24 Jun, 2014

ISU OKU (ADIK FIRDAUS)- DIJADIKAN BAHAN POLITIK OLEH PENYOKONG PR

Pada sabtu minggu lepas negara telah dikejutkan oleh isu adik firdaus. Adik firdaus merupakan seorang OKU yang telah dijumpai oleh JKM dalam keadaan yang amat daif. kepada sesiapa yang melihatnya akan berasa tersentuh dan sedih. tergamak seorang ibu yang membiarkan anak OKUnya sebegitu rupa, sedangkan jika dilihat dalam FB ibunya, dia agak menjaga penampilan. Cerita mengenai adik firdaus ini telah menjadi bualan oleh masyarakat malaysia pada hujung minggu ini. Adik firdaus telah dijumpai di Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri sembilan. Menurut penduduk flat itu, mereka tidak mengetahui tentang kewujudan insan OKU ini, lantaran ibunya tidak banyak bergaul dengan penduduk setempat.


Gambar yang dimuat naik oleh penyokong PR
Pada hari isnin penulis mendapati gambar-gambar adik firdaus telah dimuat naik kedalam media sosial oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka, sperti biasa menyalahkan pihak BN kerana isu ini. Pelbagai tohmahan di berikan kepada pihak kerajaan. Ada yang mengatakan kerajaan mementingkan panda berbanding isu OKU, kerajaan telah mengabaikan rakyat dan banyak lagi. Ingin penulis ingatkan kepada penyokong PR bahawasanya DUN nilai telah dimenangi oleh DAP (J. Arul Kumar) dengan majoriti 4,047. ADUN merupakan orang yang dipilih rakyat setempat untuk menjaga kawasan mereka. Dimanakah beliau? ADUN sepatutnya menjadi orang yang paling mengetahui tentang masyarakat atau masalah-masalah yang berbangkit, dimanakah DAP dalam isu ini? sudah pastinya mereka tidak buat kerja. Selepas PRU terus menghilang, sehingga isu ini keluar.

Sebenarnya isu sebegini tidak seharusnya menjadi bahan politik. Penyokong PR seperti biasanya terus menerus mencari isu-isu politik, segala-gala isu mahu dipolitikkan. Tidak terlintas langsung di hati mereka untuk menjaga sensitiviti. Hanya memikirkan keuntungan politik semata-mata. Bersikap matang lah sedikit wahai penyokong PR.

rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140623/dn_12/Penduduk-Flat-Taman-Semarak-terkejut

20 Jun, 2014

VIDEO DAP MAHUKAN MALAYSIA MENJADI NEGARA SEKULAR

Penulis merasa terpanggil untuk menyiarkan video yang menunjukkan DAP merupakan parti yang mahu menjadikan Malaysia negara sekular. Walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan, tetapi DAP tidak mahu mengakuinya dan mahu menghapuskannya sekiranya berkuasa. DAP mahu menjadikan Malaysia negara sekular, ironinya PAS menyokong DAP dalam PRU sebelum ini. 

Apakah maksud sekular? Perkataan sekular akar katanya saeculum dalam bahasa Latin yang membawa makna pemisahan agama daripada sistem dan kehidupan. Dalam bahasa mudah, negara sekular tidak membenarkan agama berperanan dalam sistem pentadbiran dan pendidikan. Apa akan berlaku jika negara menjadi sekular?? daripada pemahaman penulis.. ia akan menghapuskan undang-undang syariah, pendidikan agama islam (sistem sekolah kebangsaan), menghapuskan UIA (sistem pendidikan tinggi awam negara), menghapuskan tabung haji dan pengurusan haji (diuruskan oleh menteri di Jabatan perdana menteri) dan banyak lagi. Ini akan berlaku kerana prinsip negara sekular akan memisahkan agama daripada sistem pentadbiran dan pendidikan.

Berikut adalah video yang menunjukkan DAP mahu menolak Negara islam di Parlimen:-

sungguh licik Lim Kit siang mahu merosakkan Malaysia dengan menghasut parti bukan islam yang lain..


Jawapan yang pernah diberikan oleh kerajaan berkenaan Negara Sekular:- 


Pendapat daripada yang dipertua dewan parlimen Malaysia mengenai isu Malaysia bukan negara sekular yang ditentang oleh MP DAP:-


SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.. DAP ADALAH PARTI YANG MAHU MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR...

19 Jun, 2014

Ancaman-Ancaman terhadap Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara


Ancaman-Ancaman terhadap Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara

Mahamad Naser bin Disa
Mukadimah

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, sesuatu yang gah namanya dan teguh kedudukannya akan sentiasa dilanda pelbagai ancaman serta percubaan menggugat keagungannya.  Demikianlah juga apa yang dihadapi oleh agama dan umat Islam hari ini, termasuk di Malaysia.  Meskipun Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf dan memartabatkan kedudukan agama Islam, namun pihak-pihak tertentu melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan berhubung dengan kedudukannya yang tinggi lagi berdaulat.  Usaha-usaha yang dijalankan kelihatan tersusun dan licik, kerana bermula dengan persepsi dan pentafsiran yang salah tentang kedudukan tinggi agama Islam, ia akhirnya mendorong tindakan tidak wajar atau tidak bijaksana, iaitu yang merugikan agama Islam dan umat Islam.  Kedaulatan agama Islam diabaikan begitu sahaja dan ruang yang luas dibuka bagi memberikan peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk terus mengasak dan mempertikaikan ketuanan Islam di Negara ini.  Kertas ini akan menghuraikan isu, permasalahan, dan bentuk-bentuk ancaman yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini.  Seterusnya, kertas ini mengemukakan saranan-saranan tertentu yang perlu diambil dengan penuh perhatian dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kekeliruan dalam Memahami Perkara 3(1)

Perbincangan pakar-pakar undang-undang berhubung dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan sering kali dimulakan dengan kekaburan terhadap maksud Perkara 3 (1).  Justeru, timbullah pelbagai kesimpulan yang ternyata bertentangan dengan maksud nyata Perkara 3 itu sendiri yang menjadi pegangan banyak pihak.  Antara kesimpulan yang dibuat termasuklah Islam hanya sekadar agama rasmi sahaja.  Sebagai agama rasmi, maka ajaran dan adab-adab yang digariskan dalam Islam hanyalah terpakai dalam situasi tertentu, misalnya amalan membaca doa pada pembukaan majlis rasmi. Lebih membimbangkan daripada itu ialah majoriti peguam bukan Islam dan sebahagian peguam Islam menganggap bahawa negara ini merupakan sebuah negara sekular. Kefahaman dan tanggapan kumpulan ini mempunyai pengaruh yang meluas serta mendalam dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan sebahagian umat Islam.

Sebahagian besar aktivis pertubuhan Islam berpegang pada gabungan kedua-duanya, iaitu Malaysia ialah negara sekular yang meletakkan Islam sekadar agama rasmi. Mereka berpegang pada Perlembagaan negara ini yang memartabatkan sekularisme sebagai ideologi negara dan dengan demikian, manifesto perjuangan mereka ialah menukar wajah perlembagaan dan ideologi negara daripada sekular kepada Islam. Alasannya ialah Perkara 4 memartabatkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan menggantikan al-Qur’an dan al-Sunnah. Justeru, sebahagian besar aktivis gerakan Islam meletakkan perspektif perjuangan mereka di luar ruang lingkup Perlembagaan yang ada.

Malaysia Negara Sekular?

Pegangan yang menyimpulkan bahawa Malaysia sebuah negara sekular berasaskan laporan Kertas Putih tentang syor perlembagaan yang mencadangkan agar Islam dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dalam perkara 3(1) dan pada masa yang sama, menjamin kebebasan beragama serta melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama bagi negeri masing-masing daripada terjejas. Kertas Putih ini juga menyebut bahawa kedudukan Islam itu tidak akan menjejaskan sifat sekular Persekutuan.  Atas jaminan ini, MCA dan MIC dikatakan telah bersetuju untuk menerima perkara 3(1) itu dengan senang hati.

Persoalannya adakah rujukan kepada Kertas Putih syor perlembagaan itu membantu kita untuk mentafsirkan perkara 3(1) secara konklusif? Atau adakah kita terus dikelirukan pula dengan persoalan berkaitan dengan maksud sifat sekular itu? Apa yang berlaku sekarang ini ialah kumpulan ini terus merujuk kepada Kertas Putih itu. Mereka menerima jaminan yang diberikan dalam Kertas Putih berkenaan seolah-olah itulah yang termaktub dalam perlembagaan yang seolah-olah berbunyi, “Islam ialah agama Persekutuan, namun ini tidaklah menghilangkan sifat sekular Persekutuan.”

Kekeliruan yang cuba ditimbulkan kumpulan ini bukan sahaja bertujuan menyerlahkan negara ini sebagai negara sekular, malah mereka terus-menerus berusaha menghakis dan menghilangkan bahagian awal perkara 3(1) sehingga ia seolah-olah berbunyi, “Persekutuan ialah sebuah Negara sekular, namun adat-istiadat Islam dan Melayu boleh diamalkan dalam acara rasmi.”  Inilah pegangan yang mendominasi Majlis Peguam Malaysia dan diperjuangkan dengan hebat oleh Kumpulan Artikel 11. Hal ini dapat dilihat dalam kes Lina Joy pada peringkat Mahkamah Persekutuan, apabila peguamnya berkata,

“Sudah tiba masanya orang Melayu difahamkan bahawa kedudukan Islam adalah lebih rendah daripada Perlembagaan kita dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepada mereka oleh mahkamah yang mulia ini.”

Usaha Mendaulatkan Perkara 3 (1)

Usaha untuk mendaulatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara telah dilakukan oleh peguam-peguam bukan Islam yang pada hakikatnya hanya merupakan pembelaan bagi mengelakkan anak guam mereka daripada dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan memiliki senjata api.  Dalam kes Che’ Omar bin Che Soh lwn Public Prosecutor, peguam-peguam T Mura Raju dan Ramdas Tikamdas berhujah bahawa hukuman mati bagi kedua-dua kesalahan itu bercanggah dengan hukum syarak kerana kedua-dua kesalahan itu bukan merupakan kesalahan hudud. Oleh itu, ia bercanggah dengan perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Meskipun Mahkamah Agung yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abbas telah memberikan tafsiran yang betul bagi Islam berdasarkan tulisan S.A.A al Maudu di dalam bukunya, The Islamic Law and Constitution, namun malangnya, keberkesanan perkara 3(1) telah disempitkan berdasarkan niat dan hasrat penggubal Perlembagaan. Hakim yang bijaksana itu telah menghuraikan suasana pemerintahan dan politik di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dan seterusnya semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang memisahkan antara pentadbiran Negara yang terletak di tangan penjajah dengan hal-ehwal agama di bawah bidang kuasa Raja-raja.  Beliau menyimpulkan-

In our view, it is in this sense of dichotomy that the framers of the Constitution understood the meaning of the word Islam in the context of Article 3. If it had been otherwise, there would been another provision in the Constitution which would have the effect that any law contrary to the injuction of Islam will be void. Far from making such provision, Article 62, on the other hand, purposesly preserves the continuity of secular law prior to the Constitution, unless such law is contrary to the latter.

Jelas pendekatan mahkamah tertinggi Negara ketika itu, iaitu pada tahun 1988, masih mentafsirkan perkara 3(1) dengan merujuk kepada niat penggubal dan bukan kepada maksud Islam itu sendiri. Walaupun bahasa yang digunakan bagi menghuraikan peruntukan Perkara 3(1) itu amat jelas, namun kelihatan mahkamah masih juga mahu merujuk kepada niat penggubal.

Walau bagaimanapun, dari satu aspek, Mahkamah Agung sama sekali tidak memutuskan bahawa Negara ini ialah Negara sekular sebagaimana yang sering dihujahkan oleh peguam bukan Islam dan sebahagian kecil peguam hak asasi manusia kebelakangan ini. Sebaliknya apa yang diutarakan oleh Mahkamah Agung ialah undang-undang yang terpakai merupakan undang-undang sekular, sebagaimana yang dibenarkan oleh Perkara 162 Perlembagaan. Dalam hubungan ini, hakim berkenaan mengaitkan Perkara 3(1) dengan Perkara 162 yang dikatakan membenarkan undang-undang sekular untuk terus berkuat kuasa. Namun jika diteliti secara cermat, Perkara 162 itu merupakan peruntukan transitional yang membenarkan pemakaian undang-undang sebelum merdeka untuk tertakluk pada pengubahsuaian dan pindaan yang boleh dilakukan kemudian oleh pihak berkuasa.

Jelas di sini bahawa Perkara 162 dimasukkan bagi membolehkan proses pengubahsuaian atau pindaan dilakukan terhadap undang-undang yang sedia berkuatkuasa sebelum merdeka. Hal ini bermaksud, sekiranya undang-undang itu bercanggah dengan Perkara 3(1), maka ia boleh dipinda supaya selaras dengan Islam. Perkara 162 tidak boleh dijadikan hujah untuk menyifatkan negara ini sebagai sebuah negara sekular atau membenarkan undang-undang yang bercanggah dengan Islam terus berkuat kuasa.

Oleh sebab itulah didapati di bahagian akhir penghakimannya, hakim yang bijaksana itu menyarankan supaya hujah kedua-dua peguam itu diteruskan dalam forum-forum lain seperti di Parlimen dan juga disampaikan kepada ahli politik. Namun malangnya, saranan hakim itu tidak diikuti oleh peguam-peguam Islam yang lain dan tidak kelihatan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengkaji keberkesanan Perkara 3(1) bagi memartabatkan kedudukan Islam. Sebaliknya, majoriti peguam Islam mengambil sikap menerima sahaja keputusan Mahkamah Agung itu.

Meskipun demikian keadaannya, kita wajar bersyukur atas usaha yang diambil oleh Hakim Mohd Noor Abdullah dalam kes Meor Atiqurrahman lwn Fatimah bte Sihi [2000] 5 MLJ 375 untuk mentafsir Perkara 3(1) dengan lebih tepat.  Pada hakikatnya, usaha penting yang diambil hakim yang bijaksana itu telah merintis jalan ke arah pemurnian kefahaman tentang kedudukan Islam dan pemartabatannya dalam negara yang bertuah ini. Beliau menegaskan bahawa seharusnya, dengan memenuhi semangat Perlembagaan, pakaian murid lelaki ialah seluar panjang dengan memberi pilihan memakai seluar pendek dan pakaian murid perempuan ialah baju kurung, kain sarung dan tudung/telekung dengan memberi pilihan memakai pinafore tunic dan blouse atau skirt. Peraturan sebaliknya jelas membelakangkan agama Islam, iaitu yang dahulu dikemudiankan dan yang kemudian didahulukan dan ia jelas tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.[1]

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dan dalam hubungan ini, beliau memetik pandangan S Abdul A’la Maududi dalam bukunya,  The Islamic Law and Constitution, bahawa Islam bukan sekadar kumpulan dogma dan ritual tetapi sebaliknya cara hidup yang meliputi semua bidang dan aktiviti kehiudpan manusia, sama ada undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, akhlak, dan sebagainya.[2]

YA Hakim Mohd Noor seterusnya menegaskan bahawa frasa “Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai” bermaksud Islam merupakan agama yang utama berbanding dengan agama-agama lain di negara ini seperti Kristian, Buddha, Hindu dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan agama lain, tidak juga duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Malah sebaliknya, Islam duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran.  Islam ibarat pokok jati—tinggi, teguh dan terampil.  Jika bukan sedemikian Islam bukanlah agama bagi Persekutuan tetapi merupakan salah satu antara beberapa agama yang dianuti di negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana agama yang dianutinya, tiada satu pun antara agama tersebut yang memiliki kelebihan berbanding dengan yang lain.

Walaupun keputusan YA Hakim Mohd. Noor Abdullah diketepikan pada peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, namun pendekatan yang diambil dalam mentafsirkan Perkara 3(1) tidak sama sekali disentuh oleh mahkamah tertinggi negara. Bahkan ketika memberikan penghakiman Mahkamah Persekutuan, Hakim Abdul Hamid Mohamad mengambil pendekatan hukum syarak dalam memutuskan kedudukan peraturan sekolah yang mengharamkan pemakaian serban oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Hakim berkenaan berkata -

[37] SP3 gave his opinion that the wearing of turban is ‘sunat’. Clearly, he based his opinion on the views of the traditional jurists — the turban wearing scholars from turban-wearing communities who lived at a time when the wearing of turban was customary or fashionable. Certainly their surroundings could have, to a certain extent, influenced their views on a matter such as the wearing of turban where Al-Quran is silent. That is natural. Imam Shafie revised some of his rulings after living in Egypt for a few years and observing the custom of the people there. That is the mark of a great jurist!

[38] Even if we were to accept the view of SP3 that men wearing of turban (by adult Muslim male) is ‘sunat’ or (commendable), it certainly does not rank on the same level as ‘sunat prayers’, as learned counsel for the appellants tried to convince the court when the question was put to him by me.
[39] So, the ‘practice’ is of little significance from the point of view of the religion of Islam, what more, in relation to underaged boys. Certainly, it is not a part of ‘Islamic prophetic teaching’ as submitted by the learned counsel for the appellants.

[40] Moving to the second factor which, in my view, should be considered i.e. the extent of the ‘prohibition’.

[41] We are not dealing with a total prohibition of wearing of the turban. The students, primary school students of the school, are not allowed to wear the turban as part of the school uniform, i.e. during the school hours. They are not prevented from wearing the turban at other times. Even in school, certainly, they would not be prevented from wearing the turban when they perform, say, their ‘Zohor’ prayer in the school ‘surau’ (prayer room). But, if they join the ‘Boy Scout’, it is only natural if they are required to wear the Scouts uniform during its activities. Or, when they play football, naturally they would be required to wear shorts and T-shirts. Should they be allowed to wear ‘jubah’ when playing football because it was the practice of the Prophet (PBUH) to wear jubah? Following the arguments or learned counsel for the appellants, they should. Certainly, there is a place for everything.

[42] Furthermore, there is nothing to prevent them from changing school, eg to a ‘pondok’ school that would allow them to wear the turban.

[43] To accept the learned counsel’s argument would mean that anybody has a right to do anything, any time, anywhere which he considers to be a practice of his religion, no matter how trivial. The only limit is clause (5). To me, that cannot be the law.”

Pendekatan yang diambil oleh YA Hakim Abdul Hamid Mohamad menunjukkan bahawa pentafsiran tentang hak individu pada pandangan Islam boleh dilakukan di Mahkamah Persekutuan. Pendekatan sebegini sepatutnya mampu dilakukan oleh hakim-hakim tanpa merujuk kepada keterangan saksi pakar kerana undang-undang Islam merupakan the law of the land, sebagaimana yang diputuskan dalam kes Ramah lwn Laton. Oleh itu negara perlu mempunyai hakim-hakim yang berkemampuan untuk memutuskan kes berdasarkan hukum syarak.

Perkara 3 (1) Memartabatkan Kedudukan Istimewa Agama Islam

Terdapat juga pandangan bahawa  peruntukan dalam Perkara 3(1) itu hanya mengatakan bahawa sebagai agama rasmi Persekutuan, Islam merupakan satu-satunya agama yang diberi kedudukan yang sebegitu tinggi berbanding dengan agama-agama lain. Peringatan sedemikian pernah diutarakan oleh Y. A. Dato’ Abdul Hamid Mohamad dalam kes Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan. Hakim bekenaan menjelaskan bahawa Perlembagaan juga memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan. Selain itu, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga digubal, selaras dengan kehendak Senarai II tersebut.

Kedudukan istimewa Islam sebagai agama yang paling dominan juga diiktiraf melalui Artikel 11 walaupun Artikel tersebut menyebut tentang kebebasan beragama. Hal ini dapat dilihat dalam Klausa (1) dan (4):

(1) “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Perkara (4), mengembangkannya,

(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam”

Fasal (4) dengan jelas bertujuan memberi kuasa kepada Negeri untuk membuat undang-undang yang dapat melindungi serta mempertahankan agama Islam daripada dipengaruhi oleh ajaran atau amalan agama-agama lain.  Dengan kata-kata lain, walaupun agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya dalam negara ini, mereka  dilarang daripada menyebarkan ajaran agama mereka kepada umat Islam atas alasan Islam merupakan agama bagi negara ini.  Lantaran itu, sebagai agama negara, Islam tidak layak sama sekali untuk diperlakukan sesuka hati dan dengan sewenang-wenangnya, apatah lagi untuk dihina serta direndahkan martabatnya.

Pendekatan Holistik dalam Mentafsirkan Perlembagaan

Dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. lwn Kekatong Sdn Bhd & Anor, Mahkamah Persekutuan menyebut betapa perlunya Perlembagaan dilihat secara menyeluruh untuk mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan terhadap maksud sebenar sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan. Dalam penghakiman kes ini, mahkamah menegaskan:

“.. .Tafsiran terhadap peruntukan dalam Perlembagaan dibuat dengan cara merujuk kepada dua peruntukan atau lebih secara bersama untuk mendapatkan maksud yang tepat. la adalah satu kaedah yang sememangnya diiktiraf dalam mana-mana perlembagaan. Adalah perlu untuk merujuk kepada ‘Bindra’s Interpretation of Statute 7th Ed’ di mana ia menyebut, Perlembagaan mesti dilihat secara menyeluruh untuk memastikan bahawa kesemua peruntukannya adalah berikat dan berkuasa. la adalah satu kaedah yang diiktiraf dalam mana-mana Perlembagaan bahawa sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh dipisahkan daripada peruntukan yang lain dan dibiarkan berasingan. Pengasingan yang sedemikian akan menyebabkan kedaulatan sesebuah Perlembagaan itu tergugat dan lari daripada tujuan sebenar penggubalan sesebuah Perlembagaan.”

Atas sebab yang sama, mengasingkan sesuatu peruntukan daripada peruntukan yang lain dan memberikan tafsiran yang juga dibuat secara berasingan adalah janggal dan tidak tepat…”

Untuk tujuan memahami dan menghargai kedudukan Islam dalam Perlembagaan, maka Perlembagaan itu sendiri perlu dilihat secara keseluruhannya.  Aspek utama perlembagaan yang sering diperkatakan oleh peguam hak asasi manusia sebagai dominan dan perlu dihormati ialah Bahagian ll yang merangkumi Kebebasan Asasi, Kesamarataan, Hak Kebebasan Berucap, Berkumpul dan Berpersatuan, Hak Kebebasan beragama ,Hak Mengenai Pendidikan dan sebagainya.

Pada dasarnya, hak-hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan ini adalah selaras dengan ajaran Islam.  Malah, Islam ternyata mendahului ideologi –ideologi lain, termasuk daripada barat dalam mengiktiraf dan membela hak-hak ini meskipun ajaran Islam tidak menamainya secara khusus seperti hak asasi manusia, hak wanita, hak kebebasan, dan sebagainya.  Namun demikian, perlulah disedari dan diingatkan bahawa hak dan kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan itu tidaklah bersifat mutlak.  Perkara 5 memperuntukkan, “No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law,” Perkara 8 (2) menegaskan,“Except as expressly authorised by his constitution, there shall be no discrimination against citizens…”, dan Perkara 10 menyatakan “(1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) – (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;”

Oleh itu apabila mentafsirkan hak-hak yang dikurniakan oleh Perlembagaan, pentafsiran terhadap Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang terkandung dalam Bahagian II ini tidak sewajarnya dilakukan dengan hanya bersandarkan doktrin-doktrin asing tanpa melihat keseluruhan Perlembagaan itu sendiri. Dengan kata-kata lain, Bahagian II ini perlu ditafsir secara harmoni dengan Bahagian I, iaitu dengan menilainya dari aspek pandangan falsafah dan ideologi negara.

Sehubungan itu, dapat dilihat bagaimana dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd., Mahkamah Persekutuan menyatakan:

“…Mahkamah sepatutnya berpegang pada andaian bahawa tiada peruntukan yang saling bercanggah dalam Perlembagaan dan mengandaikan bahawa itulah yang dimaksudkan oleh para penggubalnya… Raja Azlan Shah FJ dalam kes Loh Kooi Choon Iwn Kerajaan Malaysia menyatakan, “Perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi dalam sesebuah Negara, tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, dan berbeza dengan undang-undang biasa. Oleh sebab itu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh bercanggah sesama sendiri…”

Seterusnya Suffian LP, dalam kes Phang Chin Hock Iwn Public Prosecutor pula menyatakan:

“Dalam mentafsir Artikel 4(1) dan Artikel 159, prinsip harmonious construction menghendaki kita supaya mengambil perhatian terhadap kedua-dua peruntukan tersebut.”
 
Usaha Mencabar Kedaulatan Negara melalui Isu-Isu Hak Asasi Manusia

Pelbagai gesaan dan kritikan berasaskan hak asasi manusia di negara ini sering kali dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu, khususnya badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia tanpa had dan batasan perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa.  Antaranya termasuklah:

1.             Hak kebebasan beragama – termasuk hak untuk murtad.

Isu murtad telah dihubungkaitkan oleh sesetengah pihak dengan hak kebebasan beragama, iaitu selaras dengan Perkara 18 UDHR yang memperuntukkan hak kebebasan untuk menukar agama. Murtad telah dilaung-laungkan sebagai suatu hak tanpa melihatnya sebagai kesalahan jenayah yang serius dari sudut pandangan agama Islam. Ironinya, perjuangan mempertahankan apa yang dikatakan sebagai hak kebebasan beragama dan hak asasi ini berlaku di sebuah negara yang memartabatkan agama Islam sebagai agama negara. Kes-kes seperti Nor Aisyah Bokhari, Kamariah Ali, Nyonya Tahir, Lina Joy, Siti Fatimah Tan dan Jeffrey Or telah memberi impak kepada hubungan antara agama di negara ini dan turut mendapat perhatian meluas masyarakat antarabangsa. Perjuangan kononnya atas nama hak untuk murtad dengan sesuka hati tanpa melalui proses penentuan oleh  Mahkamah Syariah dan tindakan mempertikaikan bidang kuasa mahkamah Syariah di mahkamah sivil ternyata mencabar kedaulatan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Antara hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain[3] ialah seharusnya wujud keselarasan antara undang-undang Malaysia dengan Perkara 18 UDHR.  Hal ini khususnya bagi memberikan hak kepada Lina Joy untuk murtad dan memeluk agama pilihannya.  Walau bagaimanapun, penghujahan ini tidak dimasukkan dalam penghakiman kes tersebut. Mahkamah Persekutuan dalam kes ini memutuskan bahawa Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak wajar dihujahkan sebagai peruntukan yang memberikan hak kebebasan yang tidak terbatas dan hak untuk menganut serta mengamalkan sesuatu agama hendaklah selalunya tertakluk pada prinsip-prinsip dan amalan yang ditentukan oleh agama itu.

2.            Hak bagi umat Islam untuk bebas daripada kawalan undang-undang moral berasaskan undang-undang Syariah yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri

Hak kebebasan daripada kawalan undang-undang moral berasaskan undang-undang Syariah membolehkan umat Islam bebas mengamalkan agamanya mengikut tafsirannya sendiri.  Hal ini bermaksud, tiada sebarang undang-undang yang boleh mengawal mereka dan tiada sesiapa yang boleh memutuskan sama ada cara mereka itu benar atau sebaliknya. Kebebasan seumpama ini merupakan hak asasi manusia, iaitu sebagaimana  diperuntukkan dalam Perkara 12 UDHR yang antara lain menekankan bahawa tiada gangguan boleh dikenakan terhadap hak peribadi.

Peristiwa operasi di kelab malam The Zouk dengan penangkapan lebih kurang 100 orang Islam telah membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.  Antaranya termasuklah kesesuaian perlaksanaan undang-undang moral di negara ini. Kenyataan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 April 2005 melaporkan bahawa Jawatankuasa Caucus Parlimen berkenaan dengan Hak Asasi Manusia sepakat untuk bersama-sama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Menurut Pengerusi Caucus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (ketika itu), persoalan yang berkaitan dengan moral merupakan hak peribadi setiap individu dan kewujudan undang-undang bagi mengawalnya dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia. Sehubungan itu, garis panduan (standard operating procedure) berkaitan dengan operasi dan kefahaman tatacara serta prosedur bagi menghalusi langkah-langkah penguatkuasaandan pendakwaan jenayah Syariah telah diwujudkan.

Dari sudut yang lain, isu ini boleh dilihat dalam konteks pengecilan kuasa perundangan syariah dan mencabar kedaulatan Islam di negara ini. Usaha-usaha pelbagai pihak yang cuba memperkasa dan mengukuhkan elemen sekularisme dalam sistem kehidupan rakyat negara ini telah berlaku sejak sekian lama dan sejajar dengan ideologi kapitalisme yang mendaulatkan prinsip-prinsip kebebasan individu.

3.            Hak kebebasan berfikir dan bersuara khususnya berkaitan dengan hal ehwal agama Islam

Kebelakangan ini, isu-isu berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan pelaksanaan undang-undang Syariah sering kali dipertikaikan.  Tindakan tersebut dianggap sebagai hak kebebasan berfikir dan bersuara yang merupakan salah satu hak asasi manusia, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 19 UDHR.  Pelbagai isu yang menyentuh kedaulatan Islam dan undang-undang Syariah diperdebat secara terbuka tanpa memberikan penghormatan yang selayaknya kepada Agama Negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.  Demikian juga dengan tindakan yang jelas menghina Agama Negara seperti menolak fatwa kebangsaan, mentafsirkan sesuatu hukum berdasarkan pandangan yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, dan sebagainya.

Dalam kes Sulaiman Takrib lwn Kerajaan Negeri Terengganu[4], Peguam Malek Imtiaz dan Harith Ibrahim dengan dibantu oleh Edmund Bon, bertindak bagi pihak seorang pengikut Ayah Pin untuk mencabar instistusi fatwa dan berhujah tentang hak kebebasan berfikir dalam kalangan umat Islam serta hak untuk bebas daripada keterikatan pada sebarang pendapat pihak berkuasa seperti mufti.  Implikasinya ialah setiap orang Islam berhak menggunakan akal fikirannya sendiri untuk menentukan bentuk pegangan dan ajaran agama yang dipegang atau diamalkan oleh umat Islam.

Selain itu, tindakan mencabar kedaulatan agama Islam juga dapat dilihat pada penghantaran memorandum oleh, Sisters in Islam (SIS), Woman’s Aid Organisation (WAO), dan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) kepada Perdana Menteri , pada 25 Ogos 2009, yang bertajuk Justice for Kartika (Keadilan untuk Kartika).  Memorandum tersebut bertujuan mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memansuhkan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di negara ini.  Desakan itu pula dibuat sebagai rentetan daripada hukuman sebat yang dijatuhkan atas pesalah jenayah Syariah wanita. Cadangan pemansuhan undang-undang jenayah syariah ini pada hakikatnya, menafikan pelaksanaan undang-undang Syariah dan hak orang Islam untuk mengamalkan agama mereka, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hal ini, Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan bersuara, berhimpun, dan berpersatuan kepada warga negara Malaysia, tetapi ia masih dalam batas-batas tertentu dan tertakluk pada undang-undang tertentu, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hal ehwal agama yang menyentuh kedaulatan Islam dan Negara.

4.            Hak kesamarataan gender

Ketidakadilan dan diskriminasi sering dibangkitkan sebagai salah satu permasalahan utama yang dialami oleh kaum wanita dari semasa ke semasa.  Perkara ini seterusnya menimbukan tuntutan bagi memperjuangkan hak-hak wanita, yang dinamai sebagai hak kesamarataan gender, iaitu memberikan hak yang sama kepada lelaki dan wanita dalam semua perkara dan ia dikatakan selari dengan peruntukan umum dalam Perkara 2 dan Perkara 16 UDHR.

Di Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan seperti Sister in Islam (SIS), Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG), dan sebagainya merupakan organisasi yang aktif memperjuangkan hak tersebut dengan mencadangkan kajian semula terhadap sistem dan undang-undang Syariah di negara ini.  Kajian semula ini dikatakan bertujuan memastikan bahawa ia selaras dengan iltizam kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender. Sungguh malang bagi mereka kerana meletakkan hak asasi manusia lebih tinggi dan lebih awla walaupun ia jelas bercanggah dengan undang-undang Syariah dan Perlembagaan itu sendiri.

Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan jelas mengiktiraf dan melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini.  Perkara 8(2) seterusnya menekankan bahawa Perlembagaan tidak membenarkan diskriminasi terhadap warga negara atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam perkara-perkara seperti pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan. Sebaliknya, the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) 1979 memperuntukkan kesamarataan gender dalam semua perkara sebagai suatu hak yang perlu dilaksanakan.  Malaysia telah menandatangani konvensyen antarabangsa tersebut dan seterusnya tertakluk pada apa-apa peruntukan berkaitan dengan hak kesamarataan gender kecuali dalam perkara-perkara yang diberikan reservasi.

5.            Hak kesamarataan agama (transcendental eqality of religion)

Kedaulatan Islam sebagai agama Negara seterusnya dicabar dengan aliran perjuangan untuk mendapatkan hak kesamarataan agama.  Sehubungan itu, timbullah cadangan penubuhan suruhanjaya yang dinamai Suruhanjaya antara Agama (Inter-faith Commission) (IFC), iaitu badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mengubah ajaran sesetengah agama.  IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes berkaitan dengan hak individu dalam mengamalkan kebebasan beragama.  Mereka turut mendesak agar, berasaskan Perlembagaan Negara, kedudukan agama Islam disamaratakan dengan agama-agama lain.

Walaupun pada tahun 2005, pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC, namun perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak dalam masyarakat melalui suara-suara yang dibawa oleh kumpulan tertentu seperti Majlis Peguam, HINDRAF dan sebagainya. Mereka menuntut pelbagai perkara berkaitan dengan hal ehwal Islam seperti seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara automatik menjadi orang Islam, kebebasan untuk murtad tanpa tindakan undang-undang, kes pertukaran agama dikendalikan di mahkamah sivil, kebenaran bagi pengedaran secara terbuka untuk terjemahan Bible dalam bahasa Melayu, dana yang mencukupi untuk membina serta menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam dan sebagainya.  Perjuangan bagi menuntut hak kesamarataan agama ini secara langsung membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam untuk mencampuri hal ehwal agama Islam dan sekali gus memberikan ancaman yang memudaratkan terhadap kedaulatan Islam khususnya dan Negara amnya.

Pemerhatian terhadap Implikasi Konflik 

Konflik dalam persoalan hak asasi manusia ini pada dasarnya disebabkan fahaman liberalisme tanpa batasan undang-undang.  Pihak yang mewujudkan konflik ini sewenang-wenangnya memetik peruntukan dalam UDHR, sedangkan Perkara 29 (2) memperuntukkan bahawa dalam pelaksanaan hak-hak dan kebebasan, setiap individu tertakluk pada batasan sebagaimana yang ditentukan oleh undang-undang.  Hal ini bertujuan menjamin pengiktirafan serta penghormatan terhadap hak-hak dan kebebasan-kebebasan lain di samping memenuhi syarat-syarat moral, kepentingan awam, dan kebajikan umum dalam sebuah masyarakat demokratik.  Mereka juga mengabaikan peruntukan dalam Akta SUHAKAM 1999 yang menyatakan bahawa hanya peruntukan yang tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan sahaja yang boleh diterima.

Ketiadaan rasa hormat terhadap Perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa, khususnya yang menyentuh hal ehwal agama Islam menyebabkan kedaulatan negara terus-menerus dicabar.  Isu hak asasi manusia yang dibangkitkan tidak seharusnya timbul kerana semasa rundingan kemerdekaan diadakan, semua kaum daripada semua agama di Malaysia telah bersetuju menerima Islam sebagai agama negara.  Bagi kaum Melayu pula, mereka menyatakan kesediaan untuk menerima kaum lain sebagai warga negara melalui prinsip jus soli.  Implikasi sejarah ini seakan-akan telah dilupakan dan tidak dihayati oleh generasi baharu dengan penuh ketulusan.  Sebaliknya, atas nama hak asasi manusia, mereka mengasaskan perjuangan bagi mempertikaikan kedudukan agama Islam dan sekali gus menentang semangat Perlembagaan itu sendiri.

Melalui mekanisme pemeriksaan dan pemantauan HRC di negara anggotanya termasuk Malaysia, badan bukan kerajaan diberi ruang yang luas untuk membangkitkan dan mengemukakan laporan situasi hak asasi manusia.  Laporan berkenaan turut meliputi isu-isu yang telah dinyatakan untuk mendapatkan perhatian antarabangsa, meskipun cukup disedari bahawa isu-isu tersebut bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan. Tindakan yang diambil oleh badan-badan bukan kerajaan itu seterusnya menggalakkan campur tangan luar dalam pelaksanaan undang-undang di Malaysia. Selain itu, masyarakat antarabangsa juga semakin peka dan memberikan pelbagai reaksi terhadap isu-isu yang melibatkan hak asasi melalui pelbagai wadah seperti jaringan internet dan sebagainya.  Situasi ini pada hakikatnya menjejaskan kedaulatan Negara apabila setiap undang-undang yang memberi batasan terhadap hak asasi manusia dipertikaikan dan digesa untuk dikaji semula.

Cabaran-Cabaran Terhadap Agenda Melahirkan Khayra Ummah

1.             Penghakisan Kedaulatan Agama Islam daripada Perlembagaan Persekutuan

Pegangan dan fahaman bahawa Malaysia merupakan sebuah ”Negara Demokrasi Sekular dengan Islam Sebagai Agama Rasmi” masih menular dengan meluas, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat biasa malah juga dalam kalangan sebahagian besar ahli politik, pengamal undang-undang, serta penggubal dasar, sama ada pada peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri dan juga dalam kalangan majoriti pendidik.

Jika selama ini kedaulatan Islam dalam Perlembagaan hanya berhadapan dengan pemikiran sekular yang menyempitkan tafsiran Islam kepada hanya sekadar agama rasmi sahaja atau ritual semata-mata, kini Islam berhadapan dengan cabaran yang lebih besar yang diterajui oleh golongan pemikiran Liberal yang sifat utamanya ialah menghakis agama dari aspek pemerintahan.  Mereka berpegang pada fahaman bahawa agama hanya difokuskan pada pegangan (faith) seseorang dan prinsip Islam tidak wajar dikenakan atas penganut agama lain.  Dalam hal ini pandangan dan Prof. Ulung Negara Tan Sri Prof. Dr Muhammad Kamal Hassan amat wajar diberikan perhatian –

“Manusia dan umat Islam sedang berada dalam satu era pancaroba yang disebut oleh Alan Greenspan sebagai “The Age of turbulence” (Greenspan, 2008), suatu zaman yang kecemerlangan sains moden dan sekular telah mencapai kemuncak kegemilangannya, iaitu dari segi ciptaan-ciptaan dan penemuan-penemuan saintifik yang menakjubkan dan yang amat bermanfaat.  Namun demikian,  kekufuran, keegoan dan keangkuhan akal (reason) bebasnya telah mencipta pelbagai jenis mala petaka ekonomi, politik, budaya, intelektual, dan moral kerana membelakangi petunjuk Allah S.W.T., bimbingan para Rasul, hukum-hukum Allah S.W.T. dan ajaran-ajaran agama Allah S.W.T. Tamadun tempang dan cacat ini didirikan atas sistem pendidikan moden sekular Barat, yang kemudian diterapkan di negara-negara orang Islam termasuk dunia Melayu Islam.”

Sebagai salah satu langkah memelihara dan mempertahankan kedaulatan Islam, prinsip dan ajaran Islam wajib dipelihara dalam semua aktiviti penggubalan dasar atau undang-undang.  Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan wajib memelihara kedaulatan Islam – selaras dengan Sumpah YDPA sebagai Ketua Utama Negara sebagaimana yang dilakarkan dalam Jadual Keempat dan dibaca bersama-sama dengan Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan – untuk memelihara agama Islam pada semua masa.  Dengan yang demikian juga, pemerintah dan pentadbir, iaitu Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam, berkewajipan untuk memastikan bahawa prinsip-prinsip Islam dihormati dalam sebarang penggubalan dasar atau undang-undang yang diperkenalkan termasuklah dalam hal pendidikan.  Islam sebagai ideologi dan identiti Negara perlu dihormati dan diberikan kedudukan yang sewajarnya.

Harus diakui bahawa cabaran dan ancaman yang dihadapi oleh umat Islam negara ini pada masa kini, telah memberikan kesan yang buruk terhadap akhlak umat Islam terutama remaja.  Pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi kelihatan tidak begitu berkesan, bukan sahaja untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Islam yang digariskan dengan sedemikian sempurna tetapi juga untuk melahirkan sebaik-baik (khaira) ummah.  Sebaliknya apa yang dapat disaksikan oleh kita ialah pendedahan demi pendedahan yang amat mengerikan tentang kebejatan akhlak yang melanda golongan remaja dan pada masa yang sama, prestasi pencapaian dalam peperiksaan dilaporkan terus meningkat tahun demi tahun.  Apakah maksud semuanya ini? Adakah fenomena ini menandakan bahawa sistem pendidikan kita hanya berupaya melahirkan pelajar yang hanya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang, namun sebaliknya gagal menghayati isi pengajaran yang disampaikan.  Apatah pula untuk mendorong mereka memanfaatkannya dalam pembentukan jiwa yang teguh dan akhlak yang mulia.  Apa pun juga hakikatnya, ia seharusnya mencetuskan dorongan kepada kita untuk memberikan perhatian yang serius terhadap permasalahan keruntuhan akhlak remaja dan punca-puncanya.  Demikian juga terhadap peranan sekolah dan IPT yang perlu kembali dikendalikan sebagai institusi pendidikan yang berteraskan agama.

2.            Ancaman Sekularisme dan Liberalisme

Kita umumnya menyedari tentang kaitan antara krisis gejala sosial yang melanda remaja Islam pada masa kini dengan dengan kejutan budaya dan perubahan nilai serta pemikiran yang melanda masyarakat.  Gejala sosial yang berlaku pada hari ini bolehlah disifatkan sebagai amalan jahiliyyah pada era globalisasi yang serba maju dan moden. Dalam era pembebasan daripada kawalan agama ini, remaja pelajar semakin terdedah pada budaya hedonisme, iaitu suka berfoya-foya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas atau zina, hamil tanpa nikah, buang bayi, ketagihan arak, dadah rokok, judi, bahan-bahan lucah, rogol dan pelbagai bentuk masalah sosial lain yang cukup membimbangkan.  Antara faktor yang dapat dikenal pasti sebagai penyebab utama gejala sosial pada era pasca-modenisme ini adalah seperti yang berikut:

3.            Serangan Pemikiran Barat

Kesan serangan pemikiran dan ideologi Barat telah mengakibatkan sistem nilai, pemikiran serta cara hidup masyarakat Malaysia terutama remaja tersasar daripada norma-norma yang sepatutnya menjadi asas bagi penggemblengan peranan remaja secara agresif dalam masyarakat.  Berikut adalah antara pegangan dan sistem barat yang kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat Malaysia serta menjadi punca utama yang mendorong pembabitan golongan remaja dalam gejala sosial:

4.            Kapitalisme

Prof. Ulung Negara, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal bin Hassan menukilkan bahawa―

“Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global, iaitu negara yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah. Pada waktu itu, ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serba boleh).  Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral.  Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet.”

Pernyataan ini jelas merujuk kepada pemikiran ekonomi kapitalisme yang hanya menitikberatkan keuntungan material pihak pemodal tanpa mementingkan kemaslahatan masyarakat.  Sebagai pemilik modal, mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga sanggup merobek sistem keadilan atau perundangan dan juga agama bagi memenuhi kehendak serta memperoleh keuntungan.  Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dari semua aspek termasuklah kebebasan dalam beragama, kebebasan dalam tingkah laku, kebebasan dalam menyuarakan pendapat, dan kebebasan dalam pemilikan harta berpandukan sistem kapitalis.
Seterusnya ialah amalan manipulasi secara berleluasa melalui kegiatan perniagaan berasaskan seks khususnya yang membabitkan wanita-wanita yang terdesak, penipuan, dan pemerdagangan orang. Akibatnya, industri yang berasaskan seks bebas dan zina semakin berleluasa.  Pusat-pusat hiburan dan maksiat yang menjadikan remaja wanita sebagai alat tarikan pelanggan seperti GRO, pelayan, teman sosial malah sebagai pelacur semakin bertambah.

5.            Liberalisme

Pada dasarnya, gerakan Liberalisme merupakan pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara barat dan telah meresap dalam semua bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, budaya, politik, dan agama (Mohammad Ariffin 2009). Gerakan liberalisme ini memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan semua agama, fahaman persamaan hak antara lelaki dengan wanita serta mempromosikan kebebasan. Sebagai contoh, golongan ini memperjuangkan hak kebebasan seks seperti lesbian dan homoseksual, hak untuk berpakaian dan bersosial, hak pengguguran anak selain penentangan terhadap hukum dan undang-undang kekeluargaan Islam yang diperuntukkan di bawah undang-undang Syariah seperti poligami, pembahagian harta pusaka, kuasa talak dan sebagainya. Bagi merealisasikan keinginan mereka, golongan ini mentafsirkan hukum agama mengikut rasional akal dan realiti semasa. Mereka yang berpegang teguh pada agama dikatakan golongan fundamentalis yang kolot dan jumud kerana tidak mengikut peredaran masa.

Liberalisme merupakan lanjutan dan edisi baharu bagi fahaman sekularisme barat moden. Sejarah telah mencatat bahawa melalui kolonialisme, fahaman sekularisme tajaan barat moden telah berjaya mensekularkan seluruh dunia, termasuklah negara-negara Islam.  Selanjutnya, fahaman Liberalisme disebarluaskan oleh proses globalisasi melalui kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat yang melahirkan pula kolonialisme edisi baharu.

Fahaman Liberalisme ini menegaskan kepentingan bahawa manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan dengan sebarang bentuk tradisi, termasuk Tuhan dan agama.  Hal ini menjadikan manusia hidup tanpa garis panduan terhadap apa yang dilakukannya dan seterusnya mewujudkan pemikiran kontemporari yang meraikan kepelbagaian budaya, amalan dan prinsip.  Interaksi global juga telah menyebabkan manusia menjadi objek pengguna yang diperdagangkan menerusi hedonisme anjuran barat.  Secara dasarnya, globalisasi yang merupakan produk Liberalisme ini telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa sama ada dari segi agama, budaya, bahasa dan juga undang-undang.

Jika era modenisme telah melahirkan pelbagai kefahaman dan ideologi yang menjadi pegangan masyarakat barat seperti sekularisme, pluralisme, sosialisme, feminisme, positivism, dan sebagainya, selanjutnya pada era Liberalisme, ideologi-ideologi tersebut telah berkembang pesat dan menjadi lebih hebat sehingga ia mendorong manusia menolak agama atau berpaling daripada konsep theologi (ketuhanan) secara total.
Fahaman dan ideologi barat pada era Liberalisme ini telah tersebar luas secara pantas, sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan proses globalisasi.  Ia telah meresap masuk dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak oleh umat Islam kerana ia diolah secara rasional.  Sekiranya ia tidak dibanteras dengan berkesan, pastinya akidah umat Islam akan terjejas dan terancam.  Penerimaan prinsip hak asasi manusia sebagai sebahagian cara hidup pada peringkat global tanpa mengira latar belakang ras, etnik, agama, warna kulit, dan jantina memburukkan lagi keadaan ini.  Dalam konteks ini, golongan remaja tidak terlepas daripada menerima corak pemikiran sebegini sehingga banyak yang telah menjadi mangsa eksploitasi agenda barat atau Yahudi dan seterusnya menyebabkan mereka terjebak dalam kancah gejala sosial.

Dalam era Liberalisme ini, struktur kehidupan sosial masyarakat telah banyak berubah.  Budaya moden telah mempengaruhi tingkah laku dan cara berfikir, termasuklah penghayatan terhadap ajaran agama.  Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan semangat kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat serta tidak mengambil peduli terhadap gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan dan tempat-tempat awam seperti jiran yang tinggal bersekedudukan, berkelakuan tidak sopan di tempat awam, berpakaian menjolok mata dan sebagainya.  Selain itu, tindakan oleh beberapa pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan sokongan ahli politik tertentu yang mendesak kerajaan supaya tidak menggunakan undang-undang bagi mengawal masalah keruntuhan akhlak di Negara ini telah membuka ruang yang lebih luas kepada berleluasanya gejala sosial.

Peranan institusi agama sentiasa disekat dan dikritik hebat serta diletakkan di bawah pengaruh politik, sedangkan institusi agama bertanggungjawab terus kepada Sultan sebagai Ketua Agama. Keadaan ini mewujudkan sindrom takut dan bimbang dalam kalangan pihak berkuasa agama untuk menyusun langkah bagi memastikan prinsip dan nilai agama terus terpelihara.  Bagi mahasiswa pula, mereka yang cenderung kepada agama sentiasa dilabelkan sebagai terpengaruh dengan fahaman ekstremis dan fundamentalis atau sekurang-kurangnya dianggap sebagai terpengaruh dengan fahaman politik pembangkang.  Sekumpulan yang lain pula memiliki pendirian dan fahaman yang berbeza, maka tercetuslah pertelagahan antara sesama kumpulan mahasiswa berkenaan.  Kecenderungan untuk berpolemik, perbalahan dan pertelagahan yang berterusan itu telah menyebabkan mereka kehilangan tumpuan terhadap perjuangan sebenar yang perlu diterajui oleh mereka.  Mereka juga kelihatan tidak mampu bukan sahaja untuk membimbing rakan-rakan siswa mereka untuk memahami kepentingan akhlak dalam kehidupan apatah pula untuk membantu masyarakat menyelesaikan permasalahan sosial yang sedang hebat melanda.  Inikah generasi yang harus diletakkan sandaran besar bagi  memimpin Negara pada masa hadapan?

Pemikiran dan pendekatan sebegini berpunca daripada salah tanggapan yang meluas terhadap kedudukan Islam di Negara ini.  Apa yang dikesalkan ialah golongan yang berpemikiran Liberal ini cukup berpengaruh dan sedang memperluas pengaruh mereka dalam kalangan generasi muda yang berminat terhadap agama.  Dominasi golongan yang berpemikiran Liberal ini mempunyai agenda besar (grand design) untuk menghakis pengaruh agama dalam aspek kenegaraan dan kehidupan bermasyarakat.

Kedudukan Islam sebagai agama Negara bukan sahaja diketepikan dengan merendahkan martabatnya kepada sekadar agama rasmi, malah gerakan untuk terus menghapuskan unsur-unsur pegangan terhadap agama Islam juga sedang berlangsung dengan hebatnya.  Kelompok Liberal ini bukan sahaja cuba memperluas pengaruh mereka dalam bidang politik malah mereka sering mencabar kedudukan agama Islam sehingga peringkat mahkamah tertinggi Negara, iaitu menerusi kes-kes yang diwakili mereka.
Ternyata pemikiran Liberal ini bukan sahaja didukung oleh kelompok-kelompok kecil yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah ia telah berjaya mendirikan asas yang teguh sebagai aliran politik, sama ada dalam parti pemerintah mahu pun juga pembangkang.

Fakta yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi Kerajaan membuktikan betapa meruncingnya gejala sosial yang melanda masyarakat, khususnya yang melibatkan golongan wanita.  Hal tersebut dipercayai merupakan akibat daripada menularnya budaya hidup bebas yang berpaksikan pemikiran Liberal.  Fakta-fakta tersebut termasuklah: perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2011, mencatat jumlah kelahiran anak tidak sah taraf yang didaftarkan antara tahun 2006-2010 adalah sebanyak 234,647.  Daripada jumlah tersebut, seramai 80,979 atau 34.5% merupakan bayi yang ibu kandungnya beragama Islam.  Jumlah anak luar nikah pasangan Islam menunjukkan pola peningkatan dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2006 (Berita Harian, 21 Mac 2011);

Sebanyak 280 kes buang bayi dilaporkan bagi tahun 2005 hingga April 2010 di seluruh negara (PDRM 2010).  Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan upacara besar-besaran pada sebelah malamnya di negara ini, kes-kes hamil anak luar nikah dan buang bayi akan mencatat peningkatan tiga bulan selepas itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tempoh tersebut diibaratkan sebagai “musim mengawan;

Data yang dikeluarkan oleh Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada tahun 2005 menunjukkan kes pelacuran kanak-kanak dengan purata 150 – 160 gadis tempatan yang ditahan setiap tahun. Dianggarkan 150 ribu wanita terbabit dalam kegiatan pelacuran dengan sejumlah besarnya ialah wanita dewasa:

I.            PDRM 2010 juga telah mencatat kes rogol bagi tahun 2008 hingga April 2010 yang berjumlah 8227 kes.  Kes mencabul kehormatan juga menunjukkan statistik yang tinggi, iaitu sebanyak 4894 kes dilaporkan bagi tahun 2008 hingga April 2010 di seluruh negara;

II.            Peningkatan penglibatan remaja Melayu Islam dalam gejala sosial amat membimbangkan dan ia dianggap antara lain, berpunca daripada budaya hedonisme yang dilancarkan secara besar-besaran oleh kelompok kapitalis atas nama pembangunan dan kemajuan material.  Antaranya termasuklah lakonan, nyanyian, dan tarian yang berunsurkan seks dan memaparkan kerendahan akhlak, peragaan, ratu cantik, manipulasi wanita untuk tujuan pengiklanan, tarikan bagi sesuatu acara seperti penganjuran pertandingan serta perlumbaan kereta dan motor, dan sebagainya, yang jelas mencemar nama baik agama Islam.

Kesimpulan

Umat Islam negara ini perlu bijak mengenal pasti musuh yang sedang dihadapi oleh mereka, sama ada yang kelihatan secara zahir mahupun juga yang terselindung di sebalik pelbagai bentuk, wadah, dan wajah.  Berbekalkan keimanan, ilmu, dan keteguhan semangat, mereka haruslah bijak mengatur langkah yang rapi bagi menghadapi musuh-musuh berkenaan.  Antara langkah paling utama ialah menyatukan hati dan memperkasa keupayaan agar mereka sekalian berupaya bergerak dengan sederap langkah.  Saf yang kukuh inilah yang akan membolehkan mereka menghadapi musuh yang satu dengan tabah dan gagahnya.  Jika hal ini tidak dapat dilakukan, pastinya mereka juga ditimpa penghinaan yang diberi terhadap musuh-musuh Islam, iaitu sebagaimana dinyatakan dalam ayat, “Kamu menyangka mereka bersatu-padu, sedang hati mereka berpecah- belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka).” (Surah al-Hasyr 59 :14).  Ingatlah bahawa perpecahan merupakan ciri utama musuh-musuh Islam dan tidak sama sekali berkaitan dengan umat Islam.

Umat Islam merupakan umat yang bersatu kerana menyahut seruan al-Qur’an, “Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara….” (Surah Ali `Imran 3 : 103).  Elakkan sama sekali perpecahan kerana ia membuka jalan dan ruang yang luas bagi tindakan mencabar serta menghakis kedaulatan agama Islam, agama yang diredai oleh Allah S.W.T.  Usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam merupakan amanah dan tanggungjawab kita bersama.

[1] YA Hakim selanjutnya menegaskan, “Saya percaya seandainya pembuat dasar di Kementerian Pendidikan sedar atau disedarkan tentang kaedah pakaian bagi orang Muslim dan mengutamakan Islam sebagai ugama Persekutuan, Kementerian Pendidikan tidak akan mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dengan pilihan seluar panjang atau mewajibkan pakaian pinafore tunic dan blouse bagi murid perempuan dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta tudung/telekung. Peraturan pakaian seragam sekolah Bil 3/1983 tersebut adalah songsang dan tidak selari dengan Perlembagaan dan menurut Perkara 4, “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang tidak selari dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang tak selari itu. Peraturan tersebut adalah terbatal. Adanya pilihan untuk memakai seluar panjang atau baju kurung dan kain sarung tidak dapat menyelamatkan atau menjadikan sah Peraturan tersebut.”

[2] YA Hakim turut merujuk kepada tafsiran atau maksud perkataan Islam dalam al-Qur’an sebagaimana dihuraikan oleh Abdullah Yusuf Ali (New Revised Ed) n 434 p 155 oleh: Islam is not sectarian, non-racial, non-doctrinal and is a universal religion. Islam is just submission to the will of Allah. This implies: (1) Faith; (2) doing right, being an example to others to do right, and having the power to see that the right prevails; (3) eschewing wrong,being an example to others to eschew wrong and having the powers to see that wrong and injustice are defeated. Islam therefore lives not for itself, but for mankind.


[3] [2007] 3 CLJ 557.

[4] [2009] 2 CLJ 54.

*Teks pembentangan Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa, Biro Undang-undang MAIWP, di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) Peringkat Nasional yang telah berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 5hb Januari 2013 anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


SUMBER: MUAFAKAT

18 Jun, 2014

MALAYSIA NEGARA ISLAM... BUKAN NEGARA SEKULAR

KUALA LUMPUR 16 Jun - Malaysia bukan merupakan sebuah negara sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, perkara itu diperkukuhkan melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengatakan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan.
Beliau berkata, kedudukan ini juga dizahirkan dengan adanya peruntukan lain seperti dalam Fasal (4) Perkara 11 berkenaan dengan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan penganut agama Islam oleh undang-undang Negeri dan Persekutuan.
Malah, katanya, dalam Fasal (2) Perkara 12 tentang hak berkenaan dengan pendidikan, di mana sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan, menyenggarakan, membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau membantu untuk mengadakan ajaran dalam agama Islam serta melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu.
"Dalam Fasal (1A) perkara 121 juga menyebut bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) sama ada Malaysia adalah sebuah negara sekular atau Islam dalam Dewan Rakyat hari ini.
Jamil Khir menjelaskan, kedudukan tersebut jelas berbeza dengan negara sekular yang tidak menetapkan sesuatu agama sebagai agama negara tetapi rakyatnya dibenarkan mengamalkan agama masing-masing.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140617/pa_02/Malaysia-bukan-negara-sekular---Jamil-Khir#ixzz34xDq4HK3
© Utusan Melayu (M) Bhd

TERBAEKKK... SYUKUR ALHAMDULILLAH... MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM. PERUNTUKAN YANG MENJAGA AGAMA ISLAM YANG DISEBUT DALAM ARTIKEL DIATAS SEPERTI BERIKUT,

PERKARA 3. UGAMA BAGI PERSEKUTUAN.
(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam. 


Perkara 11. Kebebasan Beragama
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Pada tahun 1988, Kerajaan Persekutuan telah membuat pindaan terhadap perlembagaan mengenai bidangkuasa Mahkamah Syariah terkenal dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta A 704) Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan bahawa Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidangkuasa berkenaan apa-apa perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyebutkan: "Mahkamah-Mahkamah yang disebut di dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah".

12 Jun, 2014

NGEH KOO HAM (DAP) MAHU UMAT ISLAM HALALKAN MURTAD!!!!

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) mengeluarkan kenyataan di Parlimen semalam supaya umat islam menghormati murtad. Dengan kata lain, meminta umat islam menghalalkan murtad. isu murtad sebenarnya semakin berleluasa di Malaysia. Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama. Bagaimanapun hak mengamalkan agama yang lain itu adalah untuk mereka yang bukan islam mengamalkan agama mereka, bukan untuk membolehkan umat islam murtad. 

Kita sebagai umat islam harus berjuang menentang gejala murtad. Parti-parti politik yang menghalalkan murtad ini harus ditentang. Kepada umat islam liberal yang menyokong menghalalkan murtad, kamu harus ingat ayat-ayat Al-quran yang secara jelas menunjukkan umat islam adalah berdosa besar sekiranya murtad. Adakah kita umat islam harus membiarkan dosa besar ini berlaku kepada umat islam di Malaysia?..


Antara ayat yang menyentuh tentang murtad dalam Al-Quran:

"Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus." (Al-Baqarah 2:108)

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-An'aam 6:153)

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."(A-li'Imraan 3:85)

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)." (Al-Baqarah 2:217)
 
Selain itu Ngeh Koo Ham juga mahu pergerakan syiah dibiarkan tanpa sekatan. Agak pelik DAP sudah berani masuk campur dalam urusan islam. Ikut suka dia nak membiarkan pergerakan mengkafirkan umat islam. Itu sebabnya umat islam harus berjuang dan menolak PR. PR adalah pakatan yang berpaksikan DAP. Atau dengan kata lain semua urusan harus dinilai dari kaca mata bukan islam. Orang bukan islam akan menilai dari segi logik akal sedangkan umat islam mempunyai iman yang membatasi segala penilaian.

Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad

11 Jun, 2014

Sidang Akhbar PEMBELA Berhubung 3 Draf Rang Undang-undang Menggantikan Akta Hasutan 1948

Sidang akhbar ini diadakan setelah satu kata sepakat dipersetujui dan dicapai antara NGO-NGO Islam di dalam persidangan meja bulat yang telah diadakan sebentar tadi. Tujuan sidang akhbar ini ialah bagi menyatakan pendirian NGO-NGO Islam yang telah bersepakat berkumpul pada hari ini sebagai satu suara berkongsi keprihatinan terhadap perkembangan terkini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15].

YB Nancy mengesahkan telah menerima tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) dan kini sedang dalam penelitian Pejabat Peguam Negara.

Pihak kami telah berpeluang meneliti ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dimaksudkan dan membawanya kepada perbincangan lebih mendalam. Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, pihak kami mendapati terdapat dua bentuk perkara yang menimbulkan perasaan resah kami terhadap soal Kedaulatan Undang-Undang Negara.

Pertama, cara bagaimana deraf undang-undang ini dibuat dan dicadangkan.

Kedua, isikandungan yang terdapat di dalam deraf undang-undang yang dibuat serta dicadangkan.

Untuk yang pertama, pihak kami mendapati kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Kami mendapati bahawa penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam yang telah mencadangkan kepada satu kelompok kecil Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. Kami difahamkan hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

Kami melihat fungsi serta kewujudan peranan MPKN telah dijadikan sebagai alat tunggangan oleh sekumpulan kecil pihak-pihak yang berkepentingan di dalam cadangan-cadangan ini. Seolah-olah MPKN telah dianggap sebagai satu lesen besar untuk pihak-pihak ini melakukan perubahan yang bakal mengganggu gugat asas-asas pembinaan negara ini sesuka hati mereka. Lebih membingungkan ialah tindakan sekumpulan kecil ini terus menyerahkan rang undang-undang tersebut tanpa melalui proses rujukan dan perbincangan teliti dengan pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu. Seolah-olah, ia satu tindakan bersifat diktatorial dengan hanya mementingkan kehendak satuhala pihak mereka. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, perlakuan songsang kumpulan ini wajar disangsikan.

Selain itu, rang undang-undang tersebut telah diserahkan terus kepada Jemaah Menteri, lantas mengenepikan institusi-institusi yang bakal terjejas oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

Kebimbangan Kedua pula ialah mengenai isikandungan ketiga-tiga deraf undang-undang seperti yang telah dinyatakan tadi bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Pihak kami ingin menyatakan kebimbangan dan memberikan amaran dari pihak kami berkenaan kesan jangka pendek dan panjang hasil cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, cadangan isikandungan deraf rang undang-undang menggantikan Akta Hasutan tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu rang undang-undang tersebut.

Untuk peringatan semua, Negara ini telah dibina dengan tiang-tiang asas yang merupakan tulangbelakang kepada kekuatan struktur negara ini. Goncangkan tiang-tiang ini, maka bergoncanglah negara nanti. Atas sebab itu, arkitek-arkitek pembina negara ini telah menetapkan bahawa tiang-tiang asas negara ini tidak boleh dirombak, dihapuskan, disentuh mahupun digoncangkan dengan sesuka hati.

Akta Hasutan 1948 adalah sebuah akta yang telah berada di negara ini untuk melindungi tiang-tiang asas ini. Akta ini melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Perkara 153, 152, 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan mahar yang dibayar oleh golongan bukan warganegara pada masa itu untuk mendapatkan peluang kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Menuntut mahar yang telah lama dipersetujui kembali ianya boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan sengaja mahu membubarkan perjanjian yang telah sedia termeterai dan dihormati sejak sekian lama.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan asas-asas yang menjadi tiang perpaduan dan keharmonian yang selama ini dikecapi negara menjadi satu sasaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak hanya cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 menimbulkan keresahan di dalam serahan deraf undang-undang tersebut, malah beberapa cadangan di dalamnya menuntut perhatian serius untuk dikaji motif dan kesan cadangan yang dikemukakan.

Berikut kami gariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

i.            Pihak kami mendapati, Undang-undang yang cuba digambarkan sebagai usaha perpaduan ini dilihat tidak lebih daripada satu percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Pencadang telah secara semborono cuba mengangkat hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara mutlak tanpa mempedulikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 itu sendiri dan turut tidak mempedulikan asas-asas pembinaan negara yang harmoni yang turut sama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), Perkara 37 (1).

ii.            Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memelihara hak keistimewaan orang Melayu yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan turut disentuh oleh penggubal deraf undang-undang ini. Penggubal seolah-olah cuba menyerlahkan sifat kebencian serta perasaan anti orang-orang Melayu dengan menggelarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti ini dengan istilah-istilah seperti ‘discrimination’ dan ‘racial superiority’. Ini jelas merupakan satu sikap yang sangat tidak sensitif dipamerkan penggubal-penggubal tersebut yang mahu mengenepikan semua peruntukan terbabit.

iii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

iv.            Tidak cukup dengan rencah yang seolah-olah bersifat Anti Melayu, ketiga-tiga deraf undang-undang yang dicadangkan turut berisi nada yang menunjukkan sikap pelampau golongan Ekstremis Islamufobia apabila cuba melakukan suatu perkara yang mana penjajah British sendiri tidak pernah melakukannya. Kedudukan serta Kedaulatan Agama Negeri turut sama cuba diketepikan oleh penggubal deraf undang-undang tersebut. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .

v.            Pihak kami turut melihat cadangan penubuhan “Unfair Discrimination Tribunal” tidak lebih daripada satu percubaan untuk menghidupkan kembali hasrat menubuhkan Interfaith Commmision yang pernah ditentang dan berkubur satu ketika dahulu. Dengan pelabelan baru, “Unfair Discrimination Tribunal” dilihat akan merampas kuasa institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Kedaulatan Islam dilihat bakal dihempaskan ke bawah melaluinya dan bidang perundangan Islam akan sentiasa berada di bawah skrutini sebuah tribunal yang turut sama dianggotai oleh golongan bukan Islam.

Melihat semua kemungkinan serta kerosakan yang bakal timbul ini,  Harus pihak kami tegaskan di sini bahawa Perkara-Perkara yang telah termaktub dan dipersetujui di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu perkara yang boleh dicampak keluar sesuka hati hanya kerana sifat dendam dan membenci sesetengah golongan kecil dalam masyarakat terhadap Kedaulatan Islam dan Melayu di negara ini.

Sikap-sikap tidak rasional yang terdorong dengan sifat ekstremis Islamufobia melampau sehingga gagal mengenalpasti sumber kekuatan tiang-tiang asas negara sepertimana yang terdapat di dalam deraf-deraf yang dikemukakan amatlah pihak kami kesalkan.

Pihak Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Pihak kami juga ingin menangkis sikap yang cuba dibawakan oleh penggubal yang berusaha mempotretkan institusi-institusi kehakiman negara sebagai tidak cukup berwibawa untuk menangani isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa di dalam negara. Cadangan penubuhan ‘Unfair Discrimination Tribunal’ menunjukkan bahawa penggubal mempunyai dasar kefahaman yang rigid, keras dan kaku dalam menyantuni mana-mana isu melibatkan pertikaian antara agama dan bangsa di dalam negara yang majmuk ini. Negara ini telah aman sejak berkurun lamanya melalui penghormatan serta dasar toleransi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama. Kerap kalinya apabila berlaku apa-apa perkara yang merosakkan keamanan tersebut, puncanya adalah kerana sentiasa ada pihak cuba menggganggu gugat apa yang telah disepakati sebelum ini. Tidak semua perkara harus ditangani melalui jalan perundangan semata-mata.

Pihak kami, NGO-NGO Islam, memilih lokasi ini di persekitaran Hotel Cititel ini untuk kembali mengingatkan kepada pihak pemerintah tentang apa yang telah berlaku 8 tahun dahulu.

8 tahun yang lalu, di sinilah bermulanya gelombang permulaan penentangan besar-besaran kepada percubaan kumpulan Artikel 11 untuk merobek serta mengubah dasar-dasar asas yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan yang dimahukan kumpulan kecil mereka. Antara yang turut ditentang pada masa itu ialah percubaan menubuhkan Interfaith Commission yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan ‘Unfair Discrimination Tribunal’ seperti yang dicadangkan di dalam deraf-deraf undang-undang tersebut. Penentangan yang kemudiannya menyaksikan puluhan ribu umat Islam berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan pada Oktober 2006 sebagai kemuncak kepada gelombang penentangan. 

Oleh yang demikian kami menggesa supaya pihak Kerajaan Pusat mendengar kegusaran kami berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Generasi terdahulu yang menjadi arkitek pembinaan negara ini telah mengenalpasti tentang asas-asas yang menjadi struktur kekuatan kepada pembinaan negara ini. Mereka melindunginya dan berjaya mewariskan sebuah Malaysia yang berjaya untuk dihuni secara bersama oleh kita pada hari ini. Kita mewarisi sebuah Malaysia yang aman, makmur dan berjaya hasil kebijaksanaan mereka-mereka yang terdahulu.

Persoalannya, apakah kita mahu merobek semua kebijaksaan tersebut hanya kerana satu segmen di dalam masyarakat mempunyai penyakit dendam dan membenci asas-asas pembinaan negara ini? Apa pula bentuk negara yang bakal kita wariskan nanti sekiranya semua kebijaksanaan ini dirobek dan menghancurkan segala bentuk keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini?

Justeru itu, pihak kami NGO-NGO Islam ingin merakamkan perasaan resah dan kegusaran kami mengenai percubaan-percubaan tidak sensitif seperti ini. Pihak kami ingin mendesak pihak Kerajaan Pusat supaya melakukan penelitian yang lebih jitu dengan merujuk serta memastikan keterlibatan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung dan tidak langsung di dalam ketiga-tiga deraf undang-undang yang dimaksudkan.

Kita sedang mewarisi Malaysia yang aman hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu, jangan pula kita wariskan Malaysia yang hilang keamanan kepada generasi akan datang hanya kerana kesombongan dan kegopohan pihak-pihak tertentu.

Pihak kami tidak akan berhenti di sini. Apa yang berlaku di sini hanyalah satu permulaan. Pihak kami akan terus bergabung dan memperjuangkan perkara ini secara bersama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Harapan kami, pihak Kerajaan Pusat memberi perhatian serius kepada suara-suara kebimbangan dan resah yang sedang dikemukakan ini.

Berikutan kebimbangan yang mendesak ini, saya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, selaku Pengerusi PEMBELA yang memayungi lebih dari 70 NGO-NGO Islam di tanahair dan suara  NGO-NGO Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang hadir pada hari ini, ingin  menyatakan BANTAHAN KERAS dari pihak kami terhadap mana-mana percubaan untuk menghapuskan Kedaulatan Islam di tanahair, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Pendirian kami adalah jelas dan tegas tentang perkara-perkara ini.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
Cititel, Georgetown, Pulau Pinang

10 Jun 2014 bersamaan

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin