15 Disember, 2009

Kekejaman Chin Peng tak boleh dimaaf

-
Oleh: Rejal Arbee

Kelmarin adalah ulang tahun ke-20 perjanjian Hatyai yang membawa kepada berakhirnya pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang bersetuju meletakkan senjata. Sebagai menghormatinya, Malaysia memberi kelonggaran untuk menerima kembali rakyat Malaysia yang terpesong itu jika mereka mohon dan mematuhi beberapa syarat.

Mereka yang tidak ingin kembali ke tanah air, akan diterima Thailand untuk terus berada di negara itu. Berikutan itu, kira-kira 400 orang bekas pengganas kembali untuk menghabiskan masa mereka bersama sanak saudara di Malaysia manakala 800 orang lagi memilih terus tinggal di Thailand.

Malah, ada juga lebih 20 rakyat Singapura yang mahu kembali ke negara mereka tetapi tidak dilayan. Angka ini didedahkan oleh Fang Chuang Pi, orang kanan Chin Peng dan warga Singapura yang pernah digelar sebagai The Plen (plenipotentiary) oleh Lee Kuan Yew kerana memainkan peranan sebagai perantara dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Komintern (Jawatankuasa Komunis Antarabangsa) pada 1950-an.

Fang sudah meminta jasa baik Lee mengikut jejak Malaysia untuk membolehkan rakannya itu kembali ke republik terbabit. Permintaan itu dibuatnya melalui satu pertemuan dengan akhbar Nanyang Siang Pau pada Julai 1997.

Bagaimanapun hasratnya itu ditolak bulat-bulat oleh Lee dua minggu kemudian melalui satu kenyataan yang disiarkan The New Paper di Singapura. Bagi mereka, tidak pula sesiapa yang hendak membela?

Antara kira-kira 800 bekas anggota PKM yang memilih untuk terus tinggal di Thailand ialah Chin Peng kerana tidak bersetuju dengan syarat membolehkannya kembali. Malah dia yang menetapkan syarat iaitu antaranya kerajaan hendaklah menerimanya kembali sebagai jaguh menentang penjajah.

Kini, menjelang ulang tahun ke-20 perjanjian itu, ceritanya berubah. Dia sudah berhasrat mahu kembali. Ini sudah diatur demikian rupa dengan mendapat simpati beberapa akhbar dan portal berita tertentu menyokong kepulangannya.

Propagandanya adalah berikutan kegagalannya mendapat perintah mahkamah membenarkannya kembali. Permohonannya itu ditolak hingga ke Mahkamah Persekutuan pada April lalu kerana gagal mengemukakan bukti dia dilahirkan di sini atau dia adalah warga Malaysia.

Chin Peng sebelum itu menerbitkan sebuah buku Alias “Chin Peng: My Side of History” pada 2003 yang cuba mengaburkan kekejaman PKM serta peranannya sebagai pemimpin pengganas yang membawa kesengsaraan kepada seluruh rakyat.

Hasilnya kini ramailah yang bersimpati pula dengannya hingga terus saja mahu melupakan kezaliman puaknya yang menindas, membunuh orang yang tidak berdosa serta menyebabkan kesengsaraan kepada ramai rakyat negara ini.

Agak malang ada pula yang menganggapnya pejuang untuk membebaskan negara ini daripada belenggu penjajahan. Malah ada yang menyatakan Chin Peng juga pejuang kemerdekaan dan seorang patriot. Begitu mudahnya mereka ini mahu melupakan bahawa Chin Peng menentang kerajaan yang dipilih rakyat hingga 1960 — tiga tahun selepas kemerdekaan, apabila darurat diisytiharkan tamat.

Apapun, Chin Peng kemudian mencetuskan “Darurat Kedua” yang hanya tamat pada 1989 dengan perjanjian di Hatyai itu. Mengikut Paul Kiong, pegawai polis dari Bahagian Khas, Chin Peng mempergunakan peristiwa 13 Mei 1969 untuk mencetuskan kacau bilau dengan menghantar 120 pejuangnya ke Kedah, Perak dan Pahang. Apakah tindakan begini boleh dianggap seorang pejuang untuk membebaskan negara?

Setelah gagal mendapatkan perintah mahkamah membolehkannya menetap di sini, pelbagai kempen melalui beberapa akhbar dan portal berita digunakannya untuk menyokong hasrat itu. Maka dengan itu timbullah pelbagai penulisan khususnya dalam akhbar Cina dan Inggeris tertentu dan pelbagai blog dan portal berita yang dikatakan bebas tetapi terang-terangan berterusan memperlekehkan pemerintah.

