-
Blog Kembara Politik bermula pada 16 September 2008. Tarikh ini memang bersejarah. Tarikh 16 September itu merupakan tarikh pembentukan Malaysia iaitu pada 16 September 1963.
Artikel tersebut ditulis setelah penulis terbaca sebuah karikatur yang diterbitkan oleh Harakah (penulis lupa tarikh karikatur tersebut diterbitkan). Jika tidak silap penulis, karikatur tersebut dihasilkan oleh kartunis Rossem. Kartunis tersebut telah melukis gambar kartun individu yang sedang memegang sebuah kanta dan sedang meneliti dan menjejaki tapak-tapak kaki yang bertulis “Dalang Forum Peluk Islam”.
Bertitik-tolak daripada itulah, penulis mencari beberapa fakta dan penulisan yang berkait rapat dengan mengapa forum itu dianjurkan dan siapa yang terlalu lantang mempertikai keputusan mahkamah Syariah berhubung beberapa pertikaian kes sehinggakan Majlis Peguam kononnya merasakan perlu dianjurkan forum sedemikian.
Umat Islam rata-ratanya membantah. Apakah nilai kuasa mahkamah Syariah di mata para aktivis tersebut? Apakah mereka tidak menghormati peruntukan bidang kuasa mahkamah Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan?
Hasil carian fakta dan maklumat yang diperolehi ialah beberapa aktivis yang berselindung di sebalik perjuangan hak asasi ini memang sebenarnya adalah beberapa orang kuat dalam PKR dan DAP. Dan yang peliknya, PAS masih boleh berkerjasama dengan PKR dan DAP walau pun ada pemimpin PAS dan PKR yang membantah forum tersebut.
Mereka semacam cuba menyembunyikan bahawa aktivis yang lantang mempertikai keputusan mahkamah Syariah tersebut adalah terdiri dari pemimpin dan orang kuat PKR dan DAP juga. Namun PAS cuma memejamkan sebelah mata disebabkan terlalu sayangkan Pakatan Rakyat yang baru dibentuk. PAS sudah tidak kisah untuk berkerjasama dengan aktivis dan para pemimpin DAP dan PKR yang mempertikai bidang kuasa mahkamah Syariah ini.
Artikel ini kemudiannya diolah dengan lebih lanjut oleh blog AnwarDotCom dan diterbitkan dengan tajuk “
Dalang Sebenar Forum Peluk Islam” pada 11 Oktober 2008. Olahan dan perkaitan yang dibuat oleh blog AnwarDorCom menunjukkan perkaitan dengan lebih jelas penglibatan parti PKR , DAP dan restu Anwar Ibrahim dalam “Forum Peluk Islam “ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam walau pun ditentang oleh majoriti umat Islam.
Dan PAS hanya memejamkan mata. Walau pun terdapat sedikit bantahan yang dibuat, bantahan tersebut semacam hendak melepaskan syarat sahaja. PAS seakan lupa bahawa rakan sekutu Pakatan Rakyatnya iatu parti PKR dan DAP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran “Forum Peluk Islam” tersebut. Umpama marah-marah sayang!
Oleh yang demikian, penulis menyeru pada semua agar menolak Pakatan Rakyat ini di setiap pilihanraya. Rakyat yang bijak dalam sebuah negara demokrasi akan menggunakan kuasa undi untuk mencorak hala tuju perjuangan para pemimpinnya. Sudah tiba masanya orang Melayu menggunakan pendekatan yang sama untuk menghukum PAS yang sudah terpesong jauh dari matlamat perjuangannya.
Rakyat sudah menghukum UMNO yang alpa dengan perjuangan dalam PRU12 yang lalu. Dan hasilnya Insya-Allah UMNO akan berubah menjadi lebih baik dalam memperjuangkan agama dan bangsa di masa akan datang.
"Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.
Jadi apakah PAS masih berada di landasan perjuangan yang dirangka oleh pemimpin ulung terdahulu PAS yang benar-benar berjuang demi Melayu dan Islam? Realitinya senario PAS kini hanya berfungsi sebagai boneka DAP dan PKR semata-mata sayangkan undi minoriti. Tetapi dalam masa yang sama PAS lupa perjuangan bagi yang majoriti.
Kepada pengundi Kuala Terengganu, suka penulis mengingatkan agar mengggunakan kuasa undi secara bijaksana untuk menunjukkan bahawa kita semua prihatin!
Diedit pertama kali pada 3 Januari 2009
+