-
Oleh ROHANI IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kepimpinan 22 tahun beliau yang bebas daripada sebarang pertelingkahan kaum sebagai sangat bernilai.
Beliau berkata, sepanjang tempoh kepimpinannya itu, konflik perkauman di Malaysia berada pada tahap yang sangat rendah.
''Kami hidup dalam suasana harmoni. Bagi saya itu adalah perkara yang paling bernilai.
''Biarpun orang tidak sukakan saya, saya berjaya memimpin negara dengan aman tanpa sebarang konflik kaum,'' katanya.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditemu bual oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Forbes Media, Steve Forbes dalam sesi A Meeting of Minds sempena Persidangan Global Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Forbes di Hotel Shangri-La di sini yang berakhir hari ini.
Tambahnya, ketika memulakan tugas, beliau seorang Perdana Menteri yang tidak popular khususnya di kalangan komuniti Cina negara ini.
''Namun saya menamatkan kepimpinan sebagai seorang pemimpin yang lebih popular di kalangan komuniti Cina malah jauh lebih popular berbanding di kalangan komuniti saya sendiri,'' katanya.
Ditanya oleh seorang peserta persidangan dari Australia, mengapa beliau tidak disukai masyarakat sedangkan beliau seorang pemimpin yang bijaksana, Dr. Mahathir menjelaskan ia adalah kerana, beliau mengatakan perkara yang benar.
''Apabila anda mengatakan perkara yang benar tetapi tidak menyenangkan hati maka orang tidak akan sukakan anda. Namun selepas itu mereka akan menyedari bahawa mereka terpaksa menerima kebenaran.
''Saya rasa orang tidak begitu membenci saya pada masa ini iaitu selepas saya bersara,'' jawabnya sambil ketawa.
Ditanya mengenai Wilayah Iskandar di Johor pada sesi soal jawab, Dr. Mahathir berkata, ia adalah projek yang baik namun ia akan menjadi lebih baik jika Singapura membenarkan Malaysia membina sebuah jambatan untuk menggantikan Tambak Johor.
''Tambak Johor sudah terlalu sesak sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar raya Johor Bahru dan ia tidak baik untuk pembangunan.
''Lupakan idea Tambak Johor adalah nostalgia. Tambak perlu diganti, ia tidak lagi berguna. Pada 1923 ya, tambak itu diperlukan. Tapi ini abad ke-21, kita perlukan jambatan,'' jelasnya.

(Sumber: Utusan Malaysia, 1 Oktober 2009).
+