Akhbar serta blog tertentu yang bersimpati dengan Chin Peng, juga memberi ruang kepada pembaca yang menyokong bekas pengganas itu. Kononnya dia sudah tua dan hanya ingin menghabiskan hayatnya di tempat dia dilahirkan. Apakah hasrat murninya itu pun tidak boleh diterima?

Kononnya dengan menolak permintaan Chin Peng itu, Malaysia mengkhianati perjanjian yang ia sendiri memeterai kerana tidak mematuhi peruntukan yang menjamin sesiapa saja antara anggota PKM yang mahu kembali dibenarkan.

Mereka ini sengaja tidak menghiraukan keseluruhan peruntukan itu yang menetapkan bahawa kelonggaran itu tertakluk kepada satu had jangka masa dan bukanlah buat selama-lamanya selain tertakluk kepada beberapa syarat lain. Kini tempoh had itu sudah pun berlalu. Jadi bagi Chin Peng dia sudah terlewat, seperti kata pepatah “sesal kemudian tak berguna”.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai yang menghadiri rundingan membawa kepada perjanjian Hatyai itu sebagai Penolong Pengarah Bahagian Khas, melawat kawasan penempatan bekas PKM di selatan Thailand sebanyak tiga kali untuk meninjau keadaan mereka. Dan dalam pertemuannya dengan Chin Peng ketika itu, pemimpin PKM terbabit tidak pula pernah menyatakan hasratnya untuk kembali ke kampungnya, kata Norian.

Malangnya mereka terus menerus berjuang untuk membolehkan Chin Peng kembali. Kenapa beberapa bekas ketua PKM, semuanya yang dinamakan itu adalah Melayu seperti Rashid Maidin, Samsiah Fakeh, Zainon Ah Yan, Suraini Abdullah dan Abu Samah Mohamad Kassim dibenarkan kembali.

Apakah usaha ini tidak menunjukkan mereka itu sengaja menjadikan perkara ini sebagai satu isu perkauman? Mereka tidak pula menyatakan bahawa majoriti daripada 400 orang bekas PKM yang dibenarkan kembali, adalah berketurunan Cina.

Jelas sekali mereka ini sengaja memutarbelitkan fakta. Samsiah Fakeh seperti juga Musa Ahmad dibenar kembali sebelum perjanjian itu lagi. Malah mereka ini dituduh sebagai pengkhianat oleh PKM. Rashid Maidin dan Abdullah CD terus berada di selatan Thai dan tidak berhajat untuk kembali. Rashid dibenarkan kembali buat seketika untuk menemui saudara maranya dan kemudian pulang semula ke Thailand.

Tetapi dengan sebab sifat perkauman mereka, perkara ini pun dijadikan isu kaum kononnya kerajaan hanya membenarkan Melayu saja pulang. Inilah dia warga kita yang kononnya mahu menegakkan keadilan tetapi selalunya melihat berbagai perkara daripada sudut kesempitan pemikiran perkauman mereka. Dan dituduh pula akhbar Melayu yang bersifat perkauman hanya kerana tidak sokong pemulangan Chin Peng. Pada hal mereka inilah yang benar-benar bersifat perkauman.

Jadi tidak menghairankan bagaimana pelbagai pihak yang ingin sangat melihat Chin Peng dibenarkan kembali ke Sitiawan cuba pula menidakkan kekejamannya menindas dan membunuh rakyat yang tidak berdosa. Mereka seolah-olah mahu memutihkan kekejaman yang dilakukan PKM ketika mereka bermaharajalela menyerang dan membunuh rakyat negara ini yang tidak sehaluan dengan mereka.

Mereka mengatakan pula kalau Jepun dan Jerman yang mencetuskan Perang Dunia Kedua yang membawa kepada berjuta terbunuh atau cedera dan terpaksa mengalami keperitan hidup pun kini sudah boleh diterima kembali, kenapa Chin Peng tidak boleh dimaafkan.

Jelas sekali mereka sengaja cuba mengabui mata rakyat. Jerman dan Jepun adalah negara tetapi jika pemimpinnya, Hitler masih hidup sudah tentu dia dihadapkan ke muka pengadilan Nuremburg seperti nasib ketua Nazi lain. Demikian juga halnya bagi Jeneral Tojo.

Sebenarnya Chin Peng sepatutnya sudah insaf dia tidak pula dibawa ke pengadilan untuk menghadapi tuduhan pembunuhan dan pelbagai perlakuan ganasnya ketika memimpin PKM seperti dipersetujui di Hatyai 20 tahun lalu itu.

(Sumber: Berita Harian, 3 Disember 2009).
+

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin