30 November, 2008

CAR: 17 keluarga 'degil' halang projek

-
Oleh WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Hanya 17 daripada lebih 200 keluarga sahaja yang masih 'berdegil' untuk berpindah dan seterusnya menghalang penyelesaian segera projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kawasan Sungai Terentang, Rawang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, masalah seharusnya tidak timbul kerana pampasan untuk keluarga lain sudah dipersetujui dan imbuhan telah diterima tanpa sebarang bantahan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang mendakwa baki 17 keluarga yang tinggal itu telah termakan 'pujukan' pihak tertentu yang berjanji kononnya akan membela nasib mereka jika tidak berpindah.

''Faktanya ialah tanah yang mereka duduki sekarang milik TNB, jadi isu ini seharusnya tidak timbul sama sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Selangor menangguhkan projek CAR bernilai RM400 juta, ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di kawasan berkenaan selain mencadangkan laluan baru untuknya.

Cadangan laluan baru projek CAR itu melibatkan penduduk di Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak, beberapa pengusaha kilang di Batu 17 dan Batu 15 1/2 serta sebuah stesen minyak di Rawang.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.

Sehingga kini, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.

Subahan turut meminta kerajaan campuran Selangor berhenti 'berlakon' membela rakyat dalam isu CAR itu.

''Tindakan mereka hanya menyusahkan TNB untuk melaksanakan projek demi kepentingan rakyat terbanyak.

''Hentikanlah bermain politik murahan dan berfikiran tidak rasional," ujarnya.

Beliau bagaimanapun yakin isu itu akan dapat diselesaikan setelah tertangguh selama hampir setahun.

Projek CAR itu turut meliputi penyaluran bekalan elektrik ke perkampungan nelayan di Pulau Ketam melalui pemasangan kabel bawah laut yang menelan kos kira-kira RM70 juta.

Artikel berkaitan:
+

29 November, 2008

Kerajaan Perak Makin Terdesak: Edar VCD Untuk Tutup Kepincangan

-
Oleh Adnil Mohd

Kuala Lumpur -- Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dilihat semakin terdesak untuk menutup segala kepincangan kerajaan negeri khususnya kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang dianggap boneka DAP.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Perak, Hang Tuah Din berkata usaha mereka menyebarkan VCD penerangan kepada penduduk di negeri itu kononnya bagi menyalurkan maklumat yang sebenar umpama menutup bangkai gajah.

Menurut beliau pendedahan pelbagai kepincangan yang berlaku di negeri ini oleh UMNO dan BN serta gabungan NGO lain sebelum ini bertujuan untuk menegur kepimpnan negeri yang dilhat tidak bersikap adil dan telus dalam pentadbiran mereka.

"Banyak kepincangan berlaku dari isu rasuah hinggalah pentadbiran kerajaan negeri yang tidak bersikap adil, telus dan amanah bagi menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

"Kita lihat kerajaan negeri khususnya Menteri Besar cukup terdesak untuk meyakinan semula rakyat. Ramai yang menimbulkan persoalan apa peranan MB sekarang yang dilihat seperti dicucuk hidung oleh pihak yang berada di belakang tabir.

"Kita percaya tindakan kerajaan negeri mengedar VCD yang kononnya untuk menangkis fitnah tidak lebih sekadar usaha untuk menutup bangkai gajah", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas langkah Pas Perak yang menerbitkan VCD penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pemimpin UMNO yang memburuk-burukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Tegas Hang Tuah lagi, pimpinan Pas usah berselindung di sebalik tipu muslihat dan sebagainya kerana penduduk di akar umbi telah tahu senario yang berlaku di dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

"Soal MB sekarang sebagai boneka DAP sudah banyak diperkatakan. Mereka sesungguhnya kesal dan marah dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pas yang seolah-olah tidak mempunyai kuasa sungguhpun kerusi MB dipegang oleh parti berkenaan.

"Rakyat termasuk di kalangan ahli Pas sendiri sedar bahawa parti itu telah banyak lari dari perjuangan sebenar hanya kerana mabuk kuasa", ujarnya.

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia

Artikel berkaitan:


2. Isu Pemberian Tanah Kerajaan Boneka DAP: Fakta & Angka Sebenar Disorok?
+

28 November, 2008

Al-Fatihah

-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 6:30 petang tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga allahyarham. Al-Fatihah.
+

Isu CAR, Arak Bukti DAP Kaki Buli di Selangor

-
Oleh S.A Najmuddin

Kuang -- Isu hak milik tanah di tapak projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang serta isu penjualan arak di Selangor membuktikan kerajaan negeri Selangor sebenarnya dikuasai sepenuhnya DAP.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, YB Abdul Shukor Idrus berkata istilah pakatan pembangkang sebenarnya tidak wujud kerana ia jelas didominasi DAP serta serpihan pemimpinnya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau sudah terang lagi bersuluh, yang memainkan peranan dan memberi kata putus dalam sesuatu dasar di Selangor hari ini adalah DAP, manakala rakan pakatannya yang lain khususnya Pas hanyalah "Pak Turut".

"Buktinya dalam isu CAR yang melibatkan penduduk di Kampung Sungai Terentang, DAP difahamkan memainkan peranan untuk memastikan projek tersebut tidak melalui kawasan berkenaan kerana penduduknya dari kalangan kaum Cina.

"Apa yang kita kesalkan dalam perkara ini, campur tangan kerajaan negeri telah menyebabkan projek berkenaan tertangguh sungguhpun ianya hampir siap sepenuhnya. Kita difahamkan pampasan telah pun ditawarkan termasuk lot-lot kediaman.

"Dalam perkara ini kenapakah kerajaan negeri tidak bersikap terbuka dengan memberikan kerjasama sepenuhnya demi kepentingan semua pihak. Lencongan projek terbabit di kawasan lain akan menyebabkan perbelanjaan yang cukup tinggi selain melibatkan kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai yang mempunyai status tanah persendirian", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tindak-tanduk DAP yang dilihat berkuasa penuh ke atas sekutu mereka dalam soal melibatkan dasar kerajaan negeri.

Selain itu tegas Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, bukti lain yang menunjukkan dominasi DAP di dalam struktur pemerintahan Selangor selain projek mega kandang babi ialah pembatalan serta merta rancangan membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Beberapa hari sebelum itu terdapat desas-desus berhubung perkara itu. Namun selepas diketahui pihak tertentu, lain pula jadinya.

"Dulu sebelum memerintah, Pas dengan lantang melaungkan untuk menghapuskan penjualan arak, pusat-pusat hiburan dan sebagainya. Namun cuba lihat hari ini. Apa yang dah berlaku. Rancangan untuk membentang usul mengawal jualan arak di MPK pun dibatalkan.

"Rakyat boleh lihat siapa pembuli dan siapa kena buli", ujarnya.

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+

Pemuda Pahang Sedia Jentera Hadapi Banjir

-
Oleh Adnil Mohd

Kuantan -- Pemuda UMNO negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ekoran banjir yang mula melanda beberapa kawasan rendah khususnya di bahagian Lipis semalam.

Penolong Setiausahanya, Abu Jimi Samad berkata pengalaman dilanda banjir terburuk pada tahun lalu menjadi garis panduan untuk mereka bertindak dalam menghadapi situasi cemas kelak.

Menurut beliau pada waktu ini, skuad Banjir Pemuda bahagian tertumpu di kawasan masing-masing dengan membuat pemantauan dan meneliti kawasan-kawasan yang sering dinaiki air.

Skuad Banjir Pemuda negeri hanya akan bertindak menghantar bantuan sekiranya Skuad banjir di peringkat bahagian tidak mampu untuk menggerakkan usaha menyelamat dan membantu keperluan logistik lain.

"Kita sentiasa bekerjasama dan berhubung dengan agensi keselamatan untuk mengetahui perkembangan terkni keadaan banjir di negeri ini.

"Langkah ini penting biarpun kita mempunyai Skuad pemantauan sendiri untuk memastikan pasukan bantuan Pemuda bertindak pantas untuk membantu mangsa banjir ke kawasan selamat selain pelbagai bentuk bantuan lain", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Lipis menjadi daerah pertama dilanda banjir di negeri ini setelah empat kampung di kawasan itu dinaiki air setinggi kira-kira satu setengah meter akibat hujan lebat awal pagi ini.

Berikutan kenaikan paras air bermula pukul 1.35 pagi itu, seramai 31 orang daripada 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selain menumpang di rumah jiran.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Pahang menjangkakan hujan akan bertambah lebat di kawasan Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh bermula esok hingga Sabtu ini.

Menurut jurucakap jabatan tersebut, keadaan hujan itu boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan rendah dan tebing-tebing sungai daerah berkenaan.

Abu Jimi yang juga Ketua Pemuda Lipis seterusnya menasihatkan penduduk yang berada di kawasan yang bersisiko tinggi berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa.

"Simpan semua dokumen penting dan patuh kepada arahan. Jika pihak berkuasa mengarahkan mereka berpindah, segera berpindah untuk memastikan keselamatan terjamin", ujarnya.
+

23 November, 2008

Guan Eng Licik Bagi Satu Makan Empat

-
Sdr Editor!

Jika mahu dibuat perbandingan, ternyata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sememangnya cukup licik memperlihatkan gaya pemerintahan yang semacam telus, adil dan membela rakyat terutama terhadap orang Melayu.

Lihat sahaja tindakannya yang menyertai perarakan Maulidur Rasul sehingga ada yang menyamakannya seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Beliau sendiri turut mengumumkan kenaikan elaun guru-guru KAFA sebanyak RM50.00 yang memperlihatkan betapa dia begitu prihatin kepada rakyat kaum Melayu.

Malah beliau juga tidak terikut-ikut dengan nada pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang terang-terang cuba menidakkan hak-hak orang Melayu.

Mungkin bagi Guan Eng kata-kata tidak penting tetapi tindakan secara halus perlu digunakan bagi mempertahankan satu-satunya kuasa pemerintahan negeri yang diperolehi DAP secara langsung.

Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang dikuasai dan dipimpin secara terus oleh DAP berbanding Perak dan Selangor di mana DAP hanya menguasai secara di belakang tabir.

Guan setakat ini terus memperagakan dirinya sebagai pemimpin yang telus dan amanah lebih-lebih lagi menerusi tindakan populisnya seperti memotong bajet untuk pemimpin dan pegawai kerajaan negeri seperti menaiki kapal terbang kelas ekonomi dan tidak menginap di hotel mewah.

Namun apakah benar-benar Guan Eng ikhlas atau sekadar satu tindakan licik sebagai pemain permainan dam haji handalan…..umpan lawan makan satu tapi dia makan empat.

Terbaru Guan Eng mengumumkan operasi lapan ladang ternakan babi di kawasan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Maung akan dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini.

Penutupan itu melibatkan lapan ladang yang mana operasinya dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini. Untuk itu semua penternak akan diberi pampasan.

Ini berbeza dengan pemerintahan di Selangor yang diketuai pemimpin Melayu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim yang mana sebaik sahaja memerintah mengumumkan ladang babi mega di negeri itu.

Lihat betapa bijaknya Guan Eng. Dengan penutupan ladang babi di Pulau Pinang, Guan Eng bukan sahaja dilihat prihatin dengan orang Melayu tetapi pada masa yang sama telah menyelamatkan negeri yang majoriti kaum Cina itu terhindar dari pencemaran babi.

Inilah yang dikatakan umpan satu makan empat dalam permainan dam haji.

Yang kurang diberi perhatian oleh orang Melayu ialah kenapa Guan Eng enggan menyatakan jumlah pampasan yang akan diterima setiap penternak yang mana ladang babinya ditutup di Batu Maung.

Kalau Guan Eng mengatakan pemerintahannya telus kenapa beliau harus sembunyikan nilai pampasan tersebut.

Di sinilah bijaknya Guan Eng yang ramai rakyat khususnya orang Melayu terlepas pandang.

Asraf Bukit Gelugor

Sumber: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+

22 November, 2008

Respon Terhadap Artikel The Economist ''Enter Najib, With Baggage''

-
By Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

SIR – Your mischaracterization of the current Deputy Prime Minister of Malaysia (Enter Najib, with baggage, November 6) begins with the first sentence : "One could certainly say that Najib Razak was born to be Malaysian prime minister."

But one shouldn’t. To do so not only denies due credit to an accomplished politician and career public servant but also displays a disheartening lack of insight into Malaysia’s political environment; Malaysians’ demand for leadership toward unity, tolerance, and reform; and the extent to which international publications’ and observers’ perceptions of Malaysia have been manipulated. Your readers deserve better.

Throughout your article, Najib is solely defined by other prominent Malaysian public figures and sensational tidbits of innuendo and gossip. After reading the article, we know more about them than we do about Najib.

This is typical coverage of Najib by the foreign press and I encourage you to consider the importance of getting to know him as Malaysia does.

I have known Najib for over three decades. Over those years, I have never known him to waiver from his pursuit of a stronger Malaysia – a Malaysia more reflective of its diverse communities. To assume that Najib will reach the pinnacle of his profession through birthright or happenstance is to profoundly misread the man and Malaysian political practice.

Malaysia has watched Najib excel at the expected functions of a political leader for over 30 years, appropriately supporting leadership and consensus objectives while tactfully promoting his own vision of a progressive and modern country.

We have seen him work tirelessly within the party structure and at the grassroots, fostering purpose and re-energizing his efforts to realise change on their behalf.

In Malaysia, institutional change comes slowly and observers have been agitating for Malaysian reform for years. It’s frustrating that, even as Najib’s opportunity to deliver that reform begins to materialise, less than insightful commentary by those same observers seeks to undermine his ability to deliver it.

To be fair, Najib has raised less of a defense than is warranted and so the record is limited. Characteristically, his reaction to attack and accusation is not to respond. His confidence that truth will eventually prevail and his disdain for gutter politics, however, often leave him at a disadvantage with a controversy-hungry international audience.

Fueling that hunger and usurping Malaysia’s elected voice on the international stage is Anwar Ibrahim. A man who once held Najib’s current positions and who many thought would be Prime Minister, Anwar will stop at nothing to camouflage the alleged indiscretions that caused his downfall and reclaim his squandered potential.

He continues to work with impunity and without portfolio to negatively influence the international community against Malaysia’s elected majority and to sow divisiveness within our society.

Anwar’s impact is such that even hard fought and public vindications retain a hint of scandal. And to Malaysia’s detriment, that lingering hint is regularly reported as current news with a wink but no proper examination.

In a comparison with Anwar that Najib might find amusing but I do not, I ask readers to examine the Wikipedia entries of the two men. Which man plays to an outside audience? Which labours under a constant assault of ankle biting, lies, and innuendo?

If asked to write this letter for Najib, I would have. In this case, however, I write for myself and for Malaysia. It is one thing to read unsupported rumours on the internet.

Seeing Malaysia’s future PM defined by that same gossip in a publication of your stature presents a much greater problem. It severely hinders Malaysia’s ability to enact needed domestic reform and conduct business in the global community today.

I have every confidence Najib will become our 6th Prime Minister in March 2009. I encourage you to visit Malaysia, sit down with Najib, and return to report, at your usual standards, the truth and not rumour.

Source: Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
+

21 November, 2008

Lumrah Si Umang-Umang DAP: Berselindung Dalam Cengkerang Siput

Sebelum ini penulis telah mengulas berkenaan tuduhan koyak borang dan dakwaan hubungan dominan UMNO ke atas ketidakseimbangan kaum (kaum Melayu mendominasi) di sektor awam seperti didakwa Prof P Ramasamy. Tuduhan tersebut dibuat semasa sesi perbahasan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Penulis membuat pandangan tersebut dari kacamata individu yang pernah terlibat secara langsung dalam selok-belok hal berkaitan recruitment & selection.

Kali ini penulis ingin menarik perhatian pembaca berkenaan permainan politik kotor pemimpin politikus bernama P Ramasamy. Apa yang menarik perhatian penulis ialah P Ramasamy membuat segala tuduhan jahat ini di dalam Dewan. Kenapa penulis mengatakannya menarik? Cuba kita sama-sama fikir, mengapa P Ramasamy membuat segala tuduhan tersebut di dalam Dewan? Mengapa tidak dihamburkan segala yang berselirat di dalam kepalanya di luar Dewan?

Seorang ahli politikus seperti P Ramasamy berdiri di dalam Dewan dan mengeluarkan segala tuduhan jahat dan keluar dari Dewan sambil bersiul girang tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang? Mendapat perhatian dan liputan seluruh Malaysia. Gah dengan dakwaan jahatnya dan dengan bongkak berkata hanya akan mengemukakan bukti sekiranya diminta berbuat demikian di dalam Dewan. Menarik bukan? Mengapa tidak dikemukakan bukti di luar Dewan?

Tindakan P Ramasamy membuat tuduhan ini dalam Dewan kerana hanya di tempat itu sahaja yang membolehkan beliau berbuat sedemikian kerana dilindungi oleh Dewan. Tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Yang Berhormat (YB) selagi tidak menyentuh secara langsung perkara-perkara atau sesuatu yang membangkitkan perkara yang melaga-lagakan sesuatu kaum dengan kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan, 1948.

Taktik bermain politik sebenarnya sudah lama digunapakai oleh para pemimpin pembangkang. Rujuk sahaja Hansard Parlimen dan lihat sebanyak mana perkara yang diketengahkan oleh pemimpin pembangkang yang secara tidak langsung sebenarnya mempunyai agenda tertentu. Cuma pada waktu dahulu orang awam kurang mengambil perhatian sebarang perbahasan di dalam Dewan.

Rentetan tuduhan jahat yang dibuat beliau, satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru di Balai Polis Bayan Lepas pada Ahad lalu. Penulis mengucapkan tanhiah kepada yang prihatin walaupun tindakan itu dari segi undang-undangnya tidak akan membawa ke mana-mana atas sebab kekebalan atau imuniti ahli-ahli YB ketika berbahas di dalam Dewan.

Walau bagaimana pun, tindakan membuat laporan polis boleh dilihat sebagai tanda keprihatinan Melayu dalam menangkis dakyah jahat DAP. Tindakan itu juga perlu untuk menyedarkan Melayu bahawa pemimpin parti DAP ini sengaja membangkitkan isu ketidakseimbangan dengan harapan berjaya meraih sokongan majoriti pengundi bukan Melayu. Sokongan pengundi Melayu pula bakal dipecahkan oleh parti politik Melayu di dalam Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR. Penulis percaya melalui strategi ini Pakatan Rakyat bakal memerintah Pulau Pinang dalam satu jangka masa yang panjang.

Tambah menarik, pada hari ini, 21 November 2008, P Ramasamy gagal mengemukakan sebarang bukti berhubung dakwaan koyak borang permohonan bukan Melayu tanpa diproses oleh ketua jabatan dan mensabitkan UMNO dengan dominan kakitangan Melayu dalam sektor awam. Beliau menekankan bahawa maklumat tersebut diperolehi melalui hasil kajiannya 6 tahun yang lalu ketika beliau berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walau pun didesak, beliau enggan mendedahkan maklumat tersebut atas alasan kerahsiaan. Senang cakap, beliau sekali lagi berselindung kononnya atas alasan melindungi sumber. Bagi penulis, beliau tidak mempunyai sebarang bukti sebenarnya. Tiada langsung sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan jahatnya itu. Inilah gaya permainan politik kotor politikus bernama P Ramasamy.

Dengan mensabitkan UMNO dengan hubungan dominasi kakitangan Melayu dalam perkhidmatan awam seolah-olah menggambarkan P Ramasamy seakan membuat tuduhan itu atas dasar politik. Permusuhan politik antara DAP dan UMNO. Strategi ini cukup licik kerana UMNO merupakan parti politik teras kaum Melayu setelah sekian lama memperjuangkan kepentingan dan hak kaum Melayu. Dan perjuangan UMNO sememangnya sangat berlawanan dengan konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP dan diberikan nafas baru melalui konsep Ketuanan Rakyat.

Bagi penulis, tindakan P Ramasamy dilihat sangat bijak bagi seorang politikus DAP yang rakus sepertinya. Walau bagaimana pun, nampak bodoh bagi seorang rakyat Malaysia yang terpelajar (hanya dari segi akademik) seperti Prof P Ramasamy. Itulah dia Prof P Ramasamy – Si Umang-Umang DAP!
+

19 November, 2008

Usul Tender Tanah: Agenda Tersirat DAP?

Blog Small Talk mendedahkan bahawa YB Leong Ngah Ngah (DAP - Triang) telah menyarankan agar kerajaan negeri Pahang meniru cara dan gaya pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dalam perbahasan Bajet Pahang 2009.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah Leong Ngah Ngah telah mencadangkan agar tanah ditender pada harga yang tinggi kepada pembida sebagai suatu usaha untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Pahang.

Blog Small Talk berpendapat bahawa tindakan menender tanah akan menyebabkan tanah akan dikuasai oleh golongan taukey sahaja. Dan lebih parah lagi tanah kerajaan negeri bakal dikuasai oleh proksi kuasa-kuasa asing.

Persoalan yang bermain di kotak fikiran penulis ialah:

1. Adakah kerajaan negeri Pulau Pinang telah melaksanakan tender tanah secara terbuka untuk mendapatkan sumber pendapatan negeri itu?

2. Persoalan ini relevan memandangkan YB Leong Ngah Ngah mencadangkan kerajaan negeri Pahang meniru dan mencontohi kerajaan negeri Pulau Pinang.

3. Jika benar tanah di Pulau Pinang telah ditender kepada pembida tertinggi untuk mendapatkan hasil pendapatan negeri, siapakah individu atau pihak yang memperoleh tender 'terbuka' tanah tersebut?

4. Adakah ianya diperoleh taukey-taukey yang kaya? Atau kepada proksi negara asing seperti Singapura dan China?

5. Jika benar tender ini dibuat, maka rakyat Pulau Pinang berhak tahu siapakah yang memperoleh tender tanah ini.

Rujuk bacaan di blog Small Talk:
Small Talk: Why should Pahang follow Penang?
+

16 November, 2008

Siapa yang lebih bersikap dominan sebenarnya?

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P Ramasamy (DAP-Perai) mendakwa ketidakseimbangan struktur pekerjaan perkhidmatan awam di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh Barisan Nasional bersikap perkauman.

Prof. P Ramasamy mendakwa borang permohonan bukan Melayu/Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam di Pulau Pinang dikoyak. Berat benar tuduhan sebegitu ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam proses recruitment & selection. Dan tuduhan jahat itu sangat tidak adil bagi mereka.

Bagi penulis, tuduhan tersebut hanyalah sekadar tuduhan melulu yang dibuat tanpa asas dan bukti. Sebelum berkhidmat dengan kerajaan, penulis pernah terlibat dalam proses recruitment & selection bagi memilih kakitangan sekitar tahun 1999 di sebuah syarikat akhbar.

Dan sebagai rekod, tidak pernah pula kami melihat faktor kaum sebagai satu prasyarat untuk disenaraipendek, ditemuduga dan seterusnya diberikan surat tawaran. Jauh sekali mengoyak permohonan pemohon-pemohon. Segala prosedur perlu diikuti dengan ketat agar calon yang terpilih kelak berkualiti.

Individu yang terlibat dalam proses recruiment & selection sangat faham bahawa setiap calon yang memohon sudah tentu mengharapkan perkerjaan untuk menampung kehidupan. Jadi apakah motif P Ramasamy membuat tuduhan sebegini ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam soal pengambilan kakitangan di Pulau Pinang?

P Ramasamy mendakwa bahawa UMNO terlalu dominan sehinggakan soal pengambilan kakitangan di negeri itu pun turut disabit. Bagi penulis, ini adalah tindakan untuk memburuk-burukkan UMNO di mata rakyat bukan Melayu Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.

Sudah tentulah setiap ketua jabatan yang dilantik akan melalui tapisan keselamatan dan sebagainya sebagai satu proses pelantikan. Namun, menuduh ketidakseimbangan kaum di sektor awam dan mengaitkannya dengan faktor dominan UMNO adalah tidak berasas. Kenapa faktor dominan UMNO ditekan atau diberi fokus dalam hal ini? Bagi penulis, ianya jelas sekali berniat jahat.

Jika kita kaji sikap dan cara berpolitik kotor Pakatan Rakyat ini, kita boleh menyimpulkan siapa yang dominan sebenarnya dalam menentukan hala tuju politik Malaysia. Siapa yang sering mengungkit segala hak Melayu/Bumiputera yang jelas diperuntukan dalam Perlembagaan? Jadi siapa yang cuba bersikap lebih dominan sebenarnya? UMNO atau DAP? Kepada pembaca budiman, tepuk dada dan gunakan akal untuk berfikir.

"If you don't act right now, somebody else will always do it for you at your expense...and quickly." (Kotabe & Helsen, 1998).
+

14 November, 2008

Jadi Ke? Tak Jadi?

Hari itu penulis rasa teramat gembira bila dengar MB Kedah umumkan peningkatan kuota pemilikan rumah di Kedah. Naik dari 30 % kepada 50 %. Kenaikan sebanyak 20 %. Bukan main penulis ucap tahniah kepada beliau dalam ruangan komen di blog Dari Kacamata Melayu. Jarang-jarang penulis puji pemimpin politik Pakatan Rakyat.

Penulis tidak mahu kita berdebat panjang lebar bincang pasal pro dan kontra menaikkan kuota pemilikan rumah dari 30 % ke 50 %. Semua perkara ada pro dan kontranya. Bagi penulis, jika kerajaan negeri Kedah kata hendak naik 50 %, maknanya memang sudah ada asas yang kukuh yang menjurus kepada keputusan untuk menaikkan kuota tersebut.

Kalau tidak, mengapa keluarkan kenyataan mahu menaikkan sehingga 50 %? Tidak mungkin MB Kedah membuat kenyataan yang berupa tekad itu tanpa ada asas, hanya semata-mata untuk menaikkan kuoata itu. (Perhatian: Bukan blogger cabuk macam kita buat kenyataan, MB yang buat kenyataan). Jika tanpa asas maknanya kenyataan yg dibuat hanya retorik. Sekadar mahu menarik perhatian pengundi Melayu Kedah agaknya.

Agaknya la…

Itu kisah hari itu…

Tapi hari ini…

Lain pulak kisahnya! Kisah hari itu nampak gayanya bakal jadi sejarah. Sejarah hari ini! Lim Kit Siang sudah ‘slow talk’ dengan MB Kedah supaya tarik balik cadangan kuota 50 % itu. Kembali kepada asal 30 %. Kalau lagi kurang lagi DAP suka. Lagi bersorak gembira. Silap-silap boleh panggang lagi 10 ekor ba alif ba ya.

Apa cerita ni Datuk Seri Azizan? Jangan buat malu orang Kedah ye! Kalau Lim Kit Siang berjaya menjinakkan Datuk Seri Azizan dalam hal ini, memang sah Kedah pun ikut telunjuk DAP. Secara sinisnya, DAP memang bertindak sebagai pembuat keputusan dalam sebarang hal ehwal Pakatan Rakyat.

Punah! Punah!

Kalau PAS Kedah jadi dayus, penulis pakat tarik balik ucapan Tanhiah tempoh hari. Buruk siku? Biarlah! Mungkin keluar cacian yang menjela pula selepas ini. Tapi harap PAS Kedah tidak bersikap dayus. Kalau PAS pilih dayus, penulis cadangkan pada semua rakyat Kedah tolak sahaja PAS sebab jadi balaci.

BALACI DAP!

Tunggu dan lihat...

Siapa yang untung?

Siapa yang rentung?
-

13 November, 2008

WOI...MARI SINI !!!

MB Perak arah jurugambar Utusan serah kamera, padam gambar

IPOH 12 Nov. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Kejadian berlaku semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini apabila jurugambar, Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, merakamkan gambar Mohammad Nizar menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Surat itu disampaikan oleh wakil firma guaman Shafee & Co. menuntut Menteri Besar menarik balik tuduhannya bahawa Mohd. Tajol Rosli terlibat dalam konspirasi politik membabitkan penangkapan dua Exco kerajaan negeri ini oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, jurugambar Utusan Malaysia telah diherdik dan diminta keluar dengan berkata ''Go.. go..".

Selepas meminta Mohd. Najib keluar, Mohammad Nizar kemudian dengan memanggil semula Mohd. Najib.

''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu," katanya.

Mohd. Najib bagaimanapun enggan menyerahkan kad tersebut tetapi bersedia memadamkan gambar yang diambilnya itu di depan Mohammad Nizar.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu meminta kamera untuk memastikan gambar- gambar tersebut telah dipadamkan.

Selepas membuat pemeriksaan, beliau menyerahkan kamera itu kepada Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Tidak lama selepas itu, barulah kamera berkenaan diserahkan semula kepada Mohd. Najib.

Mohammad Nizar kemudian bertanya lagi kepada jurugambar itu ''Siapa beri keizinan ambil gambar ini? Awak dari mana?"

Wakil syarikat guaman Shafee & Co. itu kemudiannya diminta menyerahkan surat tuntutan tersebut di pejabat Menteri Besar.

Penyerahan surat tuntutan yang sama juga dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Ngeh Koo Ham di pejabatnya.

Ekoran peristiwa tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Omar yang kebetulan berada berhampiran dewan makan, membuat bantahan pada sesi sidang DUN.

Raja Ahmad Zainuddin menyatakan beliau kesal dengan kekasaran Menteri Besar itu terhadap jurugambar Utusan yang kemudiannya mencetuskan pertikaman lidah sebelum ditenteramkan oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong.

( Sumber: Utusan Malaysia )

@@@@@@@@@@@@@@

Kembara Politik:

Go…go…
Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu…


Mujur la bukan dalam cerita Bujang Lapok…masih ingat lagi Singh yang jadi Jaga tu?
Apa woi woi…tara nama ka?!

Amboi garang betul dia ni ye?
Teringat pada siri motivasi penceramah terkenal…
Dato’ Dr Fazilah Kamsah…
Dia kata Rasulullah SAW sarankan kalau nak marah kena cari 72 alasan kenapa mesti marah…
Lepas dah jumpa 72 alasan kena cari lagi 72 alasan…
Maknanya kena cari 144 alasan kenapa patut kita marah…

Hehehe Nizar, Nizar…apa kono Yoep?
Takkan lah engkau dah jadi mcm artis Hollywood kot?


Takpelah…saudara Mohd Najib...
Sekarang ni semuanya nak kena minta permission untuk ambil gambar...
Nak buat macam mana…kita rakyat biasa sahaja…

Dia pula dah jadi MB Perak (baca BONEKA)!

P/S: MB = Menteri Baran? atau Menteri BONEKA?
-

12 November, 2008

Artikel 5 Bintang oleh Blog Demi Negara

Penulis sangat tertarik dengan sebuah artikel yang ditulis oleh blog Demi Negara yang bertajuk:

"Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia". (Klik untuk pautan).


Komen Kembara Politik:

Artikel 5 Bintang!
-

Pasal apa ni?

Ronnie Liu ditahan polis
12/11/2008 5:43pm

SHAH ALAM 12 Nov. - Exco Selangor, Ronnie Liu Tan Khiew ditahan polis di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 2 petang ini berhubung kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Subang Jaya tahun lalu.

Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk didakwa atas kesalahan itu.

(Sumber: Utusan Malaysia)

Kembara Politik:

Bacaan berkaitan:-

Pasal apa pula Ronnie ditahan polis?

Ini salah polis ni...

Konspirasi ni...

Hmmmm fikir la dengan betul...

Kalau semua perkara yang tak memihak pada mereka,
semua tunjuk jari pada orang lain.

Teringat kata seorang rakan...

Sekarang ni kalau mereka berak dan tak jatuh tahi betul-betul dalam lubang jamban...
terkena di bahagian mangkuk jamban...

TETAP SALAH KERAJAAN!

Haru!!
-

11 November, 2008

Kebebasan berdemonstrasi dan bersuara?

Blog Kembara Politik mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi dan kenyataan yang jelas menghina fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan. Dan secara tidak langsung menghina Islam.

Penulis ingin bertanya kepada semua rakyat Malaysia. Apakah ini kebebasan berdemonstrasi dan bersuara yang anda inginkan? Renungkan dan jawab dengan ikhlas.

Adakah ini hasil didikan para pemimpin Pakatan Rakyat yang memperjuangkan setiap inci kebebasan? Apa reaksi para pemimpin Pakatan Rakyat (terutamanya yang beragama Islam?).

Apa yang berlaku jelas menunjukkan tahap mentaliti rakyat Malaysia yang tidak pernah mahu memahami Islam dan Melayu. Apa yang penting bagi mereka ialah kebebasan bersuara (yang kononnya mereka dakwa mereka sudah matang dalam berfikir).

Pautan berkaitan di sini:

1. Laporan Protes Fatwa Anti Tomboy oleh Malaysiakini

2. Blog Apa Nak Dikata?

10 November, 2008

Keadilan & kesamarataan dari kaca mata mereka

Penulis tertarik dengan sebuah artikel yang ditulis oleh Mesin Taip Buruk dalam mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA dan membidas pemikiran yang songsang dalam memperkatakan perihal keadilan dan kesamarataan.

Dalam erti kata lain, Mesin Taip Buruk membidas suara-suara sumbang yang mempersoal segala bentuk hak dan keistimewaan Melayu/Bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Penulis perturunkan sepenuhnya artikel menarik tersebut seperti di bawah untuk renungan semua rakyat Malaysia:

Obama menang kenapa MCA bersorak girang

Barack Obama telah dipilih sebagai Presiden AS yang baru dan sekaligus menjadi orang kulit hitam pertama menjadi presiden negara yang mengaku polis dunia itu. Yang menariknya, kemenangan Obama disambut dengan kegembiraan oleh sebahagian penduduk Indonesia sebabnya Obama pernah tinggal di negara jiran itu. Ibunya pernah berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia.

Tetapi yang aku hairan, puak-puak bukan Melayu di Malaysia juga menyambut kemenangan Obama dengan penuh kegirangan. Entah apa hubungan Obama dengan Malaysia aku sendiri tidak tahu. Antara yang bersorak girang ialah pemimpin baru MCA. Dia mengaitkan Obama dengan PKNS yang heboh ekoran keputusan kerajaan Selangor melantik bukan Melayu menerajui perbadanan itu.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Bernama, 6 Nov. 2008

Aku tidak pasti sama ada mahu tergelak, menangis atau menjerit dengan kenyataan pemimpin MCA dan lain-lain pemimpin bukan Melayu (juga puak Melayu yang lupa diri) tentang keinginan mereka melihat bukan Melayu menerajui Malaysia. Sungguh cetek pemikiran mereka kerana hendak membandingkan AS dengan Malaysia umpama membandingkan antara langit dan bumi.

AS sudah merdeka selama lebih 200 tahun sedangkan Malaysia baru 51 tahun dan pemikiran rakyat mereka sangat jauh dibanding dengan rakyat kita. Pemikiran mereka sangat terbuka. Sebab itu kalau kita lihat banyak syarikat2 milik AS di Malaysia boleh diterajui oleh sesiapa sahaja Melayu, Cina atau India. Microsoft sebuah syarikat IT gergasi dunia milik Bill Gates misalnya, mempercayai kepimpinan seorang wanita Melayu untuk mengetuai syarikatnya di Malaysia.

Tetapi lihat sahaja syarikat2 milik bukan Melayu tempatan, tiada seorangpun orang Melayu yang diberi kepercayaan menerajui syarikat milik kaum bukan Melayu (kalau ada sila berikan senarainya). Kalau adapun hanya sebagai "boneka" dengan meletakkan mereka sebagai pengerusi syarikat. Itupun kerana adanya kuota pemilikan 30% bumiputera dalam syarikat senaraian awam. Bayangkan kalau kuota ini dihapuskan (sepertimana yang dituntut oleh mereka sebelum ini)?

Malah ada syarikat mereka meletakkan syarat hanya kaum mereka sahaja boleh memohon jawatan kosong di syarikat mereka, walaupun jawatan bukan pegawai. Ada pula syarikat bukan Melayu yang menggajikan pekerja kaum mereka lebih tinggi daripada pekerja Melayu walaupun jawatan sama dan malah kadang kala kelulusan pekerja Melayu lebih baik. Sebab apa? Mereka masih lagi tebal dengan sentimen perkauman. Bukankah begitu wahai saudara Ong?

Lihatlah di sekeliling anda. Jika bosnya seorang bukan Melayu maka kalangan bawahannya kebanyakannya adalah terdiri daripada kaumnya sendiri. Ini kerana mereka menggunakan kedudukan mereka untuk membantu kaum mereka sendiri. Melayu? Masih ramai majikan Melayu yang tidak percaya bangsanya sendiri. Mereka anggap pekerja Melayu malas. Akhirnya mereka memilih untuk menggajikan bukan Melayu atau kalau perlu ambil sahaja pekerja asing.

Kalaulah sentimen perkauman seperti ini masih menebal di kalangan masyarakat kita, bagaimana kita boleh menjadi sebuah negara seperti AS. Ketahuilah negara itu juga masih tebal dengan sentimen warna kulit dan kejayaan Obama menjadi Presiden mereka bukan bererti mereka sudah terbuka untuk menerima orang kulit hitam. Obama masih diterima kerana ibunya seorang kulit putih.

Kebimbangan Melayu tentang pelantikan bukan Melayu menerajui PKNS kerana percaya (dan amat yakin) ramai kalangan kontraktor Melayu tidak akan berpeluang lagi untuk mendapat kontrak2 dari PKNS. Sebahagian besarnya akan diserahkan kepada kontraktor kaum lain. Kebimbangan ini berasas sepertimana contoh yang aku berikan di atas.

Jadi aku harap MCA dan para pemimpin lain yang bercita2 untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara sepertimana AS dalam masa terdekat faham situasi ini. Malaysia bukan AS dan pemikiran kalangan masyarakat kita masih lagi cetek dan tebal dengan sentimen perkauman kerana kita baru merdeka 51 tahun. Tunggulah 150 tahun lagi...
-

08 November, 2008

Boneka I Oh Boneka I

Kerajaan boneka DAP Perak semakin tenat dalam cuba meracuni fikiran rakyat yang tidak mempunyai akses kepada maklumat sebenar. Terkini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan segala penipuan oleh kerajaan boneka DAP tersebut. Penulis perturunkan petikan penuh laporan berita tersebut seperti di bawah:

Hanya orang jahil nafi komitmen Kerajaan Pusat

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan mereka yang menafikan komitmen Kerajaan Pusat dalam membantu sekolah agama dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri Perak sebagai individu yang jahil.

Menurutnya, tidak benar kerajaan campuran Perak sekarang telah memberikan tanah kepada Kolej Taiping, Perak kerana mengikut rekod, tanah tersebut diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

‘‘Inilah satu kejahilan individu yang mengatakan kerajaan sekarang ini yang memberi tanah kepada kolej berkenaan sedangkan kerajaan dahulu yang memberikan tanah berkenaan.

‘‘Ini rekod yang tidak dapat dinafikan, begitu juga dengan KAFA, saya ingin beritahu bahawa terdapat 1,357 guru KAFA di Perak yang dibayar gajinya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang wangnya diperoleh daripada kerajaan Pusat,” ujarnya.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 peringkat jawatankuasa, Ahmad Zahid berkata, kerajaan Perak baru bercadang membayar tambahan RM25 sebulan kepada guru KAFA dan belum melaksanakannya.

Katanya, begitu juga dengan elaun imam-imam masjid di negeri itu yang dicadangkan naik sehingga RM50.

‘‘Ada pihak yang seolah-olah menggambarkan RM50 yang hendak ditambah itu lebih tinggi daripada elaun RM500 yang dibayar oleh kerajaan sekarang.

‘‘Budak-budak tadika pun tahu tetapi inilah hakikatnya mereka mahu mengaburi fakta yang sebenar,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 7 November 2008

Kembara Politik:

1. Hanya orang jahil nafi komitmen kerajaan Pusat. Memang tepat benar tajuk berita Utusan Malaysia.

2. Penulis dah tahu, selama ini rakyat Perak disogok dengan angka dan fakta yang kabur dan yang paling teruk disogok dengan angka dan fakta yang tidak benar sama sekali. Dalam erti kata lain, KERAJAAN BONEKA DAP PERAK HEBAT MENIPU!

3. Penipuan kerajaan boneka DAP Perak telah dibongkar. Dan setakat ini kerajaan boneka DAP Perak masih tidak berupaya memberikan penjelasan dan angka yang sebenar berhubung setiap isu yang dibongkar.

4. Semakin banyak benda yang disorok semakin meluatlah rakyat Perak terhadap kerajaan boneka DAP Perak ini.

5. Kepada semua rakyat Perak, mari bangkit dan kita nyah kerajaan boneka DAP dari bumi Perak pada PRU13 akan datang.

07 November, 2008

Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di acara penyerahan memorandum oleh Gabungan Melayu Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahi Rahmanir Rahim, BETA merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas ikrar taat setia yang dilafazkan oleh rakyat Beta yang dikasihi sebentar tadi.

Kemerdekaan negara ini dicapai melalui perundingan dan persefahaman antara tiga pihak, Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dan Kerajaan Inggeris. Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957 membentuk sistem berkerajaan dan bernegara berpayungkan Raja.

Semasa menerima Ijazah Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada 30 Jun 1979, Beta telah memperingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu ingat, dan jika tidak ingat, maka kita seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang kaum itu, mestilah ada suatu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian kita. Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka... Perkataan 'Negeri-Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Negeri Melayu Tidak Bersekutu' dan 'Persekutuan Tanah Melayu' masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan Negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia.

Secara tersirat, pengekalan institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa. Perlembagaan Merdeka digubal berlatar belakangkan senario kebangkitan semangat nasionalisme Melayu. Dalam luapan semangat menuntut kemerdekaan, orang Melayu bimbang akan kedudukan mereka dalam negara merdeka yang komposisi warga negaranya terdiri dari pelbagai kaum. Orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan secara perbandingan dengan kaum-kaum lain. Bahawa orang Melayu memerlukan jaminan - memerlukan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai peribumi tidak terancam.

Kebimbangan orang-orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkan di dalam Perlembagaan Merdeka, klausa-klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh Raja-Raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang- orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-Raja. Institusi Raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping melakukan keadilan kepada warga keseluruhannya. Institusi Raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian.

Raja-Raja memahami bahawa Perlembagaan Merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya. Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan. Negara aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah.

Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali. Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang- orang Melayu.

Oleh itu, warga dan rakyat yang Beta kasihi, hendaklah berfikiran secara rasional, tindakan-tindakan politik secara berlebihan dan keterlaluan hendaklah dihentikan segera. Kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan. Keamanan negara, kerukunan warga tidak harus dikorbankan kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

Semoga negara dan warga terus diberikan perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala dan barang dijauhkan negara dan bumi ini dari ditimpa sebarang musibah.

Wabillahi taufik, walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sumber dan Foto: Utusan Malaysia, 6 November 2008.

06 November, 2008

Penyelewengan Pembelian Eurocopter Cougar EC725: Tuduhan Jahat Jatuhkan Najib

(Foto: minaq_jinggo)

Isu penyelewengan dalam urusan pembelian helicopter Eurocopter Cougar EC725 merupakan tuduhan jahat yang dibuat oleh PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memburukkan kredibiliti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penulis percaya usaha jahat ini berpunca daripada sikap Anwar yang terlalu obses untuk menjadi Perdana Menteri. Dan usaha jahat ini disokong sebulat suara oleh seluruh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha mereka menjatuhkan Najib.

Rentetan usaha jahat yang dimainkan oleh pihak pembangkang ini, kerajaan mengumumkan penilaian oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilaksakanakan sebagai satu usaha membuktikan ketelusan kerajaan dalam soal pembelian tersebut.

Hasilnya PAC mengumumkan tiada penyelewengan dalam hal pembelian helicopter Eurocopter Cougar EC725. Penilaian PAC mendapati semua urusan pembelian dibuat dengan betul dan telus.

Pengumuman ini diumumkan oleh Pengerusi PAC iaitu Datuk Seri Azmi Khalid. Beliau menegaskan bahawa tinjauan selama dua minggu di peringkat teknikal dan kewangan, didapati prosedur pembelian mengikut tatacara yang ditentukan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa.

Perlu diingat bahawa semua dasar kerajaan di dunia berhubung hal-hal ketenteraan adalah jelas iaitu sebolehnya tidak mendedahkan sebegitu banyak maklumat berkaitan hal-hal ketenteraan kepada umum.

Malaysia juga terikat dengan Dasar Pertahanan Negara bagi melindungi kepentingan dan keselamatan negara. Hal-hal yang yang detail dan spesifik tidak boleh sewenangnya didedahkan kepada rakyat.

Apa yang menarik perhatian penulis dalam hal berkenaan PAC ialah keanggotaan PAC itu sendiri. Menariknya PAC bukan hanya dianggotai Barisan Nasional (BN). PAC turut dianggotai pemimpin pelbagai parti termasuk dari parti pembangkang.

Antara pemimpin pembangkang yang menganggotai PAC ialah Dr. Tan Seng Giaw (DAP - Kepong) selaku Naib Pengersi PAC, Dato’ Kamudin Jaafar (PAS – Tumpat), Kamarul Baharin Abbas (PKR – Teluk Kemang), William Leong Jee Keen (PKR –Selayang) dan Tony Pua Kiam Wee (DAP – Petaling Jaya Utara).

Walaupun keanggotan PAC adalah menyeluruh dan hasil siasatan dilakukan secara kolektif (turut disertai barisan pemimpin pembangkang) namun masih terdapat suara yang mempertikai hasil penemuan PAC.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan penemuan PAC dan mendakwa bahawa PAC sengaja mahu menutup isu pembelian helicopter tersebut. Suara sumbang Shamsul Iskandar ini sudah tentu diarahkan oleh bossnya iaitu Anwar.

Apa pun penulis menyifatkan tindakan Ketua AMK tersebut sebagai satu tindakan atau respon orang yang tidak reti bahasa atau dengan kata lain sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa segala permainan politik kotor Anwar untuk menjatuhkan Najib sudah berakhir.

05 November, 2008

Pemuda PAS & PKR kuat berkokok tapi penyudahnya DAP juga yang kenyang!

Ganti Canselor Unisel : Pemuda Pakatan Rakyat Disaran Tumpu Kerja Lebih Berfaedah

Oleh S.A Najmuddin

Shah Alam -- Pemuda Pakatan Rakyat Selangor disaran menghentikan tindak-tanduk mereka yang tidak berfaedah bagi meraih publisiti murahan, sebaliknya membantu kerajaan negeri itu melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat khususnya pelaksanaan segala janji pilihan raya umum lalu.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, YB Abdul Shukor Idrus berkata peranan tersebut adalah lebih bermakna dan mempunyai nilai tersendiri daripada berkokok berdasarkan nafsu politik semata-mata.

Menurut beliau sekarang adalah masa untuk bekerja dan melunaskan segala yang dijanjikan kepada rakyat Selangor sepertimana yang terkandung di dalam manifesto mereka paada pilihan raya umum lalu.

"Kita melihat kerajaan teori yang dipimpin oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini hanya banyak membuat publisiti dan bukannya disusuli dengan pelaksanaan.

"Jadi adalah lebih berfaedah sekiranya Pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP duduk semeja berbincang dan membuat desakan bagaimana pelaksanaan itu direalisasikan oleh kerajaan negeri", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas gesaaan Pemuda Pakaran Rakyat Selangor agar kerajaan negeri itu menggantikan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Mereka dikatakan akan menyerahkan surat bantahan kepada Abdul Khalid esok dan dalam surat bantahan itu, Pemuda Pakatan mahu Unisel mencari seorang calon canselor yang "lebih bermoral dan berintegriti."

Shukor yang juga ADUN Kuang seterusnya berkata tidak ada sebab perlantikan Rosmah sebagai Canselor Unisel dipertikaikan.

"Dari sudut akademik, Datin Seri Rosmah apa kurangnya. Kita fikir bantahan mereka ini merupakan bantahan bersifat politik. Hentikanlah sifat dendam yang terbuku di hati itu", ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan pendirian Pemuda Pas dan Pemuda PKR Selangor terhadap isu perlantikan Pengerusi PKNS baru-baru ini yang secara terang-terangan bertentangan dengan tradisi perlantikan badan berkenaan.

"Saya nak tanya mereka...ke mana perginya suara mereka dalam isu ini termasuk yang terbaru peruntukan daripada kerajaan negeri terhadap Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) persendirian yang meminggirkan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

"Dalam soal ini, kita tidak nampak pula batang hidung mereka. Jadi apakah maknanya semua ini. Kita tidak bercakap atas dasar perkauman tetapi melihat berdasarkan apa yang dilaung-laungkan oleh mereka", katanya.


Kembara Politik:

1. Pemuda PAS dan PKR (yang Melayu la..yang bukan Melayu usah cakap nak berkokok...nak berdecit pun tiada, tidak perlu la nak harapkan mereka) berkokok mengalahkan ayam sabung juara.
2. Tapi banyak tempat yang Pemuda PAS dan PKR berkokok tak membawa apa-apa makna yang signifikan kepada rakyat Selangor.
3. Kembara Politik menyarankan agar Pemuda PAS dan PKR meniru gaya kokokan Pemuda DAP, berkokok sedikit tapi hasilnya....satu Malaya tahu! Puas hati!! Lebih dari itu...!
4. Mungkin Pemuda PAS & PKR bukan berkokok sebenarnya...tapi berketak macam ayam kampung betina yang nak bertelur.
5. Hasil Kokokan Pemuda Pakatan Rakyat: DAP kenyang malangnya PAS & PKR masih lagi mengais!

02 November, 2008

Jangan Ketinggalan Menyaksikan Tayangan Boneka II di Selangor!

Isu Bonus Pengerusi PKNS Helah PR semata

Memang benar Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 2007 berjumlah RM 100 ribu. Pengerusi PKNS ialah Menteri Besar Selangor dan ketika itu ialah Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Memang banyak jumlah bonus RM 100 ribu tersebut jika dinyatakan angka tersebut sahaja. Namun jika apa yang tidak didedahkan ialah bonus RM 100 ribu tersebut daripada keuntungan PKNS tahun lalu yang berjumlah RM 325.8 juta.

Rekod juga menunjukkan keuntungan PKNS juga meningkat sebanyak 21.1% daripada tahun sebelumnya. Apakah sebagai Pengerusi PKNS yang dibayar elauan tahunan sebanyak RM 15 ribu (RM 1, 250 sebulan) tidak berhak menerima bonus setelah syarikat tersebut mencatat keuntungan ratusan juta?

Apa yang tidak dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah selain Pengerusi PKNS, Timbalan Pengerusi, Ahli-ahli lembaga, ahli-ahli Jawatankuasa dan anggota PKNS turut menerima bonus tahunan tersebut atas kerja keras semua pihak yang meningkatkan keuntungan PKNS.

Jumlah keseluruhan bonus yang dibayar oleh PKNS pada tahun lalu ialah sebanyak RM 12 juta daripada RM 325.8 juta keuntungannya. Ini bermakna tidak sampai 5% daripada keseluruhan keuntungan kumpulan PKNS yang digunakan untuk membayar bonus.

Selain itu, PKNS pada tahun lalu juga menyalurkan RM 8.1 juta kepada kerajaan negeri serta sumbangan hasil sebanyak RM 6 juta.

Apakah ini merupakan satu kerja kotor Dr. Mohamad Khir Toyo dan kerajaan BN Selangor sebelum ini?

Malang sekali bagi kerajaan Selangor hari ini kerana Tan Sri Khalid melantik seseorang yang pernah ditangkap kerana menghalang penutupan pusat pelacuran sebagai jurucakapnya dalam isu-isu kewangan.

Akhirnya kerajaan negeri Selangor menjadi bahan jenaka di kalangan ahli korporat kerana mempertikaikan pembayaran bonus kepada Pengerusi syarikat.

Pada hemat ramai pemerhati politik, isu ini hanyalah digembar-gemburkan untuk menjustifikasikan perlantikan Low Siew Moi. Kononnya orang Melayu "makan duit" PKNS.

Sumber: Pembangkang Selangor

****************

Ulasan Kembara Politik:
The Puppet Master: Saksikan Kehebatan Puppet Master Menggerakkan Boneka II di Selangor!



1. Pandai benar DAP mengalihkan isu sebenar dalam usaha mereka untuk menghalalkan pelantikan Low Siew Moi. Tapi orang Melayu terlalu cerdik untuk menelan bulat-bulat isu bonus kerana jumlah bonus adalah munasabah. Dan jumlah itu adalah sedikit jika dibanding dengan jumlah yang diterima oleh Pengerusi, CEO dan profesioanl kaum Cina di sektor swasta.

2. Dalam erti kata lain, adakah DAP cuba memberi 'arahan' bahawa nilai sebenar Pengerusi, CEO, dan profesional Melayu hanya perlu dibayar dibawah nilai pembayaran Pengerusi, CEO, dan profesional dari kaum Cina? Sama-sama kita fikirkan!

3. Dalam hal ini, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku MB Selangor hanya berfungsi sebagai BONEKA II. Selaku mantan CEO Guthrie sedah tentu Khalid sedia maklum jumlah pembayaran bonus yang diterima beliau.

4. Puppet Master BONEKA II sudah tentulah dari kalangan DAP. Dalam kerajaan Pakatan Rakyat memang ramai Puppet Master DAP yang 'hebat-hebat'. Tan Sri Khalid sekadar memanaskan kerusi MB dan dikawal segala rentak tarinya selaras dengan kehendak tuannya, iaitu DAP.

5. Dalam pada itu, Presiden PAS, Dato' Seri Hj Hadi Awang sudah dapat 'menghidu' permainan BONEKA II dalam kerajaan PR Selangor melalui kenyataannya dalam Utusan Malaysia.

6. Apakah kebimbangan Hj Hadi akan membawa erti? Wallahualam.
.

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin