08 April, 2013

Kita perlu nilai siapa sebenarnya Anwar secara objektif - Dr Yusri


SEJAK Angkatan Belia Islam (ABIM) ditubuhkan pada 6 Ogos 1971, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu tidak dapat lari dari dikaitkan dengan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sekarang.

Bagaimanapun tidak semua bekas pemimpin dan ahli ABIM itu masih setia menyokong malah terdapat beberapa nama besar antaranya Datuk Dr. Sidek Baba dan beberapa lagi yang bertindak meninggalkan Anwar setelah mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Bagi bekas Presiden ABIM keenam, DR YUSRI MOHAMAD (gambar), beliau jelas kecewa setelah mengetahui siapa diri Anwar yang sebenar. Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyatakan adalah penting untuk kita membuat penilaian yang objektif dan bukan menyokong semberono.

“Bagi saya, adalah sangat menyesakkan dada jika terpaksa menyokong seseorang atau sesuatu yang saya yakini salah semata-mata kerana pertimbangan kepartian atau kelompok.

“Tetapi tidak dinafikan, Anwar punya aura tersendiri yang kadang-kadang mengelabui seseorang daripada menilai beliau secara objektif," katanya.

MINGGUAN: Walaupun Dr. bekas Presiden ABIM tetapi agak kritikal dan kelihatan tidak bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sikap ini berbeza dengan pimpinan ABIM hari ini. Apa komen Dr.?

DR YUSRI: Pemerhatian ini benar. Memang saya telah beberapa kali sebelum ini secara terbuka dan tertutup menyatakan pendirian yang saya yang kritikal terhadap Anwar dan sikap untuk tidak mendokong beliau. Dan benar memang sikap ini berbeza dengan pendirian rasmi pimpinan ABIM sekarang yang sebenarnya hari ini terzahir dalam rangkaian tiga pertubuhan iaitu WADAH, ABIM dan PKPIM dengan WADAH, yang dipimpin oleh aktivis ABIM generasi awal ABIM, menjadi penentu dan pencorak utama sikap ABIM. Seperti kebanyakan aktivis ABIM, saya asalnya punya penghormatan dan simpati yang tinggi terhadap Anwar. Ketika itu kita mengenali Anwar melalui imej publiknya yang pada zahir meyakinkan. Hanya bermula selepas krisis 1998, barulah sisi-sisi lain diri beliau terbuka satu persatu yang mengubah persepsi saya terhadap beliau. Ketika beliau dipecat, saya sangat kuat simpati dan menganggap beliau sebagai mangsa kezaliman. Saya merasa terpanggil untuk turut bersama membela beliau dan menyahut seruan reformasi yang dilaungkan. Tetapi kemudiannya saya makin menjauhi beliau dan gerakannya apabila lebih mengenali sisi-sisi sebenar beliau. Proses menilai semula sikap saya terhadap beliau ini bukan mengambil masa sehari dua, ia melibatkan masa yang lama.

Antara perkara pertama yang menumpulkan minat saya untuk terus mendokong beliau ialah melihat sikap beliau terhadap konflik politik dalaman Parti Keadilan Nasional (ketika itu). Saya mendapati beliau turut menjadi faktor yang memburukkan lagi hal ini sedangkan sebagai tokoh utama beliau sepatutnya menjadi penyelesai. Ini tidak membayangkan kejujuran beliau dengan idealisme perjuangan parti. Kemudiannya, terutama ketika saya memimpin ABIM sekitar tahun 2005-2009, saya mendapati beliau secara konsisten mengambil sikap, langkah dan membuat kenyataan yang menimbulkan kekeliruan dan masalah berkaitan dengan soal-soal Islam dan juga kedudukan orang Melayu-Islam di negara kita. Sikapnya ini telah membuka pelbagai pintu fitnah dalam aspek ini dan telah menggegarkan tiang-tiang seri keutuhan negara-bangsa kita. Sebagai salah seorang pimpinan NGO Islam, saya dan rakan-rakan sangat merasai kesan-kesan budaya negatif ini yang mana beliau adalah antara arkitek utamanya.

Akhirnya, faktor utama yang mengubah sikap saya terhadap beliau adalah apabila saya secara jujur tidak lagi dapat mempertahankan tanggapan asal bahawa dia adalah mangsa konspirasi dalam kes-kes tuduhan moral terhadap beliau. Pelbagai maklumat dan pendedahan yang sampai ke pengetahuan saya menyebabkan saya tidak lagi yakin yang beliau bersih serta segala skandal yang dikaitkan dengan beliau adalah palsu. Sebelum kes Saiful lagi sebenarnya sudah timbul keraguan dalam diri saya berdasarkan beberapa maklumat yang ada tetapi ketika itu saya masih menggunakan alasan qazaf untuk menolak perasaan ragu yang timbul. Apabila timbul kes Saiful, pendirian ini tidak lagi dapat saya pertahankan. Maka saya menilai semula secara kritikal segala maklumat yang saya ada, di samping mengkaji secara lebih komprehensif sudut ini. Sesudah proses penilaian yang intensif dan komprehensif ini, yang mengambil masa juga, saya memuktamadkan pendirian saya bahawa Anwar adalah sosok yang sangat bermasalah kepada umat, bangsa dan negara dari pelbagai sudut.

MINGGUAN: Pada pandangan Dr. apakah sikap partisan kepada Anwar dan politik suatu langkah yang bijak bagi ABIM? Apakah lebih baik ABIM isytiharkan diri sebagai parti politik dan gerakan Islam?

DR YUSRI: Saya berpandangan bahawa tak semua orang dan semua organisasi perlu terjun secara langsung ke gelanggang politik. NGO dan Jemaah Islam seumpama ABIM ada peranannya yang tersendiri dalam bidang pendidikan, dakwah dan amar maaruf nahy mungkar yang tetap mustahak dalam pembinaan negara-bangsa. Pendirian non-partisan yang diperkenalkan oleh ABIM sangat sesuai dengan ajaran Islam yang melarang kita terlalu taksub dan menyokong melulu mana-mana individu ataupun pihak. Non-partisan membebaskan jiwa kita untuk menyokong atau menyanggah sesiapa sahaja berpandukan prinsip, with out fear or favour. Sikap inilah antara perkara yang menarik minat saya untuk menyertai ABIM asalnya. Bagi saya, adalah sangat menyesakkan dada jika terpaksa menyokong seseorang atau sesuatu yang saya yakini salah semata-mata kerana pertimbangan kepartian atau kelompok.

Oleh itu, jika seseorang itu mengambil sikap partisan terhadap Anwar sesudah mengenali segala sisi dirinya yang sebenar adalah langkah yang tidak boleh dipertahankan. Jika ia disebabkan oleh kejahilan dan kekeliruan yang berpanjangan, ia membayangkan kelemahan menilai dan kemalasan mengkaji pada diri seseorang. Mana kala jika disebabkan kepentingan diri, ketaksuban dan kebencian maka ia ada suatu hal yang lebih malang lagi. Tetapi tidak dinafikan, Anwar Ibrahim punya aura tersendiri yang kadang-kadang mengelabui seseorang daripada menilai beliau secara objektif. Situasi sebegini sering ada pada diri tokoh-tokoh politik dan agama yang punya karisma dan daya tarik tersendiri kalaupun jika hakikatnya mereka adalah individu yang bermasalah.

MINGGUAN: Seperti yang saudara sentuh tadi, ada yang menjadikan alasan-alasan Syariah seperti hukum qazaf dan larangan mengaibkan orang sebagai sebab untuk terus bersangka baik dengan Anwar Ibrahim. Oleh kerana latarbelakang akademik saudara ialah perundangan Syariah, boleh ulas mengenai perkara ini?

DR YUSRI: Ya, saya setuju bahawa di kalangan mereka yang beragama Islam, silap faham dalam soal-soal inilah antara faktor utama yang menyumbang kepada pendirian terus menyokong Anwar. Secara ringkas, terutamanya selepas timbulnya kes Saiful Bukhari Azlan dan malah sebenarnya sejak kes tuduhan liwat dengan bekas pemandunya, Azizan lagi, Anwar tidak boleh semata-mata berselindung di sebalik hukum qazaf. Qazaf hanya melindungi seseorang itu daripada tuduhan zina atau liwat jika ia datang daripada pihak ketiga. Qazaf tidak terpakai jika tuduhan itu datangnya daripada seseorang yang mendakwa sebagai mangsa seperti dalam dakwaan rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual ditempat kerja terutamanya melibatkan majikan. Jika diteliti fakta kes, kedua-dua Saiful Bukhari Azlan dan Azizan adalah pekerja yang berada di bawah pengaruh Anwar sebagai majikan. Mereka bukannya orang asing dan hubungan antara mereka memungkinkan dakwaan itu benar. Dalam situasi sebegitu, syariah menuntut bahawa dakwaan mereka itu disiasat untuk menentukan kebenarannya. Manakala beban bukti dalam kes seumpama ini bukan lagi terhad kepada kesaksian (Syahadah) empat orang saksi tetapi mencakupi semua bentuk bukti-bukti lain yang diiktiraf oleh syarak termasuklah qarinah.

Jika dilihat bukti-bukti yang telah dibawa ke mahkamah dalam kes-kes yang melibatkan Anwar terbukti bahawa dakwaan-dakwaan terhadap beliau bukannya langsung tanpa asas. Cuma faktor-faktor sampingan seperti faktor teknikal yang setakat ini mengelakkan beliau daripada didapati bersalah oleh mahkamah. Kes Saiful Bukhari Azlan pula masih di peringkat rayuan. Bagi saya, segala fakta kes dan bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah, dicampur dengan bahan-bahan yang didedahkan di tempat lain sudah cukup untuk menghilangkan kelayakan beliau untuk diangkat sebagai pemimpin. Walaupun belum cukup setakat hari ini, untuk mensabitkan beliau di mahkamah. Tentang soal aib-mengaib pula, adalah jelas terdapat di sana beberapa situasi yang merupakan pengecualian daripada hukum larangan mendedahkan aib seseorang dalam Islam seperti ketika mengkaji kelayakan seseorang sebagai calon suami ataupun isteri. Sudah tentu dalam proses menilai kelayakan seseorang untuk memimpin negara pengecualian ini lebih relevan dan perlu kerana akibatnya adalah lebih besar dan luas.

MINGGUAN: Sahabat baik saudara, Dr. Sidek Baba mengambil keputusan meninggalkan Anwar setelah hampir tiga tahun membuat kajian dalam usahanya mencari kebenaran dan membuat pendirian malah ramai tokoh-tokoh ABIM melakukan hal yang sama. Hairannya mengapa terdapat pemimpin ABIM dan WADAH yang masih kental dengan Anwar tidak bersedia mendengar, mengkaji dan menyelidik sedangkan sebahagian dari mereka adalah orang akademik?

DR YUSRI: Cikgu Sidek adalah sebenarnya adalah antara senior dan naqib saya dalam ABIM. Kami banyak bertukar-tukar pandangan dan maklumat termasuk dalam isu ini. Jadi memang saya faham benar kenapa beliau mengambil sikap tersebut. Dan benar bahawa sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh berlatar-belakangkan ABIM, yang senior mahupun yang muda, yang mempunyai pandangan yang sama. Adapun sikap rasmi WADAH dan ABIM memanglah suatu yang kami kesalkan dan antara puncanya, bagi saya, adalah keengganan untuk betul-betul menilai semua sudut pandangan dalam isu ini. Kegagalan menilai secara komprehensif isu ini bagi suatu pertubuhan seperti ABIM adalah amat malang dan tidak boleh dijustifikasi oleh apa-apa alasan.

MINGGUAN: Kami mendapat tahu ramai tokoh dan pemimpin ABIM akan bertanding dalam pilihan raya kali ini atas tiket pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat. Apakah pandangan saudara mengenai hal ini?

DR YUSRI: Saya menghormati minat dan kecenderungan mereka untuk terjun menyertai politik tetapi berharap agar jangan sampai ABIM terabai. Seperti saya sebutkan di awal tadi bahawa dalam agenda pembangunan umat dan negara, kita perlukan komponen NGO yang kuat dan efektif. Adapun jika benar dakwaan ramai mereka akan bertanding atas tiket PKR, saya berpandangan, berasaskan apa yang telah saya huraikan sebelum ini bahawa ini adalah pilihan yang silap.

MINGGUAN: Pertentangan yang terdapat di kalangan kelompok gerakan Islam dan juga parti politik Islam banyak didorong oleh keinginan berkuasa yang tinggi dan rasa kebencian dan dendam kesumat terhadap orang lain. Apakah ia sesuatu yang sihat ke arah perpaduan ummah?

DR YUSRI: Adalah sangat malang jika apa yang saudara sebutkan itu benar. Sepatutnya ahli politik berlatarbelakangkan Islam didorong pada setiap saat dan ketika oleh dorongan ubudiyyah, perhambaan diri kepada Allah. Merekalah yang perlu menegakkan politik berasaskan keikhlasan yang berpandukan ilmu yang benar. Merekalah yang sepatutnya mengajak rakan yang lain untuk tidak terlalu terpandu oleh emosi dan nafsu serta tunduk kepada ajaran agama walaupun di tengah-tengah kecamuk persaingan politik. Jika tidak penglibatan mereka dalam politik tidaklah akan membawa lebih kebaikan kepada umat.

MINGGUAN: Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), menuntut umat Islam dan rakyat Malaysia membuat pilihan bijak berasaskan track-record kerajaan yang ada dan juga cita-cita Pakatan Rakyat untuk melakukan regime change. Apa pandangan saudara mengenai hal ini.

DR YUSRI: Bagi PRU-13 ini, sesudah menilai pesaing-pesaing yang ada di gelanggang, saya berpandangan mengekalkan kerajaan yang ada adalah pilihan yang lebih betul berasaskan ajaran Islam yang antara lain mengajar kita bahawa mengelakkan mudarat itu lebih perlu diutamakan berbanding cuba mencari maslahah. (Daf'u al-Mafasid Muqaddamun 'ala Jalbi al-Masalih) Islam juga mengajar kita untuk memilih pilihan yang lebih kurang mudaratnya bila menghadapi dua pilihan yang masing-masing ada kekurangan dan kemudaratan. (Irtikab Akhaffu Al-Dharrarayn). Adapun bagi masa mendatang, saya mendoakan dan mengharapkan munculnya pendekatan politik yang lebih strategik di antara parti-parti utama umat Islam serta lebih patriotik dan harmoni di antara parti-parti bukan umat Islam.

SUMBER: Mingguan Malaysia, 7 April 2013
Gambar: AntaraPos

Tiada ulasan:

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin