Berkabung untuk UMNO |
Samaada kita sedar atau tidak kem MO1 telah membuat propaganda terhadap rakyat Malaysia. MO1 telah membuat propaganda untuk memfitnah Tun M (untuk menjatuhkan kredibiliti), mempromosi diri MO1. Banyak cyber trooper kerajaan MO1 diarahkan untuk melakukan propaganda ini semata-mata untuk MO1 sahaja. Tiada lagi tindakan untuk rakyat, segalanya untuk MO1.
PROPAGANDA MO1
mengapa MO1 amat memerlukan propaganda ini, ia adalah kerana kebanyakan perancangan dia tidak menjadi. sebagai contoh kerajaan MO1 terpaksa melakukan promosi untuk memperlihatkan kejayaan plan transformasi. keluar duit beratus ribu atau mungkin jutaan semata-mata untuk membuat promosi memperlihatkan kejayaan transformasi, tidakkah itu pelik?... ia terpaksa dilakukan kerana transformasi itu gagal mensejahterakan rakyat. sehingga kini rakyat terpaksa menanggung peningkatan sara hidup, rakyat semakin susah. tiada kesan transformasi ini kepada rakyat. Propagada adalah alat yang digunakan utk menipu rakyat sekali lagi.
kesilapan 1MDB yang semakin terserlah dan menyerlahkan salah guna kuasa oleh MO1. 1MDB di siasat oleh 6 buah negara luar, satu demi satu kesilapan 1MDB dibongkarkan dan secara tidak langsung membongkar kesalahan MO1. propaganda digunakan untuk menutup kesalahan MO1 didalam negara. nak ke US pun dah takut.
kekuatan Tun M akan menyebabkan parti MO1 kehilangan pengundi. segala macam propaganda dilakukan, memfitnah Tun M dan keluaganya, memperlekehkan kredibility Tun M, kenyataan media yang salah drpd Agong. Sedar ataupun tidak, Tun M mempunyai 1.4 juta tandatangan rakyat yang menolak MO1 sebagai PM yang sebahagian besarnya Ahli UMNO. 1.4 juta ini akan berubah jadi undi kepada Parti BERSATU, satu tamparan yg hebat kepada MO1. SEGALA-GALANYA ZAMAN MO1 HANYALAH KHAYALAN ATAUPUN RETORIK SEMATA-MATA.
KEHEBATAN TUN M
Tun M tidak perlukan propaganda seperti MO1. Perancangan Tun M dapat dirasakan oleh rakyat sehingga kini. Rakyat membandingkan kehidupan zaman Tun M dan MO1, ternyata zaman Tun M masih yang terbaik. rakyat merasainya. wawasan 2020 masih menjadi pegangan rakyat malaysia. kawasan2 perekonomian seperti KL, putrajaya, cyberjaya masih lagi tempat tumpuan ekonomi. tiada tempat tumpuan ekonomi baru yang dibuat oleh MOI. sebab itulah Tun M masih di hormati oleh masyarakat malaysia dan dunia.
pada ketika ini, jika MO1 mahu melawat rakyat, tempat itu telah dimaklumkan terlebih awal untuk dibuat persediaan. MO1 melawat bukan untuk melihat kesusahan rakyat, tetapi untuk mempromosi dirinya. Tun M semasa menjadi PM, melawat kawasan secara senyap untuk melihat kesusahan rakyat, supaya dia boleh menolong rakyat. TUN M MEMIMPIN UNTUK RAKYAT, MO1 MEMIMPIN UNTUK SURVIVAL KUASANYA.
disclaimer: artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak bermaksud untuk menghasut terhadap apa-apa perkara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan