Memaparkan catatan dengan label DS Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DS Najib. Papar semua catatan

01 Oktober, 2016

PROPAGANDA MO1 DAN KEHEBATAN TUN M

Berkabung untuk UMNO


Samaada kita sedar atau tidak kem MO1 telah membuat propaganda terhadap rakyat Malaysia. MO1 telah membuat propaganda untuk memfitnah Tun M (untuk menjatuhkan kredibiliti), mempromosi diri MO1. Banyak cyber trooper kerajaan MO1 diarahkan untuk melakukan propaganda ini semata-mata untuk MO1 sahaja. Tiada lagi tindakan untuk rakyat, segalanya untuk MO1.

PROPAGANDA MO1
mengapa MO1 amat memerlukan propaganda ini, ia adalah kerana kebanyakan perancangan dia tidak menjadi. sebagai contoh kerajaan MO1 terpaksa melakukan promosi untuk memperlihatkan kejayaan plan transformasi. keluar duit beratus ribu atau mungkin jutaan semata-mata untuk membuat promosi memperlihatkan kejayaan transformasi, tidakkah itu pelik?... ia  terpaksa dilakukan kerana transformasi itu gagal mensejahterakan rakyat. sehingga kini rakyat terpaksa menanggung peningkatan sara hidup, rakyat semakin susah. tiada kesan transformasi ini kepada rakyat. Propagada adalah alat yang digunakan utk menipu rakyat sekali lagi.

kesilapan 1MDB yang semakin terserlah dan menyerlahkan salah guna kuasa oleh MO1. 1MDB di siasat oleh 6 buah negara luar, satu demi satu kesilapan 1MDB  dibongkarkan dan secara tidak langsung membongkar kesalahan MO1. propaganda digunakan untuk menutup kesalahan MO1 didalam negara. nak ke US pun dah takut.

kekuatan Tun M akan menyebabkan parti MO1 kehilangan pengundi. segala macam propaganda dilakukan, memfitnah Tun M dan keluaganya, memperlekehkan kredibility Tun M, kenyataan media yang salah drpd Agong. Sedar ataupun tidak, Tun M mempunyai 1.4 juta tandatangan rakyat yang menolak MO1 sebagai PM yang sebahagian besarnya Ahli UMNO. 1.4 juta ini akan berubah jadi undi kepada Parti BERSATU, satu tamparan yg hebat kepada MO1. SEGALA-GALANYA ZAMAN MO1 HANYALAH KHAYALAN ATAUPUN RETORIK SEMATA-MATA.

KEHEBATAN TUN M
Tun M tidak perlukan propaganda seperti MO1. Perancangan Tun M dapat dirasakan oleh rakyat sehingga kini. Rakyat membandingkan kehidupan zaman Tun M dan MO1, ternyata zaman Tun M masih yang terbaik. rakyat merasainya. wawasan 2020 masih menjadi pegangan rakyat malaysia. kawasan2 perekonomian seperti KL, putrajaya, cyberjaya masih lagi tempat tumpuan ekonomi. tiada tempat tumpuan ekonomi baru yang dibuat oleh MOI. sebab itulah Tun M masih di hormati oleh masyarakat malaysia dan dunia.

pada ketika ini, jika MO1 mahu melawat rakyat, tempat itu telah dimaklumkan terlebih awal untuk dibuat persediaan. MO1 melawat bukan untuk melihat kesusahan rakyat, tetapi untuk mempromosi dirinya. Tun M semasa menjadi PM, melawat kawasan secara senyap untuk melihat kesusahan rakyat, supaya dia boleh menolong rakyat. TUN M MEMIMPIN UNTUK RAKYAT, MO1 MEMIMPIN UNTUK SURVIVAL KUASANYA.

disclaimer: artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak bermaksud untuk menghasut terhadap apa-apa perkara.

17 Julai, 2016

KEKUATAN UMNO(PARTI NAJIB) ADALAH DAP, KEKUATAN PARTI BARU TUN M


Berkabung untuk UMNO

1. Pada PRU 13, penulis dapat merasakan ketakutan orang melayu sekiranya DAP memerintah Malaysia melalui Pakatan pembangkang. Rata-rata orang melayu takut sekiranya DAP memerintah bermaksud orang cina yang memerintah melayu, takut nya orang melayu Malaysia akan jadi seperti singapore (melayu tiada kuasa). Oleh sebab itu melayu telah menyokong UMNO/BN pada ketika itu. Faktor Najib sebagai PM tidak memain peranan yang besar dlm PRU13. Pada pendapat penulis BN berkuasa semula kerana undi orang melayu kerana takutkan DAP berkuasa.

2. BN berjaya membentuk kerajaan dengan majority mudah dengan kelebihan kerusi parlimen, bagaimanapun peratus sokongan rakyat kepada BN di seluruh negara jatuh kepada 48% sahaja. Dalam penggal ini, Isu 1MDB amat memberi impak dalam kestabilan dan sokongan rakyat kepada BN. Cara Najib menangani isu 1MDB amat buruk sekali, tidak datang forum "nothing to hide" bila mengetahui Tun M sudah ada untuk bertanya soalan, para pengikutnya menjawab dengan putar belit dan tidak berfakta, merombak kabinet untuk penyokong Najib sahaja, memecat sesiapa sahaja dalam UMNO yang mempersoalkan tentang 1MDB, memecat peguam negara yang menyiasat 1MDB, dan banyak lagi. Tindakan Najib ini dilihat bukan untuk mengukuhkan UMNO dimata rakyat, tetapi mengukuhkan jawatannya didalam parti.

3. GST- kegagalan kerajaan BN untuk membuktikan GST berjaya menurunkan harga barang memberikan impak yang besar dalam kepercayaan rakyat. selepas setahun harga barang tidak juga turun. Jawapan daripada penyokong Najib, yang menaikkan harga adalah peniaga bukan GST.. tetapi Najib tidak berjaya mengawal peniaga yg tamak itu- kegagalan di pihak Najib juga.

4. PRN Sungai Burung dan PRN Kuala Kangsar- Parti Najib mendabik dada dengan majority undi yang meningkat. Tetapi pada kajian penulis dan PRN ini, Parti Najib hilang 10% undi ketika pembangkang lemah.

Sungai Besar                                                 Kuala Kangsar
PRU 13 - jumlah undi 18695                           PRU 13 - jumlah undi 14218
PRN 2016 - jumlah undi 16800                       PRN 2016 - Jumlah undi 12653
pengurangan 1895                                           Pengurangan 1565 

adakah ini satu indikasi yang menunjukkan parti najib semakin diterima atau ditolak? Jelas ia semakin ditolak. satu lagi kegagalan najib. Pada kedua2 PRN ini, penulis melihat isu yang memainkan peranan paling besar adalah isu DAP akan memerintah, melayu akan melarat. Sekali lagi melayu terpaksa memilih parti najib, Parti pembangkang pula terus berkeceramuk. Parti Najib menang kerana isu DAP memerintah dan kelemahan pembangkang, bukan kerana kekuatan parti najib.

5. Penubuhan parti baru yang diasaskan oleh Tun M. Adakah parti baru ini akan memperolehi majority kerusi untuk menubuhkan kerajaan? pada pendapat penulis parti ini tidak akan dapat memperolehi majority kerusi parlimen pada PRU 14. Bagaimanapun Parti ini akan berjaya mengecilkan peratus undian kepada BN. Selagi mana parti ini tidak bekerjasama dengan DAP. kerana parti Najib akan menggunakan DAP sebagai alasan untuk meminta orang melayu menolak parti Tun M. Orang melayu dalam segala apa hal pun, tidak akan sanggup melihat Tanah melayu diperintah oleh DAP.

6. Harus di ingat, BN menang PRU 14 dengan 48% undi rakyat Malaysia dan mendapat majority mudah. Jika dilihat trend pengurangan 10% dalam PRN sungai besar dan kuala kangsar, sekiranya penurunan 10% ini berlaku dalam PRU 14... Parti Najib hanya akan dapat 38% undi rakyat Malaysia. Ia mungkin akan mendapat jumlah kerusi yang terbesar, tetapi tidak akan mencapai majority mudah. Jalan paling mudah untuk membentuk kerajaan adalah dengan bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain. jika ikut isu semasa, penulis boleh katakan PAS menjadi pilihan sebagai rakan kongsi Parti Najib. Adakah ini yang terbaik untuk Malaysia? jawapannya tidak selagi mana Najib menjadi PM. 

disclaimer: artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak bermaksud untuk menghasut terhadap apa-apa perkara

12 Mac, 2016

RED ALERT - PERDANA MENTERI YANG BOLEH DIUGUT DAN BOLEH MENGADAIKAN KEDAULATAN NEGARA

Berkabung untuk UMNO

Masihkah DSN layak menjadi Perdana Menteri sedangkan skandal demi skandal melikari hidupnya. skandal kewangan ini adalah terburuk dalam sejarah negara. Skandal ini juga disiasat oleh beberapa negara seperti USA, switzerland, dan beberapa buah negara lagi. Sekiranya negara-negara yang menyiasat tentang skandal kewangan ini dan mendapat bukti tentang kesalahan DSN, mereka mempunyai kuasa untuk memeras ugut Perdana Menteri. 

Ini adalah isu keselamatan negara. Sekiranya perdana menteri boleh diugut, dan perdana menteri boleh menggadaikan Negara demi menyelamatkan dirinya. Sekarang pun sudah terbukti DSN menggadaikan Partinya untuk menyelamatkan dirinya. Tiada langkah menyelamatkan parti, hanya langkah menyelamatkan dirinya daripada skandal ini. Ini membuktikan dia hanya mementingkan dirinya sahaja. Negara boleh dijajah semula hanya kerana perdana menterinya mudah dijual beli dan boleh di peras ugut.

Apa gunanya menyelamatkan perdana menteri sementara negara tergadai.. tepuk dada tanya selera... SELAMATKAN MALAYSIA...

Disclaimer: artikel diatas hanyalah pendapat peribadi penulis, dan tidak mempunyai maksud untuk menghasut atau segalanya...

06 Mac, 2016

BERKABUNG UNTUK UMNO

Berkabung untuk UMNO

UMNO sekarang sedang diuji dengan hebatnya. Ia di uji dengan diberikan seorang preseiden yang penuh dengan skandal. Ahli UMNO diuji untuk melihat dimanakah perjuangan ahli UMNO itu, adakah perjuangan ahli UMNO untuk agama, bangsa dan negara atau untuk mempertahankan presiden UMNO. Presiden UMNO sekarang hanyalah liability kepada UMNO kerana skandal yang dibuatnya sendiri. Adakah wajar seorang Perdana Menteri menjadi penaung kepada sebuah syarikat (1MDB) yang membuat projek dengan kerajaan? tidak kah itu menimbulkan "confilct of interest".

skandal demi skandal Presiden UMNO yang telah menconteng arang yang amat hitam kepada UMNO. Paling menyedihkan ialah para menteri yang mempertahankan presiden UMNO secara membuta tuli. Tidakkah mereka sedar rakyat (tidak kira parti) sudah jelik dengan tindakan mempertahankan presiden UMNO sekarang?

UMNO sebenarnya adalah parti yang mempunyai sistem dimana presiden boleh dicabar dalam pemilihan. jika presiden itu benar, bertandinglah... tidak perlu takut. Apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan takut untuk bersuara. Takut hilang jawatan, tidakkah mereka terfikir kalau UMNO kalah mereka juga turut hilang jawatan. Adakah presiden UMNO yng mempunyai kredibiliti yang amat buruk di mata rakyat boleh membawa kemenangan kepada UMNO? UMNO menang kerana rakyat yakin kepada UMNO bukan kepada presiden UMNO, ingatlah wahai pemimpin UMNO.

Tindakan UMNO menurunkan timbalan Presiden UMNO adalah satu kesilapan, kerana jawatan dalam UMNO adalah melalui pemilihan bukan secara lantikan. Kalau mahu menjatuhkan timbalan presiden, harus ada pemilihan baru bukan dengan mensyuarat dan melantik sesiapa sahaja penyokong presiden untuk dijadikan timbalan. 

Sekarang UMNO dilihat oleh rakyat sebagai parti yang mempertahankan presidennya sahaja. Jiwa UMNO yang mempertahan Agama, bangsa dan negara sudah mati dibawah DSN. Apabila pemimpin UMNO bercakap tentang agama, bangsa atau negara... kedengaran ianya hanyalah retorik, sama seperti PAS, PKR dan DAP. itulah tahap UMNO sekarang.

penulis berkabung untuk UMNO kerana sayangkan UMNO. tidak sangka sampai begini jadinya....

Disclamer: tulisan diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak berniat untuk menghasut dalam semua perkara.

29 Ogos, 2014

KEMELUT MB SELANGOR: SPEKULASI KHABAR ANGIN

Kemelut MB Selangor berterusan dengan perkembangan terkini dimana PKR dan DAP menderhaka kepada sultan dengan hanya memberi satu nama iaitu Wan Azizah. Nampaknya DS Anuwar masih berkeras mahukan isterinya menjadi MB Selangor. Ini barulah dikatakan sebagai nepotisme tahap tertinggi. Apapun isu ini telah mengundang perasaan jelek rakyat Selangor kepada PKR, tetapi tidak kepada kaum cina terhadap DAP. Mengapa DS Anuwar mahukan isterinya menjadi MB? Adakah kerana rizab tunai negeri Selangor yang bernilai 3 billion itu? Jika benar kerana rizab tunai itu menjadi sasaran DS Anuwar, kemanakah arah wang itu akan dibelanjakan?

Kronologi politik semasa Malaysia, selain dari isu MB Selangor. Masyarakat juga disajikan dengan khabar angin isu usaha beberapa pihak dalaman UMNO untuk menjatuhkan Ds Najib. DS Najib telah menjadi sasaran kerana kelemahannya menjaga politik dalaman UMNO, terdapat unsur ikut cakap bini, tidak tegas dalam menjaga hak melayu, terlalu mengikut rentak pembangkang walaupun perkara itu menjejaskan hak melayu (isu penghapusan akta hasutan dan kalimah Allah) dan sebagainya. Hujah ini diperkuat dengan penarikan semula sokongan Tun Mahathir terhadap DS Najib.
Terdapat juga khabar angin yang mengatakan rombakan besaran cabinet seharusnya sudah berlaku, disebabkan kelemahan DS Najib dalam percaturan politik dalaman UMNO beliau tidak melakukannya. Ini juga telah menimbulkan kemarahan beberapa MP yang mungkin dipilih menjadi menteri atau jawatan lain dalam rombakan tersebut.

Sekiranya penulis mengangkat khabar angin ini sebagai fakta, ini akan menjurus kepada spekulasi kepada kerakusan DS Anuwar untuk mendapatkan rizab tunai 3 billion itu. DS Anuwar sememangnya dikenali sebagai oportunis. Rizab itu mungkin akan diguna pakai untuk membeli MP yang kecewa dan marah dalam perkembangan politik semasa BN. DS Anuwar perlukan wang tersebut dalam kadar segera sebelum DS Najib membuat langkah untuk memujuk MP yang marah itu atau perkara lain yang berlaku. Ini bukanlah kali pertama DS Anuwar mahu berkuasa dengan menggunakan jalan belakang. Ia pernah berlaku selepas pru12. DAP juga merestui cara DS Anuwar ini, sebab itu mereka menyokong tindakan PKR dalam isu MB Selangor walaupun ia kelihatan begitu jelek sekali. PAS sememangnya tidak pernah bersetuju dalam usaha untuk berkuasa melalui pintu belakang, prinsip ini juga terlihat selepas pru12 semasa PKR dikatakan mahu membeli MP BN, DS Hadi telah mengeluarkan kenyataan tidak menyokong cara untuk berkuasa seperti itu.
 
Apa yang penulis ceritakan diatas adalah berdasarkan cakap-cakap kosong. Tiada fakta yang menyokong cerita diatas. Bagaimanapun sekiranya ini benar-benar berlaku, penulis lihat begitu jeleknya politik Malaysia sekarang. Semuanya hanya berdasarkan kuasa semata-mata. Dimanakah perjuangan untuk menjaga islam? Perjuangan menjaga hak melayu? Perjuangan menjaga rakyat? Apakah jenis pemimpin yang kita ada ketika ini? bolehkah kita bergantung dengan mereka? Begitu banyak persoalan dan tiada jawapannya.

Semoga sempena bulan kemerdekaan ini, kita diberi kesedaran dan petunjuk. kita perlu menyokong pemimpin yang benar-benar pemimpin yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara. bukan sekadar kuasa semata-mata. Jangan kita mengambil sambil lewa dalam pemilihan, waima dalam pemilihan ketua cawangan sekali pun. tidak kira ia untuk parti UMNO atau PAS. Dua parti inilah yang akan menjaga Melayu dan islam. Jangan biarkan pemimpin yang gila kuasa menguasainya. 

SELAMAT HARI MERDEKA.... DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...

07 Ogos, 2014

KAITAN ANTARA ISU PKR NAK TUKAR MB DAN SERANGAN ISRAEL

Sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila PKR mahu menukar MB selangor yang disandang oleh Khalid Ibrahim kepada Wan Azizah. Sudah bukan lagi rahsia apabila wan azizah mengakui beliau rela menjadi MB boneka kepada Anuwar Ibrahim. Sudah bukan lagi rahsia bila Anuwar Ibrahim menganggap selangor hak miliknya selepas Wan Azizah berkata kerusi MB adalah milik Anuwar Ibrahim. Apa yang menjadi persoalannya ialah MENGAPA SEKARANG??

Rakan-rakan ada memberitahu sebenarnya perbincangan memang telah dilakukan antara parti PAS,PKR dan DAP untuk menukar Khalid Ibrahim sebelum ini, dan mereka telah bersetuju untuk menukar Khalid Ibrahim tetapi mahu memberi masa kepadanya. Rupanya sudah apa kesepakatan untuk menukar MB selangor, tetapi mengapa tiba-tiba PKR mahu menukar Khalid sekarang?.. secara tiba-tiba, tanpa pengetahuan PAS dan DAP, Anwar telah mengumumkan perlantikan Wan Azizah sebagai pengganti MB Selangor. Kalau mahu di katakan sebab DSAI mahu masuk penjara, rayuannya di mahkamah rayuan masih berjalan dan sudah semestinya dia tidak akan dipenjarakan dalam masa terdekat. Jadi mengapa mahu ditukarkan MB secara tergesa-gesa??

Apa yang saya dapat kaitkan hanyalah kaitan isu MB ini dengan serangan israel terhadap  Palestine. DSAI pernah mengatakan akan menyokong keselamatan Israel. Adakah ini caranya beliau melindungi keselamatan israel?? Jika dilihat kronologi serangan israel dan situasi politik PKR di Malaysia, ia seolah-olah ada kaitan.

1. Pertama kali palestin diserang dalam bulan ramadhan - para cyber trooper PR mengaitkan israel dan kerajaan Malaysia. Ia seolah-olah untuk meningkatkan sentimen politik yang bersifat local dan mengalih pandangan rakyat Malaysia terhadap isu global sebenar iaitu kekejaman israel.

2. Semasa isu MH17, sehari selepas MH17 ditembak israel terus menyerang palestin - pada ketika itu juga cyber trooper PR sibuk untuk mengalihkan pandangan rakyat malaysia kepada politik local. ini termasuk twitter daripada DSAI sendiri yng mengatakan MH17 ditembak kerana DS Najib lantang menolong palestin dan dibalas sedemikian rupa.

3. ketika israel memperhebatkan serangan keatas palestine dengan operasi tentera daratnya - PKR terus menghangatkan isu penukaran MB selangor.

kaitan DSAI dan yahudi
Kemelut penukaran MB selangor ini sebenarnya banyak memberi kerugian kepada parti PKR dan PR. Kita tidak perlu menjadi penganalisis politik untuk mengetahui hakikat ini. Ia agak terang, memang isu ini amat merugikan PR dan PKR.  Tetapi mengapa DSAI meneruskan juga isu ini. Isu penukaran MB seolah-olah sengaja ditimbulkan, sedangkan ia boleh diselesaikan di peringkat parti. 

Adakah isu MB selangor ini dilakukan untuk mengalihkan perhatian masyarakat Malaysia terhadap kekejaman israel?saya pun tidak dapat menjawab persoalan ini.

Ini hanyalah pendapat peribadi penulis terhadap apa yang berlaku di Selangor dan dunia. Mungkin juga serangan kejam Israel dan isu politik Malaysia ini berlaku secara mengikut turutan ini adalah kebetulan. Mungkin juga ia satu rancangan teliti oleh pihak-pihak tertentu untuk mengalih perhatian masyarakat.

Walaupun isu MB Selangor ini hangat diperkatakan, tetapi syukur juga perhatian masyarakat Malaysia terhadap kekajaman israel tidak hilang. Kita masih mengikuti perkembangan kekejaman israel dan kita juga mahu memboikot barangan israel. ini menunjukkan kita peduli akan saudara kita di palestin. Semoga boikot kita terhadap barangan israel ini akan memberi kesan. ALLAHUAKBAR...

04 Jun, 2013

TELADAN TUN RAZAK YANG WAJIB DIIKUTI DATO' SRI NAJIB

Pertamanya, penulis tidak pernah mempunyai niat untuk menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib dengan penulisan yang dibuat. Ada kalanya teguran dibuat secara berkias (SINI) dan ada kalanya secara berterus terang sahaja (SINI). Ianya adalah teguran ikhlas dari seorang blogger pro-UMNO yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Penulis hanya menulis secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun.

Begitu juga dengan barisan sahabat penulis di blog Kembara Politik ini iaitu blogger Anak Panji Semerang, blogger Anak Melayu dan blogger Nota Pendek. Kesemua sahabat penulis itu dipelawa menulis jika ada ruang masa dan secara ikhlas hati. Kesemua kami di blog Kembara Politik bukanlah blogger sepenuh masa. Masing-masing ada kerja masing-masing yang perlu diutamakan.

Nawaitu penulis menulis di blog adalah kerana semata-mata ingin menyatakan kebenaran. Dan bagi penulis itulah yang sepatutnya ditulis oleh blogger-blogger yang sayangkan UMNO. Pendapat peribadi penulis, Dato' Sri Mohd Najib yang penulis kenali adalah seorang yang sangat berkebolehan. Seorang pemimpin yang tidak sombong. Penulis secara peribadi menyokong penuh kepimpinan Dato' Sri Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Tapi ada kalanya Dato' Sri Najib perlu mendengar secara terus suara akar umbi UMNO (SINI). Suara-suara inilah yang mendokong Dato' Sri sebenarnya. Yang menulis dan berjuang tanpa minta sesen pun dari UMNO. Ramai yang menulis ini tidak bertuan. Mereka penulis bebas. Malahan tidak punya jawatan pun dalam UMNO. Tulis kerana semata-mata tidak mahu UMNO terus ditanam persepsi yang negatif oleh pembangkang.

Antara jentera pilihanraya pun ramai yang berkempen bukan sebab ada imbuhan. Tidak seperti sesetengah pemimpun yang tidak dicalon terus ditutup bilik gerakan. Jentera pun turut sama boikot. Yang ada jawatan dalam UMNO pula terus dengan sikap bodoh sombong tidak mahu salur maklumat apabila diminta secara peribadi bagi membalas serangan pembangkang. Padahal niat blogger yang minta maklumat tepat adalah untuk patahkan pembohongan yang dibuat pembangkang.

Cuma pada hemat suara akar umbi (termasuklah penulis), Dato' Sri terlalu melebihkan pada asas sokongan yang sia-sia yang mana sudah diketahui kesudahannya dari awal lagi. Atau secara terus terangnya, strategi cuba memancing undi kaum Cina secara berlebihan agar BN beroleh 25% hingga 30% sokongan kaum ini sebenarnya hanya menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera memendam rasa dan rasa semacam dianaktiri.

PRU13 jelas menunjukkan sikap sebenar pengundi kaum Cina terhadap Barisan Nasional. Penolakan kaum Cina secara hampir total sebegini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah PRU. Dengan sokongan 90% kaum Cina terarah kepada pembangkang (seperti mana dikata Tun Daim), setinggi 96% (seperti didakwa Dato' Ali Rustam), atau 95% (oleh penulis), ianya jelas menunjukkan niat sebenar kaum Cina. Apa yang kaum Cina mahu telah dirumus dalam artikel penulis pada 6 Mei 2013 (SINI).

Jadi tidak perlulah Dato' Sri masih lagi menggunakan strategi yang sia-sia itu. Usah pula Dato' Sri jadi pemudah cara dengan menunaikan tawaran yang merugikan Melayu dan Bumiputera yang dibuat Anwar Ibrahim itu pula. Usah ditabur lagi segala bentuk bantuan yang pelik-pelik seperti bantuan jutaan ringgit untuk sekolah Cina. Bantulah orang Cina yang miskin yang benar-benar perlukan bantuan. Bantulah pelajar kaum Cina yang pandai tapi miskin. Bantulah seperti mana yang diboleh dalam Perlembagaan sahaja.

Apa yang perlu dibuat ialah tumpuan yang lebih pada asas sokongan BN. Gesaan penulis agar Dato' Sri Najib menumpukan kepada asas sokongan BN sebenarnya sudah lama dibuat sejak tahun 2009 lagi (SINI). Siapakah asas sokongan BN? Orang Melayu, Orang Asli, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Malahan jangkaan bahawa kaum Cina tidak akan menyokong BN pun sudah dijangka kerana parti DAP Berjaya menyemai perasaan benci terhadap UMNO yang didakwa mengamalkan dasar-dasar afirmatif yang meminggirkan kaum Cina sehingga mendakwa sistem negara dikuasai Melayu (SINI). Hakikatnya tidak begitu. DAP juga berjaya menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat (SINI).

Untuk 5 tahun mendatang sebelum PRU14 ini, akar umbi mahukan Dato' Sri Najib mengambil contoh teladan Allahyarham Negarawan Tun Abdul Razak. Apa yang Tun Razak lakukan selepas Pilihanraya 1969? Apakah ketika itu kaum Cina menyokong Perikatan? Tidak. Tun Razak tidak pula melaksanakan dasar-dasar yang merugikan peribumi dan tidak pula terkejar-kejar undi kaum Cina.
 
Dasar-dasar afirmatif yang dilaksana oleh Tun Razak berjaya menguatkan asas sokongan BN iaitu kaum Melayu dan Bumiputera. Dan tempias kemakmuran hasil dari dasar yang baik turut dikongsi bersama semua kaum. Kekuatan asas sokongan kaum Melayu dan Bumiputera kepada BN akan dengan sendirinya mengendurkan hasrat politik kaum Cina. Seterusnya mengembalikan sokongan semua kaum terhadap amalan perkongsian kuasa yang telah lama diamal dengan jayanya dari semua sudut  tanpa sebarang masalah besar.
 
Wallahualam.

03 Jun, 2013

Najib akan kalah PRU14 jika terus kejar undi Cina dan abai kepentingan Melayu Bumiputra

Apa yang perlu Najib Razak buat?

Bubar UMNO tubuhkan hanya parti tunggal BN? TIDAK! Kalau buat juga Najib bakal dikuburkan. Tabur pada 90% pengundi kaum Cina yang undi PR? TIDAK! Kalau buat juga PRU14 UMNO/BN bakal dikuburkan.

Jadi, apa yang perlu Najib buat? Sangat banyak yang perlu dilakukan. Tapi kita beri satu dahulu.

Pertama: Reward pengundi yang mengundi BN. Tidak perlu nak tunggu sebarang rintihan, rayuan dan tuntutan dibuat baru nak laksana.

Siapa yang undi BN? Kaum Cina yang 90% mengundi PR? TIDAK! Siapa yang undi BN? Kaum Melayu, Orang Asli, Bumiputra Sabah & Sarawak, dan kaum India!

Bagaimana hendak reward? Kebanyakan asas sokongan ini dari kawasan pedalaman, estet, luar bandar, kampong, dan Felda. Dan kawasan ini banyak yang terkebelakang dari banyak sudut. Jadi memang sangat perlu segala keperluan asas, pembangunan dipertingkat, dan segala tuntutan kaum Melayu/Bumiputra perlu didengar dan diikut sepenuhnya.

Kita ambil contoh mudah yang boleh dilihat secara jelas. Jalanraya kawasan kampong seatutnya mestilah setaraf jalan di Bandar. Ini tidak, jurang Nampak sangat jelas. Jalan di kampong itulah yang berlopak sana-sini yang lambat dibaiki sedangkan kalau ianya berlaku di kawasan Bandar yang DUN dimenangi pembangkang (90% yang menolak BN) cepat sahaja kerajaan BN baiki.

Begitu juga dengan bekalan air bersih. Di kawasan yang BN menang itulah yang tidak selesai-selesai masalah air sering terganggu. Jika berlaku gangguan air di DUN yang dikuasai pembangkang cepat pula kerajaan selesaikan. Dan jarang-jarang pula berlaku.

Begitu juga dengan segala lampu-lampu jalan yang banyak dipacak di kawasan DUN yang dimenangi pembangkang (terutamanya di kawasan Bandar). Di DUN yang dimenangi BN pula suram di waktu malamnya. Asyik bergelap saja. Nak jumpa satu tiang lampu jalan (di kawasan pedalaman) yang menghubungkan kampong A dengan kampung B pun susah.

Pelik benar keutamaan kerajaan! Takkanlah masih nak kejar undi kaum 90% yang tidak pun undi kerajaan. Sedangkan keutamaan amat sepatutnya diberikan kepada pribumi yang jauh ketinggalan dalam banyak sudut.

Jangan sampai yang sokong pada PRU13 bertukar jadi tak sokong pada PRU14 sudahlah!

14 April, 2013

PENGUNDI MUDA MEMIHAK KEPADA BN




  • 53% dari respondents UMCEDEL adalah bawah 40 tahun (survey UMCEDEL, perception on Malaysia politics and leadership prior to the 13th General election)


Pengundi muda dan baru adalah sebanyak 2.5 juta orang, dan 80% darinya adalah dari golongan muda (40 tahun kebawah). Jadi mengikut perkiraan mudah jumlah pengundi muda dan baru adalah sebanyak 2 juta orang. Mereka adalah jumlah pengundi yang tidak diketahu kemana arah sokongan mereka.

Dalam kajian yang dilakukan oleh UMCEDEL, lebih 50% dari respondent memberi jawapan ‘tidak tahu’  kepada soalan keyakinan terhadap DS Najib dan DS Anwar. Bagaimanapun lebih 30% daripadanya yakin dengan DS Najib dan selebihnya kepada DS Anwar. Kebanyakan dari mereka pula mendapatkan maklumat dari media arus perdana.

Jika dilihat dari statistic FB pula, peminat tempatan lebih memihak kepada DS Najib dan DR. Mahathir dimana kedua-dua mereka mempunyai peminat lebih dari 1.4 juta orang. Berbanding dengan Nik Aziz dan DS Anwar. Jika digabungkan peminat Nik Aziz dan DS Anwar pun masih tidak dapat menandingi peminat DS Najib. Seperti yang kita sedia maklum, pengguna FB adalah dari golongan muda.

Populariti DS Najib berada pada tahap 69% (merdeka review), ia adalah prestasi yang menurun. Bagaimanapun pada 2008 populariti DS Najib hanya berada pada 41% (kajian Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, UIA). Peningkatan popularity sebanyak 28% adalah sesuatu yang amat baik. Kajian ini juga boleh digunapakai untuk mengukur tahap penerimaan orang muda terhadap BN.

Dari semua kaji selidik yang dilakukan, dapat dilihat bahawa terdapat ramai golongan muda yang menyokong BN. Paling tidakpun 30% dari pengundi muda sudah membuat pilihan menyokong BN. Bagaimanapun golongan muda ini masih ramai  yang menjadi pengundi atas pagar. Pada pendapat penulis lebih 50% pengundi muda masih neutral. Penulis juga melihat scenario kempen politik di dalam FB, tetapi kempen ini tidak mendapat sambutan baik dari pemuda ia termasuklah kempen dari pembangkang atau BN. 

Pada pendapat penulis golongan muda yang mengambil sikap neutral ini bakal menyokong BN,  kerana bersikap neutral akan memungkinkan mereka berfikir secara rasional. Menilai setiap aspek dan tidak terikat dengan emosi amarah. Mereka pasti akan dapat melihat bahawa Pakatan Rakyat bakal membawa kehancuran sekiranya mereka memerintah.

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin