Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan pengakuan Ahli Parlimen Bandar Baharu-Kulim, Datuk Zulkifli Noordin (bekas peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim) bahawa beliau memperdaya Ulama Besar Dr Syeikh Yusuf al Qardhawi berhubung pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar.
Tujuan Anwar memperdaya Syeikh Yusuf Qardhawi (melalui Zulkifli Noordin) adalah untuk mendapatkan dari mulut ulama besar itu satu ayat iaitu isu Anwar ini adalah isu fitnah, dan perlu dikenakan Qazaf. Apa yang keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi ini digunakan sepenuhnya oleh Anwar dan disebarkan secara meluas kepada masyarakat melalui cetakan video cakera padat (VCD), ceramah politik, dan sebagainya.
Pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin ini disingkap oleh laman AIDC melalui satu wawancara yang dibuat di Bangunan Parlimen pada 14 Jun 2011. Berikut penulis petik sedutan beberapa soalan dan jawapan bagi tatapan kita semua. [Wawancara penuh boleh dibaca di laman AIDC].
AIDC: Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini di bawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?
Zulkifli Noordin: Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf. Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf. Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi. Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat. Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.
AIDC: Adakah ini dirancang oleh Anwar ?
Zulkifli Noordin: Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu. Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.
AIDC: Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?
Zulkifli Noordin: Maksudnya begini lah… kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik. Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita tidak beri gambaran (sebenar), iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..(ada) ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu). Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. (Itupun) Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam. Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat. Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf. Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat. Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu. Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. Kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.
AIDC: Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?
Zulkifli Noordin: Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple. Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah. Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (televisyen) dia percayalah. Sebab orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu. Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? Ustaz tv (itu) kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah. Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.
Sesungguhnya Zulkifli Noordin telah melakukan satu kesilapan yang cukup besar kesannya kepada masyarakat. Peranan beliau bersekongkol dengan Anwar Ibrahim memperdaya ulama besar seperti Syeikh Yusuf Qardhawi memberikan impak yang cukup besar. Umat Melayu Islam yang sememangnya terkenal dengan ikut apa saja cakap ulama' sudah menelan bulat-bulat fatwa ini. Hasilnya kini, agama Islam dipermainkan. Bukti-bukti seperti video, DNA, air mani, SMS, penyiasatan pihak berkuasa dan sebagainya ditolak mentah-mentah.
Nasihat penulis buat Zulkifli Noordin ialah molek kiranya YB pergi kepada media dan membuat kenyataan terbuka agar seluruh rakyat dapat mengetahui kedudukan yang sebenar. Perbuatan memperdaya ulama besar yang dilakukan atas nama Anwar ini sebenarnya telah memberikan kesan yang amat besar kepada rakyat terutamanya umat Islam. Bukan boleh diperbaiki dengan hanya memaklumkan kepada sebuah laman web berlandaskan internet semata-mata. Berapa ramaikah yang dapat dimaklumkan? Berapa ramaikah yang sudah diperbetulkan pemikirannya? Rasanya, hanya segelintir sahaja.
Kesan fatwa Syeikh Yusuf cukup besar. Amat besar. Penulis masih ingat lagi kata-kata seorang sahabat dari Pas bahawa bukti-bukti seperti video tidak terpakai kerana isu Anwar adalah isu Qazaf dengan memetik kata-kata (fatwa) yang dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf Qardhawi. Terlalu ramai yang terpedaya dengan percaturan yang dibuat atas niat jahat. Lihat sahaja betapa banyak blog-blog yang menggunakan 'fatwa' Yusuf Qardhawi ini demi pertahankan perkara yang salah.
Penulis masih ingat betapa ramainya umat manusia yang penulis temui di kampung-kampung bercakap soal ini dengan mengaitkan perbuatan liwat Anwar dengan Qazaf bersandarkan fatwa Syeikh Yusuf ini. Fatwa yang keluar dari seorang yang dihormati seperti ulama memang memberikan kesan yang sangat mendalam. Terlalu ramai yang sudah tertipu. Terlalu ramai!
Syukur Alhamdulillah, Zulkifli Noordin cepat sedar, insaf dan mengakui kesilapannya. Bukan mudah untuk mengakui kesilapan. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab YB Datuk Zulkifli Noordin untuk menerangkan kepada masyarakat. Penulis sangat percaya bahawa sehingga ke hari ini masih ramai yang tidak mengetahui cerita dan kedudukan yang sebenar berhubung Fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi tersebut terutamanya yang berada di kampung-kampung.
Pakcik-pakcik berketayap masih lagi memegang kuat fatwa "Konspirasi II" Yusuf Qardhawi ini ketika bersembang politik di warung kopi di kampung-kampung. Anak-anak muda masih lagi mati akalnya dek kerana tertelan fatwa yang ternyata tidak benar ini. Segeralah tampil dan buat pengakuan terbuka di hadapan media agar dapat disiarkan di kaca televisyen semoga sampai apa yang ingin diperbetulkan. Bukan sikit umat yang sudah tertelan fatwa ini!
+
1 ulasan:
pandainya dia buat konspirasi :-)
'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
>>>http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/<<<
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<
Catat Ulasan