![]() |
Berkabung untuk UMNO |
21 Mac, 2016
CAWANGAN UMNO - PAK TURUT ATAU PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?
12 Mac, 2016
RED ALERT - PERDANA MENTERI YANG BOLEH DIUGUT DAN BOLEH MENGADAIKAN KEDAULATAN NEGARA
![]() |
Berkabung untuk UMNO |
Disclaimer: artikel diatas hanyalah pendapat peribadi penulis, dan tidak mempunyai maksud untuk menghasut atau segalanya...
23 Januari, 2009
Doktor Aman Malaysia buat persiapan akhir
Penyelarasnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya akan tetap menghantar doktor terlibat walaupun telah menerima maklumat bahawa tiada jaminan keselamatan diberikan terhadap sukarelawan yang masuk ke kawasan tersebut.
''Walaupun keselamatan di Gaza tidak terjamin, para doktor kita tetap bersedia menghadapi risiko ini bagi memastikan penduduk Palestin mendapat rawatan yang sewajarnya," ujar beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Malam Tabung Palestin anjuran Pemuda UMNO Bahagian Segambut di pekarangan Masjid Al-Firdaus Segambut Luar di sini malam ini.
Sebelum itu, Mukhriz bersama 500 orang turut menghadiri majlis sembahyang Hajat bagi memohon kepada Allah supaya memberikan pertolongan kepada penduduk Palestin.
Dalam pada itu, beliau juga melahirkan perasaan terharu dengan sikap prihatin rakyat Malaysia yang mengadakan banyak program sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Palestin.
''Ini menunjukkan bahawa kita masih prihatin dengan nasib penduduk berkenaan dan marah dengan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis walaupun kedudukan Malaysia adalah jauh dari Palestin," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau menggesa seluruh rakyat Malaysia terus memboikot barangan buatan Israel dan Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda protes terhadap kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.
''Walaupun tiada barangan Israel masuk ke negara ini kerana kita tiada hubungan politik dan dagang dengan negara terbabit, boikot masih boleh dibuat dengan mengelak membeli barangan daripada negara jiran yang berdagang dengan Israel," katanya.
''Saya difahamkan terdapat buah-buahan dari Israel yang dibungkus semula di negara jiran terbabit sebelum dibawa masuk ke negara ini melalui Tambak Johor," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia, 23 Januari 2009
+
31 Disember, 2008
Negara OIC digesa bantu Palestin
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) digesa bersatu membantu masyarakat Palestin menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya ke atas mereka.
Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman itu serta menolak setiap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terbabit.
''Kami menyeru masyarakat Islam di seluruh dunia agar menolak segala bentuk keganasan dilakukan rejim Zionis selain sokongan dalam diam Amerika Syarikat terhadap kekejaman itu,'' katanya melalui laman blog www.mukhriz. com di sini hari ini.
Mukhriz mengulas mengenai serangan terbaru Israel ke atas masyarakat Palestin di Genting Gaza yang mengorbankan ramai nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak.
Kekejaman itu bagaimanapun mendapat restu Amerika Syarikat yang menyalahkan Hamas kerana didakwa melakukan provokasi sehingga mendorong Israel melancarkan serangan tersebut.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, tindakan tentera Israel yang sengaja menjadikan warga tua, wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran turut menambahkan kebencian masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap rejim Yahudi itu.
''Tindakan mereka menyerang Universiti Islam Gaza sudah cukup membuktikan kecenderungan mereka untuk menyerang masyarakat awam.
''Ia menimbulkan kemarahan masyarakat dunia yang cintakan keamanan dan atas dasar itu, Israel perlu menghentikan kegiatan yang tidak berlandaskan moral dan perundangan ini dengan serta merta,'' katanya.
Sumber: Utusan Malaysia, 31 Disember 2008
+
06 Disember, 2008
Kedudukan Istimewa Sekolah Agama Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Hari ini, Dato Hishamuddin Hussein Onn menafikan cadangan Mukhriz sebagai perkauman. Cadangan Mukhriz adalah untuk mengurangkan polarisasi kaum dengan disepadukan sistem persekolahan menjadi satu sistem kebangsaan. Tiada disebut akan menutup sekolah-sekolah vernakular.
Beberapa hari sebelum ini Dato Najib dengan segera mencurah air sejuk ke atas gagasan Mukhriz ini dengan menyatakan ia akan kekal selagi kaum Cina dan India memerlukan.
Hishamuddin dilaporkan Malaysiakini.com seolah-olah berkata usah dipanjangkan isu ini kerana akan membabitkan kedudukkan Sekolah Agama. Sistem pendidikkan kita berasaskan sekolah aliran kebangsaan dan aliran lain-lain yang termasuk sekolah Cina, Tamil, Muballigh Kristian dan Agama Islam. Jika di"kacau" sekolah vernakular, Sekolah Agama kena ikut mengalah.
Sebenarnya pemahaman Hishamuddin itu tidak berapa tepat. Status Sekolah Agama tidak boleh dikira setaraf dengan Sekolah Vernakular. Sekolah Agama mempunyai kedukkan istimewa di bawah Artikel 3, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bersesuaian sebagai Agama Persekutuan.
Artikel 12, bukan saja begitu kuat sekali menekankan bahawa peruntukkan untuk Sekolah Agama dibenarkan di bawah undang-undang, tetapi tersirat disebalik penulisan undang-undang itu maksud bahawa tidak mengeluarkan peruntukkan untuk aliran Sekolah Agama adalah bertentangan dengan Perlembagaan.
Islam Dalam Perlembagaan
Bagi menerangkan perkara ini, utama sekali diketahui Islam adalah Agama Persekutuan sebagaimana peruntukkan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, berikut:
3 (1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
Dengan demikian, jelas tanpa was-was bahawa kedudukkan Islam sebagai Agama Persekutuan meletakkan Islam lebih tinggi di bawah Perlembagaan dengan agama-agama lain.
Setiap kumpulan agama adalah bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran agama masing-masing, seperti mana tercatat dalam Artikel 11 Perlembagaan berikut:
11(3) Every religious group has the right -
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law
Dalam hal-hal ini, kedudukkan Islam sebagai Agama Persekutuan lebih tinggi dari taraf Agama Rasmi yang lebih berupa istiadat tetapi ada jurang antara state dengan agama. Pentadbiran Islam di negara ini lebih berstruktur dan rapat state di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama dan urusan hal ehwal Agama Islam jatuh di bawah bidang kuasa rasmi kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan.
Bersesuaian sebagai status Agama Persekutuan, dana kerajaan dibenarkan untuk diguna bagi tujuan pengurusan dan penyebaran. Dalam hal pendidikkan, klausa 12 (2) begitu jelas dan nyata dana kerajaan harus disalurkan untuk tujuan ini.
12(2) Every religious group has the right to establish and maintain institutions for the education of children in its own religion, and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.
Bahagian diatas yang telah dikasar dan diwarnakan bermula dengan perkataan "it shall be lawful for the Federation or a State " untuk menyediakan perbelanjaan untuk pendidikkan agama, termasuk meliputi Sekolah-Sekolah Agama Rakyat.
Dari nasihat dan pandangan seorang bekas hakim, ini adalah satu tuntutan yang tegas. Bagi sesuatu yang dinyatakan sebagai "lawful" (dibenarkan undang-undang), perkataan-perkataan berlawanan adalah lebih menyerlah. Tersirat disebalik adalah ia sesuatu yang "unlawful" (bertentangan undang-undang) bagi perbelanjaan tidak disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Agama.
Lebih Tinggi Taraf dari Sekolah Vernakular
Jika dirujuk kepada Artikel 152 Perlembagaan berkenaan Bahasa Kebangsaan bersama Artikel 12 berkenaan hak untuk mendapat pendidikkan, kerajaan tidak bertanggungjawab untuk membiayai Sekolah-Sekolah Vernakular.
Artikel 152 (1) menyatakan berikut:
152 (1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law* provide:
Provided that-
a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and
(b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.
Artikel ini menyatakan Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan dengan beberapa syarat.
Pertama, selagi kaum lain tidak dilarang dan ditegah untuk mengajar dan belajar Bahasa tersebut. Hak ini hanya hak peribadi dan bukan melibatkan kerajaan. Ia bersesuaian dengan hak asasi manusia yang dideklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu.
Syarat kedua adalah ia tidak menafikan pihak kerajaan untuk memelihara dan mempertahankan kegunaan dan pengkajian bahasa pelbagai masyarakat-kaum lain di dalam Persekutuan Malaysia. Ini bermakna kerajaan boleh bantu tetapi ayat itu tidak menyatakan kerajaan mesti lakukan.
Artikel 152 (1a) ada menyebut "any other communities" yang bermaksud kaum-kaum lain selain Melayu. Tetapi kaum-kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak tertakluk sebagai masyarakat-kaum lain kerana status Bumiputera mereka. Sebenarnya mereka lebih berhak untuk mendapat peruntukkan kerajaan untuk diajar dan mengajar bahasa ibunda mereka di sekolah-sekolah kebangsaan.
Tersirat disebalik Artikel 152 adalah kerajaan tidak perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan kegunaan dan kajian bahasa lain dari Bahasa Melayu dan lebih-lebih lagi untuk mengajar dan belajar bahasa lain.
Dengan demikian, sekolah-sekolah vernakular yang tidak memenuhi aspirasi kebangaan yang tertakluk dalam perlembagaan dan rancangan-rancangan kerajaan yang telah melalui proses Parlimen tidak ada hak di bawah Perlembagaan untuk menuntut sokongan dan bantuan kerajaan, seperti peruntukkan kewangan.
Jelas sekali, tidak ada isu memperjuangkan satu aliran sekolah kebangsaan akan menjejaskan sekolah aliran agama. Dari segi Perlembagaan, Sekolah Agama adalah lebih tinggi taraf dan terlindung dari Sekolah Vernakular.
Harap Hishamuddin membetulkan kesilapan ini. Ini hanya teguran dan pandangan yang hanya ikhlas untuk alif, ba dan ta yang jauh lebih utama dari perkiraan parti dan politik.
* Diedit dan kemaskini 6/12/08 8:00 am
Sumber:
Another Brick in the Wall: Sekolah Agama Rakyat: Betulkah Pemahaman Undang-Undang Kamu, Hishamuddin?