Akhirnya komuniti blog Demi Negara telah berjaya melaksanakan suatu usaha yang sungguh bermakna. Suatu usaha yang amat signifikan. Sesuatu yang sepatutnya telah lama dilaksanakan. Sesuatu yang telah lama ditolak dan ditarik umpama bermain layang-layang oleh para penggubal undang-undang dan aktivis politik yang hanya rakus memancing undi tanpa memberikan fokus terhadap suara hati sebenar seluruh anak Bangsa Malaysia yang benar-benar ikhlas melihat perpaduan seluruh rakyat.
Suara hati anak Bangsa Malaysia yang menginginkan perpaduan antara kaum dipupuk seawal usia muda bermula di bangku sekolah rendah lagi. Perpaduan antara kaum yang disemai melalui sekolah satu sistem dan aliran; bukannya pelbagai aliran yang hanya menyuburkan sikap saling syak-mensyaki antara satu sama lain. Sekolah pelbagai aliran yang memupuk sikap tiada toleransi antara semua kaum di negara tercinta ini.
Pelbagai aliran yang mencetuskan sikap tidak memahami antara kaum yang pelbagai latar belakang agama dan sebagainya. Orang Melayu dan Bumiputra memasuki Sekolah Kebangsaan, Cina pula cenderung ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, manakala India cenderung ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Akhirnya anak-anak kita diasing-asingkan oleh sistem yang dipertahan oleh penggubal undang-undang (ahli politik) dan para aktivis yang bersikap chauvinis.
Yang pastinya, tidak mungkin sistem TIGA aliran dapat menSATUpadukan anak bangsa Malaysia kita. Kita cuma mempunyai hanya SATU pilihan. Ya! Hanya SATU pilihan, bukannya TIGA. Hanya SATU pilihan: SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA. Janganlah usaha ini diremehkan dengan diberikan pelbagai dalih dan alasan (barangkali mereka sudah keras hati untuk tidak menyokong usaha ini!). Inilah masanya bagi semua rakyat untuk memberikan sokongan ke atas usaha perpaduan yang amat penting ini.
Penulis amat percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia ingin sekali melihat para penggubal undang-undang (ahli politik) dan para aktivis politik berlumba-lumba untuk merealisasikan hasrat murni satu sekolah untuk semua ini. Janganlah disekat hasrat ini dengan pelbagai alasan dan dalih semata-mata takut kehilangan pengundi dari kumpulan-kumpulan tertentu yang hanya pandai berselindung di sebalik slogan “Saya Anak Bangsa Malaysia” tanpa memahami apa sebenarnya maksud yang tersurat dan tersirat serta tuntutan usaha ke arah merealisasikan Anak Bangsa Malaysia tersebut.
Jelas sekali, kumpulan-kumpulan tertentu hanya menyalah gunakan slogan Anak Bangsa Malaysia demi memenuhi agenda tertentu sahaja. Walau bagaimana pun, penulis menyeru kepada semua Anak Bangsa Malaysia yang benar-benar ikhlas tanpa ada sebarang agenda tersembunyi untuk sama-sama berganding bahu menyuarakan suara hati sebenar kita demi melihat perpaduan generasi akan datang. Tolong ketepikan segala perbezaan pelbagai fahaman dari segi politik, bangsa, dan sebagainya demi satu sebab: Melahirkan Satu Bangsa Malaysia Yang Bersatu, Teguh dan Bersepadu.
Segala usaha yang dibuat inilah yang membezakan dimana letaknya KITA dan MEREKA yang hanya berselindung dan mengaku kononnya benar-benar berjiwa Anak Bangsa Malaysia sedangkan tindak-tanduk mereka tidak langsung mencerminkan perlakuan sebagai Anak Bangsa Malaysia.
Sudah tiba masanya seluruh rakyat bangkit memperjuangkan pendidikan satu sistem demi melihat anak-anak kita bermain bersama, saling kenal-mengenali antara pelbagai kaum, saling mengenal hati budi masing-masing, saling berinteraksi dengan lebih kerap di usia yang masih rebung. Memahami dan menghormati adab dan budaya sesama kaum.
Penulis mohon penglibatan semua rakan agar dapat mengambil bahagian dalam kempen ini mengikut kemampuan masing-masing. Sama-sama kita berganding bahu menyumbang tenaga apa yang termampu demi memastikan kejayaan kempen ini. Sebarkan dan hebahkan kepada semua Anak Bangsa Malaysia melalui e-mel, sms, facebook dan alternatif lain yang difikirkan sesuai sebagai cara menyebarkan usaha murni ini kepada semua.
Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat semua Anak Bangsa Malaysia yang menyokong usaha murni ini!
Tandatangan petisyen menyokong KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA di SINI.
+
3 ulasan:
Satu usaha yang murni. Memang keperluannya sungguh dirasakan. Dalam kemelut kini, soal "timing perlu difikirkan" sedalam-dalamnya.
Salam Sdr KP;
Lama kita tak sembang-sembang. Tengok komen KP di DN, bukan main lagi ... boleh tiru tak stail susun idea macam tu ... tersusun satu ka satu berikutnya ... ringkas tapi terang ... orang baca tak jemu ... tiba-tiba sampai ke p/s .. berbunyi ".... auntie Zaza dan Pakcik ..."
Tersentak Pakcik ... tiba-tiba ada orang tegur, sedangkan fikiran masih terikat pada komen dan seruan ... baru sedar komen dan seruan dah habis dibaca.
Biasanya kalau penulisan itu boring, si pembaca baca setengah jalan dah habis dah ... ini baca komen KP tu dah habis ... tapi tak sedar.
Ini yang Pakcik cari ni ... stail penulisan yang tidak menjemukan ...
Hello KP,
Where have you been? Tiada berita....It has been a long time since our last "conversation". Hope everything is ok with you ...
Yes, this SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA campaign must be told to everyone ..from all walks of life ...This is the time to gauge the other side if they are really honest and sincere in wanting to be an Anak Bangsa Malaysia, they don't know any hoot about this, that I can bet ya ...also, we must be ready with their opposition, irrational and chauvinistic excuses ...
Salam.
Catat Ulasan