Memaparkan catatan dengan label Najib Tun Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib Tun Razak. Papar semua catatan

21 Mac, 2016

CAWANGAN UMNO - PAK TURUT ATAU PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?


Berkabung untuk UMNO

Cawangan UMNO akan bersidang di saat UMNO dikuasai oleh pemimpin yang terpalit dengan pelbagai noda dan dosa. Adakah mereka akan terus mempertahankan presiden UMNO yang banyak terpalit dengan skandal ini atau memperjuangkan agenda Agama, Bangsa dan Negara.

Setakat ini, sebilangan besar netizen membenci najib. Cawangan UMNO harus sedar, netizen ini majority adalah anak muda. Sekiranya suara majority anak muda ini terus disisihkan, sudah pasti undi tidak akan berpihak kepada UMNO dalam PRU akan datang. Peratusan kuasa undi anak muda semakin meningkat. oleh itu peluang UMNO untuk mempertahankan 43% undi adalah amat tipis sekali.

Dengan tindakan Najib yang membuang dan memecat semua ahli UMNO dari jawatan mereka adalah jauh dari kebenarannya. Sekiranya terdapat pemimpin UMNO lain yang menyokong tindakan ini, sedarlah bahawasanya kamu sedang membenarkan proses diktator didalam UMNO. Selepas ini, semua pemimpin UMNO terpaksa mengikut sahaja apa kata presiden dan tidak boleh mempersoalkan kebenarannya. Setiap manusia tetap melakukan kesilapan, kerana manusia tidak maksum. Tetapi kalau sesuatu kesalahan itu tidak boleh dipersoalkan dan ditegur itu adalah satu kesilapan yang besar. dan itu juga bertentangan dengan islam, dalam konsep "amal amkruf nahi mungkar". sekiranya apa yang terjadi sekarang tidak dihalang, UMNO akan menjadi parti komunis, yang mana semua pemimpinnya harus mendapat restu dari presiden, dan sudah tentu pemimpin itu bukan daripada pilihan rakyatnya.

Kepada cawangan UMNO, pilihlah untuk berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

disclaimer: artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak bermaksud untuk menghasut terhadap apa-apa perkara.

02 Jun, 2013

PASCA PRU13: PERINGATAN PENTING BUAT DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Suatu hikayat buat renungan bersama

BACALAH dengan minda yang terbuka pepatah lama karangan orang dulu kala. Tentu banyak yang tersirat di dalamnya meskipun tidak ramai yang memahaminya kerana sudah terlalu moden adanya sehingga kehilangan jati diri dan rupa bangsa. Maka tentulah sukar untuk memahami duduk perkara dan buah bicara Melayu yang begitu hebat susun aturnya.

Arakian maka berlarilah semua para pembesar ke seluruh negara apabila melihat huru hara bakal menjelma. Sudah gemuruh bunyi garuda, sudah gegak gempita seantero benua bahawa malapetaka sudah menunggu hanya bala belum tentu bila ketikanya.

Ditanya oleh memanda menteri kepada sekelian pembesar negara bagaimana keadaan cuaca dan duduk bangun rakyat jelata semua?

Tanpa ragu, melompat-lompat seperti kera kena belacan para pembesar memberi laporan bahawa semuanya dalam sejahtera wahai mamanda. Janganlah bimbang, rakyat sangat gembira, hidup bagaikan dalam syurga loka. Makanan melimpah ruah, ayam itik penuh di kandang, padi beras penuh di gudang. Rakyat jelata semua jelas kekenyangan hingga mata puteh bundar dan buntang.

Mafhum aula sungguh gembira menteri memanda apabila mendengar perkhabaran itu. Lantas apakah yang riuh rendah dan gegak gempita di hujung sana soal memanda lagi. Oh, itu sebenarnya kumpulan pedagang yang datang menumpang kasih dan melulur sayang dari kita. Ada si Kitul dan juga ada Sang Li Po juga turut serta.

Lantas kerana rakyat jelata sudah cukup semua, moleklah juga kita tumpukan perhatian kepada mereka yang ke mari menumpang kasih. Berikanlah segala bantuan selagi terdaya walaupun tidak diminta oleh mereka kerana kita ini memang terkenal sebagai pemurah yang melimpah ruah sehingga tidak luak susu sebelanga, tidak surut air di sumur jika sekadar dikongsi dengan mereka. Berikanlah selagi mereka mahu.

Gagasan satu negara kita kongsikan juga, tidak mengapa kerana mereka itu tamu kita. Kena muliakan dan berikan perhatian. Bangsa kita sudah senang lenang, campaklah sebiji benih di belakang kandang nescaya esoknya tumbuh subur hingga menjadi ladang. Tentulah ayam di kepuk tidak mati kelaparan dan itik di air tidak akan mati kehausan.

Melopong dan terngangalah sekelian rakyat jelata, bila mana memanda menteri terus-terusan memberi tanpa henti kepada para tamu itu adanya. Malah tanpa diminta, diberi juga. Lalu fikir mereka barangkali hanya untuk sementara sahaja. Mungkin ada nazarnya sebab beroleh kebajikan atau mimpi terpijak batu permata berjuta-juta. Lantas ditanya rakyat jelata kepada pembesar daerah, pembesar negeri dan juga pembesar negara apa makna ini semua.

Lantas kata para pembesar itulah perkongsian pintar namanya. Hak kita biar diberi sama rata, hak mereka tentulah mereka akan jaga sebab sudah jauh mereka berkelana dari benua nun jauh di sana ke negara kita. Berikanlah kesenangan kepada mereka sebab nanti mereka lebih gembira untuk tinggal bersama kita. Makan bersama malah disuapkan pula adanya.

Makin melopong lagilah rakyat marhaen yang sudah sekian lama tidak disapa. Malah jalan ke desa juga sudah terlupa agaknya.

