Memaparkan catatan dengan label Kekejaman Israel ke atas umat Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekejaman Israel ke atas umat Islam. Papar semua catatan

08 Januari, 2009

Seruan Berhenti Kempen PRK Kuala Terengganu Sehari (Jumaat, 9 Januari 2009)

-
Dato' Shamsuddin Nawawi (SetPol MB Pahang) dari Blog Small Talk menyeru agar semua kempen BN/UMNO dihentikan pada 9 Januari 2009 (Jumaat) dan diisi dengan solat hajat (selepas solat Jumaat), perhimpunan dan kempen kutipan derma buat saudara kita di Gaza yang dibunuh oleh Rejim Zionis Laknatullah!

Berikut teks asal seruan yang dibuat:

BN/UMNO MESTI Berhenti Kempen PRK Kuala Terengganu esok Jumaat 9 Jan. 2009!

Saya ingin menyeru supaya semua kempen BN/UMNO di PRK Kuala Terengganu di hentikan esok Jumaat 9hb Januari 2009. Berhenti untuk satu hari!

Sebaliknya semua jentera serta keseluruhan ahli BN/UMNO dan umat Islam yang sekarang ini berada di Terengganu mengadakan perhimpunan besar-besaran serta solat hajat selepas sembahyang Jumaat esok. Solat hajat untuk mendapat rahmat Allah dan berdoa supaya serangan tidak berperikemanusaian Isreal terhadap Gaza dihentikan segera!

Selepas solat hajat dan solat Jumaat, ahli UMNO serta semua umat Islam yang berada di Kuala Terengganu mengadakan perhimpunan raksaksa untuk melahirkan bantahan kita terhadap serangan yang sungguh zalim Israel terhadap penduduk Gaza yang tidak berdosa.

Kepada semua ahli UMNO serta orang Melayu yang mendapat nikmat kekayaan serta kemewahan melalui kemajuan ekonomi yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini, MESTI menghulurkan bantuan kewangan untuk membekalkan cetakan surah Yassin yang boleh dijual untuk dijadikan kutipan derma Tabung bantuan Gaza. Malahan mereka yang kaya raya atas nikmat melalui UMNO MESTI menderma secara besar-besaran kepada Tabung Gaza itu!

Tunjukkanlah sikap bersyukur ANDA! dan bantulah saudara Islam kita di Gaza!

Ya Allah Ya Tuhan ku.....Selamatkan Gaza.

Sumber: Blog Small Talk, 8 Januari 2009
+

Malaysiakini perlekeh usaha bantu Palestin

-
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk tindakan portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan pembacanya yang disifatkan menghina usaha semua pihak yang memberi maklum balas positif terhadap isu Palestin.

Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Mustafa berkata, kenyataan bertarikh 6 Januari yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu jelas memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

‘‘Mereka menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.

‘‘Bukan itu sahaja, orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut, perbuatan ini sungguh biadap dan tidak boleh dimaafkan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Khairul, portal itu juga turut mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.

Sumber: Utusan Malaysia, 8 Januari 2009
+

Solat hajat keamanan Jumaat

-
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta kerjasama jabatan agama Islam negeri untuk mengadakan solat hajat pada Jumaat ini di seluruh negara bagi memohon keamanan di Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet telah mengarahkan supaya Jakim mengadakan solat hajat dan Qunut Nazilah (doa ketika ditimpa malapetaka atau musibah) selepas solat Jumaat pada minggu ini.

"Jakim juga diminta menyediakan panduan bagi khutbah khas kepada jabatan agama Islam negeri untuk dibacakan bagi menyedarkan orang ramai bagi sama-sama memohon doa keamanan rakyat Palestin dan melindungi negara itu daripada terus diceroboh," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, kutipan derma bagi membantu rakyat Palestin akan diadakan serentak pada Jumaat ini bagi dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri untuk dihantar ke Palestin.

Sumber: Utusan Malaysia, 8 Januari 2009
+

04 Januari, 2009

Jom Pakat-Pakat Sedekah Berapa Yang Termampu! Insya-Allah!

-
MERCY Malaysia appeals to the public to donate to the PALESTINE RELIEF FUND



MERCY Malaysia has initiated an emergency response assessment team on the 30th December 2008 to Egypt in response to the humanitarian crisis resulting from the Israeli attacks on the Gaza Strip, which has killed more than 300 people and wounded more than 1,500 people.

The team, aimed at conducting a rapid assessment of the humanitarian needs, will be led by MERCY Malaysia President Datuk Dr. Jemilah Mahmood and EXCO Member Norazam Ab Samah.

We appeal to concerned Malaysians to send in cash donations.

MERCY Malaysia's basis of assistance to the beneficiaries relies on the support and generosity of individuals such as you to contribute to the PALESTINE RELIEF FUND.

It will support our efforts to procure emergency surgical kits, additional medicine and hospital equipment which will be channeled to the affected communities in Gaza.

PALESTINE RELIEF FUND

Cheque payable to MERCY MALAYSIA

CIMB Account No : 1424-000-6561053

OR

Cheque payable to MERCY HUMANITARIAN FUND

MAYBANK Account No : 5621 7950 4126

You can also download our donation form.

For more information please contact 03-2273 3999 or email us at
info@mercy.org.my

Kemaskini 13 Januari 2009
+

Tun Dr. Mahathir Mohamad: Negarawan Ulung & Pemikir Hebat (Wajib Baca!)

-
Boikot secara terancang

MUKADIMAH

Palestin kembali bermandi darah. Serangan Israel menjelang sambutan Maal Hijrah sehingga semalam telah mengorbankan lebih 400 orang penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Masyarakat dunia khususnya dunia Islam mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis itu. Dan seperti lagu lama, Amerika Syarikat (AS) sebagai penyokong setia Israel mempertahankan serangan tersebut sebagai tindakan membalas penentangan pejuang Hamas.

Fakta bahawa penentangan Hamas adalah tindakan membela diri akibat penindasan Israel, sekatan ekonomi yang menyebabkan 500,000 anak Palestin kebuluran diketepikan.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, MARHAINI KAMARUDIN dan HATA WAHARI serta jurugambar, AZALEZAH ABD. MALEK bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur menghuraikan lebih lanjut konflik tersebut.

Beliau juga secara tegas menggesa supaya rakyat negara ini memboikot AS termasuk tidak menggunakan mata wang dolar bagi melemahkan ekonomi negara kuasa besar itu yang menjadi sekutu Israel. Dr. Mahathir juga memberi pandangannya berhubung kesan akibat konflik terbaru tersebut.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Berita & Foto:
Mingguan Malaysia, 4 Januari 2009

P/S: Dapatkan edisi cetakan Mingguan Malaysia pada 4 Januari 2009 untuk mengikuti wawancara bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rugi kalau tidak baca wawancara tersebut. Tabik hormat penulis kepada Negarawan Ulung & Pemikir Hebat kita ini! Anda berhak untuk menerima sanjungan tinggi dari rakyat & seluruh dunia! Jika semua pemimpin negara-negara Islam & dunia sepertinya, Insya-Allah aman dan makmur dunia.
+

03 Januari, 2009

Rakyat Malaysia digesa pulau produk Yahudi-Amerika

-
KANGAR 2 Jan. - Masyarakat negara ini digesa memboikot produk keluaran Yahudi dan Amerika Syarikat (AS) berikutan tindakan rejim Israel itu yang tidak mengendahkan pandangan dunia agar menghentikan serangan terhadap Palestin.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, masanya sudah tiba untuk semua masyarakat yang mencintai keamanan agar berhenti membeli barangan keluaran Yahudi sebagai salah satu cara bagi menunjukkan protes terhadap tindakan Israel selama ini.

Katanya, tindakan negara rejim itu dan AS yang tidak pernah bersetuju dengan resolusi dan pelan damai menunjukkan keangkuhan mereka yang berterusan melancarkan serangan sehingga mengorbankan golongan yang tidak bersalah.

''Sekiranya ada pilihan untuk membeli barangan selain yang dikeluarkan oleh Yahudi dan AS, adalah amat wajar masyarakat yang mencintai keamanan memboikot barangan yang dikeluarkan negara itu.

''Semangat yang tinggi perlu disertakan dalam diri masing-masing sebagai tanda simpati terhadap masyarakat Palestin berikutan tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan dan AS yang menyalurkan bantuan kewangan kepada rejim itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergolakan Israel-Palestin selepas Majlis Perutusan Khas Menteri Besar Perlis Sempena Sambutan Tahun Baru Hijrah 1430 dan Masihi 2009 di Dewan Warisan di sini hari ini.

Dalam pertemuan bersama ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan itu, Md. Isa berkata, walaupun beliau berpuas hati terhadap prestasi kerja yang ditunjukkan, masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

''Kehendak pelanggan sentiasa berubah-ubah jadi kita perlu meningkatkan kematangan dalam bekerja agar semua kehendak itu dapat dipenuhi.

''Pada tahun ini semua kakitangan kerajaan pelbagai peringkat perlu berusaha lebih gigih dalam memastikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan tahun 2010 sebagai sifar kemiskinan tegar tercapai," ujarnya.

Menurutnya, terdapat kira-kira 2,000 penduduk di negeri ini yang masih tergolong dalam kategori miskin tegar dan pelbagai program perlu dijalankan untuk menangani masalah tersebut.

''Dalam menyelesaikan masalah miskin tegar ini termasuk dengan pemberian rumah yang lebih selesa, ia bukan bermakna mereka tidak lagi tergolong dalam kelompok miskin tegar.

''Oleh itu, agensi kerajaan perlu bekerjasama untuk memastikan golongan miskin tegar mempunyai pendapatan sampingan bagi merubah nasib mereka seperti terlibat dalam penanaman sayur-sayuran dan pertanian lain yang sesuai," jelasnya.

Selain bantuan yang disalurkan kepada golongan miskin tegar itu katanya, mereka juga perlu mempunyai keazaman untuk berubah dan berhijrah bagi menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sumber: Utusan Malaysia, 3 Januari 2009
+

02 Januari, 2009

Surat terbuka Dr. M kepada Obama

-
Oleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama didesak menghentikan sokongan terhadap tindakan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Genting Gaza sehingga mengorbankan nyawa penduduk di situ.

Desakan itu adalah antara sembilan tuntutan yang terkandung di dalam surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Obama yang turut dimuatkan di dalam blog beliau di www.chedet.co.cc.

Dr. Mahathir menegaskan, walaupun tidak mengundi Obama semasa pilihan raya Presiden AS, tetapi beliau adalah salah seorang anggota masyarakat dunia yang turut terjejas di atas sokongan yang ditunjukkan oleh AS.

''Saya mengalu-alukan janji anda (Obama) untuk melakukan perubahan, tentunya negara anda (AS) memerlukan banyak perubahan.

''Ini kerana AS dan rakyatnya paling dibenci penduduk dunia, malahan orang Eropah sendiri tidak suka kesombongan AS,'' katanya.

Obama dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44, menggantikan George W. Bush pada 20 Januari ini.

Dr. Mahathir dalam desakannya itu meminta Obama menyelesaikan konflik Israel dan Palestin serta meletakkan agenda tersebut dalam senarai perubahan yang akan dilakukannya.

Sembilan desakan yang dipaparkan di blog Dr. Mahathir ialah;

- Berhenti membunuh orang ramai. AS sangat gemar 'membunuh' orang ramai untuk mencapai matlamat kuasa besar itu;

- Berhenti menyokong pembunuh iaitu Israel melancarkan keganasan di Semenanjung Gaza dengan menggunakan wang dan senjata AS;

- Berhenti mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak boleh melakukan perkara sama terhadap AS;

- Hentikan para saintis dan penyelidik AS daripada membina senjata baru untuk membunuh ramai orang dengan lebih cekap;

- Hentikan pengeluaran dan penjualan senjata kepada dunia;

- Hentikan usaha untuk mendemokrasikan semua negara di dunia. Demokrasi sesuai di AS tetapi ia tidak semestinya sesuai di negara lain;

- Hentikan kasino yang AS namakan sebagai institusi kewangan. Hentikan dana lindung nilai, terbitan dan perdagangan mata wang. Hentikan bank dari memberikan pinjaman berbilion dari wang yang tidak wujud;

- Tandatangan Protokol Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa lain.

- Tunjukkan rasa hormat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Dr. Mahathir, akan ada lagi desakan untuk Obama pertimbangkan dalam usaha memastikan perubahan yang dijanjikan dapat dilaksanakan.

''Sekiranya beberapa perkara yang disenaraikan ini dapat dilaksanakan, kamu akan diingati sebagai pemimpin yang hebat dan AS sekali lagi akan menjadi negara yang dikagumi.

''Kedutaan-kedutaan AS di seluruh dunia akan dapat meruntuhkan tembok tinggi dan wayar berduri mengelilingi bangunan jika perkara itu dapat dilaksanakan,'' katanya.

Dr. Mahathir juga mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Obama dan berharap beliau akan menjadi Presiden AS yang hebat.

Sumber: Utusan Malaysia, 2 Januari 2009
+

Yayasan Perang desak Israel henti serang Gaza

-
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Yayasan Perang Jenayah Kuala Lumpur menggesa masyarakat antarabangsa bersama- sama bertindak segera, mendesak Israel memberhentikan pengeboman di Gaza dan pembunuhan yang kejam dan beramai-ramai terhadap penduduk yang tidak berdosa.

Pengerusinya, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, yayasan itu juga menggesa kerajaan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa besar lain memberikan tekanan terhadap Tel Aviv untuk memberhentikan pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan terhadap lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin di Gaza dengan bom dan senjata lain.

Yayasan itu menyokong gesaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan gencatan senjata segera dan menamatkan semua operasi ketenteraan bagi menyenangkan kerja-kerja dan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, katanya.

"Hati kita untuk penduduk Gaza pada masa kesengsaraan ini," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, yayasan ini terkejut dan marah dengan penaklukan Israel di Gaza Sabtu lepas yang mengakibatkan kira-kira 300 lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin terbunuh.

Sementara itu Perikatan Rakyat untuk Keamanan Malaysia (Aman Malaysia) menggesa Wisma Putra membentangkan usul di PBB untuk menganjurkan dan menghantar segera pasukan petugas kemanusiaan PBB untuk meringankan kesengsaraan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Penyelaras Aman Malaysia dan Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, tindakan sia-sia dan pembunuhan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva dan resolusi PBB.

"Kita juga meminta PBB mengutuk Israel sekeras-kerasnya dengan tindakan yang menjijikkan itu dan Amerika Syarikat kerana bersubahat dengan tindakan keganasan tersebut yang ditaja negara ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai boleh memberikan sumbangan wang kepada Kassem Aina, Institut Nasional Penjagaan Sosial dan Latihan Vokasional (NISCVT) yang menganjurkan bantuan kemanusiaan ini dalam bentuk barang makanan keperluan seperti susu dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin yang sengsara.

Sumbangan boleh dihantar kepada Donations for Children, National Institution of Social Care and Vocational Training account number 00 1 10684 5002 at First National Bank, Immobilita Building, SWIFT Code: FINKLBBE, Hamra Street, P.O. Box 113-5453, Beirut, Lubnan.

Sumber: Utusan Malaysia, 1 Januari 2009
+

31 Disember, 2008

Negara OIC digesa bantu Palestin

-
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) digesa bersatu membantu masyarakat Palestin menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya ke atas mereka.

Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman itu serta menolak setiap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terbabit.

''Kami menyeru masyarakat Islam di seluruh dunia agar menolak segala bentuk keganasan dilakukan rejim Zionis selain sokongan dalam diam Amerika Syarikat terhadap kekejaman itu,'' katanya melalui laman blog www.mukhriz. com di sini hari ini.

Mukhriz mengulas mengenai serangan terbaru Israel ke atas masyarakat Palestin di Genting Gaza yang mengorbankan ramai nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

Kekejaman itu bagaimanapun mendapat restu Amerika Syarikat yang menyalahkan Hamas kerana didakwa melakukan provokasi sehingga mendorong Israel melancarkan serangan tersebut.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, tindakan tentera Israel yang sengaja menjadikan warga tua, wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran turut menambahkan kebencian masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap rejim Yahudi itu.

''Tindakan mereka menyerang Universiti Islam Gaza sudah cukup membuktikan kecenderungan mereka untuk menyerang masyarakat awam.

''Ia menimbulkan kemarahan masyarakat dunia yang cintakan keamanan dan atas dasar itu, Israel perlu menghentikan kegiatan yang tidak berlandaskan moral dan perundangan ini dengan serta merta,'' katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 31 Disember 2008
+

Malaysia desak PBB, OIC halang kekejaman Israel

-
Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 30 Dis. – Malaysia hari ini menghantar perutusan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengambil tindakan proaktif mengekang perbuatan Zionis mengebom penduduk Palestin di Genting Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, serangan udara Israel ke atas wilayah itu yang setakat ini membunuh lebih 300 penduduk Palestin jelas suatu yang tidak boleh diterima dan seharusnya diambil tindakan segera oleh dua pertubuhan tersebut.

‘‘Malaysia menyeru PBB dan OIC supaya sebulat suara menentang perbuatan Zionis ini menerusi saluran yang betul.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
+

Israel terus mengganas, korban meningkat 374 orang

-
GENTING GAZA 30 Dis. – Jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza awal hari ini, masuk hari keempat berturut-turut, mengorbankan 10 lagi penduduk Palestin.

Serangan tersebut turut menyebabkan 40 lagi penduduk Palestin cedera.

Serangan terbaru Israel itu di wilayah ini, turut meragut nyawa pasangan adik-beradik perempuan berusia 10 dan 12 tahun.

Pegawai perubatan meletakkan angka kematian sejak serangan Israel bermula Sabtu lalu pada 374 orang dan 1,690 yang lain cedera.

Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 62 orang awam turut terkorban dalam serangan Israel di Genting Gaza.

Sementara itu, pejuang-pejuang Hamas di Gaza meningkatkan serangan roket ke wilayah Israel hari ini menyebabkan seorang anggota tentera Israel dekat sempadan Gaza terbunuh dan mengorbankan seorang lagi penduduk Israel di bandar Ashdod..

Setakat ini, lima orang Yahudi di Israel terbunuh dalam serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas sejak serangan Israel pada Sabtu lalu.

Tinggal enam minggu sebelum Israel berdepan dengan pilihan raya yang diramalkan dimenangi oleh Parti Likud, kerajaan Israel menyatakan bahawa serangan dilakukan bertujuan menamatkan serangan roket oleh pejuang Hamas.

Menteri Dalam Negeri Israel, Meir Sheetrit menjelaskan, tiada ruang untuk gencatan senjata dengan Hamas sehinggalah serangan roket Hamas dihentikan.

“Tentera Israel tidak akan menghentikan operasi selagi tidak menghancurkan semangat penduduk Palestin daripada menyokong Hamas dan selagi mereka terus melancarkan roket ke atas Israel,” katanya kepada Israel Radio.

– Reuters

Sumber: Utusan Malaysia, 31 Disember 2008
+

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin