pandangan orang melayu
Hari ini penulis membaca tentang
cadangan daripada pemangku presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang
mencadangkan UMNO menggerakkan usaha menjadikan BN sebagai parti tunggal (http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130527/po_01/Parti-tunggal-perlu-diperhalusi).
Dengan alasan UMNO merupakan parti tunjang dalam BN. Penulis amat tidak
bersetuju sekiranya UMNO itu dibubarkan dan diserap kedalam BN sebagai parti
tunggal. Isu penting yang dilihat mengapa perlunya parti tunggal ini, ialah
membentuk parti yang tidak berasaskan kaum supaya dapat menyatukan semua kaum
di Malaysia. Tetapi mengapa harus UMNO yang memulakan langkah awal ini?? Tidakkah
kita sedar selama ini NGO kaum cina dan parti politik cina yang paling kuat
kiasunya sehingga menimbulkan kesulitan untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sepatutnya
kaum cina yang perlu membuka hatinya untuk menerima kaum lain dalam masyarakat
mereka. Mengapa masih mengharapkan parti Melayu?
Kita lihat sahaja betapa NGO yang
memperjuangkan pendidikan cina. Mereka mahu kaum cina diajar dalam bahasa cina.
Mahu guru dari kaum cina. Tidak menggalakkan anak masyarakat cina bersekolah
disekolah kebangsaan atas alasan bahasa. Sudah generasi ke-empat pelajar masyarakat
cina di Malaysia ini masih ada masalah bahasa?? Semasa cadangan sekolah wawasan
(SJK (C), SJK(T) dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan), siapa yang paling
kuat menentang kalau bukan NGO kaum cina. Ini semua memperlihatkan betapa NGO
cina ini begitu kuat sikap kecinaannya dan tidak mahu bergabung dengan kaum
lain. Begitu kuat sikap kiasu mereka. Mereka yang perlu berubah, bukan melayu.
Dalam politik, kita lihat betapa
kuatnya sikap kiasu dan semangat perkauman orang cina. Mereka sanggup menyokong
DAP hanya kerana DAP berkempen menolak ketuanan melayu (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/guan-eng-ulangi-dap-tolak-ketuanan.html).
Mereka tidak mahu berkongsi kuasa seperti dalam BN. Mereka mahu menguasai
kerajaan. Mengapa tidak mahu berkongsi? Rasanya hampir semua tuntutan mereka
dah di beri oleh kerajaan. Tapi disebabkan sikap kiasu mereka menolak
perkongsian kuasa. PRU13 menjadi saksi terhadap betapa kiasunya mereka demi
menangguk di air yang keruh.
Dalam perniagaan, lihat betapa
semangat kecinaan ini membenam peniaga-peniaga melayu. Pemborong-pemborong cina
memberikan harga yang lebih mahal kepada peniaga melayu, tetapi dengan peniaga
cina dengan harga yang murah. Kenapa tidak mahu bersikap sama rata dalam hal
seperti ini, seperti yang dilaungkan oleh DAP “kesamarataan”. Siapakah ahli
politik cina yang pernah memperjuangkan untuk menghentikan sikap double
standard pemborong cina ini? Tiada. Mereka mahu meneruskan seperti itu kerana ia
memberi kelebihan kepada kaum mereka. Mengapa mahu bercakap tentang
kesamarataan sedangkan kaum cina sendiri tidak pernah mengguna pakai konsep
kesamarataan dalam hidup mereka.
Pemangku presiden gerakan mahu
UMNO dibubarkan sedangkan membiarkan DAP terus berkuasa sebagai parti kaum
cina. Jaminan apakah yang mampu diberikan sekiranya BN menjadi parti tunggal
masyarkat cina akan kembali sokong BN? sedangkan dalam PRU13 kita dapat lihat
undi kaum cina “swing” hampir 100% kerana semangat kiasu. Selama ini pun kaum cina memberi undi kepada BN bukan kerana suka BN, tetapi kerana ada parti cina dalam BN yang boleh menjaga kaum cina. Kenapa tidak berikan
cadangan semua parti kaum cina dibubarkan dan masuk kepada parti melayu. PAS
sudah merintis jalan menerima orang bukan islam/melayu kedalam PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenapa tidak mahu memberi cadangan
DAP dibubarkan dan masuk PAS atau PKR untuk memperlihat mereka bukan rasis.
Kenapa mahu UMNO dibubarkan? UMNO yang didukung oleh sebahagian besar umat
melayu itu dicadangkan pembubarannya. Seolah-olah tidak mahu melihat melayu itu
bersatu, biar cina sahaja yang bersatu.
Hujah penulis diatas bukan untuk
menyemai sikap benci kaum cina, tetapi untuk menunjukkan kaum ini perlu
membuktikan keikhlasan mereka sebagai rakyat Malaysia. Mereka yang paling
banyak menentang usaha merintis jalan pembentukan bangsa Malaysia. Bukalah
pintu hati itu, terima kaum lain dalam masyarakat kerana keikhlasan, bukan
kerana keuntungan yang bakal diraih. Kalau perpaduan itu diwujukkan hanya
kerana keuntungan sahaja, kalau tidak ada keuntungan tidak mahu perpaduan, itu
tidak ikhlas namanya. Mereka yang patut berubah. Melayu sudah banyak bekorban
demi keikhlasan, kini tiba giliran mereka pula untuk berkorban demi menunjukkan
keikhlasan. Tunjukkanlah…