Sahibul hikayat mengirim pesan dan menitip khabar pada memanda menteri katanya sudah terlupakah kami di sini sana hingga atap tiris sini sana, anak perut kembung angin sahaja, nak santap untuk hari ini pun susah sungguh rasanya entah esok lupa bagaimana pula. Kenapa gah benar memberi, tidak kasihankah kepada kami, segala bakti telah kami beri tapi kami dipandang sepi. Perkiriman dikhabarkan pada pembesar, tidak disampai kepada memanda sebab bunyinya berbeza sudah tentu nanti dimurka.

Purnama berlalu pergi, sudah sekian lama dinanti umpama elegi dalam sepi. Harapan hanya tinggal harapan, yang ada di hadapan cuma kegelapan. Tidak dilihat lagi semarak kasih kepada pertiwi, malah segala harapan luntur di bawa angin sepi.

Memanda menteri amatlah gembira, sebab rakyat makin makmur adanya. Dikhabarkan lagi bahawa rakyat tersangatlah menyayangi memanda menteri yang sentiasa dipandang tinggi kerana seluruh negara diberikan perhatian yang berlebihan sehingga tidak ada lagi ruang untuk berbakti dan memberi sumbangan. Sudah lebih dari kecukupan, sehingga ramai pula yang ditimpa musibah akibat terlalu senang hidup mereka.

Kerana itu perlu berhati-hati untuk memberi lagi sebab dikhuatiri mendatangkan musibah kepada rakyat sendiri. Yang buncit perutnya ditakuti busung, yang besar kenderaannya khuatir tidak muat di aspal sana. Malah sudah ramai yang mata, hidung dan telinga mereka juga tersumbat akibat terlalu senang dan mewah adanya sampai terpaksa menyumbat segala macam lebihan ke segenap ruang yang berlubang.

Memanda menteri bertanya lagi, di mana pula perlu dilawati, siapa pula patut diberi bantuan duniawi.
Dicarilah orang bijak pandai, maka dipalu genderang riuh rendah merata-rata sehingga ke tepi belantara. Akhirnya datanglah sekumpulan kera mengadap memanda menteri dan terus menangis dan merayu katanya mereka kekurangan susu.

Kasihan sungguh memanda menteri yang tulus orangnya sangat hebat kasihnya pada rakyat jelata. Lantas dititahkan kepada pembesar yang turut serta, segeralah kalian berkejar mencari susu untuk si kera ini kerana terlalu sedihnya wajah dan kurusnya tubuh, dan kuningnya kulit dan sebahagian mereka pula sudah hitam seperti terbakar matahari kerana terlalu kuat berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Lalu dicarilah segera si ibu dan bapa penyusuan, kerbau lembu rakyat juga diambil bagi memenuhi keperluan kera di hutan. Melompatlah rakyat marhaen anak yang di pangkuan juga sudah kering susuan, hanya mengharap ternakan bagi mengganti susuan.

Hijau kuning mata, berdesing juga telinga, rambut lebat juga gugur semua. Apakah ini maknanya, berikan betis mahukan paha. Ini sudah terlebih agaknya siapalah punya angkara.

Di kalangan rakyat jelata, ada Luncai namanya. Amat santai orangnya, bila ditanya apa cara mahu dipinta hak kita apa guna bernegara bila mana terlepas semuanya. Lantas dijawab oleh si Luncai 'biarkan biarkan, biar terjun dengan labu-labunya'.

Memanda menteri semakin leka, hingga seluruh negara dilawatinya kerana kebajikan ingin diberi. Katanya biarlah kita korbankan jiwa raga asalkan rakyat gembira umpama hidup dalam syurga meriah sungguh siang malamnya sentiasa umpama sedang berpesta. Berarak dan berusunglah ke sini sana.

Sudah kering air mata, sudah kurus anak di pangkuannya tapi terpinggir tidak dipeduli. Para kera semua hebat sungguh mutakhir ini adanya. Besar tubuh menjangkau enau, habis dilanggar kalau tidak ketepi, pengsan atau boleh mati jika tidak dituruti.

Beginilah onarnya mereka, berdusta setiap masa, mengadu domba tanpa sebarang rasa, malah terasa hebat sungguh adanya kera memanda menteri percaya umpama dipusing seperti roda dan terkesimalah dulu kini dan selamanya.

Bukalah mata segera, bukalah minda sentiasa, jauhkan sengketa kerana sangat merbahaya. Jurang dalam menunggu kita, rakyat marhaen tidak lupa akan segala auta umpama kancil dan pelanduk nampak serupa tapi ia tetap berbeza. Hanya jauhari mengenal manikam mereka meskipun jenisnya berbeza.

l PENULIS ialah Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130602/re_03/Suatu-hikayat-buat-renungan-bersama#ixzz2V2l5AELC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Intipati Pasca PRU13: Sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional hanya sekitar 5% - 10% (Tsunami Cina). Kaum Melayu dan Bumiputra setia menyokong Barisan Nasional. Apakah Dato' Sri Najib masih lagi mahu abai kaum Melayu dan Bumiputra semata-mata terkejar undi kaum Cina yang terbukti bersikap bermuka-muka? Sekaranglah masanya untuk balas budi kaum Melayu dan Bumiputra yang telah memberikan Dato' Sri mandat menerajui Malaysia. Taburlah seluasnya pada kaum Melayu dan Bumiputra kerana di situlah asas sokongan padu yang Dato' Sri terima! Ingat, kaum Melayu dan Bumiputra bukan sokong Barisan Nasional sebab pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bagus menjaga segala kebajikan dan kepentingan mereka, tetapi sebab mereka tiada pilihan. Mengundi Pakatan Rakyat yang jelas menggadai segalanya bukan pilihan yang lebih baik bagi kaum Melayu dan Bumiputra.


19 Jun, 2012

[PART 2] Tembelang Pembangkang Bantah Penyenaraian FGV Pecah!

-
[Sebelum itu, Part 1 baca di SINI.]

Pelbagai Fitnah Dilempar Terhadap IPO FGV

Kita sudah dengar pelbagai fitnah buruk dilemparkan oleh pembangkang bagi menghalang penyenaraian FGV ini. Semuanya adalah tuduhan yang tidak ada asas langsung. Tuduhan yang sengaja direka-reka demi menakutkan peneroka dan memberikan gambaran buruk secara keseluruhannya pada kaca mata orang Melayu.

Pembangkang mahu seluruh orang Melayu melihat usaha YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai sesuatu yang amat buruk. Ketakutan pembangkang semakin jelas dari hari ke hari dengan pelbagai fitnah jahat menggagalkan penyenaraian FGV.

Fitnah Peneroka Tidak Diberikan Pilihan Menerima atau Menolak Saham FGV

Dato' Najib telah melihat sumbangan yang telah diberikan oleh para peneroka Felda dalam industri minyak sawit negara. Oleh yang demikian, penyenaraian FGV juga tidak mengenepikan titik peluh para peneroka. Malahan, seluruh peneroka diberikan agihan khas (special allocation) bagi memiliki saham FGV tanpa perlu melalui tawaran awam.

Walau bagaimanapun, idea peruntukan khas saham FGV ini diserang dengan begitu hebat dengan pelbagai fitnah buruk. Pembangkang dengan niat jahat memfitnah kononnya seluruh peneroka diugut dan dipaksa menerima agihan khas ini. Seluruh peneroka kononnya tidak diberikan pilihan. Semua itu hanya fitnah jahat. Peneroka sebenarnya diberikan pilihan sama ada mahu membeli saham melalui agihan khas untuk peneroka atau sebaliknya menolak. Kalau mahu, boleh ambil. Jika tidak mahu pun tidak mengapa. Tiada paksaan pun seperti mana difitnah pembangkang haramjadah.

Cuma bagi penulis ianya adalah sesuatu yang merugikan jika menolak agihan khas yang memang hanya diberikan kepada peneroka melalui Borang Biru (Blue Form). Bukan senang untuk mendapatkan agihan khas sebegini. Malahan orang awam yang ingin memiliki saham FGV perlu melalui tawaran awam yang ditentukan melalui cabutan. Belum tentu lagi dapat jumlah yang dimahukan. Jadi amat rugi jika menolak. Mujurlah tidak ramai yang menolak. Hanya segelintir yang betul-betul totok pembangkang yang diberikan maklumat yang salah oleh pemimpin mereka.

Fitnah Mengatakan Sign Borang Biru Kemudian Tanah Kebun Tergadai

Pembangkang haramjadah tidak puas-puas menakut-nakutkan para peneroka. Pembangkang sengaja memberikan gambaran buruk dan mahu memastikan kerosakan yang teruk terhadap imej Felda yang berkait rapat dengan kerajaan BN menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

Fitnah terus ditabur dengan mengatakan jika peneroka sign Borang Biru maka besar kemungkinan tanah kebun 10 ekar mereka akan lesap. Fitnah yang cukup melucukan. Mana mungkin dengan pembelian saham FGV bernilai RM4.55 sesaham itu berupaya menyebabkan tanah kebun seluas 10 ekar peneroka bernilai jutaan ringgit itu lesap?

Fakta, kerajaan sudah menerangkan bahawa penyenaraian FGV bukan melibatkan tanah kebun 10 ekar dan tapak rumah seluas suku ekar milik kekal dan tetap peneroka. Jadi bagaimana pembangkang haramjadah boleh tipu peneroka bakal hilang tanah kebun? Bodoh betul pembangkang haramjadah!

Pembangkang terus membelit. Memang tanah kebun tidak masuk dalam penyenaraian. Tapi pinjaman yang dibuat oleh peneroka untuk membeli saham FGV sejumlah 800 saham itu akan menyebabkan peneroka jatuh muflis dan akhirnya tanah kebun tergadai. Lagi lah menampakkan kebodohan puak-puak pembangkang haramjadah!

800 saham didarab dengan RM4.55 tidak sampai pun RM4,000. Mana mungkin jatuh muflis dan tanah kebun seluas 10 ekar bernilai jutaan ringgit tergadai!

Pembangkang Pun Terliur Dengan Agihan Khas FGV Terhadap Peneroka

Malahan, pernah suatu hari penulis berborak dengan seorang sahabat yang pro pembangkang menyatakan keinginan memiliki saham agihan khas ini sekiranya ada peneroka yang menolak. Malah sahabat ini berkeinginan berjumpa dengan para peneroka yang menolak dan mahu mereka menjadi proksi dan mereka akan diberikan sedikit imbuhan. Tidak tahulah sama ada sahabat penulis itu berjaya berjumpa dengan para peneroka yang menolak agihan khas saham FGV dan menjadikan mereka sebagai proksi.

Perangai Haramjadah Pembangkang - Sign Borang Biru FGV Tapi Saman FELDA

Pun begitu, ada juga segelintir peneroka yang menerima tawaran agihan khas melalui Borang Biru ini yang bertindak menyaman pihak pengurusan Felda. Bagi penulis, ini satu lagi usaha yang dilakukan secara berterusan dan sangat terancang bagi menggagalkan usaha penyenaraian FGV. Mereka yang ini terdiri dari pembangkang yang dikategorikan sebagai haramjadah!

Mereka ini sengaja menerima tawaran saham FGV. Sengaja menandatangi Borang Biru FGV. Kemudian sengaja bertindak menyaman Felda dengan alasan bahawa kononnya mereka diperdaya menurunkan tandatangan. Para peneroka yang menyaman ini terdiri daripada totok-totok pembangkang haramjadah yang sengaja mengikut arahan dari pemimpin mereka.

Mereka ini senagaja berniat jahat sedangkan mereka sudah pun diberikan pilihan sama ada menerima atau pun menolak sekiranya tidak mahu memiliki agihan khas saham FGV kepada peneroka. Bagi penulis, tidak perlulah bertindak sedemikian sehinggakan pihak pengurusan Felda yang selama ini menjaga segala kebajikan para peneroka diheret ke mahkamah.

Jika ikhlas tidak mahukan agihan khas saham FGV maka tolaklah. Jangan tandatangan dengan niat menganiaya pihak pengurusan Felda demi memberikan gambaran buruk kepada kerajaan BN.

Penulis teringat dengan kata-kata seorang Pengurus Felda dalam majlis penyampaian cek durian runtuh seberapa ketika dahulu.

Katanya (seingat penulis):

"Tuan-tuan dan Puan-puan semuanya sudah seperti ibu bapa saya. Tidak mungkin saya mahu menganiaya Tuan-tuan dan Puan-puan. Jika ada yang tidak faham, mari datang berbincang. Saya berkerja untuk Felda. Tempat saya cari rezeki untuk menyara anak-anak. Jadi tolonglah. Jangan saman. Jika tidak mahu, tolaklah. Felda tidak paksa. Cuma, pendapat saya, rugi kalau tolak. Tapi kalau dah memang tak mahu, tolaklah cara baik. Jangan saman."

Pun begitu, totok pembangkang berstatus haramjadah memilih untuk menerima tetapi kemudiannya bertindak menyaman Felda! Memang sah haramjadah!

Ada Peneroka Yang Saman Felda Dakwa Ditipu Pemimpin Pembangkang

Cakap-cakap dari kalangan peneroka Felda itu sendiri menyatakan bahawa ada di kalangan mereka yang bertindak menyaman pihak pengurusan Felda berhubung agihan khas saham FGV ini tidak pun berniat mahu menyaman Felda.

Malahan, mereka ini mengatakan bahawa nama mereka digunakan. Tidak tahu pun nama mereka digunakan walau pun memang mereka penyokong pembangkang. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan menyaman Felda.

Ada juga di kalangan mereka mahu menarik kembali saman mereka. Atau paling tidak, mereka tidak mahu nama dimasukkan dalam saman. Mereka tidak mahu masuk campur. Ada yang menyatakan kekesalan dengan tindakan pemimpin pembangkang setempat dengan bantuan pemimpin pembangkang atasan menyaman Felda ini.

Amaran Buat Pembangkang

Kepada pembangkang, sudah-sudahlah menabur fitnah mengelirukan peneroka, generasi kedua dan seluruh rakyat. Segala putar belit pembangkang untuk memberikan gambaran yang buruk terhadap kerajaan BN akan dipatahkan satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan bakal menunjukkan betapa terdesaknya pembangkang menjelang PRU13 sedikit masa lagi. Usaha memburukkan FGV adalah usaha terakhir pembangkang di Felda. Menentukan sama ada berjaya atau pembangkang terus bungkus tanpa sebarang sokongan langsung oleh peneroka Felda untuk pilihanraya akan datang dan seterusnya...


BERSAMBUNG AKAN DATANG....
[Fitnah saham FGV akan jatuh seperti IPO Facebook]
[Sebab sebenar kenapa Pembangkang Haramjadah takut dengan penyenaraian FGV]
+

03 Oktober, 2011

WARKAH INGATAN BUAT DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

-
Assalamualaikum warahmatullah.

Kehadapan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dengan selamatnya.

Dato' Sri,

UMNO dilihat berjaya menarik kembali sedikit demi sedikit undi kaum Melayu jika dilihat dari prestasinya di seluruh pilihanraya kecil (PRK) pasca Pilihanraya Umum 12 (PRU12). Undi kaum Melayu terhadap UMNO boleh dikatakan agak kuat jika dianalisa dari semua peti-peti undi di beberapa pilihanraya kecil. Begitu juga dengan undi kaum India yang semakin meningkat dari satu piliharaya kecil ke satu pilihanraya kecil. Kaum India boleh dikatakan sudah kembali ke pangkuan BN.

Dato' Sri,

Berdasarkan trend pengundi kaum Melayu dan India yang sudah kembali kepada BN, penulis begitu yakin bahawa BN berupaya menang dengan agak selesa sekiranya PRU13 diadakan sekitar 2012 sekiranya tidak ada sebarang isu besar. Walau bagaimanapun, penulis sangat yakin sekiranya PRU13 diadakan sekarang (malahan jika tahun 2012 pun), peluang BN kembali sukar diramal. Pengundi Melayu atas pagar secara terus terangnya meluat dengan tindakan Dato' Sri mengangkat seorang yang mempunyai rekod bersikap biadap terhadap orang Melayu, Islam dan seluruh rakyat Malaysia sebagai ikon 1Malaysia. Manusia biadap itu tidak lain tidak bukan ialah Namewee!

Bukan itu sahaja Dato' Sri, melalui pengamatan penulis berdasarkan reaksi akar umbi UMNO, mereka sangat tidak senang dengan tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini. Rata-rata mereka kecewa dan marah. Malahan sudah ada bayang-bayang bahawa mereka ini tidak akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU13 kelak. Dato' Sri rasanya sudah sedia maklum bahawa setiap kemenangan BN di dalam PRK yang diharungi pasca PRU12 adalah datangnya dari undi kaum Melayu dan India yang dahulunya mengundi PR tetapi telah kembali menyokong BN.

Adalah sangat tidak kena tindakan Dato' Sri memberi komen yang positif ke atas seorang biadap seperti Namewee ini. Tidak salah sekiranya Dato' Sri sekadar memberi komen bahawa Dato' Sri memberi sokongan ke atas sebarang individu yang menyokong Gagasan 1Malaysia, tetapi Dato' Sri sama sekali menolak individu yang bersikap biadap seperti mencarut, menghina Lagu Kebangsaan, dan lebih-lebih lagi menghina azan dan bersikap perkauman yang tentunya berlawanan benar dengan hasrat Gagasan 1Malaysia itu sendiri.

Dato' Sri,

Secara jujurnya, penulis berpendapat bahawa tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini hanya akan menyebabkan seperti pepatah Melayu iaitu "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". Percayalah, sekiranya Dato' Sri membiarkan isu ini berpanjangan tanpa mahu meredakan kemarahan ramai pihak, maka ianya akan memberikan kesan yang tidak elok untuk PRU13 kelak.

Apa pun penulis tetap memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Dato' Sri. Penulis masih lagi berkeyakinan penuh bahawa Dato' Sri adalah individu terbaik untuk memimpin negara. Apalah yang boleh diharap sangat dengan puak di sebelah sana yang terdiri dari peliwat, penzina, komunis, ultra kiasu, penjual kalimah Allah, yang langsung tidak sehaluan dalam semua hal. Hanya satu sahaja yang mereka sehaluan - jatuhkan BN, kemudian tidak tahu hendak buat apa! Punah negara kalau jatuh ke tangan mereka ini.

Dato' Sri,

Warkah yang ditulis ini bertujuan semata-mata untuk menyampaikan apa yang akar umbi dan rakyat suarakan. Penulis memohon ampun maaf sekiranya warkah ini tidak menyenangkan Dato' Sri. Apa yang disampaikan adalah kerana penulis mahu melihat BN disenangi di mulut dan di hati rakyat. Apa yang ditulis juga adalah kerana penulis sayangkan agama, bangsa dan negara.

Dato Sri, bertindaklah sewajarnya!
+

16 Disember, 2009

Strategi DAP untuk lonjak graf sokongan 75% pengundi bukan Melayu sudah bermula

-
Terdahulu, blog The Unspinners pada 7 Disember 2009 telah melaporkan keazaman Pakatan Rakyat (PR) melalui perbincangan think tank DAP iaitu Merdeka Review untuk mengambil alih pentadbiran negara walaupun tanpa mendapat lebih 50% sokongan undi Melayu.

Think thank DAP yang mengemudi PR menggariskan agar strategi menarik sokongan pengundi bukan Melayu diperhebat agar graf sokongan bukan Melayu boleh melonjak semaksimum mungkin.

Mereka begitu yakin bahawa sudah berupaya memancing sokongan pengundi bukan Melayu sekitar 75%. Mereka hanya perlu kekalkan graf sokongan 40% dari undi Melayu yang sudah tentunya dari para pengundi yang mengundi calon kaum Melayu dari PAS dan PKR.

Baca laporan The Unspinners seperti berikut untuk mendapatkan gambaran lebih jelas:

"Para pemikir Cina cauvanis sudah mula berbincang mengenai kemungkinan mengambil alih pentadbiran negara ini melalui Pakatan Rakyat tanpa mendapat lebih 50% undi Melayu. Dalam perbincangan itu, pengkaji politik, Wong Chin Huat telah membuat perkiraan berikut:

Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi Parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, disamping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.

Mereka sedar bahawa untuk dapat lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, mereka perlu beralah kepada tuntutan Melayu. Ini jelas mereka enggan. Editor edisi Cina Malaysiakini.com, Yong Kai Ping menyebut sistem yang ada sebagai sistem "Negara Melayu" menunjukan ketidak selesaan kaum Cina cauvanis untuk memperakui warisan kesinambungan sejarah Melayu dan kaum Bumiputera. Mereka menerima hakikat susah untuk Pakatan Rakyat melawan UMNO dalam perbincangan mengenai Melayu."

Baca seterusnya di Merdeka Review
sini.

*************************

Strategi dan usaha ke arah melonjakkan graf sokongan bukan Melayu setinggi 75% dan ke atas sudah bermula dan berjalan seperti dirancang. Strategi itu telah digerakkan oleh DAP. Tumpuan diberikan kepada beberapa perkara agar dapat dimainkan sentimen yang pada hemat mereka bakal memberikan sokongan yang luar biasa oleh pengundi bukan Melayu selaras dengan fokus yang digariskan oleh think tank DAP tersebut.

Antara strategi untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu ke paras maksimum ialah dengan memainkan beberapa sentimen berbaur perkauman seperti berikut:


1. Menggesa agar dihapuskan terus Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara total dengan alasan diskriminasi kaum dan keuntungan ekonomi bebas.

DAP sebenarnya sedar bahawa DEB dilaksanakan dengan 2 tujuan utama iaitu: membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum; dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Peruntukukan Perkara 153 Perlembagaan turut juga digunakan untuk tujuan pelaksanaan DEB ini. Mempersoal DEB sebenarnya secara langsung turut sama mempersoal Perkara 153 Perlembagaan.

Mereka-mereka yang mempersoal DEB ini sebenarnya tidak tahu pun apa keburukan DEB ini. Mereka hanya menyerang kerana beranggapan DEB itu perkauman. Konsep keadilan dalam diri mereka ini sebenarnya kabur. Jika ditanya secara berdepan dengan mereka sudah tentu mereka tidak boleh menyatakan secara tepat apakah keburukan DEB sehingga perlu dihapus secara total. Bagi mereka ini, apa yang penting ialah DEB dihapus, tidak terlintas langsung dalam diri mereka untuk menambah baik semangat DEB itu agar lebih berkesan di peringkat pelaksanaan.

Suka penulis memetik titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah dalam Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga pada 15 Januari 2009 sebagai tanda ingatan kepada semua pihak yang berkenaan. Memetik sedutan titah Raja Dr Nazrin seperti berikut:

“Rancangan pembukaan tanah melalui FELDA adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut berjaya membawa mereka menerokai kejayaan lebih luas dan lebih besar. Kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan. Tabung Haji dan FELDA bermula dari satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu, ditubuhkan institusi untuk memberi kerangka lalu diterjemahkan kepada projek, diuji di peringkat pelaksanaan. Sepanjang melalui liku perjalanan, tidak dinafikan berlaku ketempangan dalam organisasi tersebut; kerana kehidupan yang bernama duniawi ini tidak bebas dari kesilapan dan kealpaan, tidak terlepas dari godaan syaitan dan bisikan iblis; namun oleh sebab air bersih terus mengalir, maka nila yang sekali sekala menitik warna, akhirnya dapat dijernihkan semula.

Dasar yang dirangka dengan teliti, digubal dengan baik, bertujuan murni dan dilaksanakan secara adil akan terus mendapat sokongan untuk dikekalkan. Dasar Ekonomi Baru dicetuskan dengan niat ikhlas - dengan matlamat murni untuk menyusun semula masyarakat supaya berlaku perimbangan ekonomi antara kaum dan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia adalah formula perancangan pembangunan ekonomi yang dilahirkan secara kolektif oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kata-kata yang diucapkan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, dua arkitek utama melakarkan Dasar Ekonomi Baru tidak menyebut bahawa dasar tersebut digubal dengan tujuan mahu memperkayakan kumpulan tertentu, tidak juga bertujuan mahu menindas kumpulan tertentu. Jika semangat DEB itu diamalkan sebagaimana yang disebut di dalam rancangan tersebut – tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Hari ini DEB dipertikaikan, dasar yang pada asasnya baik dan murni ini telah dipersalahkan dan dituntut untuk dikuburkan kerana digelincirkan di peringkat pelaksanaan.

Perkara ini disentuh sebagai peringatan kepada apa juga tindakan yang akan disusul dari resolusi yang dihasilkan pada hari ini. Betapa kepimpinan negara perlu memperlihatkan kebijaksanaan menarik rambut di dalam tepung, dalam menghadapi suasana diluah mati emak – ditelan mati bapa, untuk memastikan bahawa dalam melaksanakan keutamaan tetap tercermin kesaksamaan dan dalam melaksanakan kesaksamaan tidak meminggirkan keutamaan.”


*********************

2. Mempersoal Ketuanan Melayu walaupun secara realitinya hari ini Ketuanan Melayu merujuk kepada Institusi Raja-Raja Melayu.

Ketuanan Melayu adalah gambaran jelas kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negeri dan YDP Agong sebagai Ketua Negara. Semua rakyat tanpa mengira kaum sewajibnya menjunjung tinggi dan setia kepada Raja-Raja Melayu.

Terma Ketuanan Melayu kini diperbahas dalam konteks yang sangat negatif sehinggakan ada yang mendakwa secara jahat kononnya wujud keadaan perhambaan "Tuan dan Hamba" dalam negara ini. Kaum Melayu dikatakan sebagai Tuan dan kaum bukan Melayu dimomok sebagai Hamba. Ini hanya propaganda jahat yang cuba ditanam oleh DAP dalam minda rakyat. Realitinya keaadaan tidaklah sebegitu.

Realitinya, kaum Melayu/Bumiputra masih ketinggalan dalam banyak bidang berbanding kaum bukan Bumiputra. Mengapa kaum Bumiputa ketinggalan dalam banyak bidang? Semuanya atas sebab faktor sejarah penjajahan yang begitu panjang bagi negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Adakah kaum Bumiputra menyalahkan sejarah? Tidak. Tetapi sebaliknya adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan untuk memastikan sebarang jurang yang wujud dihapuskan dengan dasar-dasar yang sesuai.

Dalam realiti sebenar, adakah seorang Melayu/Bumiputra yang berkerja makan gaji dengan boss Cina boleh menganggap dirinya sebagai Tuan? Bolehkah memberi arahan itu dan ini kepada bossnya yang berbangsa Cina dengan berbekalkan alasan bossnya berstatus "Hamba" dan Melayu/Bumiputra itu berstatus "Tuan" seperti mana dicanang oleh para pemimpin PR?

Statistik dalam pelbagai bidang berdasarkan pecahan kaum jelas menidakkan tohmahan jahat tersebut. Sebenarnya, kedudukan kaum bukan Bumiputra jelas ke hadapan dalam banyak bidang. Walau bagaimanapun, terdapat menambahbaikan dalam statistik jika dibandingkan sebelum DEB dilaksanakan sebelum 1970an.

Presiden Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (dalam Utusan Malaysia, 9 Jun 2009) memberikan gambaran jelas dalam hal ini:

"Biarpun begitu, daripada segi ekonominya, keturunan Cina pada 1957 telah menguasai ekonomi negara secara kukuh sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan. Contohnya, sejak 1937, pelaburan orang Cina di Tanah Melayu sudah pun menjangkau AS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta (Ling Liong Sik, 1995:3).

Pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratus perdagangan eksport dan 60 peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik orang Cina ketika itu menguasai 10 peratus agensi eksport. Syarikat-syarikat etnik India pula menguasai dua peratus perdagangan berkenaan. Pada ketika itu, orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan (Gomez & Jomo, 1997:14-15).

Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta. Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi, 2008).

Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus sahaja di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini, dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.

Ekuiti Bumiputera sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008 terbahagi kepada RM79.4 bilion atau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi amanah. Ekuiti milik bukan Bumiputera, RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh etnik Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan etnik India, dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum (The Star, 27.6.2008). "


**************************

Jurang yang sangat melebar sebenarnya sedikit sebanyak telah berjaya dirapatkan secara singkat. Kedudukan kaum Bumiputra menjadi semakin baik dan bukan Bumiputra juga semakin meningkat. Peningkatan kedudukan Bumiputra tidak pula menyebabkan kedudukan bukan Bumiputra jatuh. Dalam erti kata lain, semua kaum berada dalam situasi menang-menang. Tiada kaum yang terpinggir pun.

Jika diamati kaum Bumiputra sangat bertoleransi dengan hanya menetapkan sasaran cuma 30% sedangkan realiti demografi penduduk Malaysia adalah terdiri daripada 65% kaum Bumiputra. Jadi, janganlah bersikap terlalu tamak dan tidak pernah merasa puas.

Jelas sekali bahawa satu-satunya realiti yang ada dalam Ketuanan Melayu pada hari ini ialah kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negeri dan Negara. Realiti itu yang perlu difahami dan diterima oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum.


3. Menggesa Kerajaan agar peruntukan sumber kewangan kepada rumah ibadat bukan Islam ditingkatkan.

Sebenarnya dalam DAP meniup sentimen rakyat dalam hal mempersoal peruntukan kewangan selain masjid, DAP tahu bahawa Kerajaan tidak mempunyai tanggung jawab untuk menyalurkan apa-apa bantuan sumber kewangan tersebut. Tanggung jawab Kerajaan hanyalah untuk perkara yang berkaitan dengan Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan (Rujuk Perkara 3 dan Perkara 12, Perlembagaan Persekutuan).

Prof Dr Aziz Bari (dalam Utusan Malaysia, 10 Disember 2009) menyatakan bahawa:

"Perkara 12 (2) dengan jelas menyatakan bahawa adalah sah untuk kerajaan Persekutuan dan negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan membantu agama itu.

Tambah beliau, tidak ada satu peruntukan atau perkara yang menyamai perkara 12(2) yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai rumah ibadat bukan Islam.

Justeru kata beliau, Kerajaan Persekutuan tidak terikat dengan mana-mana syarat atau peraturan yang mewajibkannya menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam."

***************************

Strategi DAP sudah pun berjalan dan hasilnya boleh dilihat bagaimana sentimen ini dicanang oleh DAP dengan begitu lantang dengan disokong oleh PKR mahupun Pas. Majoriti pemimpin BN pula hanya bersikap lepas tangan. Parti komponen BN dari bukan Melayu/Bumiputra hanya berdiam diri dan lebih buruk turut sama bersetuju dengan apa yang dicanang DAP atas sebab BN dilihat lemah. Persepaduan bukan Melayu tanpa mengira parti dalam hal ini dilihat atas sebab keuntungan kaum mereka.

Keluhan kaum Melayu dan Bumiputra terhadap nasib mereka seperti dilaporkan oleh The Unspinners di bahagian akhir catatannya juga perlu diambil perhatian serius oleh pimpinan PM Dato' Sri Mohd Najib. The Unspinners sebenarnya memberikan gambaran jelas perasaan kaum Melayu dan Bumiputra melalui perenggan-perenggan seperti berikut:

"Banyak kebenaran Dr Mahathir "menasihat" Najib untuk memastikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO dikembalikan.

Disamping itu, UMNO perlu menguatkan kepercayaan orang Bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN kepimpinan UMNO. Sebarang kecurigaan hingga anggapan hak mereka telah dianaktiri perlu diperbetulkan.

Kerajaan sekarang dilihat berlebihan untuk mengambil hati pengundi kaum Cina dan India.

Ada anggapan di kalangan orang Melayu bahawa kerajaan telah mula tidak membela Melayu dan Bumiputera. Ketara sekali adalah isu biasiswa, subsidi petani, bantuan keusahawanan, dll. yang sudah jelas berkurangan. Banyak amalan baru kerajaan menimbulkan anggapan kerajaan UMNO tidak ada formula untuk membantu Melayu dengan lebih adil iaitu boleh mengambil kira segmen kaum bukan Bumiputera yang memerlukan.

Persepsi ini perlu dibetulkan dan keyakinan dikembalikan. Ia perlu lebih dari retorik tetapi pengalaman sebenar mereka. Jika pasaran bebas mahu diselitkan dalam kegiatan ekonomi dan sistem dual ekonomi dihapuskan sedikit-dikit, bujet sistem sokongan dan pembelaan kepada rakyat yang kurang bernasib baik perlu ditambah. Golongan besar segmen ini pasti terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera.

Mereka menyebut 75% bukan Melayu di Semenanjung akan undi PR. Ini bermakna mereka akan usaha sampai 100% undi kaum Cina pergi ke PR. Undi 25% akan datang dari kaum India dan sebahagian kecil kaum Cina. Kaum India ada mula sedar pelbagai tuntutan terhadap kerajaan lebih menguntungkan kaum India dan mereka dibodohkan dengan permainan sentimen.

Pastikah hadiah yang diberikan untuk menarik undi Cina akan kembalikan sokongan pada UMNO/BN? Juga pastikah kemarahan Melayu kepada UMNO kerana persepsi terhadap Pak Lah dan keluarga sudah reda dan undi sedia kembali pada UMNO? Bolehkah dengan mengurangkan bantuan kepada Melayu?

Jangan sampai yang dikejar Najib tidak dapat dan dikendong Najib berkeciciran. Lebih baik diutamakan rakyat marhean yang susah tanpa mengira kaum. Perkiraan untuk kepentingan kaum tertentu disusuli."

*******************

Jadi, terserah kepada kepimpinan YAB PM Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan perlu terhadap keluhan hati kaum Melayu dan Bumiputra agar situasi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' tidak berlaku pada PRU13 nanti.


Artikel Berkaitan:

1. Catatan Anuar Mohd Nor - Hilang UMNO, Melayu bagaimana? oleh Blog Arah Kita

2. Tak Perasan Lagi Ke? Satu-Satu Di Persoal! oleh Blog C-bOk

3. The Foot That Kicks Up The Dust oleh Blog Tam Dalyell

4. "Melayu miskin terus miskin di bawah DEB" oleh Blog tun faisal dot com
+

05 April, 2009

Dr M sertai UMNO


-
Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.

Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.

Bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir, 84, melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali dan diterima semula oleh UMNO.

‘‘Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO.

‘‘Oleh itu saya berharap yang keluar UMNO sama dengan saya akan kembali semula dan harap parti akan menerima mereka,” katanya.

Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada majlis itu juga, anak Dr. Mahathir iaitu Datuk Mokhzani turut mengambil langkah sama menyertai semula UMNO.

Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO dalam satu ceramah di Alor Setar pada 19 Mei tahun lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Pada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan tempatan dan media asing tersebut, bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh tidak menafikan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO hari ini mirip perkara sama 40 tahun lepas ketika parti itu di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak Hussein.

‘‘Satu pakatan kekeluargaan yang tidak sengaja tetapi benarlah, saya dapat masuk balik UMNO dahulu pun kerana Tun Razak yang menerima saya dan kali ini, anaknya yang terima saya.

‘‘Mengenai jawatan (dalam UMNO atau kerajaan), tak payahlah tetapi kalau nak kerjasama, saya bila-bila masa bersedia untuk memulihkan semula parti kerana saya dipercayai oleh rakyat,” katanya.

Serentak itu, Dr. Mahathir menyatakan kesediaannya untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Air.

Ini kerana, kata beliau, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai ahli UMNO untuk terus membantu parti dan BN termasuk berkempen pada pilihan raya walaupun telah bersara.

‘‘Saya tidak suka kalau dah bersara ini, kita pisah diri sama sekali dengan UMNO kerana saya naik pun kerana UMNO.

‘‘Dari dulu pun, saya menawarkan diri untuk berkempen jika diperlukan dan hari ini nampaknya saya diminta untuk berkempen. Saya sudah bersedia kerana ia adalah parti saya,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan meneruskan sikap kritikalnya terhadap UMNO sebagaimana sebelum ini, Dr. Mahathir berkata, sikap demikian berlaku apabila ‘kesilapan dilakukan’.

‘‘Jika tidak, saya rasa tidak perlu jadi kritikal dan saya rasa Datuk Seri Najib tidak akan terkeluar dari landasan (corak kepimpinan) yang telah ditetapkan oleh bapanya dan bukan oleh saya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 5 April 2009.

28 Mac, 2009

InsyaAllah, UMNO Kembali Perkasa!

-
Nampaknya UMNO kembali kukuh dan kuat dengan beberapa perkembangan terbaru. Barisan kepimpinan UMNO yang baru iaitu dengan Najib sebagai Presiden, Muhyiddin (Timbalan Presiden) dan diperkuat dengan terpilihnya Zahid, Shafie, dan Hisammuddin sebagai Naib Presiden.

Bonus kepada perkembanagn ini ialah YABhg Tun Dr Mahathir dikatakan bakal menyertai semula UMNO sedikit masa lagi. Dato Seri Abdullah pula mengambil sikap yang baik dengan memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan yang baru. Dengan perkembangan ini penulis amat percaya InsyaAllah UMNO kembali perkasa.
+

22 November, 2008

Respon Terhadap Artikel The Economist ''Enter Najib, With Baggage''

-
By Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

SIR – Your mischaracterization of the current Deputy Prime Minister of Malaysia (Enter Najib, with baggage, November 6) begins with the first sentence : "One could certainly say that Najib Razak was born to be Malaysian prime minister."

But one shouldn’t. To do so not only denies due credit to an accomplished politician and career public servant but also displays a disheartening lack of insight into Malaysia’s political environment; Malaysians’ demand for leadership toward unity, tolerance, and reform; and the extent to which international publications’ and observers’ perceptions of Malaysia have been manipulated. Your readers deserve better.

Throughout your article, Najib is solely defined by other prominent Malaysian public figures and sensational tidbits of innuendo and gossip. After reading the article, we know more about them than we do about Najib.

This is typical coverage of Najib by the foreign press and I encourage you to consider the importance of getting to know him as Malaysia does.

I have known Najib for over three decades. Over those years, I have never known him to waiver from his pursuit of a stronger Malaysia – a Malaysia more reflective of its diverse communities. To assume that Najib will reach the pinnacle of his profession through birthright or happenstance is to profoundly misread the man and Malaysian political practice.

Malaysia has watched Najib excel at the expected functions of a political leader for over 30 years, appropriately supporting leadership and consensus objectives while tactfully promoting his own vision of a progressive and modern country.

We have seen him work tirelessly within the party structure and at the grassroots, fostering purpose and re-energizing his efforts to realise change on their behalf.

In Malaysia, institutional change comes slowly and observers have been agitating for Malaysian reform for years. It’s frustrating that, even as Najib’s opportunity to deliver that reform begins to materialise, less than insightful commentary by those same observers seeks to undermine his ability to deliver it.

To be fair, Najib has raised less of a defense than is warranted and so the record is limited. Characteristically, his reaction to attack and accusation is not to respond. His confidence that truth will eventually prevail and his disdain for gutter politics, however, often leave him at a disadvantage with a controversy-hungry international audience.

Fueling that hunger and usurping Malaysia’s elected voice on the international stage is Anwar Ibrahim. A man who once held Najib’s current positions and who many thought would be Prime Minister, Anwar will stop at nothing to camouflage the alleged indiscretions that caused his downfall and reclaim his squandered potential.

He continues to work with impunity and without portfolio to negatively influence the international community against Malaysia’s elected majority and to sow divisiveness within our society.

Anwar’s impact is such that even hard fought and public vindications retain a hint of scandal. And to Malaysia’s detriment, that lingering hint is regularly reported as current news with a wink but no proper examination.

In a comparison with Anwar that Najib might find amusing but I do not, I ask readers to examine the Wikipedia entries of the two men. Which man plays to an outside audience? Which labours under a constant assault of ankle biting, lies, and innuendo?

If asked to write this letter for Najib, I would have. In this case, however, I write for myself and for Malaysia. It is one thing to read unsupported rumours on the internet.

Seeing Malaysia’s future PM defined by that same gossip in a publication of your stature presents a much greater problem. It severely hinders Malaysia’s ability to enact needed domestic reform and conduct business in the global community today.

I have every confidence Najib will become our 6th Prime Minister in March 2009. I encourage you to visit Malaysia, sit down with Najib, and return to report, at your usual standards, the truth and not rumour.

Source: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin