Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

15 Ogos, 2014

ISU MB SELANGOR: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM SELANGOR



Isu penukaran MB Selangor semakin panas dengan tindakan Khalid memecat semua exco negeri dari PKR dan DAP. Wan Azizah juga telah mengumumkan beliau mempunyai 30 ADUN yang menyokongnya untuk menjadi MB. PAS pula telah memberitahu sekiranya ADUN BN dilantik sebagai exco, mereka akan keluar dari kerajaan campuran itu ( begitu bencinya PAS dengan UMNO, Nampak sangat PAS berjuang atas semangat kebencian). Dua ADUN dari PAS telah mengumumkan mereka menyokong Wan Azizah. Keadaan ini telah menjadikan Khalid semakin tersepit.

Pada pandangan penulis, Khalid mungkin boleh mengumumkan exco negeri semuanya dari PAS. Ini kerana untuk mengelakkan PAS dari keluar dan menyokong Wan Azizah. UMNO telah mengumumkan akan menyokong TSKI tanpa syarat, dan ini membolehkan kerajaan islam menjadi kenyataan. UMNO mungkin kempunan untuk bersama dalam kerajaan negeri, tetapi mereka akan mendapat semangat moral kerana berjaya menjatuhkan PR di Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mengumumkan semua exco negeri dari PAS dan seterusnya membuat hebahan umum ini adalah kerajaan islam pertama diSelangor. Menjatuhkan kerajaan ini sama dengan menjatuhkan islam di Selangor. Pada pendapat penulis, ini akan memberikan kekangan kepada PKR dan DAP. Kerana PKR juga mahu sokongan umat islam dan DAP juga begitu, mahu keluar dari perspektif DAP anti islam. Dua ADUN PAS itu juga akan mendapat tempiasnya juga dan akan dianggap pengkhianatan kepada islam.

Terdapat teman penulis yang mengatakan bahawasanya rakyat negeri Selangor tidak pandang sangat penubuhan kerajaan islam dan ini tidak akan memberi impak yang besar kepada isu ini. Tetapi pada hemat penulis, walaupun ini tidak memberi kesan yang begitu mendalam kepada pengundi di Selangor, tetapi ia akan memberi kesan yang besar ke atas politik Malaysia keseluruhan. Usaha DAP untuk menarik umat islam menyertai DAP juga akan terbantut. Semua kesan-kesan ini akan diambil perhatian oleh PKR dan DAP sebelum mengambil langkah seterusnya untuk menjatuhkan TSKI.

Mungkin akhirnya TSKI akan jatuh jua, tetapi biarlah kalau jatuh ia memberi kesan yang maksima kepada DAP dan PKR. “Ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu”.

08 Ogos, 2014

Analisa Dr. Zuhdi: Senario Sebenar Kuasa Politik Melayu Islam di Selangor

Analisa yang dibuat oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki merupakan senario sebenar kedudukan kuasa politik Melayu di Selangor.

Penulis tidak mahu memberi fokus pada perenggan pertama. Tetapi lebih kepada memberi fokus pada analisa di perenggan kedua. Berikut apa yang diluah oleh Dr Zuhdi:

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik sahaja mereka. Hujung tahun ni ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."

Melalui analisa ini, beberapa isu yang dibincang secara aktif oleh rakyat sebelum ini kini boleh disahkan realitinya. Isu-isu yang dibincang ini, sebelum ini ditepis oleh pemimpin Pakatan Rakyat dengan tuduhan bahawa isu ini sengaja dimainkan oleh UMNO demi menutup realiti sebenar kedudukan kuasa politik Melayu di Selangor di bawah teraju Pakatan Rakyat. Melalui analisa ini, rakyat boleh buat beberapa kesimpulan:

Pertamanya, analisa Dr. Zuhdi mengesahkan kedudukan DAP dalam hierarki Pakatan Rakyat khususnya di negeri Selangor. Pas secara jelas tidak mampu memainkan peranan sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya DAP mengambil alih peranan sebagai parti dominan dalam kerajaan Selangor. DAP berjaya menjadi pembuat keputusan mutlak dalam pelbagai isu termasuklah yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

Keduanya, melalui analisa Dr. Zuhdi, secara tidak langsungnya mengakui wujudnya campur tangan dalam hal-hal berkaitan Islam oleh pemimpin DAP dan pihak gereja yang tidak meyenangkan Melayu Islam di negara ini dan di Selangor khususnya. Campur tangan pemimpin DAP turut tidak disenangi oleh kepimpinan Pas Pusat.

Ketiganya, analisa Dr. Zuhdi mengesahkan ketidakupayaan Pas untuk mengekang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan DAP Selangor yang merugikan Melayu Islam sekiranya Pas masih berada dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini kita dapat dengar suara-suara pemimpin PAS yang vokal seperti mantan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mempertahan kepentingan Melayu Islam di Selangor tetapi akhirnya beliau terpelanting ditendang keluar angkara percaturan politik DAP.

Keempatnya, melalui analisa Dr Zuhdi, secara jelasnya membolehkan kita membuat kesimpulan utama iaitu: Melayu Islam di Selangor kini sudah tidak punya kuasa politik!

07 Ogos, 2014

KAITAN ANTARA ISU PKR NAK TUKAR MB DAN SERANGAN ISRAEL

Sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila PKR mahu menukar MB selangor yang disandang oleh Khalid Ibrahim kepada Wan Azizah. Sudah bukan lagi rahsia apabila wan azizah mengakui beliau rela menjadi MB boneka kepada Anuwar Ibrahim. Sudah bukan lagi rahsia bila Anuwar Ibrahim menganggap selangor hak miliknya selepas Wan Azizah berkata kerusi MB adalah milik Anuwar Ibrahim. Apa yang menjadi persoalannya ialah MENGAPA SEKARANG??

Rakan-rakan ada memberitahu sebenarnya perbincangan memang telah dilakukan antara parti PAS,PKR dan DAP untuk menukar Khalid Ibrahim sebelum ini, dan mereka telah bersetuju untuk menukar Khalid Ibrahim tetapi mahu memberi masa kepadanya. Rupanya sudah apa kesepakatan untuk menukar MB selangor, tetapi mengapa tiba-tiba PKR mahu menukar Khalid sekarang?.. secara tiba-tiba, tanpa pengetahuan PAS dan DAP, Anwar telah mengumumkan perlantikan Wan Azizah sebagai pengganti MB Selangor. Kalau mahu di katakan sebab DSAI mahu masuk penjara, rayuannya di mahkamah rayuan masih berjalan dan sudah semestinya dia tidak akan dipenjarakan dalam masa terdekat. Jadi mengapa mahu ditukarkan MB secara tergesa-gesa??

Apa yang saya dapat kaitkan hanyalah kaitan isu MB ini dengan serangan israel terhadap  Palestine. DSAI pernah mengatakan akan menyokong keselamatan Israel. Adakah ini caranya beliau melindungi keselamatan israel?? Jika dilihat kronologi serangan israel dan situasi politik PKR di Malaysia, ia seolah-olah ada kaitan.

1. Pertama kali palestin diserang dalam bulan ramadhan - para cyber trooper PR mengaitkan israel dan kerajaan Malaysia. Ia seolah-olah untuk meningkatkan sentimen politik yang bersifat local dan mengalih pandangan rakyat Malaysia terhadap isu global sebenar iaitu kekejaman israel.

2. Semasa isu MH17, sehari selepas MH17 ditembak israel terus menyerang palestin - pada ketika itu juga cyber trooper PR sibuk untuk mengalihkan pandangan rakyat malaysia kepada politik local. ini termasuk twitter daripada DSAI sendiri yng mengatakan MH17 ditembak kerana DS Najib lantang menolong palestin dan dibalas sedemikian rupa.

3. ketika israel memperhebatkan serangan keatas palestine dengan operasi tentera daratnya - PKR terus menghangatkan isu penukaran MB selangor.

kaitan DSAI dan yahudi
Kemelut penukaran MB selangor ini sebenarnya banyak memberi kerugian kepada parti PKR dan PR. Kita tidak perlu menjadi penganalisis politik untuk mengetahui hakikat ini. Ia agak terang, memang isu ini amat merugikan PR dan PKR.  Tetapi mengapa DSAI meneruskan juga isu ini. Isu penukaran MB seolah-olah sengaja ditimbulkan, sedangkan ia boleh diselesaikan di peringkat parti. 

Adakah isu MB selangor ini dilakukan untuk mengalihkan perhatian masyarakat Malaysia terhadap kekejaman israel?saya pun tidak dapat menjawab persoalan ini.

Ini hanyalah pendapat peribadi penulis terhadap apa yang berlaku di Selangor dan dunia. Mungkin juga serangan kejam Israel dan isu politik Malaysia ini berlaku secara mengikut turutan ini adalah kebetulan. Mungkin juga ia satu rancangan teliti oleh pihak-pihak tertentu untuk mengalih perhatian masyarakat.

Walaupun isu MB Selangor ini hangat diperkatakan, tetapi syukur juga perhatian masyarakat Malaysia terhadap kekajaman israel tidak hilang. Kita masih mengikuti perkembangan kekejaman israel dan kita juga mahu memboikot barangan israel. ini menunjukkan kita peduli akan saudara kita di palestin. Semoga boikot kita terhadap barangan israel ini akan memberi kesan. ALLAHUAKBAR...

19 Mei, 2013

TERBONGKAR! PERISIKAN ISRAEL YAKIN PAKATAN RAKYAT MENANG BESAR PRU13!


 
SUMBER PERISIKAN ISRAEL IAITU MOSSAD YAKIN PAKATAN RAKYAT MENANG BESAR DALAM PRU13 YANG LEPAS!
 
PATUTLAH DARI PEMIMPIN SAMPAILAH KE MACAI PAKATAN SEMUA MEROYAN SAKAN TAK MAHU TERIMA KEKALAHAN!
 
KITA SAKSIKAN VIDEO YANG DIBONGKAR INI!
 
TO PAKATAN SUPPORTERS!
 
ENJOY THIS YOUTUBE CLIP!
 
CHILL & SMILE!
 
INI KALI LAH!
 
KAH KAH KAH!

06 Mei, 2013

PRU-13: SEBAB UTAMA KAUM CINA UNDI DAP

Penulis berpendapat, sebenarnya amat mudah memahami apa di sebalik keputusan PRU-13. Kaum Cina menyatakan sokongan padu kepada semua calon DAP. Peratusan sokongan ada mencecah hampir 95%. Kenapa ini berlaku? Kita lihat apa initipati perjuangan kedua-dua belah pihak.

PRU-13 adalah antara KEKAL status quo perkongsian kuasa antara kaum yang diamalkan oleh Barisan Nasional yang mana menjaga hak-hak seperti termaktub dalam Perlembagaan tanpa mengenepikan mana-mana kaum. Dan PRU-13 juga adalah nekad UBAH segala bentuk status quo dengan sistem Malaysian Malaysia yang mahukan segala bentuk hak-hak istimewa yang mereka dakwa diskriminasi dihapuskan walaupun ianya bercanggah dengan Perlembagaan.

PRU-13 bukannya berkenaan diskriminasi kaum. Kerana dasar-dasar kerajaan terhadap semua kaum sentiasa terbela dalam masa yang sama menjaga hak-hak yang sudah termaktub. Dasar-dasar yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib sangat terbuka dengan mengiktiraf pencapaian semua kaum dengan melihat kepada merit.

Kaum Cina tidak melihat ada ruang lagi bagi mereka melakukan tawar-menawar banyak perkara di dalam BN. Manakala, di pihak PR, Anwar sanggup membuang segala bentuk status quo ini dengan memberikan janji populis berbentuk jawatan strategik seperti Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang.

Tawaran-tawaran ini adalah tidak baik untuk masa depan negara. Niat untuk memansuhkan dasar-dasar yang baik akan menyebabkan tsunami lebih dahsyat, dalam bentuk keretakan hubungan antara kaum. Sesuatu yang sangat merbahaya kepada masa depan negara. Formula perkongsian kuasa BN adalah yang terbaik. Menjaga hak semua kaum tanpa mengenepikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Tawaran memansuhkan dasar-dasar, kebebasan mutlak, jawatan (kuasa) strategik negara seperti Timbalan Perdana Menteri ini tidak pernah wujud dalam landskap politik negara sebelum ini. Tawaran kuasa strategik kepada kaum Cina ini dilihat sebagai satu bentuk peluang besar bagi kaum Cina. Itulah sebabnya kita dengar dalam ceramah-ceramah DAP menegaskan slogan-slogan pembakar sentimen seperti INI KALILAH, UBAH, Now or Never dan berbagai lagi!

Inilah padahnya apabila seorang Melayu bernama Anwar Ibrahim sanggup menggadai segalanya semata-mata mahu memenuhi nafsu menjadi Perdana Menteri tanpa mahu melihat nasib masa depan negara. Kepada Dato' Sri Najib, usah dikorban kepentingan Melayu dan kaum-kaum lain semata-mata mahu menarik sokongan kaum Cina. Dengan peratusan sokongan kaum Cina mencecah setinggi 95% signalnya jelas iaitu mereka memang berniat untuk tidak mahu bersama Kerajaan. Maka keputusan itu wajib dihormati.

Doakan moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT dalam apa jua keadaaan. Wallahualam.

23 April, 2013

Siapa arah tarik balik artikel Presiden Pas dalam Harakah?

Tidak dapat diterima akal dimana kenyataan rasmi Presiden Pas yang dikeluarkan dalam lidah rasmi parti iaitu Harakah ditarik keluar atas arahan individu yang lebih berkuasa dari Presiden Pas.

Penarikan artikel Presiden dalam suara rasmi Pas iaitu Harakah adalah sesuatu yang amat memalukan.

Siapakah individu yang lebih berkuasa dari Presiden yang mengarahkan editor Harakah menarik balik artikel tersebut?

Video penuh kenyataan Hj Hadi boleh dilihat di blog Din Turtle [KLIK].

Video asal kenyataan ini masih boleh didapati dalam laman web rasmi Pas Terengganu.

Apakah wujudnya 2 kem dalam Pas?

Kem pro pemimpin tertentu di Harakah di mana artikel Presiden ditarik balik dan kem Pas Terengganu di mana video asal masih dibiarkan ada tanpa ditarik balik di laman web rasmi Pas Terengganu.

Tapi apa yang lebih penting, yang semakin jelas bagi kita ialah cengkaman parasit dalam Pas seperti didakwa Datuk Hasan Ali semakin menampakkan kebenarannya.

13 April, 2013

Dedah keburukan calon pemimpin: Pas telan semua kahak busuk yang diludah satu masa dulu

Kalau dulu Pas membenarkan aib pemimpin Barisan Nasional didedah dijaja sekeliling ceramah, kenapa sekarang perangai jijik pemimpin Pakatan Rakyat perlu dikecualikan?

Keratan akhbar di bawah menceritakan segalanya. Malahan bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk di atas.

Pas telan kahak busuk yang diludah satu masa dulu!

08 April, 2013

Kita perlu nilai siapa sebenarnya Anwar secara objektif - Dr Yusri


SEJAK Angkatan Belia Islam (ABIM) ditubuhkan pada 6 Ogos 1971, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu tidak dapat lari dari dikaitkan dengan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sekarang.

Bagaimanapun tidak semua bekas pemimpin dan ahli ABIM itu masih setia menyokong malah terdapat beberapa nama besar antaranya Datuk Dr. Sidek Baba dan beberapa lagi yang bertindak meninggalkan Anwar setelah mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Bagi bekas Presiden ABIM keenam, DR YUSRI MOHAMAD (gambar), beliau jelas kecewa setelah mengetahui siapa diri Anwar yang sebenar. Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyatakan adalah penting untuk kita membuat penilaian yang objektif dan bukan menyokong semberono.

“Bagi saya, adalah sangat menyesakkan dada jika terpaksa menyokong seseorang atau sesuatu yang saya yakini salah semata-mata kerana pertimbangan kepartian atau kelompok.

“Tetapi tidak dinafikan, Anwar punya aura tersendiri yang kadang-kadang mengelabui seseorang daripada menilai beliau secara objektif," katanya.

MINGGUAN: Walaupun Dr. bekas Presiden ABIM tetapi agak kritikal dan kelihatan tidak bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sikap ini berbeza dengan pimpinan ABIM hari ini. Apa komen Dr.?

DR YUSRI: Pemerhatian ini benar. Memang saya telah beberapa kali sebelum ini secara terbuka dan tertutup menyatakan pendirian yang saya yang kritikal terhadap Anwar dan sikap untuk tidak mendokong beliau. Dan benar memang sikap ini berbeza dengan pendirian rasmi pimpinan ABIM sekarang yang sebenarnya hari ini terzahir dalam rangkaian tiga pertubuhan iaitu WADAH, ABIM dan PKPIM dengan WADAH, yang dipimpin oleh aktivis ABIM generasi awal ABIM, menjadi penentu dan pencorak utama sikap ABIM. Seperti kebanyakan aktivis ABIM, saya asalnya punya penghormatan dan simpati yang tinggi terhadap Anwar. Ketika itu kita mengenali Anwar melalui imej publiknya yang pada zahir meyakinkan. Hanya bermula selepas krisis 1998, barulah sisi-sisi lain diri beliau terbuka satu persatu yang mengubah persepsi saya terhadap beliau. Ketika beliau dipecat, saya sangat kuat simpati dan menganggap beliau sebagai mangsa kezaliman. Saya merasa terpanggil untuk turut bersama membela beliau dan menyahut seruan reformasi yang dilaungkan. Tetapi kemudiannya saya makin menjauhi beliau dan gerakannya apabila lebih mengenali sisi-sisi sebenar beliau. Proses menilai semula sikap saya terhadap beliau ini bukan mengambil masa sehari dua, ia melibatkan masa yang lama.

Antara perkara pertama yang menumpulkan minat saya untuk terus mendokong beliau ialah melihat sikap beliau terhadap konflik politik dalaman Parti Keadilan Nasional (ketika itu). Saya mendapati beliau turut menjadi faktor yang memburukkan lagi hal ini sedangkan sebagai tokoh utama beliau sepatutnya menjadi penyelesai. Ini tidak membayangkan kejujuran beliau dengan idealisme perjuangan parti. Kemudiannya, terutama ketika saya memimpin ABIM sekitar tahun 2005-2009, saya mendapati beliau secara konsisten mengambil sikap, langkah dan membuat kenyataan yang menimbulkan kekeliruan dan masalah berkaitan dengan soal-soal Islam dan juga kedudukan orang Melayu-Islam di negara kita. Sikapnya ini telah membuka pelbagai pintu fitnah dalam aspek ini dan telah menggegarkan tiang-tiang seri keutuhan negara-bangsa kita. Sebagai salah seorang pimpinan NGO Islam, saya dan rakan-rakan sangat merasai kesan-kesan budaya negatif ini yang mana beliau adalah antara arkitek utamanya.

Akhirnya, faktor utama yang mengubah sikap saya terhadap beliau adalah apabila saya secara jujur tidak lagi dapat mempertahankan tanggapan asal bahawa dia adalah mangsa konspirasi dalam kes-kes tuduhan moral terhadap beliau. Pelbagai maklumat dan pendedahan yang sampai ke pengetahuan saya menyebabkan saya tidak lagi yakin yang beliau bersih serta segala skandal yang dikaitkan dengan beliau adalah palsu. Sebelum kes Saiful lagi sebenarnya sudah timbul keraguan dalam diri saya berdasarkan beberapa maklumat yang ada tetapi ketika itu saya masih menggunakan alasan qazaf untuk menolak perasaan ragu yang timbul. Apabila timbul kes Saiful, pendirian ini tidak lagi dapat saya pertahankan. Maka saya menilai semula secara kritikal segala maklumat yang saya ada, di samping mengkaji secara lebih komprehensif sudut ini. Sesudah proses penilaian yang intensif dan komprehensif ini, yang mengambil masa juga, saya memuktamadkan pendirian saya bahawa Anwar adalah sosok yang sangat bermasalah kepada umat, bangsa dan negara dari pelbagai sudut.

MINGGUAN: Pada pandangan Dr. apakah sikap partisan kepada Anwar dan politik suatu langkah yang bijak bagi ABIM? Apakah lebih baik ABIM isytiharkan diri sebagai parti politik dan gerakan Islam?

DR YUSRI: Saya berpandangan bahawa tak semua orang dan semua organisasi perlu terjun secara langsung ke gelanggang politik. NGO dan Jemaah Islam seumpama ABIM ada peranannya yang tersendiri dalam bidang pendidikan, dakwah dan amar maaruf nahy mungkar yang tetap mustahak dalam pembinaan negara-bangsa. Pendirian non-partisan yang diperkenalkan oleh ABIM sangat sesuai dengan ajaran Islam yang melarang kita terlalu taksub dan menyokong melulu mana-mana individu ataupun pihak. Non-partisan membebaskan jiwa kita untuk menyokong atau menyanggah sesiapa sahaja berpandukan prinsip, with out fear or favour. Sikap inilah antara perkara yang menarik minat saya untuk menyertai ABIM asalnya. Bagi saya, adalah sangat menyesakkan dada jika terpaksa menyokong seseorang atau sesuatu yang saya yakini salah semata-mata kerana pertimbangan kepartian atau kelompok.

Oleh itu, jika seseorang itu mengambil sikap partisan terhadap Anwar sesudah mengenali segala sisi dirinya yang sebenar adalah langkah yang tidak boleh dipertahankan. Jika ia disebabkan oleh kejahilan dan kekeliruan yang berpanjangan, ia membayangkan kelemahan menilai dan kemalasan mengkaji pada diri seseorang. Mana kala jika disebabkan kepentingan diri, ketaksuban dan kebencian maka ia ada suatu hal yang lebih malang lagi. Tetapi tidak dinafikan, Anwar Ibrahim punya aura tersendiri yang kadang-kadang mengelabui seseorang daripada menilai beliau secara objektif. Situasi sebegini sering ada pada diri tokoh-tokoh politik dan agama yang punya karisma dan daya tarik tersendiri kalaupun jika hakikatnya mereka adalah individu yang bermasalah.

MINGGUAN: Seperti yang saudara sentuh tadi, ada yang menjadikan alasan-alasan Syariah seperti hukum qazaf dan larangan mengaibkan orang sebagai sebab untuk terus bersangka baik dengan Anwar Ibrahim. Oleh kerana latarbelakang akademik saudara ialah perundangan Syariah, boleh ulas mengenai perkara ini?

DR YUSRI: Ya, saya setuju bahawa di kalangan mereka yang beragama Islam, silap faham dalam soal-soal inilah antara faktor utama yang menyumbang kepada pendirian terus menyokong Anwar. Secara ringkas, terutamanya selepas timbulnya kes Saiful Bukhari Azlan dan malah sebenarnya sejak kes tuduhan liwat dengan bekas pemandunya, Azizan lagi, Anwar tidak boleh semata-mata berselindung di sebalik hukum qazaf. Qazaf hanya melindungi seseorang itu daripada tuduhan zina atau liwat jika ia datang daripada pihak ketiga. Qazaf tidak terpakai jika tuduhan itu datangnya daripada seseorang yang mendakwa sebagai mangsa seperti dalam dakwaan rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual ditempat kerja terutamanya melibatkan majikan. Jika diteliti fakta kes, kedua-dua Saiful Bukhari Azlan dan Azizan adalah pekerja yang berada di bawah pengaruh Anwar sebagai majikan. Mereka bukannya orang asing dan hubungan antara mereka memungkinkan dakwaan itu benar. Dalam situasi sebegitu, syariah menuntut bahawa dakwaan mereka itu disiasat untuk menentukan kebenarannya. Manakala beban bukti dalam kes seumpama ini bukan lagi terhad kepada kesaksian (Syahadah) empat orang saksi tetapi mencakupi semua bentuk bukti-bukti lain yang diiktiraf oleh syarak termasuklah qarinah.

Jika dilihat bukti-bukti yang telah dibawa ke mahkamah dalam kes-kes yang melibatkan Anwar terbukti bahawa dakwaan-dakwaan terhadap beliau bukannya langsung tanpa asas. Cuma faktor-faktor sampingan seperti faktor teknikal yang setakat ini mengelakkan beliau daripada didapati bersalah oleh mahkamah. Kes Saiful Bukhari Azlan pula masih di peringkat rayuan. Bagi saya, segala fakta kes dan bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah, dicampur dengan bahan-bahan yang didedahkan di tempat lain sudah cukup untuk menghilangkan kelayakan beliau untuk diangkat sebagai pemimpin. Walaupun belum cukup setakat hari ini, untuk mensabitkan beliau di mahkamah. Tentang soal aib-mengaib pula, adalah jelas terdapat di sana beberapa situasi yang merupakan pengecualian daripada hukum larangan mendedahkan aib seseorang dalam Islam seperti ketika mengkaji kelayakan seseorang sebagai calon suami ataupun isteri. Sudah tentu dalam proses menilai kelayakan seseorang untuk memimpin negara pengecualian ini lebih relevan dan perlu kerana akibatnya adalah lebih besar dan luas.

MINGGUAN: Sahabat baik saudara, Dr. Sidek Baba mengambil keputusan meninggalkan Anwar setelah hampir tiga tahun membuat kajian dalam usahanya mencari kebenaran dan membuat pendirian malah ramai tokoh-tokoh ABIM melakukan hal yang sama. Hairannya mengapa terdapat pemimpin ABIM dan WADAH yang masih kental dengan Anwar tidak bersedia mendengar, mengkaji dan menyelidik sedangkan sebahagian dari mereka adalah orang akademik?

DR YUSRI: Cikgu Sidek adalah sebenarnya adalah antara senior dan naqib saya dalam ABIM. Kami banyak bertukar-tukar pandangan dan maklumat termasuk dalam isu ini. Jadi memang saya faham benar kenapa beliau mengambil sikap tersebut. Dan benar bahawa sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh berlatar-belakangkan ABIM, yang senior mahupun yang muda, yang mempunyai pandangan yang sama. Adapun sikap rasmi WADAH dan ABIM memanglah suatu yang kami kesalkan dan antara puncanya, bagi saya, adalah keengganan untuk betul-betul menilai semua sudut pandangan dalam isu ini. Kegagalan menilai secara komprehensif isu ini bagi suatu pertubuhan seperti ABIM adalah amat malang dan tidak boleh dijustifikasi oleh apa-apa alasan.

MINGGUAN: Kami mendapat tahu ramai tokoh dan pemimpin ABIM akan bertanding dalam pilihan raya kali ini atas tiket pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat. Apakah pandangan saudara mengenai hal ini?

DR YUSRI: Saya menghormati minat dan kecenderungan mereka untuk terjun menyertai politik tetapi berharap agar jangan sampai ABIM terabai. Seperti saya sebutkan di awal tadi bahawa dalam agenda pembangunan umat dan negara, kita perlukan komponen NGO yang kuat dan efektif. Adapun jika benar dakwaan ramai mereka akan bertanding atas tiket PKR, saya berpandangan, berasaskan apa yang telah saya huraikan sebelum ini bahawa ini adalah pilihan yang silap.

MINGGUAN: Pertentangan yang terdapat di kalangan kelompok gerakan Islam dan juga parti politik Islam banyak didorong oleh keinginan berkuasa yang tinggi dan rasa kebencian dan dendam kesumat terhadap orang lain. Apakah ia sesuatu yang sihat ke arah perpaduan ummah?

DR YUSRI: Adalah sangat malang jika apa yang saudara sebutkan itu benar. Sepatutnya ahli politik berlatarbelakangkan Islam didorong pada setiap saat dan ketika oleh dorongan ubudiyyah, perhambaan diri kepada Allah. Merekalah yang perlu menegakkan politik berasaskan keikhlasan yang berpandukan ilmu yang benar. Merekalah yang sepatutnya mengajak rakan yang lain untuk tidak terlalu terpandu oleh emosi dan nafsu serta tunduk kepada ajaran agama walaupun di tengah-tengah kecamuk persaingan politik. Jika tidak penglibatan mereka dalam politik tidaklah akan membawa lebih kebaikan kepada umat.

MINGGUAN: Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), menuntut umat Islam dan rakyat Malaysia membuat pilihan bijak berasaskan track-record kerajaan yang ada dan juga cita-cita Pakatan Rakyat untuk melakukan regime change. Apa pandangan saudara mengenai hal ini.

DR YUSRI: Bagi PRU-13 ini, sesudah menilai pesaing-pesaing yang ada di gelanggang, saya berpandangan mengekalkan kerajaan yang ada adalah pilihan yang lebih betul berasaskan ajaran Islam yang antara lain mengajar kita bahawa mengelakkan mudarat itu lebih perlu diutamakan berbanding cuba mencari maslahah. (Daf'u al-Mafasid Muqaddamun 'ala Jalbi al-Masalih) Islam juga mengajar kita untuk memilih pilihan yang lebih kurang mudaratnya bila menghadapi dua pilihan yang masing-masing ada kekurangan dan kemudaratan. (Irtikab Akhaffu Al-Dharrarayn). Adapun bagi masa mendatang, saya mendoakan dan mengharapkan munculnya pendekatan politik yang lebih strategik di antara parti-parti utama umat Islam serta lebih patriotik dan harmoni di antara parti-parti bukan umat Islam.

SUMBER: Mingguan Malaysia, 7 April 2013
Gambar: AntaraPos

06 April, 2013

[VIDEO] Pendedahan Dr Sidek Baba tentang Anwar: Buat mereka yang ada mata hati

Berikut video temubual Prof Datuk Dr Sidek Baba berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengar dengan elok-elok dan buat pernilaian sendiri. Video ini khas untuk yang inginkan kebenaran. Bagi mereka yang hardcore sudah tidak boleh buat apa lagi. Bagi anak muda yang meletakkan diri mereka di pihak atas pagar yang boleh berfikiran secara analatikal sesuailah menyelami intipati apa yang hendak disampaikan Dr Sidek.

05 April, 2013

PAS SANGGUP GADAI SEMUA PRINSIP ASALKAN UMNO JATUH

Sebenarnya saya ada banyak soalan yang saya ingin tanya Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan. Namun saya simpan dulu soalan saya itu.

Rasanya lebih elok kalau saya petik luahan hati Ustaz suatu tika dahulu. Luahan hati Ustaz sewaktu usia 6 bulan Pas bersama Pakatan Rakyat. Sebelum itu tiada pun istilah Pakatan Rakyat ketika pengundi atas pagar mengundi Pas pada Pilihanraya ke 12. Hanya setelah BN dinafikan majoriti 2 per 3 barulah pengundi atas pagar disogok dengan satu bentuk kesepakatan longgar antara DAP, PKR dan Pas yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Izinkan saya memetik tulisan Ustaz pada 10 Ogos 2008 untuk dikongsi dan diteliti pembaca di dalam blog ini. Berikut diperturunkan untuk kita semua baca dan fahami.

JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN PAS WAJIB MENARIK DIRI

Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 september ini . Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 september.
 
Saya hanya menjawab Wallahua'lam ( Allah swt. sahaja yang maha Mengetahui ). Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi .
 
Sememangnya hati dan perasaan saya cukup tebal agar Kerajaan Barisan Nasional yang menganut faham sekular ini ditumbangkan bersama dengan koleksi kezaliman dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat negara ini.
 
Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam, saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru. Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur.

Andai benar Pakatan Rakyat berjaya menubuh kerajaan persekutuan pada 16 Sept ini, persoalan tertumpu kepada bagaimana bentuk kerajaan tersebut?
 
Apakah kerajaan tersebut terdiri daripada majoriti ahli parlimen dikalangan bukan Islam? apakah jawatan timbalan perdana menteri juga akan terdiri dikalangan bukan Islam? Dengar khabarnya Perdana Menteri sudah pasti Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau dikatakan akan melantik 3 Timbalan Perdana Menteri .

Saya tidak bersifat perkauman. Ertinya saya tidak kisah MP (ahli parlimen) terdiri dari kalangan bangsa / kaum Cina, India, Melayu atau lainnya, tetapi yang penting mestilah muslim dan mukmin.
 
Justeru itu, jika kerajaan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan terbentuk pada 16 Sept ini tidak didominasikan oleh MP di kalangan muslim, maka ia membawa maksud kerajaan itu bukan lagi kerajaan orang Islam (jauh sekali kerajaan Islam).
 
Maksud yang sama juga ialah kuasa politik negara ini bukan lagi berada di tangan orang Islam. Tentu sahaja masa depan orang Islam di negara kita akan terus menghadapi hari - hari suram dan kelamnya.
 
Pada hemat saya, PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar pula menurut lunas syariat .
 
PAS mesti memastikan kuasa politk terus kekal ditangan orang Islam sekalipun ia bukan melayu. Namun secara sifir kasarnya orang Islam di dalam negara kita adalah terdiri ramai di kalangan orang melayu .
 
Pakatan Rakyat, khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mestilah peka perkara ini. Kerajaan yang hendak dibentuk mestilah tidak meninggalkan kuasa politik orang - orang Islam khasnya dan orang melayu amnya.
 
Janganlah asal boleh menjadi Perdana Menteri, maka siapa sahaja ahli parlimen yang boleh bersama untuk membentuk kerajaan diterima lalu dibentuk kerajaan tanpa melihat di mana kuasa politk orang Islam dan dimana kuasa politik orang Melayu ?
 
Kebimbangan saya ini berasaskan maklumat bahawa 30 MP yang bakal melompat masuk Pakatan Rakyat adalah terdiri dari kalangan MP bukan Islam kecuali 2 orang sahaja .
 
Saya cadangkan PAS mesti keluar dari Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat terus bermaksud ingin membentuk kerajaan persekutuan tanpa memastikan agar kuasa politik itu mesti didominasikan oleh orang Islam .
 
Saya rasa , semua orang Islam apatah lagi pendokong gerakan Islam boleh bersetuju dengan cadangan saya .

Kalau kita begitu terguris hati apabila PAS mengadakan muzakarah dengan UMNO kerana melihat UMNO adalah musuh politik, zalim, kejam dan segala najis mungkar bersamanya, saya yakin mereka ini akan lebih terguris hatinya ketika melihat kerajaan persekutuan yang bakal dibentuk pada 16 sept oleh Pakatan Rakyat nanti , didominasikan oleh golongan bukan Islam . Sekurang- kurangnya UMNO yang dibenci itu masih lagi ahli syahadah.

Kepada sahabat perjuangan , perkukuhkan amal Islami kita , perteguhkan gerak kerja amal tarbawi kita guna memacu perjuangan yang kini memasuki episod baru, membelah badai yang datang dari segenap arah untuk meranapkan cita - cita besar kita, yang mahu melihat tertegaknya Negara Islam di atas tanahair kita .
 
Hari ini , saya semakin faham kenapa Tok Guru Presiden terus bertegas untuk bermuzakarah dengan siapa sahaja individu, parti politik atau pun NGO demi masa depan Islam dan ummah agar kuasa politik terus ditangan ummat Islam dan ianya tidak terlepas.
 
Apa yang semakin saya pelajari dari skil politik Tok Guru ini ialah agar kita berhati-hati memacu perjuangan supaya tidaklah kita keluar dari mulut buaya (Jahiliyyah) dan kita masuk mulut harimau (jahiliyyah)
 
Buaya meskipun ganas, keganasannya hanya terhad di dalam air (sungai) yang jarang - jarang sekali kita merentasinya. Apa yang lebih bimbang ialah Harimau, keganasannya adalah di darat sedang kita hidup di darat ini .
 
Semoga Allah selamatkan Perjuangan suci ini. Takbiiiirr !! ( 3 kali )

[tamat petikan]

Apa komen pembaca terutama pembaca dari kalangan pengundi atas pagar? Apa kaitan dan relevannya isu angan kerajaan 16 September PR dengan Pilihanraya ke 13 nanti? Saya tinggalkan buat seketika posting ini untuk mendapat pandangan pembaca blog (jika ada). Saya akan memberikan penerangan buat kita semua dalam posting akan datang disamping mengajukan beberapa soalan berdasarkan apa yang ditulis oleh Nasrudin Hassan untuk difikirkan oleh kita semua terutamanya pengundi atas pagar yang mengundi Pas pada pilihanraya yang lepas.

03 April, 2013

Dr Yusri individu pertama ditemui Dr Sidek Baba sebelum meninggalkan Anwar


Terdahulu, Dr Sidek Baba dipetik sebagai berkata beliau meninggalkan Anwar setelah menyiasat, menemubual sejumlah 28 individu dan meminta petunjuk dari Allah SWT melalui solat istikharah.

"Saya mengenali rapat Sidek kerana kami sama-sama membesar dalam ABIM. Beliau cukup dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk. Saya mengakui, saya antara individu pertama menemui Sidek dalam pencariannya mengkaji kebenaran mengenai moral Anwar", ujar Dr Yusri.

Dr Yusri meminta agar rakyat Malaysia membuka mata dan mencari jawapan kepada persoalan mengapa individu-individu berintegriti tinggi seperti Dr Sidek Baba, bekas pengasas ABIM, Ustaz Ismail Mina Ahmad dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar akhirnya memilih untuk meninggalkan Anwar.

Tegasnya, adalah mustahil bagi individu-individu terbabit yang telah bersahabat dengan Anwar berpuluh tahun malah sanggup dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya mengambil ketetapan meninggalkan Ketua Pembangkang itu jika tiada sebab musabab.

"Mereka merupakan tokoh berintegriti tinggi. Jangan kita mudah kaitkan setiap pendedahan yang dibuat kononnya mereka ini dibeli.

"Bukan semua orang boleh dibeli. Saya mengenali mereka dan yakin apa yang diceritakan adalah demi agama, bangsa serta negara," ujarnya.

29 Mac, 2013

Dr Sidek Baba tinggalkan Anwar setelah siasat, temubual dan istikharah

Penulis cukup teruja apabila Prof Datuk Dr Sidek Baba membuka mulut memberikan sebab mengapa beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah sekian lama bersahabat baik. Bukan sekejap Dr Sidek mengenali Anwar. 30 tahun adalah satu jangka masa yang sangat lama. Tambahan pula beliau adalah antara cerdik pandai yang mempertahankan Anwar suatu ketika dulu.

Sebab apa penulis teruja apabila Dr Sidek membuka mulut?

Sebab, jarang kita semua dengar dari mulut bekas rakan karib Anwar itu perihal Anwar ataupun perihal sesiapa sekalipun. Orang yang mengenali Dr Sidek sudah pasti faham benar dengan sikapnya yang hanya bersuara apabila perlu sahaja. Beliau bukan jenis yang banyak cakap. Kalau bercakap pun penuh dengan ketelitian. Tidak gopoh-gapah.Yang kita tahu, tidak pernah kita dengar beliau bercakap buruk tentang seseorang. Jadi, apabila Dr Sidek bersuara semua orang hendak dengar dan tahu apa kisah di sebaliknya.

Penulis perturunkan di bawah ini artikel akhbar Utusan Malaysia, 28 Mac 2013 bertajuk "Sidek Baba dedah sebab tinggalkan Anwar" untuk kita sama-sama baca dan berfikir secara waras.

Sidek Baba dedah sebab tinggalkan Anwar

KUALA LUMPUR 27 Mac - Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

19 Jun, 2011

Pendedahan ikhlas Zulkifli Noordin: Kisah sebenar di sebalik fatwa "Konspirasi II" Dr Yusuf Qardhawi

-
Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan pengakuan Ahli Parlimen Bandar Baharu-Kulim, Datuk Zulkifli Noordin (bekas peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim) bahawa beliau memperdaya Ulama Besar Dr Syeikh Yusuf al Qardhawi berhubung pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar.



Tujuan Anwar memperdaya Syeikh Yusuf Qardhawi (melalui Zulkifli Noordin) adalah untuk mendapatkan dari mulut ulama besar itu satu ayat iaitu isu Anwar ini adalah isu fitnah, dan perlu dikenakan Qazaf. Apa yang keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi ini digunakan sepenuhnya oleh Anwar dan disebarkan secara meluas kepada masyarakat melalui cetakan video cakera padat (VCD), ceramah politik, dan sebagainya.



Pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin ini disingkap oleh laman AIDC melalui satu wawancara yang dibuat di Bangunan Parlimen pada 14 Jun 2011. Berikut penulis petik sedutan beberapa soalan dan jawapan bagi tatapan kita semua. [Wawancara penuh boleh dibaca di laman AIDC].

AIDC: Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini di bawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?

Zulkifli Noordin: Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf. Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf. Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi. Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat. Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.

AIDC: Adakah ini dirancang oleh Anwar ?

Zulkifli Noordin: Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu. Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.

AIDC: Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?

Zulkifli Noordin: Maksudnya begini lah… kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik. Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita tidak beri gambaran (sebenar), iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..(ada) ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu). Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. (Itupun) Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam. Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat. Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf. Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat. Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu. Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. Kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.

AIDC: Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?

Zulkifli Noordin: Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple. Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah. Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (televisyen) dia percayalah. Sebab orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu. Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? Ustaz tv (itu) kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah. Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.

Sesungguhnya Zulkifli Noordin telah melakukan satu kesilapan yang cukup besar kesannya kepada masyarakat. Peranan beliau bersekongkol dengan Anwar Ibrahim memperdaya ulama besar seperti Syeikh Yusuf Qardhawi memberikan impak yang cukup besar. Umat Melayu Islam yang sememangnya terkenal dengan ikut apa saja cakap ulama' sudah menelan bulat-bulat fatwa ini. Hasilnya kini, agama Islam dipermainkan. Bukti-bukti seperti video, DNA, air mani, SMS, penyiasatan pihak berkuasa dan sebagainya ditolak mentah-mentah.

Nasihat penulis buat Zulkifli Noordin ialah molek kiranya YB pergi kepada media dan membuat kenyataan terbuka agar seluruh rakyat dapat mengetahui kedudukan yang sebenar. Perbuatan memperdaya ulama besar yang dilakukan atas nama Anwar ini sebenarnya telah memberikan kesan yang amat besar kepada rakyat terutamanya umat Islam. Bukan boleh diperbaiki dengan hanya memaklumkan kepada sebuah laman web berlandaskan internet semata-mata. Berapa ramaikah yang dapat dimaklumkan? Berapa ramaikah yang sudah diperbetulkan pemikirannya? Rasanya, hanya segelintir sahaja.

Kesan fatwa Syeikh Yusuf cukup besar. Amat besar. Penulis masih ingat lagi kata-kata seorang sahabat dari Pas bahawa bukti-bukti seperti video tidak terpakai kerana isu Anwar adalah isu Qazaf dengan memetik kata-kata (fatwa) yang dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf Qardhawi. Terlalu ramai yang terpedaya dengan percaturan yang dibuat atas niat jahat. Lihat sahaja betapa banyak blog-blog yang menggunakan 'fatwa' Yusuf Qardhawi ini demi pertahankan perkara yang salah.

Penulis masih ingat betapa ramainya umat manusia yang penulis temui di kampung-kampung bercakap soal ini dengan mengaitkan perbuatan liwat Anwar dengan Qazaf bersandarkan fatwa Syeikh Yusuf ini. Fatwa yang keluar dari seorang yang dihormati seperti ulama memang memberikan kesan yang sangat mendalam. Terlalu ramai yang sudah tertipu. Terlalu ramai!

Syukur Alhamdulillah, Zulkifli Noordin cepat sedar, insaf dan mengakui kesilapannya. Bukan mudah untuk mengakui kesilapan. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab YB Datuk Zulkifli Noordin untuk menerangkan kepada masyarakat. Penulis sangat percaya bahawa sehingga ke hari ini masih ramai yang tidak mengetahui cerita dan kedudukan yang sebenar berhubung Fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi tersebut terutamanya yang berada di kampung-kampung.

Pakcik-pakcik berketayap masih lagi memegang kuat fatwa "Konspirasi II" Yusuf Qardhawi ini ketika bersembang politik di warung kopi di kampung-kampung. Anak-anak muda masih lagi mati akalnya dek kerana tertelan fatwa yang ternyata tidak benar ini. Segeralah tampil dan buat pengakuan terbuka di hadapan media agar dapat disiarkan di kaca televisyen semoga sampai apa yang ingin diperbetulkan. Bukan sikit umat yang sudah tertelan fatwa ini!
+

09 Jun, 2011

Layakkah Nik Aziz Memegang Kunci Syurga? & Fitnah Nik Aziz Sebab Terkesan Ucapan Tahniah Tun Dr Mahathir Kepada Karpal

-
Kemaskini:
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU mendedahkan kronologi berdasarkan laporan akhbar di mana Lim Kit Siang pada tahun 1992 begitu lantang juga memberikan 'nasihat' kepada Pas berhubung ideologi "Negara Islam Pas". Sila baca di SINI. Yang pastinya seluruh manusia yang berada di bawah payung DAP sudah pastinya melompat girang! Tun Dr Mahathir yang menghantar surat kepada Nik Aziz pada tahun 1994 hanya mempersoalkan beberapa aspek undang-undang ciptaan Pas yang tidak adil. Surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz dan perbincangan akan ketidakadilan undang-undang ciptaan Pas boleh di baca di blog HHalem - rujuk di SINI. Perbincangan lanjut boleh juga dikemukakan di ruangan komen di blog HHalem.

Posting Asal:
Dahulu rakyat ketawa terbahak-bahak bila mana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz naik berang apabila kelaku buruk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan oleh (bekas) rakan baiknya sendiri iaitu Datuk Eskay. Datuk Eskay mendakwa Anwar tidak layak menawarkan diri menjadi pemimpin negara. Lebih-lebih lagi jawatan yang diidamnya ialah Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Eskay pada permulaannya dengan cara baik meminta Anwar sekeluarga bertaubat dan berhenti dari politik. Tetapi seperti diramal, Anwar tidak mahu juga berhenti. Hanya selepas itulah rakyat dikejutkan dengan pendedahan klip video seorang lelaki mirip Anwar yang sedang asyik 'menyudu' amoi Cina. Datuk Eskay bertegas Anwar adalah individu dalam klip video tersebut.

Perbuatan Anwar 'menyudu' ini disertakan dengan bukti-bukti seperti rakaman video, jam tangan Omega kepunyaan Anwar, kiriman SMS Anwar kepada Eskay dan lain-lain. Aneh tetapi benar -- berikutan pendedahan tersebut Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang mendedahkan kebenaran Anwar yang syok 'menyudu' tidak akan cium bau syurga selagi tidak memohon ampun dan cium kaki Anwar.

Pendedahan yang disertakan bukti diserang sedemikian rupa oleh individu yang mendakwa dirinya ulama'. Tetapi bagi penulis, Nik Aziz hanya orang politik yang mahu menjaga kedudukannya. 'Fatwa' Nik Aziz bahawa individu yang menunjukkan bukti kebenaran tidak akan bau syurga nampak jelas tempang dan jelek. Pas secara jahat pula cuba menyembunyikan kebenaran dengan hanya sibuk mencanang "4 orang saksi". Penerangan sumpah dan tuduhan zina 4 saksi boleh diteliti di SINI.

Terbaharu, Nik Aziz mengeluarkan fitnah terhadap Tun Dr Mahathir dalam usahanya mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diberikan ucapan Tahniah oleh Dr Mahathir. Karpal berjaya dalam perjuangannya menggesa Pas melupakan ideologi perjuangan "Negara Islam Pas". Tidak perlu Karpal mati untuk dilangkah mayatnya pun, Presiden Pas, Dato' Seri Haji Hadi telah dengan rela mengikut 'punahnasihat' puak-puak pro Anwar dalam Pas. Puak-puak pro-Anwar dalam Pas ini pula semuanya dicucuk hidung menurut semua sahaja apa yang dirangka oleh DAP.

Akhirnya, pada tanggal 06/06/2011 atau "Peristiwa 6611 Pas" menyaksikan Pas membunuh idelogi "Negara Islam Pas"nya tanpa dimakamkan di pusara malahan lebih jijik lagi Pas secara simbolik mencampaknya ke dalam lubang jamban. Rentetan malu diperli sinis oleh Dr Mahathir ini, Nik Aziz bingkas memfitnah Dr Mahathir. Nik Aziz memfitnah bahawa Dr Mahathir menghalang pelaksanaan Hudud di Kelantan pada tahun 1994. Malu dengan kelemahannya dan cuba memesongkan fakta Nik Aziz menabur fitnah dengan menulis seperti berikut:

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh"

"Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu ia masih ada dalam simpanan saya".

Artikel oleh Fantrealika yang dipetik oleh blogger HHalem menerangkan secara jelas pembohongan dan fitnah jahat Nik Aziz. Penerangan HHalem yang ditulis dengan amat jelas boleh dibaca di SINI. Rakyat tidak boleh dibiarkan keliru dan dipesongkan oleh fitnah jahat Nik Aziz dan penyokong tegar Anwar. Nik Aziz mesti bertaubat!

Kepada Nik Aziz dan semua penganut tegar Pas yang pro-Anwar: Jangan salahkan orang lain kalau empunya diri sedar dan rela hati membiarkan DAP menindik hidung kalian! Berbanggalah kamu menjadi 'lembu' peliharaan DAP yang ditindik hidung, ditarik ke hulu ke hilir 'membajak' untuk tuannya!


+

08 Jun, 2011

Pas jangan taksub Anwar sampai berbohong sembunyi hukum Allah (Kemaskini 9 Jun 2011)

-
Kemaskini (9 Jun 2011):
Ralat: Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz adalah merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Beliau merupakan penceramah bebas politik. Harap maklum.

Posting Asal (8 Jun 2011):
Klip di bawah menjelaskan serba ringkas tentang zina. Syabas kepada Ustaz ini kerana berani berkata benar walaupun nanti mungkin dipecat dari Pas (yang dipenuhi kaum Anwarinas) dan dicemuh oleh penyokong tegar Anwar Ibrahim dari PKR dan DAP. Berkatalah benar walaupun ianya pahit. Berkata benarlah walaupun perkara yang ingin diberitahu bakal menjatuhkan Ketua Pembangkang bernama Anwar Ibrahim. Kerana apa yang diberitahu itu nanti membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia setelah mengetahui kebenarannya. InsyaAllah.

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin