertukar ke SJK.
“Saya menerima pelbagai rayuan daripada ibu bapa tetapi masih tidak dibenarkan pertukaran biarpun rayuan demi rayuan dikemukakan.
“Alasan Kementerian Pelajaran prestasi sekolah kebangsaan diukur berdasarkan berapa ramai murid bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan tidak masuk akal,” katanya.
Beliau dalam sesi soal jawab dalam Dewan sebelum itu meminta Menteri Pelajaran menyatakan secara terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) yang diumum serta dijanjikan oleh kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.

22 Oktober, 2010
Satira Husin Lempoyang & Satu Sekolah Untuk Semua
Ana ketawa besar bila membaca lawak satira si peniaga unta di Bazaar Baghdad merangkap pelakon sambilan wayang P Ramlee iaitu blogger satira blogospera Malaysia Husin Lempoyang.

"Memang patut adakan 1Sekolah untuk membentuk perpaduan rakyat pelbagai kaum dari kecil."
Apa lagi? Jom sokong Kempen SSS (klik je pada LOGO SSS).

+
21 Oktober, 2010
Seruan Perpaduan Melalui Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)
Walau bagaimana pun, penulis sempat juga intai-intai perkembangan Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) kerana usaha ini sangat dekat di hati penulis, dan mungkin juga sangat dekat di hati seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.
Setakat intai-intai sahajalah yang mampu dilakukan, tapi penulis tidak sempat hendak menulis panjang sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi penulis terhadap usaha murni ini.

Bagi blog-blog yang turut ingin bersama meyokong kempen ini bolehlah mempamerkan logo SSS (seperti di atas) di blog masing-masing secara kekal sebagai tanda sokongan anda dan memaklumkan kepada pengendali laman Kempen SSS untuk turut disenaraikan.
Persoalan dan jawapan asas tentang Kempen SSS boleh diperoleh di laman Kempen SSS melalui FAQs yang disediakan. Turunkan tandatangan anda di petisyen yang disediakan sekiranya anda menyokong usaha murni ini.
Jangan segan-segan untuk turut sama berkempen kepada rakan-rakan anda kerana usaha murni ini tidak bersalahan (ada sesetengah pihak cuba memesongkan fakta sebenar) dan juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan.
Semoga usaha kita secara bersama yang tidak seberapa ini mampu memberikan kesan - tidak besar, kecil pun sudah memadai. Tidak kisahlah sama ada kesannya cepat mahu pun lambat. Apa yang penting, kita telah menyuarakan apa yang kita fikir terbaik demi perpaduan seluruh kaum di Malaysia, bumi bercinta!
Dan suara itu perlu diteruskan tanpa rasa jemu!
29 Disember, 2009
No guarantee in Constitution
I REFER to the letter "Let's work on new roles for vernacular schools" (NST, Nov 11) from Liong Kam Chong.
Liong is under the impression that the Constitution "guarantees" the existence of vernacular schools. There is no such guarantee at all. The Constitution merely states that no Malaysian shall be prevented from learning his mother tongue.
I am not too keen on vernacular schools because they do not use Bahasa Malaysia as the medium of instruction, in line with Article 152 of the Constitution.
The Education Ministry was doing the right thing when it announced early last week its decision to standardise the Bahasa Malaysia syllabus.
I feel that vernacular schools should be absorbed into the national education system. We should not have three systems of education but just one.
All schools must have only Bahasa Malaysia as the medium of instruction in order to help bring about unity in the country. Mandarin and Tamil can be learned in national schools as elective subjects (in line with the Constitution).
I commend Liong for saying that pupils need to master a higher level of Bahasa Malaysia and note his comment that the practice of placing primary school Chinese students through a year of kelas peralihan (remedial class) has a " humiliating impact on the pupils involved".
However, I have reservations about his proposal that "Chinese primary schools should attract and enrol children of other races".
That may only be done when these schools use Bahasa Malaysia as the medium of instruction.
IBRAHIM MUHAMMAD, Kuala Lumpur.
(Source: New Straits Times, December 3, 2009)
+
22 November, 2009
Artikel Hebat Pendidikan & Bina Negara oleh Dr Ridhuan Tee

20 November, 2009
Membina Negara dari Kacamata Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Khoo Kay Kim
Professor Emeritus Tan Sri Dato' Dr Khoo Kay Kim telah memetik kata-kata Rabindranath Tagore (pemenang Hadiah Nobel 1913) dan diabadikan sebagai tajuk artikel beliau yang dikirim melalui e-mel kepada akhbar dalam talian, Sunsurf:
Tepat sekali! Tiada apa lagi yang boleh penulis tokok tambah! Kanak-kanak adalah masa hadapan sesebuah negara. Negara yang utuh serta bersatu padu adalah terbina dari anak bangsa yang bersatu padu dan bergaul rapat di antara satu sama lain.
Lupakan orang dewasa yang mindanya telah pun agak terbentuk, tetapi di manakah patut kita membentuk minda kanak-kanak supaya mereka dapat menghayati erti serta nilai perpaduan dan pergaulan erat?
Di Malaysia, perlunya perpaduan dan pergaulan erat telah lama dikenal pasti, yakni sebelum era Perang Dunia II lagi. Pihak British telah mendapati bahawa percubaan mereka untuk mengekalkan perbezaan telah menjadikan sesuatu keadaan itu sukar untuk dikawal.
Ianya bermula pada tahun 1940, di mana Sir Shenton Thomas (seorang Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi) telah cuba secara serius untuk melaksanakan suatu polisi yang membabitkan penukaran identiti/imej kaum Cina.
Pada tahun 1949, pihak British telah mula merangka suatu cara terbaik untuk menyatu-padukan pelbagai kaum dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat, yang dipengerusikan oleh E.E.C. Thuraisingham.
Setahun kemudian, Jawatankuasa Barnes pula ditubuhkan di mana jawatankuasa tersebut telah mencadangkan sebuah sistem pendidikan bersepadu di mana semua sekolah kerajaan akan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemudiannya, pada tahun 1956 Penyata Razak dengan tegasnya menyatakan bahawa “Perpaduan Kebangsaan merupakan objektif utama polisi pendidikan Malaya.” Kedua-dua penyata Barnes dan Razak telah menggariskan sebilangan besar cadangan-cadangan yang serupa.
Professor Khoo menulis:
“Tetapi semenjak akhir 40-an dan 50-an, banyak usaha-usaha telah dibuat untuk menyatu padukan rakyat ternyata tidak berhasil. Mereka tetap mahukan pengasingan.”
Singapura sememangnya telah sedia maklum terhadap pembinaan negara menerusi aspek perpaduan ini dan sejak dari awal lagi telah mengguna pakai pendekatan perpaduan dalam sistem pendidikan.
Di Malaysia, pencapaian ke arah sistem atau dasar pendidikan yang menekankan perpaduan adalah merupakan suatu isu lama. Sehingga sekarang, ianya masih lagi belum menampakkan sebarang tanda-tanda penyelesaian.
Usaha murni untuk menyatupadukan masyarakat telah dicemari dengan pelbagai tohmahan. Antaranya adalah, kesangsian bahawa usaha tersebut akan membawa kepada penghapusan bahasa ibunda kaum bukan Melayu. Anggapan ini telah disalahertikan.
Dalam hal ini, Professor Khoo menyentuh seperti berikut:
Apabila saya memberitahu seorang wartawan surat khabar berbahasa Cina bahawa masanya telah sampai untuk mengguna pakai pendekatan “sekolah kebangsaan satu sistem”, saya dengan secara khususnya telah mengambil contoh yang telah dibuat oleh Singapura.
Tetapi wartawan tersebut tidak memahami apa yang saya perkatakan bahkan melaporkan bahawa saya mengatakan kaum bukan Melayu hendaklah melupakan bahasa ibunda mereka.”
Adakah ini merupakan suatu kes seorang wartawan yang tidak berupaya untuk memahami atau pun suatu kes sengaja memutar belit kenyataan apabila laporan menyebut “kaum bukan Melayu hendaklah melupakan bahasa ibunda mereka”?
Bagi Professor Khoo, “bahasa ibunda” adalah suatu perkataan yang telah dikelirukan. Bahasa ibunda “sepatutnya merupakan suatu bahasa kekeluargaan yang dipertuturkan oleh ahli-ahli keluarga yang tertentu, bukannya suatu bahasa yang patut dijadikan sebagai bahasa kebangsaan oleh sesebuah negara”.
Beliau menambah lanjut; “Oleh itu, Tamil bukannya “bahasa ibunda” bagi setiap orang india. Orang Benggali, Punjabi, Malayali dan Telegu mempunyai “bahasa ibunda” masing-masing. Di Sarawak dan Sabah, kaum bumiputera mempunyai berbilang atau pelbagai "bahasa ibunda".”
Professor Khoo sendiri yang telah melalui dua era rusuhan kaum yang serius – iaitu pada tahun 1945 dan 1969, telah dituduh bahawa beliau tidak mengetahui atau tidak memahami kaum etnik beliau sendiri apabila cuba merayu kepada pendekatan rasional dalam isu perpaduan ini.
Soalan mudah yang dilontarkan oleh beliau adalah:
“Sekiranya saya memilih untuk menjadi juara kaum etnik sesuatu kaum, adakah saya mampu untuk menyumbang ke arah pencapaian perpaduan nasional?”
Sekarang tiba masanya untuk penulis bertanya kepada pembaca sekalian:
Oleh kerana pendekatan secara “integrasi” yang telah diajukan sejak tahun 1940an lagi sehingga kini, telah tidak mendatangkan sebarang hasil yang memuaskan, perlukah kita sekarang ini mula cuba “menoleh ke barat” iaitu Indonesia dan “menoleh ke utara” iaitu Thailand, serta juga "menoleh ke timur" iaitu Filipina, jiran-jiran kita, dalam meneruskan usaha-usaha membina sebuah negara yang utuh lagi bersatu padu?
Apabila semua pendekatan bagi mencapai perpaduan yang dilakukan secara bertimbang rasa serta tanpa konfrantasi ini nampaknya tidak membuahkan hasil, patutkah kita melaksanakan pendekatan secara “asimilisasi” pula demi Tanahair yang tercinta?
Atau;
Kita teruskan usaha-usaha ini secara diplomasi dengan menjayakan Kempen SSS?
+
19 November, 2009
Semarakkan "Gerakan Razak" & Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)
Penulis teruja membaca sebuah rencana yang ditulis oleh Bakhari Ariff dalam Utusan Malaysia pada hari ini (19 November 2009). Sudah tentu kita semua boleh memanafaatkan apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik rencana ini. Segala semangat dan hasrat murni yang pernah dicetus oleh negarawan kita mestilah dilaksanakan tanpa sebarang istilah mengaku kalah.
Rujuk rencana penuh seperti berikut:
Semarakkan 'Gerakan Razak'
Oleh BAKHARI ARIFF
KETIKA berucap pada majlis konvokesyen ke-22 Universiti Utara Malaysia (UUM) awal bulan lalu, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencadangkan agar dilancarkan "Gerakan Razak". Ia untuk menggerakkan perubahan sosial, seperti apa yang pernah berlaku ketika Tun Abdul Razak Hussein menjadi Menteri Pelajaran dan seterusnya Perdana Menteri.
Tun Razak pernah melancarkan "gerakan lampu suluh" atau "gerakan obor" iaitu bancian dan gerakan besar-besaran untuk memastikan semua kanak-kanak bersekolah.
Beliau melihat betapa perlunya pendidikan untuk menghasilkan generasi yang bersatu padu melalui Penyata Razak 1956. Beliau juga menggerakkan "kelas dewasa" bagi membasmi buta huruf.
Walaupun hasrat itu tidak sepenuhnya berjaya kerana mendapat tentangan ekstremis kaum, namun kewujudan sekolah kebangsaan telah menghasilkan majoriti rakyat berpendidikan kebangsaan.
Gerakan itu masih berkumandang sekarang dan begitu meriah dalam blog dengan gerakan dinamakan "Satu Sekolah Untuk Semua - Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara". Namun hasrat itu tidak menampakkan kejayaan kerana turut ditentang hebat.
Tun Razak juga melancarkan gerakan tuisyen besar-besar melalui Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) agar anak-anak bangsa tidak lagi tercicir akibat kelemahan sistem sekolah pada awal kemerdekaan.
Apabila melihat bangsa Melayu tercicir jauh dan boleh menyebabkan pergaduhan kaum akibat pengagihan ekonomi tidak seimbang, Tun Razak menggerakkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970.
Canselor pertama UKM ialah Tun Razak walaupun biasanya canselor di IPTA terdiri daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Abdul Halim ternyata memahami bahawa bangsa hanya akan menjadi kuat menerusi penguasaan ilmu.
Baginda mahukan semua pihak termasuk pemimpin UMNO dan Pas berganding bahu atau menganjurkan pelbagai kursus, tuisyen, motivasi dan kelas bimbingan untuk anak-anak bangsa.
"Pada pendapat beta, visi Allahyarham Tun Abdul Razak sangat ke depan. Beliau mahu semua rakyat mendapat pendidikan yang lebih tinggi.
"Sehubungan itu, beta ingin menamakan gerakan baru untuk memastikan seluruh rakyat mendapat pendidikan tinggi ini sebagai 'Gerakan Razak' mengambil sempena arkitek pembangunan bangsa Malaysia," titah baginda.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika pelancaran buku Amanat Presiden UMNO di Kuala Lumpur barubaru ini, mengimbas pengalaman dan sumbangan setiap perdana menteri. Namun beliau lebih cenderung menghuraikan sumbangan Tun Razak berbanding yang lain.
Ini kerana dalam tempoh singkat sebagai perdana menteri, Tun Razak melakukan banyak perkara luar biasa.
Ramai pengamat politik berpendapat, Tun Razak dan Dr. Mahathir tidak jauh berbeza daripada segi ciri-ciri personaliti.
Kedua-duanya boleh memberi tumpuan kepada sesuatu secara terperinci, sentiasa mempunyai idea, tahu dan berani melaksanakan sesuatu, walaupun idea bersifat radikal relatif kepada zaman berkenaan.
"Pentadbiran Tun Razak boleh dianggap titik permulaan pembangunan ekonomi, khususnya di kalangan bumiputera. Beliau mampu berbuat demikian kerana membuka ruang untuk cendekiawan pada zamannya mengemukakan idea dan sesetengahnya diminta melakukan kajian terperinci dan hasil kajian dijadikan asas untuk bertindak," kata seorang pemerhati politik, Prof. Rahman Aziz.
Malah, Tunku Abdul Rahman ketika menceritakan mengenai Tun Razak antara lain berkata, beliau sebagai Perdana Menteri beruntung kerana mempunyai "Tun Razak" tetapi Tun Razak sedikit malang kerana tidak mempunyai "Tun Razak" ketika menjadi perdana menteri.
Bakri Musa (www.bakrimusa.blogspot.com) mengkritik hampir semua Perdana Menteri, tetapi menganggap Tun Razak sebagai "idola dan hero" kerana sumbangan yang bermakna kepada diri, keluarga dan seluruh bangsa Malaysia.
Beliau berkata, Tun Razak lebih awal melihat betapa pentingnya tumpuan kepada pembinaan rakyat berkualiti yang diperlihatkan melalui komitmennya kepada pembangunan luar bandar dan pendidikan.
Barangkali Tun Razak pernah terlatih dalam dunia tentera yang menyebabkan beliau cenderung memilih cara ala tentera dalam melaksanakan sesuatu program. Dan beliau menyempurnakan matlamat melalui pelbagai strategi sama ada secara halus (seperti melalui perang psikologi) dan terbuka (dengan memperlihatkan kepada khalayak melalui media).
Kejayaan sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika Malaysia dihadapkan dengan krisis perkauman ekoran pilihan raya 1969 membuktikan cara operasi "gerakan" boleh menjayakan sesuatu program.
Tun Razak bukan hanya mempunyai idea (sama ada dari diri sendiri atau nasihat) dan ada pelbagai program, bahkan tahu cara bagaimana melaksanakannya.
Bagaimanapun, ketika Tun Razak tidak mempunyai cukup masa untuk melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bangsa Malaysia dengan mengamati pelaksanaan secara terperinci, sesetengah pemimpin pelajar waktu itu, khususnya yang pandai berpidato, memilih untuk mengadakan siri demonstrasi jalanan.
'Peperangan' tercetus di antara mereka yang hanya pandai bercakap dan kadangkala boleh memetik satu dua ayat tokoh falsafah walaupun tidak memahaminya serta hanya tahu menganjur demonstrasi dengan "mereka yang beridea dan tahu melaksanakan idea berkenaan".
Berbeza dengan pemimpin yang hanya tahu mencetuskan retorik, Tun Razak - sama ciri dengan Dr. Mahathir - merupakan individu yang sanggup dan mampu melaksanakan sesuatu bagi membantu orang Melayu. Pada masa yang sama, turut membantu menyeimbangkan kedudukan kaum di negara ini.
Ketika kedudukan ekonomi orang Melayu hanya sekitar dua peratus pada tahun 1970, Tun Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui pelbagai program praktikal yang menguntungkan Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Pada masa yang sama beliau berusaha memperbesarkan kek ekonomi yang menguntungkan semua pihak.
Tanpa bercakap berdegar-degar, Dr. Mahathir yang terlatih dengan cara kepimpinan politik oleh Tun Razak ketika awal menjadi perdana menteri, telah menubuhkan HICOM untuk membuat kereta sendiri, Proton.
Walaupun ekonomis seperti Prof Dr. Jomo Sundram mengkritik hebat, pertimbangan Dr. Mahathir bukan hanya daripada segi ekonomi pada pandangan ahli akademik, tetapi melihat secara lebih jauh dan luas iaitu untuk membiasakan bangsa Malaysia dengan teknologi enjin. Perkara ini telah didedahkan oleh Dr. Mahathir kepada Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi.
Jika sebelum itu hampir tidak ada penjual dan mekanik Melayu, tetapi kesan adanya Proton, bengkel kereta dan penjual kereta kini lebih kelihatan menyeluruh di kalangan kaum, mencerminkan populasi rakyat.
Retorik selalu lebih menarik dan lebih mudah dilafazkan berbanding usaha melaksanakan sesuatu program pembangunan. Ini kerana retorik tidak semestinya bersandarkan realiti. Misalnya, mudah sahaja dikatakan kemiskinan dan kejatuhan harga getah di Baling, Kedah menyebabkan beberapa petani mati kebuluran.
Tan Sri Zainudin Maidin dalam Mingguan Malaysia menulis mengenai bagaimana mereka yang gemar beretorik pada zaman Tun Razak hanya bercakap dalam usaha memanipulasi masyarakat. Khususnya di kalangan mahasiswa dan sehingga kini masih ramai yang menjadikan mereka itu sebagai hero.
Inilah sebabnya, Sultan Abdul Halim yang menjadi Agong ketika awal pentadbiran Tun Razak, mahukan "Gerakan Razak" disemarakkan.
Jika pun tidak dilakukan sama seperti Tun Razak, slogan 1Malaysia ketika ini mesti diterjemahkan melalui pelbagai program. Pelaksanaannya perlu diawasi secara serius. Jika tidak, slogan ini hanya akan tinggal sebagai slogan dan tidak lebih daripada sekuntum bunga plastik.
Rasanya lebih manis jika "Gerakan Razak" ini disemarakkan dengan usaha anak sulung Tun Razak sendiri!
Penulis ialah staf di Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM).
(Sumber: Utusan Malaysia, 19 November 2009).

+
10 November, 2009
Belajar-belajarlah 'memberi'; bukannya sentiasa meminta-minta!
Sebuah artikel yang penulis rasa menarik oleh blog Hidup Tuah!
Benar Hidup Tuah! Spesis ULTRA KIASU ini mesti belajar 'memberi' dan bukannya sentiasa meminta-minta! Rakyat sudah muak dengan perangai busuk ULTRA KIASU ini. Benar! Jika diteliti, Perlembagaan hanya melindungi penggunaan dan pembelajaran bahasa ibunda dan bahasa-bahasa lain dalam hal selain maksud rasmi, tetapi tidak melindungi sistem pendidikan vernakular.
Penulis secara peribadi berpendapat, penggunaan istilah 'memberi' kurang tepat kerana ianya bukan 'memberi' tetapi lebih kepada meletakkan kembali sesuatu ke tempat yang sepatutnya mengikut lunas Perlembagaan.
Pemimpin politik ULTRA KIASU seperti Lim Kit Siang sering menggunakan gertakan kononnya dengan memperjuangkan sistem sekolah 1 aliran ianya sesuatu yang dilabel menghasut dengan mengambil contoh kes Mark Koding yang dikenakan tindakan undang-undang suatu masa dahulu. Pada zaman ini, orang Melayu dan Bumiputra bukannya sekolah setakat darjah 5. Semuanya sudah terpelajar.
Tapi kalau kita perhatikan, hak Bumiputra pandai pula puak-puak celaka ULTRA KIASU ini minta dan gesa hapus. Mereka ini jenis yang tidak pernah puas. Dasar ULTRA KIASU memang begitu! Bak pepatah Melayu: Diberi Betis, Idamkan Peha! Diberi Peha mahukan semua! Berhentilah bersikap sebegini wahai si ultra kiasu!
Rakyat yang kurang pendedahan, pengetahuan dan kajian tentang kes tersebut sudah tentu akan beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang tersebut adalah sebagai sesuatu yang betul tanpa mahu mengkaji apakah sebenarnya yang menyebabkan Mark Koding didapati bersalah.
Realitinya, tidak ada sesuatu yang boleh mengaitkan gesaan diadakan sekolah satu aliran dengan dakwaan menghasut jika diteliti dengan mendalam segala hujah penghakiman dalam kes Mark Koding. Baca lanjut tentang artikel menarik berkenaan hujah penghakiman kes Mark Koding dan isu sekolah satu aliran di blog Pure Shiite.
Kepada semua orang Melayu dan Bumiputra pula, berhentilah daripada bersikap apologis dan mudah cair tidak tentu hala. Realitinya, kita sahaja yang selalu bertoleransi, beralah, bertolak ansur, tetapi si ULTRA KIASU pula semakin hari semakin menolak kita ke tebing tinggi beransur-ansur.
+
06 November, 2009
Rakyat semua kaum hormati keputusan demokrasi melalui pungutan suara kerana selama ini pun ada pihak yang selalu melaungkan demokrasi - Ibrahim Ali
Perkasa cadang adakan pungutan suara
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk melaksanakan sistem pendidikan satu aliran mengikut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pungutan suara boleh dilakukan selaras dengan prinsip demokrasi yang membenarkan keputusan majoriti.
“Tetapi jika ianya dipersetujui semua pihak, jika ditunggu untuk persetujuan semua pihak ianya sama seperti tunggu kucing tumbuh tanduk. Perkasa cadang adakan pungutan suara dan keputusan kaedah demokrasi jadikan panduan,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, semalam.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas) berkata, pemimpin yang hebat seharusnya berani membuat keputusan terbabit meskipun pada hakikatnya bukan keputusan popular.
“Pemimpin kena memimpin untuk menentukan aspirasi negara dan adakala mesti berani membuat keputusan tidak popular inilah yang dikata pemimpin hebat dan berwawasan,” katanya.
Beliau berkata, jika langkah terbabit dilaksanakan rakyat perlu menerimanya seiring dengan semangat demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
“Rakyat semua kaum hormati keputusan demokrasi melalui pungutan suara kerana selama ini pun ada pihak yang selalu melaungkan demokrasi,” katanya.
(Sumber: PERKASA, 2 November 2009).
Kembara Politik:

1. Benar Perkasa! Pungutan suara adalah kaedah terbaik dan paling demokratik. Itulah juga yang dicadang oleh blog Demi Negara! Dan blog Kembara Politik ini turut sama mendokong sebarang usaha ke arah itu.
2. Kita ingin lihat sejauh mana individu, aktivis, ahli politik yang menyokong langkah yang sangat demokratik ini. Terutamanya dari parti yang ada perkataan demokratik di dalam namanya itu. Seluruh suara rakyat 1 Malaysia didengar dengan adil dan saksama.
3. Tapi macam biasalah, alasan 'demokrasi' hanya dilaung apabila mereka mahu mengikis hak orang lain sahaja. 'Demokrasi' inilah yang penulis label sebagai 'demokrasi' acuan ULTRA KIASU komunis bintang 3!
4. Kita tunggu apa reaksi semua. Lebih-lebih lagi di pihak ULTRA KIASU yang hanya berpura melaungkan "Saya Anak Bangsa Malaysia" tapi perangai saling tak tumpah macam anak bangsa Yahudi Israel!
5. Penulis sangat percaya bahawa mereka-mereka ini akan menolak mentah-mentah cadangan pungutan suara ini walaupun itulah tindakan yang paling demokratik serta mengambil kira seluruh suara rakyat Malaysia.
6. Tindakan menolak cadangan pungutan suara ini akan membuktikan bahawa mereka hanya pandai berpura-pura melaungkan "hak asasi", "samarata", "keadilan", "demokrasi", "kebebasan bersuara", "Malaysian Malaysia". "suara rakyat", "Ketuanan Rakyat" dan sebagainya hanya kerana mahukan hak orang lain sahaja.
7. Itulah dia ULTRA KIASU!
+
05 November, 2009
Pinda Akta Pendidikan 1996
KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) -- To become a Malaysian, one must at least go to the same school, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pak Samad tidak mahu perjuangkan bahasa Kebangsaankah? Bila Pena nak turut serta? Tidak ada lagikah demo? Ceramah? Bila lagi hendak berarak mengusung Keranda 152?
Di Sabah dan Sarawak lagilah berbilang kaum. Ada Bidayuh, ada Kadazan, ada Iban, ada Lunbawang, ada Orang Ulu, ada Melanau, ada Bajau, ada Suluk, ada Dusun dan macam-macam lagi. Tidak pula mereka ini nakkan sekolah masing-masing. SJK (Iban), SJK (Kadazan), SJK (Jawa), SJK (Kacukan--bagi yang kahwin campur). Elok sahaja mereka sokong guna sekolah kebangsaan, dan guna bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Sudah tiba masanya, pejuang bahasa Kebangsaan dan seluruh rakyat Malaysia menggesa dilakukan pindaan Akta Pendidikan 1996 yang bercelaru/bersalahan dengan kehendak Perkara 152 Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Berapa ramai yang akan sokong dipinda? Tapi kita lihat, kalau akta yang tidak menguntungkan di pihak mereka ini macam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) cepat dan bingkas digesa pinda. Bukan setakat pinda sahaja malah digesa mansuh! Dan Kerajaan dengar khabarnya sudah bersedia meminda akta ini.
Kita menunggu giliran Akta Pendidikan 1996 pula dipinda.
02 November, 2009
Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) perlukan suara majoriti rakyat!

Mari sama-sama berusaha agar Kerajaan dapat signal yang cukup jelas daripada suara majoriti. Suara 'silent majority' yang selama ini tidak mendapat perhatian kerana malas dan keberatan untuk mencampuri urusan remeh dan terlalu bertolak ansur sehinggakan perasaan dan kehendak kita semakin ditolak beransur-ansur.
- Tun Abdul Razak Hussain, Report of the Education Committee 1956 atau Penyata Razak 1956 (diperolehi dari Portal Kempen SSS).
"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah."
- PM Dato' Sri Mohd Najib Razak, Utusan Malaysia, 1 November 2009.
- TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, BERNAMA, 29 Oktober 2009.
Bagi penulis, rakyat perlu mendesak Kerajaan agar sebuah pungutan suara atau Referendum dilaksanakan bagi menentukan halatuju pendidikan di negara kita. Pulangkan sahaja persoalan pada hak dan kehendak rakyat.
Mari kita tuntut diadakan Referendum! "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"!
01 November, 2009
Sekolah satu aliran asas perpaduan

Ku Hussain
"Kita perlu kembali menelaah Penyata Razak (1956) yang menekankan peri pentingnya bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan untuk membina perpaduan di kalangan pelbagai kaum."
KEGAGALAN menzahirkan sekolah satu aliran selepas lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan adalah manifestasi “perpaduan” di negara ini. Usaha membina dan menyuburkan perpaduan menjadi begitu retorik apabila asasnya pada sekolah satu aliran tidak berupaya dilakukan.Ini kerana sesetengah pemimpin politik masih terkepung dengan sentimen melulu tentang identiti kaum hingga menolak teras pembinaan sebuah negara bangsa.
Isu sekolah satu aliran yakni tidak ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bukan perkara baru. Isu ini telah dibangkitkan sejak lama dulu oleh pihak yang melihat kepentingan perpaduan melampaui sentimen kaum. Tetapi malangnya ada kalangan pemimpin politik Melayu tidak berani mengambil risiko politiknya. Sementara kalangan pemimpin politik bukan Melayu pula melihat ini sebagai penghapusan identiti kaum masing-masing.
Sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu tetapi sekolah untuk semua kaum. Sekarang ini pun orang Melayu tidak mempunyai sekolah sendiri berbanding Cina dan India yang mempunyai sekolah jenis kebangsaan. Pemimpin politik bukan Melayu gagal mewaraskan kaum mereka bahawa sekolah satu aliran adalah sekolah semua anak Malaysia.
Sebenarnya kegusaran atau sengaja kelihatan gusar bahawa sekolah satu aliran akan menghapuskan identiti kaum adalah suatu yang melulu. Kalau benar sekalipun sekolah satu aliran menghapuskan identiti kaum mereka sepatutnya lebih memikirkan perpaduan dalam negara pelbagai kaum. Perpaduan di mana-mana negara sekalipun adalah tunggak kemajuan. Tidak ada perpaduan bermakna tidak ada kemajuan yang berterusan. Tetapi hakikat dan falsafah sekolah satu aliran di negara ini sama sekali tidak ke arah menghapuskan identiti mana-mana kaum.
Sekolah satu aliran akan membina kebanggaan bersama sebagai warganegara apabila menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu bahasa Melayu, sistem pembelajaran yang sama dan menikmati kemudahan pendidikan yang sama. Persamaan inilah yang menjadi titik mula bagi seseorang warganegara menganggap tiada perbezaan walaupun berlainan kaum. Inilah yang dinamakan perpaduan.
Orang bijak pandai ada berkata, kalau mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maknanya masa kecil lagi diasuh hidup dan berinteraksi dengan kaum lain, menggunakan satu bahasa dan memahami budaya rakan sebaya. Tetapi hal ini tidak akan berlaku kalau diberi kelonggaran orang Cina dan India mempunyai sekolah pengantar bahasa ibunda sendiri. Hanya orang Melayu saja yang mengisi sekolah kebangsaan, itu bukan sekolah orang Melayu.
Ungkapan “perpaduan” menjadi semakin memualkan apabila kalangan pemimpin politik tidak berani bertegas untuk membina perpaduan. Perpaduan menjadi barang mainan dan kita telah membuang banyak tenaga dan masa untuk mengisi retorik perpaduan sedangkan kita tidak berani membina asas perpaduan yang kukuh.
Perpaduan tidak boleh tercapai hanya dengan berkempen dengan slogan semata-mata. Perpaduan bukan benda yang boleh ditampal tetapi mesti tumbuh dan subur secara semulajadi.
Melampaui
Sekolah satu aliran harus dilihat melampaui kepentingan politik yang sempit dan sengkek, tidak kiralah sama ada kalangan Melayu atau bukan Melayu. Modul perpaduan menerusi sekolah satu aliran ini tidak wajar dikorbankan hanya kerana mahu menjaga kepentingan dalam politik.
Apakah maknanya kejayaan dan kepentingan politik kalau selepas setengah abad mencapai kemerdekaan kita tidak menggapai perpaduan? Ini satu kegagalan berpolitik sebenarnya.
Gelombang isu yang menjurus kepada sekolah satu aliran kali ini agak hebat. Kalau dibandingkan dengan sebelum ini, kali ini seolah-olah membawa petanda kewarasan kalangan pemimpin politik Melayu, bukan Melayu dan juga kalangan pembangkang. Biarpun ada kalangan pemimpin politik bukan Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu yang jumud tetapi nada yang lain memperlihatkan keyakinan.
Walau apa sekalipun, gelombang politik Melayu mesti menjadi peneraju supaya gagasan sekolah satu aliran menjadi kenyataan. Tanpa berpaksikan kepada sentimen kaum, pemimpin politik Melayu tidak ada alasan untuk menangguh perlaksanaan sekolah satu aliran. Kalau mereka berkata belum sampai masanya, katakan secara tegas bila masa yang sesuai untuk sekolah satu aliran? Rakyat sudah tidak mahu lagi sikap cuci tangan dan berdolak dalik.
Selepas politik Melayu gagal meletakkan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan, apakah mereka juga mahu mencipta kegagalan untuk membina asas perpaduan dengan sekolah satu aliran?
Apabila bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga atau keempat di negara ini, masa depan sekolah kebangsaan juga akan senasib dengan bahasa Melayu.
Apakah kita masih boleh bercakap tentang “perpaduan kaum” kalau semua warganegara hanya memahami dan mengenali kaum lain selepas mereka di alam pekerjaan? Ini kerana masa kanak-kanak mereka telah dipisahkan oleh sistem pendidikan yang membenarkan sekolah berdasarkan kaum? Meminjam gelombang sekolah satu aliran kali ini yang agak besar, semua pihak mesti mencari kewarasan dengan mengenepikan perjuangan politik kaum yang sempit. Kita perlu kembali menelaah Penyata Razak (1956) yang menekankan tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan untuk membina perpaduan kalangan pelbagai kaum. Kalangan bukan Melayu mesti diyakinkan bahawa sistem dan dasar pendidikan negara ini tidak pernah mempunyai agenda menghapuskan identiti kaum bukan Melayu.
Di sekolah kebangsaan mereka masih boleh mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Agenda utama sekolah satu aliran adalah membina asas perpaduan dan kalau tidak ada asas, berkurunlah kita akan bercakap perkara yang sama tanpa sebarang hasil.
(Sumber: Utusan Malaysia, 1 November 2009)
+
31 Oktober, 2009
Satu aliran bukan mimpi
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my
SEORANG sarjana pendidikan dalam satu pertemuan dengan penulis akhir tahun lalu menelah isu sekolah satu aliran akan menjadi perdebatan umum dan tenggelam timbul selang lima tahun sekali.
Untuk melihat sekolah satu aliran dilaksanakan juga kata beliau, adalah sesuatu yang sukar kerana ia berkait rapat dengan survival sesebuah parti politik.
Apa yang paling dikesalkan beliau ialah isu tersebut tidak dilihat dalam ruang pandang yang lebih luas. Sekolah satu aliran ialah kemuncak kejayaan kepada sistem pendidikan negara yang mana ia tidak hanya berkisar kepada soal pencapaian akademik. Sebaliknya ia merupakan persoalan untuk pembinaan negara bangsa seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia.
''Melalui sekolah satu aliran juga, ia membolehkan rakyat berfikir sebagai satu bangsa," katanya dalam nada penuh harapan untuk menyaksikan sekolah satu aliran menjadi kenyataan satu hari nanti.
Belum pun cukup lima tahun dan ketika bayangan pilihan raya umum masih jauh, isu sekolah satu aliran sekali lagi disuarakan oleh ahli-ahli politik. Menariknya kali ini, baik kerajaan mahu pun pembangkang, bersatu hati dan suara dalam perkara tersebut.
Kerana itu juga, ramai menilai ada kesungguhan yang melampaui batas politik dan perkauman daripada gesaan itu. Ramai juga yang berharap biarlah kali ini, ia tidak hanya berlalu sebagai cakap-cakap kosong. Sebaliknya disusuli dengan satu tindakan dan dasar yang drastik yang memungkinkan pelaksanaannya menjadi satu kenyataan.
Memang tidak dinafikan, terlalu banyak pengorbanan yang bakal mengiringi hasrat murni ke arah menyatupadukan rakyat dan mengelakkan polarisasi kaum itu. Isu utama seperti identiti kaum dan survival bangsa serta bahasa pasti akan menjadi alasan popular yang dibangkitkan oleh mereka yang menentang.
Tidak kurang juga yang memandang rendah pada kredibiliti dan kualiti sekolah kebangsaan berbanding sekolah satu kaum yang dikatakan lebih berjaya melahirkan pelajar cemerlang.
Apa pun alasannya, ia hanyalah ketakutan tidak berasas sesetengah pihak yang sebenarnya enggan melihat Malaysia terbina daripada rakyat satu bangsa.
Mereka juga bimbang sekolah satu aliran bakal melenyapkan terus identiti sesuatu kaum. Sedangkan sekolah satu aliran walaupun menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, namun masih mengekalkan pengajaran bahasa ibunda kaum-kaum lain termasuk kebudayaan dan sejarah mereka.
Hakikat inilah yang gagal difahami oleh segelintir pihak yang sangat tebal dengan semangat perkaumannya. Yang menjadi mangsa ialah pelajar-pelajar kerana dinafikan hak mereka untuk bergaul dan saling mengenali di kalangan pelbagai kaum yang menjadi keluarga besar masyarakat Malaysia.
Faktor kekangan politik dan perkauman turut disuarakan oleh pensyarah sosial di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali. Menurut beliau, rakyat dan pemimpin hanya ada dua pilihan dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini, sama ada inginkan politik perkauman mahupun perpaduan nasional.
Oleh itu, daripada segi kemampuan untuk melaksanakan sekolah satu aliran itu, ia banyak bergantung kepada kesedaran, kejujuran dan keinginan yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak.
Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi universiti tersebut turut yakin dengan Penyata Razak (1956) dan Jawatankuasa Barnes (1950), yang antara lain mencadangkan penggunaan bahasa yang sama, dalam konteks Malaysia, Bahasa Melayu, sebagai bahasa tunggal pendidikan kebangsaan bagi membentuk perpaduan nasional.
''Namun, sentimen perkauman telah menggagalkan usaha tersebut kerana semua perkara dilihat dari sisi pandangan kaum masing-masing," katanya. Kerana itu juga, para pemimpin harus berani bertindak bagi menghapuskan sentimen perkauman dan menerangkan tentang bahaya sentimen tersebut kepada rakyat.
Che Hamdan juga melihat sekolah satu aliran memiliki semangat yang tepat dengan matlamat kerajaan dalam merealisasikan 1Malaysia. Ini kerana katanya, sekolah satu aliran akan mewujudkan interaksi yang lebih meluas antara pelajar semua kaum.
Dalam masa yang sama, ia juga memberikan kefahaman yang lebih tepat terhadap karektor kaum masing-masing. Pergaulan di peringkat asas ini penting bagi membolehkan mereka membuang rasa kekok untuk bergaul dalam persekitaran yang lebih besar. Ia termasuk semasa di institusi pengajian tinggi, di tempat kerja atau di dalam sebuah komuniti yang berjiran.
''Ia bukan sekadar diberikan gambaran bahawa penjajah telah membentuk masyarakat majmuk, tetapi pemahaman bagaimana kemajmukan ini telah menyumbang kepada kemakmuran negara melalui kepelbagaian yang ada," katanya.
Sesuatu yang pasti, cita-cita dan harapan untuk menyaksikan sekolah satu aliran ini terlaksana bukanlah mimpi di siang hari. Jika ditanya kepada kebanyakan rakyat di negara ini juga, ramai yang melihat ia merupakan pendekatan terbaik dalam merapatkan marginilisasi antara kaum.
Cuma apa yang perlu diberi penekanan ketika ini ialah kefahaman terhadap bagaimana ia bakal dilaksanakan. Bagi Che Hamdan juga, ada beberapa pendekatan yang boleh dilakukan kerajaan ke arah pelaksanaan sekolah satu aliran itu.
Pertamanya jelas beliau, kerajaan perlu menunjukkan dengan jelas bentuk sekolah satu aliran yang sebenarnya ingin dipraktikkan. ''Saya mencadangkan penekanan utama ialah dari segi bahasa. Bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa pengantar dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tetapi bahasa Mandarin dan Tamil pula wajar diperkukuhkan dengan menjadikannya subjek penting di sekolah," ujar beliau.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian juga ialah kemahiran para guru bahasa-bahasa berkenaan yang perlu dipertingkatkan. Ini penting bagi menambah keyakinan rakyat berbilang kaum terhadap sekolah tersebut. Di samping itu tambah Che Hamdan, kerajaan perlu menjemput semua pihak, terutamanya badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum-kaum utama.
Tokoh-tokoh pendidikan juga perlu diajak sama dalam perbincangan itu bagi mendapatkan gambaran sebenar pelaksanaan sekolah satu aliran. ''Sebarang dialog dan kesediaan kerajaan untuk mendengar cadangan daripada golongan ini dapat memberikan pengaruh yang besar kepada keyakinan rakyat terhadap usaha 1Malaysia ini," ujar Che Hamdan.
(Sumber: Utusan Malaysia, 31 Oktober 2009).
Kembara Politik:
1. Benar apa yang dikata. Tapi ahli politik kita lebih suka 'play safe' untuk jaga undi. Berapa kerat ahli politik kita yang benar-benar ada telur memperjuangkan satu aliran?
2. Semua parti politik setakat ini tidak berfikir secara rasional dalam hal ini. Ada ke bingai MCA & MIC cakap SJK Cina dan Tamil dijamin dalam Perlembagaan. Tunjuk mana perkataan SJK Cina dan SJK Tamil yang ada dalam Perlembagaan Malaysia! Dalam fasal mana tu?
3. Dan tidak ada seorang pun yang benar-benar rasional. Mungkin ahli politik kita semuanya letak otak di lutut? Setakat inilah... Harap-harap tak letak otak di lutut sampai bila-bila!
4. Setakat yang kita dengar, yang tiada berkepentingan politik seperti ahli akademik, sejarawan, cikgu, rata-ratanya memperjuangkan perkara ini. Dong Zong dan persatuan chauvinis lain memang dah kerja mereka bangkang!
5. Sebab apa ahli akademik boleh perjuangkan benda ni? Dapat duit ke? Dapat undi ke? Tak! Tapi sebab mereka letak otak di kepala dan guna otak itu sewajarnya. Bukan macam ahli politik yang berfikir macam tak punya otak! Budak kecil umur 2 tahun pun lebih baik berfikir dari ahli politik kita!
6. Kita tunggu juga pejuang bahasa Kebangsaan kita pula bersuara! Jangan waktu pilihanraya sahaja rela diheret macam lembu oleh parti politik untuk berkempen. Waktu sekarang jadi bisu? Kenapa?
7. Kalau ahli politik susah sangat nak buat keputusan elok diserahkan kepada rakyat. Biar rakyat buat keputusan. Buat aje Pungutan Suara atau Referandum. Habis cerita. Dah ahli politik tak ada telur. Biar rakyat yang ada telur tentukan! Senang cerita. Tak gitu? Dah susah sangat!
8. Jom masuk ke blog Kempen SSS dan bagi sokongan lagi baik!
+
24 Oktober, 2009
Tabik Hormat Buat Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim & Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)!


Berikut penulis perturunkan laporan penuh mSTAR Online pada 22 Oktober 2009:
BUKIT MERTAJAM: Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.
Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.
"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.
"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.
Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.
Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.
"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya.
**Sumber asal rujuk SINI.
Penulis tidak mahu menulis panjang kerana khalayak sudah pasti begitu mengenali siapakah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Penulis mengangkat topi atas perjuangan murni Prof Khoo ini! Syabas Prof! Inilah yang dikatakan pejuang tulen!
Nota: Artikel penulis berkenaan Kempen Satu Sekolah Untuk Semua. Klik di SINI.
05 Oktober, 2009
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan: Benarkah pejuang bahasa benar-benar berjuang mendaulatkan bahasa Melayu?
Pas kali ini masih lagi menggunakan kaedah lama memainkan sentimen pengundi dengan isu PPSMI yang sudah pun dianggap selesai .
Kerajaan telah bersetuju dengan desakan yang dibuat oleh Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan para pejuang bahasa seperti Datuk Dr Hassan Ahmad dan Datuk A Samad Said yang ditunggang Pakatan Rakyat (PR) dan pertubuhan cauvinis seperti Dong Jiao Zong.
Memang diakui GMP dan lainnya berjaya mempengaruhi rakyat dalam isu PPSMI ini (Nota: Mahu tidaknya, hampir seluruh masjid ditampal risalah propaganda anti PPSMI!).
Kerajaan sudah pun bersetuju dengan desakan GMP agar Sains dan Matematik dikembalikan pengajarannya dalam bahasa ibunda masing-masing. Pelaksanaannya akan berkuat kuasa bermula 2012. Jadi apa relevannya isu PPSMI masih lagi dimainkan oleh Pas? Dan tidak mustahil A Samad Said dan Hassan Ahmad akan dibawa sekali lagi ke pentas Pas untuk mempengaruhi pengundi di Bagan Pinang.
(Nota: Sepanduk elemen anti PPSMI sudah pun diarak oleh Pas di Bagan Pinang seawal hari penamaan calon. Tunggu masa sesuai sahaja Pas akan membawa si “lembu matador” masuk ke dalam gelanggang!).
Persoalannya kini, apakah GMP dan para pejuang bahasa benar-benar berjuang mendaulatkan bahasa Melayu? Tidak bagi penulis! Kerana apa? Kerana adalah sangat jelas bahawa GMP bukanlah berjuang mendaulatkan bahasa Melayu. Tetapi dalam hal PPSMI ini, GMP diperkuda (atau rela diperkuda) oleh Pakatan dan bersekongkol dengan para cauvinis dengan mendesak agar Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.
Beriku sedutan kenyataan yang dibuat oleh GMP (sedutan dan Foto oleh Utusan Malaysia, 10 Julai 2009):

"Bagi GMP, memansuhkan PPSMI bererti memansuhkan semuanya iaitu kembali sepenuhnya kepada dasar pembelajaran sebelum 2003 ketika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu dari tahun satu sampai tingkatan enam dan seterusnya ke universiti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di sini hari ini.
Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said selaku Penasihat GMP, Pengarah Eksekutif Yayasan Tamil Malaysia, C. M Elanttamial dan Naib Setiausaha Kanan Pusat Pembangunan Kebudayaan Bekas-Bekas Guru Cina Malaya (LLG), Goh Kean Seng.
Selain menuntut PPSMI dimansuhkan secara menyeluruh, Hassan berkata, GMP juga mahu agar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Tamil dan Cina dimulakan pada tahun depan bagi murid-murid tahun satu.
''Kita mahu pelajar yang baru masuk sekolah diajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing mulai 2010 bukannya 2012,'' katanya.
Hassan berkata, mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil bagi tahun satu tidak menimbulkan masalah kerana Kementerian Pelajaran boleh menyediakan bahan-bahan bacaan dan buku teks dalam ketiga-tiga bahasa ini mulai sekarang.
*(tamat sedutan).
Mana perginya laungan dahulu yang kononnya mahu berjuang menghapuskan PPSMI dengan alasan mendaulatkan bahasa Melayu? Terdaulatkah kedudukan bahasa Melayu apabila GMP bertindak bersekongkol dengan beberapa NGO cauvinis memaksa Kerajaan menerima desakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dibuat dalam tiga bahasa yang berlainan? Syabas pejuang bahasa kerana ditunggang!
(Nota: Lihat perarakan mengusung Keranda 152 propaganda anti PPSMI oleh Pas berikut. Bukankah pejuang bahasa sebenarnya dijadikan "lembu metador"? Dan rakyat menjadi penyokong dan bersorak tanpa tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan?).


Sementara itu, Sains dan Matematik diperkasa demi kegemilangan bangsa di masa mendatang. Bahasa Inggeris perlu ditekankan agar bangsa dapat bersaing secara kompetatif di dalam dan di luar lingkungan selesa. Bahasa Tamil, Mandarin, Arab dan lain-lain bahasa boleh turut ditawar sebagai mata pelajaran elektif di sekolah-sekolah jika perlu.
(Nota: Gambar logo dan banner menunjukkan perjuangan mendaulatkan bahasa? Atau sebenarnya dikuda? Apa yang diperjuangkan? Bagaimana cara siswazah kita berfikir? Tanya semula pada diri. Berapa ramai graduan bangsa kita yang cemerlang tapi lemah berbahasa Inggeris gagal dalam mencari pekerjaan?):
Kadang kala rakyat pelik juga dengan tindakan mereka-mereka ini. Apabila bahasa Inggeris digunakan untuk mata pelajaran Sains dan Matematik, mereka melompat dan menerjah bagai lembu metador terlepas dari kurungan. Tetapi mereka tidak pula terfikir bahawa dalam mata pelajaran lain masih lagi diajar dalam bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahasa Melayu dijunjung tinggi dengan masih menjadi bahasa pengantar utama walaupun PPSMI dilaksanakan oleh Kerajaan.
Cuba pula kita berfikir sejenak dan bezakan realiti sebenar nasib bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu hanya diajar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja. Yang lainnya diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Jika begitu, terdaulatkan bahasa Melayu dengan mendesak Kerajaan mengembalikannya ke dalam bahasa yang pelbagai wahai pejuang bahasa?
Apa yang pejuang bahasa buat? Pejuang bahasa menikus, kecut telur apabila ‘diherdik’ oleh pertubuhan cauvinis dan sanggup berkerjasama dengan mereka-mereka ini agar diajar dalam bahasa selain bahasa Kebangsaan. Mana perginya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan sekiranya bahasa itu tidak dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah?
Penulis mencabar para pejuang bahasa agar berjuang ke arah mewujudkan penggunaan bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama jika benar anda mendakwa anda pejuang bahasa! Sekiranya tidak berani: Anda adalah pejuang bahasa palsu!
Secara sinis, adalah lebih bagus kiranya para pejuang bahasa seperti Hassan Ahmad dan A. Samad Said ini dimasukkan ke dalam Keranda 152 dan diarak ke seluruh negara! Kerana apa? Kerana mereka bukan berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu, tetapi sebaliknya bersekongkol dengan pertubuhan cauvinis untuk merendahkan kedaulatan bahasa Melayu!

01 September, 2009
Portal Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) Dilancar!

17 Ogos, 2009
1Malaysia: Syor sekolah satu aliran

Saya bukanlah yang pertama mencadangkan hal ini. Namun surat ini ditulis supaya mereka dapat mendengar suara pelajar itu sendiri memberikan pandangan terhadap isu ini kerana merekalah yang akan menerima kesannya.