
[Gambar EXCO BN Perak]
[Gambar Exco Boneka DAP]
Ingatkan bila sudah tidak jadi Menteri Besar dia akan segera insaf. Tapi lain jadinya. Habis DAP hasut jadi derhaka. Karpal Singh yang angkuh mahu saman Sultan. Dengan angkuh cakap "Singh is King".
Nampak je peluang dan ruang ada depan mata, diheret pula Nizar ke PRK Bukit Gantang. Ngeh cakap Nizar adalah simbol. Simbol apa? DAP nak sampaikan mesej apa dan pada siapa? Kalau pada BN aku tak kisah. Tapi kalau pada Sultan aku kisah sangat-sangat!
Rupanya kuat pengaruh DAP terhadap Nizar. Power betul kuasa Puppet Master - Ngeh Nga! Tindakan DAP membonekakan Nizar sebagai calon tidak menjadi apa-apa liabiliti pada DAP.
Malahan nampak sungguh bijak tindakan ini. Kalau Nizar menang, boleh dibonekakan sampai mati. Dan kalau kalah sekali pun, tak akan jadi kudis pada DAP.

Bijak! Bijak!
