Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Mizan Zainal Abidin telah bertitah agar pilihanraya masjid yang dicanang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dihentikan. Daulat Tuanku! Titah Baginda ini merupakan satu kemenangan yang besar buat seluruh umat Islam. Dan dalam masa yang sama titah Baginda ini menjadi satu tamparan hebat buat Kerajaan DAP Pulau Pinang yang begitu licik menyucuk jarum perpecahan dalam umat Islam.
Cadangan pilihanraya masjid yang dipelopori oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ini diperkatakan oleh ramai rakyat. Blogger SatD dari blog Pure Shitte membincangkan dan membongkar kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ini melalui beberapa artikelnya. Terdahulu beliau menyingkap kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam soal pelaksanaan pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang ini.
Beliau telah mempersoalkan bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh nekad melaksanakan pilihanraya ini sedangkan prosedur yang ditetapkan tidak diikuti sebaiknya. Beliau membuat penulisan yang agak terperinci dengan mengemukakan data dan fakta berdasarkan thesis seorang pensyarah yang mana menunjukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba mengenepikan peranan YDPA yang mempunyai kuasa dan peranan ke atas hal ehwal Islam Pulau Pinang.
Faktanya, Kerajaan DAP Pulau Pinang sama ada sengaja atau tidak, jelas sekali cuba mengenepikan peranan ini dengan tidak mendapatkan perkenan YDPA. Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang ini saling tidak ubah seperti sebuah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan bercorak republik. Seluruh rakyat tidak hairan kerana DAP sememangnya terhasil dari ayahnya di Republik Singapura iaitu PAP. Mentee sudah tentu akan mengikut gaya mentor.
Berikutan kepincangan yang dikesan dalam isu ini, blogger SatD melalui artikel berikutnya menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sentiasa melaungkan CAT menjawab beberapa soalan penting. Soalan-soalan yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seperti berikut:
1. Siapa yang bertanggungjawab mengemukakan kepada Majlis Islam Pulau Pinang berhubung cadangan pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang?
2. Siapakah NGO yang turut terlibat seperti mana diberitahu oleh Abdul Malik Kassim dalam "Persetujuan Bersama".
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
4. Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang berunding dengan Penasihat Undang-Undang Negeri terlebih dahulu?
Tersentak dengan gesaan oleh pelbagai pihak, Lim Guan Eng kepanasan dan mengeluarkan beberapa kenyataan menafikan penglibatannya dalam pilihanraya masjid seluruh Pulau Pinang. Blogger SatD sekali lagi melondehkan Lim Guan Eng melalui artikel terbaharunya. Bak kata beliau, Milaka AhBeng Lim Guan Eng mau kencing tapi kantoi! Lu mana mahu lari AhBeng? Baca pendedahan menarik di SINI.
Terdahulu, penulis mempersoalkan kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mahu melaksanakan pilihanraya masjid di seluruh Pulau Pinang? Sengaja penulis menukil tajuk artikel terdahulu seperti berikut iaitu "Kerajaan DAP Pulau Pinang berjanji laksanakan pilihanraya tokong, gereja dan kuil?" secara sinis supaya rakyat boleh menilai sejauh mana kredibiliti, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) yang kononnya diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kepada Kerajaan DAP Pulai Pinang, tidak perlulah diusik masjid yang menjadi simbol perpaduan umat Islam.Apakah alternatif Kerajaan DAP Pulau Pinang setelah YDPA tolak pilihanraya masjid? Jika kerajaan DAP Lim Guan Eng sudah tidak ada kerja lain sangat, elok mereka 'meneruskan janji' mereka iaitu melaksanakan pilihanraya bagi tokong, gereja dan kuil. Itu pun kalau penganut agama lain itu tiada bantahan!
CAT Mr CM? Nah... Zero!
+