Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan

23 Oktober, 2014

ISU SENTUH ANJING: DAP DAN PKR CUBA MENGALIHKAN ISU KEPADA ISU POLITIK SUPAYA ISLAM BERPECAH



Isu kempen “ I want to touch a dog” masih lagi hangat diperkatakan. Umat islam di Malaysia majoritinya menolak kempen ini. umat islam bersatu dan mempunyai satu suara yang menolak kempen seperti ini. kempen ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap islam dan dilakukan dengan ilmu yang cetek terhadap islam. Kempen ini juga di khuatiri sudah diresapi dengan fahaman islam liberal yang boleh menjadikan akidah umat terpesong. Memang sepatutnya umat islam itu bersatu dan menolak kempen seperti ini. Bersatu kerana agama islam.

Disebabkan umat islam itu bersatu dalam hal ini, dan ini telah meresahkan musuh umat islam dan juga orang-orang tidak mahu islam itu bersatu. Beberapa update didalam twitter dan FB telah dikesan cuba menjadikan isu “I want to touch a dog” sebagai isu politik. Dimana umat islam itu mudah berpecah jika ia melibatkan politik. 


Pada Mulanya Nurul Izzah mengucapkan tahniah kpada penganjur- sedangkan kempen ini tiada kaitan dengan PKR pun. 

Kemudian Nga Kor Ming- secara tiba-tiba mengaitkan isu ini dengan UMNO. Tiada seorang pemimpin UMNO yang bersuara tentang kempen ini, macam mana tiba-tiba Nga Kor Ming ini boleh mengaitkan isu ini dengan UMNO. Dimana logiknya? 

Para penyokong PR pula telah memuat naik gambar-gambar pemimpin UMNO dan mengaitkan mereka dengan kempen ini. seolah-olah mereka mahu mengatakan “pemimpin UMNO juga ada buat dosa, apa salahnya umat islam buat dosa lagi dengan kempen sentuh anjing ini”.

PR cuba mensensasikan isu ini supaya menjadi isu politik. Apakah tujuan sebenar mereka membuat ini? adakah mahu memastikan umat islam itu terus berpecah, supaya islam itu jatuh tersungkur di Tanah Melayu ini. 

Ayuh umat islam jangan terpengaruh dakyah golongan ini. Teruskan mengecam orang-orang yang membuat kempen ini, supaya tiada lagi orang yang mahu menganjurkan kempen yang secara tidak langsung membuat provokasi dan fitnah terhadap islam. Teruskan boikot pasaraya yang menjadi tempat kempen maksiat seperti “ I want to touch a dog” dan “octoberfest”, supaya pada masa akan datang tiada pasaraya atau tempat lain yang berani memberikan tempat untuk tujuan seperti ini.

13 Oktober, 2014

"BUY IN ONE UTAMA LAST "- SEBAGAI BANTAHAN PENGANJURAN PESTA ARAK SECARA TERBUKA!!



Grand final Oktoberfest (pesta arak) telah pun diadakan secara terbuka buat pertama kalinya di
Malaysia. Kemuncak pesta arak ini telah diadakan di ruang tempat letak kereta One Utama, pada 11 dan 12 oktober 2014. Ironinya Malaysia merupakan Negara islam dan mempunyai majority penduduk beragama islam.

Papan iklan mempromosikan pesta ini cukup gah di tayangkan di Shah Alam (ibu negeri yang mempunyai majority umat islam.Jika promosi terbuka seperti itu dikatakan hanya untuk orang bukan islam, memang sungguh pelik. Kalau mahu mempromosikan kepada “target customer”, mungkin tidak perlu iklan terbuka seperti di shah alam. 

Umat islam di sekitar lembah klang telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran pesta arak secara terbuka. Tetapi malangnya bantahan ini tidak diendahkan, bantahan juga dibuat oleh parti politik melayu (UMNO dan PAS). Malangnya ada MP dari PAS
yang menyokong pesta ini. Parti politik yang berasaskan kaum lain tidak membantah pesta ini, malah pemimpin dari DAP dan PKR menghadiri pesta arak ini. MB Selangor dari PKR juga tidak mahu membantah pesta ini. Umat islam bukan mahu menidakkan hak penganut agama lain untuk minum arak, tetapi umat islam tidak mahu pesta ini diadakan secara terbuka. Pengiklanan secara terbuka di Shah alam itu juga seolah-olah seperti provokasi terhadap umat islam. Umat islam di lembah klang tidak pun membantah beberapa siri pesta arak ini, kerana ia diadakan secara tertutup, tetapi mereka membantah acara kemuncaknya kerana ia diadakan secara terbuka.

Sensitivity umat islam dinegara ini telah di kacau dengan penganjuran grand final Octoberfest 2014 secara terbuka ini. Segala bantahan umat islam kepada octoberfest ini dipandang sepi. Pemimpin-pemimpin islam hanya mementingkan kuasa daripada menjaga sensitivity umat islam. 

Sekiranya perkara ini dibiarkan, pasti akan ada pesta-pesta yang bersifat provokasi seperti ini pada
masa akan datang. Umat islam perlu bersatu dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang. Umat islam perlu menggunakan kekuatan kita. Pada ketika ini antara kekuatan umat islam di Malaysia adalah kuasa membeli. Mungkin Umat islam berbelanja di pasaraya lain selain One Utama sebagai tindakan bantahan kerana menganjurkan pesta arak secara terbuka. Mungkin dengan tindakan seperti ini, umat islam dapat memberikan mesej kepada mana-mana pasaraya supaya mengambil endah tentang sensitivity umat islam sebelum menganjurkan apa-apa aktiviti secara terbuka. Umat islam sebelum ini telah Berjaya dalam kempen menyelamatkan Palestine dengan menggunakan kaedah boikot sebuah franchise makan segera terkemuka. Ini membuktikan umat islam di Malaysia mempunyai kekuatan dalam kuasa membeli. Kita perlu menggunakan kekuatan ini sekali lagi untuk mengelakkan pesta seperti ini dibuat secara terbuka di Malaysia.

Ayuh!! Bangunlah umat islam nyatakan bantahan ini. Walaupun pesta itu telah berakhir, tetapi umat islam perlu sampaikan mesej bantahan ini kepada semua rakyat dan pemimpin. Supaya ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. BERBELANJALAH SELAIN DARIPADA ONE UTAMA.

29 Ogos, 2014

KEMELUT MB SELANGOR: SPEKULASI KHABAR ANGIN

Kemelut MB Selangor berterusan dengan perkembangan terkini dimana PKR dan DAP menderhaka kepada sultan dengan hanya memberi satu nama iaitu Wan Azizah. Nampaknya DS Anuwar masih berkeras mahukan isterinya menjadi MB Selangor. Ini barulah dikatakan sebagai nepotisme tahap tertinggi. Apapun isu ini telah mengundang perasaan jelek rakyat Selangor kepada PKR, tetapi tidak kepada kaum cina terhadap DAP. Mengapa DS Anuwar mahukan isterinya menjadi MB? Adakah kerana rizab tunai negeri Selangor yang bernilai 3 billion itu? Jika benar kerana rizab tunai itu menjadi sasaran DS Anuwar, kemanakah arah wang itu akan dibelanjakan?

Kronologi politik semasa Malaysia, selain dari isu MB Selangor. Masyarakat juga disajikan dengan khabar angin isu usaha beberapa pihak dalaman UMNO untuk menjatuhkan Ds Najib. DS Najib telah menjadi sasaran kerana kelemahannya menjaga politik dalaman UMNO, terdapat unsur ikut cakap bini, tidak tegas dalam menjaga hak melayu, terlalu mengikut rentak pembangkang walaupun perkara itu menjejaskan hak melayu (isu penghapusan akta hasutan dan kalimah Allah) dan sebagainya. Hujah ini diperkuat dengan penarikan semula sokongan Tun Mahathir terhadap DS Najib.
Terdapat juga khabar angin yang mengatakan rombakan besaran cabinet seharusnya sudah berlaku, disebabkan kelemahan DS Najib dalam percaturan politik dalaman UMNO beliau tidak melakukannya. Ini juga telah menimbulkan kemarahan beberapa MP yang mungkin dipilih menjadi menteri atau jawatan lain dalam rombakan tersebut.

Sekiranya penulis mengangkat khabar angin ini sebagai fakta, ini akan menjurus kepada spekulasi kepada kerakusan DS Anuwar untuk mendapatkan rizab tunai 3 billion itu. DS Anuwar sememangnya dikenali sebagai oportunis. Rizab itu mungkin akan diguna pakai untuk membeli MP yang kecewa dan marah dalam perkembangan politik semasa BN. DS Anuwar perlukan wang tersebut dalam kadar segera sebelum DS Najib membuat langkah untuk memujuk MP yang marah itu atau perkara lain yang berlaku. Ini bukanlah kali pertama DS Anuwar mahu berkuasa dengan menggunakan jalan belakang. Ia pernah berlaku selepas pru12. DAP juga merestui cara DS Anuwar ini, sebab itu mereka menyokong tindakan PKR dalam isu MB Selangor walaupun ia kelihatan begitu jelek sekali. PAS sememangnya tidak pernah bersetuju dalam usaha untuk berkuasa melalui pintu belakang, prinsip ini juga terlihat selepas pru12 semasa PKR dikatakan mahu membeli MP BN, DS Hadi telah mengeluarkan kenyataan tidak menyokong cara untuk berkuasa seperti itu.
 
Apa yang penulis ceritakan diatas adalah berdasarkan cakap-cakap kosong. Tiada fakta yang menyokong cerita diatas. Bagaimanapun sekiranya ini benar-benar berlaku, penulis lihat begitu jeleknya politik Malaysia sekarang. Semuanya hanya berdasarkan kuasa semata-mata. Dimanakah perjuangan untuk menjaga islam? Perjuangan menjaga hak melayu? Perjuangan menjaga rakyat? Apakah jenis pemimpin yang kita ada ketika ini? bolehkah kita bergantung dengan mereka? Begitu banyak persoalan dan tiada jawapannya.

Semoga sempena bulan kemerdekaan ini, kita diberi kesedaran dan petunjuk. kita perlu menyokong pemimpin yang benar-benar pemimpin yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara. bukan sekadar kuasa semata-mata. Jangan kita mengambil sambil lewa dalam pemilihan, waima dalam pemilihan ketua cawangan sekali pun. tidak kira ia untuk parti UMNO atau PAS. Dua parti inilah yang akan menjaga Melayu dan islam. Jangan biarkan pemimpin yang gila kuasa menguasainya. 

SELAMAT HARI MERDEKA.... DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...

18 Ogos, 2014

Krisis MB Selangor: DAP & PKR campak tolak ansur Hadi dalam longkang


Mana maruah Pas? Syor Presiden PAS, Hj Hadi Awang untuk menyertakan nama Azmin sebagai calon MB yang disokong sebulat suara AJK Pas Pusat itu pun tidak dihormati oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Syor Hj Hadi dikatakan sebagai "suatu tolak ansur" seperti mana dicatat Dr Muhaimin iaitu salah seorang AJK Pas Pusat dalam mesyuarat itu semalam  pun dengan mudah dipermainkan oleh DAP dan PKR.

Di situ sahaja kita sebagai rakyat dapat menilai sejauh mana kemampuan Pas yang dikatakan cuba menjadi pengganti UMNO. Pas ternyata lemah dalam berpolitik. Cara berpolitik pas ternyata merugikan Melayu dan Islam.

Persoalannya, apakah dengan keadaan seperti ini Pas mampu meyakinkan orang Melayu Islam untuk mempertahankan perkara-perkara yang dekat dengan Melayu dan Islam yang sudah menjadi hak milik seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pada masa akan datang?

Kesimpulannya, adalah sangat mudarat untuk menyokong dan mengundi Pas kerana Pas tidak punya upaya untuk bertegas. Jauh sekali untuk menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.

Catatan Selepas Mesyuarat oleh Dr Muhaimin, AJK Pas Pusat


15 Ogos, 2014

ISU MB SELANGOR: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM SELANGOR



Isu penukaran MB Selangor semakin panas dengan tindakan Khalid memecat semua exco negeri dari PKR dan DAP. Wan Azizah juga telah mengumumkan beliau mempunyai 30 ADUN yang menyokongnya untuk menjadi MB. PAS pula telah memberitahu sekiranya ADUN BN dilantik sebagai exco, mereka akan keluar dari kerajaan campuran itu ( begitu bencinya PAS dengan UMNO, Nampak sangat PAS berjuang atas semangat kebencian). Dua ADUN dari PAS telah mengumumkan mereka menyokong Wan Azizah. Keadaan ini telah menjadikan Khalid semakin tersepit.

Pada pandangan penulis, Khalid mungkin boleh mengumumkan exco negeri semuanya dari PAS. Ini kerana untuk mengelakkan PAS dari keluar dan menyokong Wan Azizah. UMNO telah mengumumkan akan menyokong TSKI tanpa syarat, dan ini membolehkan kerajaan islam menjadi kenyataan. UMNO mungkin kempunan untuk bersama dalam kerajaan negeri, tetapi mereka akan mendapat semangat moral kerana berjaya menjatuhkan PR di Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mengumumkan semua exco negeri dari PAS dan seterusnya membuat hebahan umum ini adalah kerajaan islam pertama diSelangor. Menjatuhkan kerajaan ini sama dengan menjatuhkan islam di Selangor. Pada pendapat penulis, ini akan memberikan kekangan kepada PKR dan DAP. Kerana PKR juga mahu sokongan umat islam dan DAP juga begitu, mahu keluar dari perspektif DAP anti islam. Dua ADUN PAS itu juga akan mendapat tempiasnya juga dan akan dianggap pengkhianatan kepada islam.

Terdapat teman penulis yang mengatakan bahawasanya rakyat negeri Selangor tidak pandang sangat penubuhan kerajaan islam dan ini tidak akan memberi impak yang besar kepada isu ini. Tetapi pada hemat penulis, walaupun ini tidak memberi kesan yang begitu mendalam kepada pengundi di Selangor, tetapi ia akan memberi kesan yang besar ke atas politik Malaysia keseluruhan. Usaha DAP untuk menarik umat islam menyertai DAP juga akan terbantut. Semua kesan-kesan ini akan diambil perhatian oleh PKR dan DAP sebelum mengambil langkah seterusnya untuk menjatuhkan TSKI.

Mungkin akhirnya TSKI akan jatuh jua, tetapi biarlah kalau jatuh ia memberi kesan yang maksima kepada DAP dan PKR. “Ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu”.

09 Ogos, 2014

DAP Label Dr. Zuhdi Rasis dan Ekstremis Tapi Niat Sebenar Tuju Kepada Perkara 11(4) dan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 Selangor

DAP melalui Setiausaha Publisiti, Tony Pua yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara telah mengeluarkan kenyataan membidas analisa Pengarah Operasi Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki. Tony Pua (dalam Sinar Harian, 30 Julai 2014) telah meletakkan label rasis dan ekstremis ke atas Dr. Zuhdi. 


Persoalannya, apakah benar apa yang ditulis oleh Dr. Zuhdi itu bersifat rasis dan ekstremis? Penulis tidak fikir apa yang ditulis oleh Dr Zuhdi adalah menjadi satu kesalahan sehingga boleh dilabel rasis dan ekstremis oleh DAP.

Apa yang dikatakan oleh beliau adalah sesuatu yang benar dan apa yang lebih penting ianya bersandarkan undang-undang. Malah DAP boleh sahaja membuat laporan polis sekiranya berpendapat bahawa analisa Dr Zuhdi itu rasis dan ekstremis.

Penulis percaya DAP tidak akan berani berbuat demikian kerana sedar bahawa mereka membuat kenyataan yang tidak bersandarkan pada undang-undang yang sah. Sebaliknya apa yang diperkatakan oleh Dr Zuhdi adalah bersandarkan undang-undang yang sah yang terpakai dan masih berjalan dalam negara ini.

Berikut antara apa yang DAP persoalkan . (Untuk laporan penuh, sila rujuk Sinar Harian):

Yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej beliau bahawa selepas penceraian daripada PR, "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah ALLAH, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

‘Analisa’ Dr Mohd Zuhdi jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis beliau di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah.

Dr Mohd Zuhdi berpendapat bahawa antara faedah penceraian adalah ia dapat “kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam”.


Isunya ialah Dr Mohd Zuhdi telah membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.
 
Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak “dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan.”
 
Rakyat Malaysia meminta supaya Dr Mohd Zuhdi menyedari pemikiran sempit beliau dan memohon maaf ke atas pendapat beliau.

Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Dr Mohd Zuhdi terus berada dalam PR, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar.
 
Pada masa yang sama, kami berharap supaya Pas mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin yang berpemikiran sempit seperti Dr Mohd Zuhdi supaya nama baik parti Pas yang berslogan “Pas for All” tidak terus tercemar.

Di dalam kenyataan Tony Pua itu beliau ada menyatakan bahawa apa yang kontroversi ialah analisa Dr. Zuhdi yang membidas campur tangan DAP, pihak gereja dan bukan Muslim dalam hal yang berkaitan dengan aktiviti pemurtadan oleh pihak gereja dan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Katolik di Selangor. Ini yang mendorong Tony Pua melabel Dr. Zuhdi sebagai rasis dan ektremis.

Hakikatnya, apa yang dikatakan oleh Dr. Zuhdi adalah cerminan daripada peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan, secara khusunya Perkara 11. Sepatutnya Dr. Zuhdi tidak dilabel sebagai rasis dan ekstremis, sebaliknya sebagai rakyat yang berani menegakkan apa yang benar seperti yang dimaktub kemas dalam Perlembagaan negara.

Perkara 11(1) menyatakan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti agama masing-masing. Tetapi Perkara 11(1) juga menyatakan pengembangan agama selain Islam tertakluk kepada Perkara 11(4) yang menyatakan undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal bagi mengawal dan menyekat pengembangan agama lain terhadap umat Islam. Perkara 11(1) hendaklah dibaca bersama Perkara 11(4).

Jadi dalam hal analisa Dr. Zuhdi yang menyentuh pemeriksaan pihak berkuasa agama Islam ke atas gereja yang jelas melanggar Perlembagaan ini tidaklah boleh DAP label sebagai rasis dan ekstremis. Sebetulnya DAP, pihak gereja dan bukan Islam yang persoal Perkara 11 ini yang wajar dilabel rasis dan ekstremis.

Dalam hal penyalahgunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Katolik di Selangor pula ianya jelas melanggar undang-undang kerajaan negeri Selangor. Dalam Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 jelas melarang penggunaan perkataan berkait rapat dengan Islam termasuklah kalimah ALLAH bagi tujuan pengembangan oleh agama selain Islam. Kedegilan DAP dan pihak gereja Katolik dalam isu kalimah Allah secara jelas turut  melanggar Perkara 3 yang mana menggariskan Islam adalah agama bagi Persekutuan, walau bagaimanapun, agama lain boleh diamalkan dengan syarat diamalkan secara aman damai.

Jadi, yang rasis dan ekstremis bukanlah Dr. Zuhdi, tetapi DAP yang secara terang-terangan tidak menghormati undang-undang seperti termaktub dalam Perkara 11 dan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Telunjuk DAP kepada Dr Zuhdi dengan label rasis dan ekstremis nampak sangat canggung kerana tidak ada salahnya dengan analisa tersebut. Sebaliknya tindakan DAP membidas analisa tersebut jelas memperlihatkan niat sebenar DAP. Niat sebenar DAP ialah mempertikai Perkara 11(4) dan Enakmen Selangor 1988 yang sesungguhnya tidak cocok dengan selera mereka. Hajat besar mereka sudah pun disuarakan oleh 3 ADUN DAP Selangor yang mahu Enakmen 1988 ini dipinda.

Kepada sahabat di pihak Pas. Apakah dengan terpelantingnya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan boneka DAP iaitu bini Anwar Ibrahim mampu mempertahankan apa yang selama ini Khalid Ibrahim cuba pertahankan walau pun berdepan tekanan hebat DAP, pihak gereja dan bukan Islam seperti mana analisa Dr Zuhdi itu?

Mampukah Pas Selangor menegakkan apa yang hak seperti termaktub dalam undang-undang? Atau selepas ini terus disenyapkan oleh suara-suara garang DAP, gereja dan bukan Islam di Selangor? Apa pilihan Pas buat masa ini? Ayuh kuak ke tepi perbezaan kita. Bersatulah demi kuasa politik Melayu Islam di Selangor.


Rujukan:

Abdul Monir Yaacob. (2009). “Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Penilaian”. Dalam  Jurnal Fiqh, No. 6 (2009) 1-20.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), 1988 (Negeri Selangor).

NurHafilah Musa. (2007). “Undang-undang Kawalan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam – Satu Penilaian Selepas 50 Tahun Perlembagaan Persekutuan”. Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Tuanku Jaafar 2007, 20 & 22 Ogos 2007, anjuran Fakulti Undang-Undang UKM.

Tony Pua. (dalam Sinar Harian, 30 Julai 2014). “Kenyataan rasis: DAP mahu Zuhdi minta maaf”.

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin