14 November, 2013

SEBARKAN KESEDARAN ANCAMAN TERHADAP ISLAM DIMALAYSIA -Memorandum M-UPRo



Dibawah adalah memorandum M-UPRo untuk menangkis ancaman COMANGO terhadap kemuliaan  islam di Malaysia. Tujuan penulis menyebarkan memorandum ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umat islam di Malaysia, tentang wujudnya ancaman terhadap agama islam oleh rakyat Malaysia sendiri. Umat islam di Malaysia perlu bersatu dalam menentang tuntutan COMANGO ini, dan seterusnya memberi isyarat kepada persatuan yang berniat untuk menyentuh kesucian islam, supaya jangan bermain dengan api.

Kenyataan NGO Islam  UPR ini dikeluarkan  pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H

Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian berikut:

Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;

Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam;

Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);

Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.

Dengan latar belakang tersebut, kami berpandangan bahawa:

A. Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

B. Perbuatan COMANGO ini bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawa seliaan dan pemerhatian HRC UN.

C. Kerajaan perlu menjelaskan kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat Negara ini terdiri daripada penganut berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun Negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara Agama Islam pada semua masa.

D. Kealpaan perwakilan Negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak tuntutan-tuntutan sebegini –

i. Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”;

ii. Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir;

iii. Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;

iv. Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Negeri-negeri;

v. Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh Negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing;

vi. Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam;

vii. Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBT ;

viii. Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabiĆ­ itu sebagai perbuatan jenayah;

ix. Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.

x. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBT diterima oleh Malaysia;

xi. Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;

xii. Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;

Justeru, MuslimUPRo mendesak Kerajaan supaya:

i. Bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam;

ii. Menghalang pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu, institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi Islam sebagai agama Negara;

iii. Mengambil tindakan sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang memperuntukkan undang-undang melindungi Islam;

iv. Menolak tuntutan COMANGO dan Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai Agama Negara;

v. Merundingi Majlis-Majlis Agama Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.

vi. Bertegas menghalang COMANGO dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana hanya segelintir (12 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan;

vii. Mana-mana pihak yang berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara.

viii. Menyiasat sumber kewangan yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara;

Azril Mohd Amin – Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva, Switzerland 

MuslimUPRo adalah dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).

Sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/2013/10/jihad-muslim-upro.html

21 Jun, 2013

ADAKAH PENYOKONG PR DI TARBIAH MENJADI SAMSENG..



Dari pandangan masyrakat marhaen
 
Alhamdulillah, dalam PRU13, BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Sekiranya BN tewas, sekarang Malaysia sudah ditadbir orang yang gila kuasa, orang yang mahu menggadaikan islam, orang yang mahu menambah penindasan terhadap melayu (selepas melayu ditindas dalam sector perniagaan dan penindasan pekerja melayu disyarikat cina). Selepas tewas dalam PRU13, masyarakat Malaysia dapat melihat bagaimana reaksi DS Anwar Ibrahim yang terserlah seperti gila kuasanya. Membuat perhimpunan haram dan membuat cerita tentang konspirasi semasa PRU13 (akhirnya buat laporan hanya berkenaan dakwat kekal). 

Terdapat juga penyokong-penyokong PR yang telah mencapai tahap taksub. Baru-baru ini, rakan penulis telah menerima ugutan kerana lantang mempertahankan UMNO dan BN. Menurut cerita rakan penulis ini, ada juga rakan-rakan yang lain menerima ugutan bunuh kerana mempertahankan UMNO dan BN. Mereka telah membuat laporan polis, dan alhamdulillah sekarang pihak polis memantau keselamatan mereka. Nampaknya penyokong PR sudah menunjukkan belang, mahu rakyat Malaysia yang menyokong BN tunduk kepada mereka dengan cara kekerasan. 

Kejadian ini, pada pendapat penulis adalah disebabkan tarbiah daripada pemimpin-pemimpin PR sendiri. Lihatlah bagaimana mereka memberi galakan kepada anak muda untuk menentang kerajaan dengan demontrasi jalanan. Ada juga yang menyatakan, kalau mati semasa demontrasi jalanan itu adalah mati syahid. Dan banyak lagi kata-kata yang membakar semangat. Kata-kata pembakar semangat ini, jika di campur dengan emosi anak muda yang tidak menggunakan akal akan terjadilah pengikut yang taksub, bertindak membuta tuli. Mereka ini akan melihat sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan sebagai musuh. Ini semua dilakukan hanya bertujuan untuk menjadikan PR berkuasa di Malaysia. Sekiranya ada Negara lain yang serang Malaysia sekarang, sudah pasti mereka akan menyokong Negara luar itu. Lihatlah betapa bahayanya tindakan pemimpin yang gila kuasa sehingga membahayakan Malaysia secara keseluruhan.

Kepada bloggers dan penyokong UMNO dan BN. Jangan sesekali kita tunduk atau mengalah dengan tekanan-tekanan daripada penyokong PR. Sesungguhnya kita dipihak yang benar. Jika bukan kita sebagai penyokong UMNO dan BN, siapa lagi yang akan mempertahankan Negara Malaysia ini. Kita harus menjawab segala tuduhan PR, tunjukkan bukti bahawasanya mereka salah, sebarkan melalui penulisan. Dunia cyber sekarang ini telah menjadi medium penyebaran fitnah yang terbesar. Perlu ada orang yang melawan fitnah ini sebelum ia menjadi tidak terkawal. Bersuaralah… Jangan biarkan fitnah terus berleluasa, tentanglah fitnah-fitnah ini sehingga kita Berjaya.

"saya berdoa malaysia ini terpelihara dari kacau bilau dan fitnah"

04 Jun, 2013

TELADAN TUN RAZAK YANG WAJIB DIIKUTI DATO' SRI NAJIB

Pertamanya, penulis tidak pernah mempunyai niat untuk menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib dengan penulisan yang dibuat. Ada kalanya teguran dibuat secara berkias (SINI) dan ada kalanya secara berterus terang sahaja (SINI). Ianya adalah teguran ikhlas dari seorang blogger pro-UMNO yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Penulis hanya menulis secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun.

Begitu juga dengan barisan sahabat penulis di blog Kembara Politik ini iaitu blogger Anak Panji Semerang, blogger Anak Melayu dan blogger Nota Pendek. Kesemua sahabat penulis itu dipelawa menulis jika ada ruang masa dan secara ikhlas hati. Kesemua kami di blog Kembara Politik bukanlah blogger sepenuh masa. Masing-masing ada kerja masing-masing yang perlu diutamakan.

Nawaitu penulis menulis di blog adalah kerana semata-mata ingin menyatakan kebenaran. Dan bagi penulis itulah yang sepatutnya ditulis oleh blogger-blogger yang sayangkan UMNO. Pendapat peribadi penulis, Dato' Sri Mohd Najib yang penulis kenali adalah seorang yang sangat berkebolehan. Seorang pemimpin yang tidak sombong. Penulis secara peribadi menyokong penuh kepimpinan Dato' Sri Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Tapi ada kalanya Dato' Sri Najib perlu mendengar secara terus suara akar umbi UMNO (SINI). Suara-suara inilah yang mendokong Dato' Sri sebenarnya. Yang menulis dan berjuang tanpa minta sesen pun dari UMNO. Ramai yang menulis ini tidak bertuan. Mereka penulis bebas. Malahan tidak punya jawatan pun dalam UMNO. Tulis kerana semata-mata tidak mahu UMNO terus ditanam persepsi yang negatif oleh pembangkang.

Antara jentera pilihanraya pun ramai yang berkempen bukan sebab ada imbuhan. Tidak seperti sesetengah pemimpun yang tidak dicalon terus ditutup bilik gerakan. Jentera pun turut sama boikot. Yang ada jawatan dalam UMNO pula terus dengan sikap bodoh sombong tidak mahu salur maklumat apabila diminta secara peribadi bagi membalas serangan pembangkang. Padahal niat blogger yang minta maklumat tepat adalah untuk patahkan pembohongan yang dibuat pembangkang.

Cuma pada hemat suara akar umbi (termasuklah penulis), Dato' Sri terlalu melebihkan pada asas sokongan yang sia-sia yang mana sudah diketahui kesudahannya dari awal lagi. Atau secara terus terangnya, strategi cuba memancing undi kaum Cina secara berlebihan agar BN beroleh 25% hingga 30% sokongan kaum ini sebenarnya hanya menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera memendam rasa dan rasa semacam dianaktiri.

PRU13 jelas menunjukkan sikap sebenar pengundi kaum Cina terhadap Barisan Nasional. Penolakan kaum Cina secara hampir total sebegini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah PRU. Dengan sokongan 90% kaum Cina terarah kepada pembangkang (seperti mana dikata Tun Daim), setinggi 96% (seperti didakwa Dato' Ali Rustam), atau 95% (oleh penulis), ianya jelas menunjukkan niat sebenar kaum Cina. Apa yang kaum Cina mahu telah dirumus dalam artikel penulis pada 6 Mei 2013 (SINI).

Jadi tidak perlulah Dato' Sri masih lagi menggunakan strategi yang sia-sia itu. Usah pula Dato' Sri jadi pemudah cara dengan menunaikan tawaran yang merugikan Melayu dan Bumiputera yang dibuat Anwar Ibrahim itu pula. Usah ditabur lagi segala bentuk bantuan yang pelik-pelik seperti bantuan jutaan ringgit untuk sekolah Cina. Bantulah orang Cina yang miskin yang benar-benar perlukan bantuan. Bantulah pelajar kaum Cina yang pandai tapi miskin. Bantulah seperti mana yang diboleh dalam Perlembagaan sahaja.

Apa yang perlu dibuat ialah tumpuan yang lebih pada asas sokongan BN. Gesaan penulis agar Dato' Sri Najib menumpukan kepada asas sokongan BN sebenarnya sudah lama dibuat sejak tahun 2009 lagi (SINI). Siapakah asas sokongan BN? Orang Melayu, Orang Asli, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Malahan jangkaan bahawa kaum Cina tidak akan menyokong BN pun sudah dijangka kerana parti DAP Berjaya menyemai perasaan benci terhadap UMNO yang didakwa mengamalkan dasar-dasar afirmatif yang meminggirkan kaum Cina sehingga mendakwa sistem negara dikuasai Melayu (SINI). Hakikatnya tidak begitu. DAP juga berjaya menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat (SINI).

Untuk 5 tahun mendatang sebelum PRU14 ini, akar umbi mahukan Dato' Sri Najib mengambil contoh teladan Allahyarham Negarawan Tun Abdul Razak. Apa yang Tun Razak lakukan selepas Pilihanraya 1969? Apakah ketika itu kaum Cina menyokong Perikatan? Tidak. Tun Razak tidak pula melaksanakan dasar-dasar yang merugikan peribumi dan tidak pula terkejar-kejar undi kaum Cina.
 
Dasar-dasar afirmatif yang dilaksana oleh Tun Razak berjaya menguatkan asas sokongan BN iaitu kaum Melayu dan Bumiputera. Dan tempias kemakmuran hasil dari dasar yang baik turut dikongsi bersama semua kaum. Kekuatan asas sokongan kaum Melayu dan Bumiputera kepada BN akan dengan sendirinya mengendurkan hasrat politik kaum Cina. Seterusnya mengembalikan sokongan semua kaum terhadap amalan perkongsian kuasa yang telah lama diamal dengan jayanya dari semua sudut  tanpa sebarang masalah besar.
 
Wallahualam.

03 Jun, 2013

Najib akan kalah PRU14 jika terus kejar undi Cina dan abai kepentingan Melayu Bumiputra

Apa yang perlu Najib Razak buat?

Bubar UMNO tubuhkan hanya parti tunggal BN? TIDAK! Kalau buat juga Najib bakal dikuburkan. Tabur pada 90% pengundi kaum Cina yang undi PR? TIDAK! Kalau buat juga PRU14 UMNO/BN bakal dikuburkan.

Jadi, apa yang perlu Najib buat? Sangat banyak yang perlu dilakukan. Tapi kita beri satu dahulu.

Pertama: Reward pengundi yang mengundi BN. Tidak perlu nak tunggu sebarang rintihan, rayuan dan tuntutan dibuat baru nak laksana.

Siapa yang undi BN? Kaum Cina yang 90% mengundi PR? TIDAK! Siapa yang undi BN? Kaum Melayu, Orang Asli, Bumiputra Sabah & Sarawak, dan kaum India!

Bagaimana hendak reward? Kebanyakan asas sokongan ini dari kawasan pedalaman, estet, luar bandar, kampong, dan Felda. Dan kawasan ini banyak yang terkebelakang dari banyak sudut. Jadi memang sangat perlu segala keperluan asas, pembangunan dipertingkat, dan segala tuntutan kaum Melayu/Bumiputra perlu didengar dan diikut sepenuhnya.

Kita ambil contoh mudah yang boleh dilihat secara jelas. Jalanraya kawasan kampong seatutnya mestilah setaraf jalan di Bandar. Ini tidak, jurang Nampak sangat jelas. Jalan di kampong itulah yang berlopak sana-sini yang lambat dibaiki sedangkan kalau ianya berlaku di kawasan Bandar yang DUN dimenangi pembangkang (90% yang menolak BN) cepat sahaja kerajaan BN baiki.

Begitu juga dengan bekalan air bersih. Di kawasan yang BN menang itulah yang tidak selesai-selesai masalah air sering terganggu. Jika berlaku gangguan air di DUN yang dikuasai pembangkang cepat pula kerajaan selesaikan. Dan jarang-jarang pula berlaku.

Begitu juga dengan segala lampu-lampu jalan yang banyak dipacak di kawasan DUN yang dimenangi pembangkang (terutamanya di kawasan Bandar). Di DUN yang dimenangi BN pula suram di waktu malamnya. Asyik bergelap saja. Nak jumpa satu tiang lampu jalan (di kawasan pedalaman) yang menghubungkan kampong A dengan kampung B pun susah.

Pelik benar keutamaan kerajaan! Takkanlah masih nak kejar undi kaum 90% yang tidak pun undi kerajaan. Sedangkan keutamaan amat sepatutnya diberikan kepada pribumi yang jauh ketinggalan dalam banyak sudut.

Jangan sampai yang sokong pada PRU13 bertukar jadi tak sokong pada PRU14 sudahlah!

02 Jun, 2013

PASCA PRU13: PERINGATAN PENTING BUAT DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Suatu hikayat buat renungan bersama

BACALAH dengan minda yang terbuka pepatah lama karangan orang dulu kala. Tentu banyak yang tersirat di dalamnya meskipun tidak ramai yang memahaminya kerana sudah terlalu moden adanya sehingga kehilangan jati diri dan rupa bangsa. Maka tentulah sukar untuk memahami duduk perkara dan buah bicara Melayu yang begitu hebat susun aturnya.

Arakian maka berlarilah semua para pembesar ke seluruh negara apabila melihat huru hara bakal menjelma. Sudah gemuruh bunyi garuda, sudah gegak gempita seantero benua bahawa malapetaka sudah menunggu hanya bala belum tentu bila ketikanya.

Ditanya oleh memanda menteri kepada sekelian pembesar negara bagaimana keadaan cuaca dan duduk bangun rakyat jelata semua?

Tanpa ragu, melompat-lompat seperti kera kena belacan para pembesar memberi laporan bahawa semuanya dalam sejahtera wahai mamanda. Janganlah bimbang, rakyat sangat gembira, hidup bagaikan dalam syurga loka. Makanan melimpah ruah, ayam itik penuh di kandang, padi beras penuh di gudang. Rakyat jelata semua jelas kekenyangan hingga mata puteh bundar dan buntang.

Mafhum aula sungguh gembira menteri memanda apabila mendengar perkhabaran itu. Lantas apakah yang riuh rendah dan gegak gempita di hujung sana soal memanda lagi. Oh, itu sebenarnya kumpulan pedagang yang datang menumpang kasih dan melulur sayang dari kita. Ada si Kitul dan juga ada Sang Li Po juga turut serta.

Lantas kerana rakyat jelata sudah cukup semua, moleklah juga kita tumpukan perhatian kepada mereka yang ke mari menumpang kasih. Berikanlah segala bantuan selagi terdaya walaupun tidak diminta oleh mereka kerana kita ini memang terkenal sebagai pemurah yang melimpah ruah sehingga tidak luak susu sebelanga, tidak surut air di sumur jika sekadar dikongsi dengan mereka. Berikanlah selagi mereka mahu.

Gagasan satu negara kita kongsikan juga, tidak mengapa kerana mereka itu tamu kita. Kena muliakan dan berikan perhatian. Bangsa kita sudah senang lenang, campaklah sebiji benih di belakang kandang nescaya esoknya tumbuh subur hingga menjadi ladang. Tentulah ayam di kepuk tidak mati kelaparan dan itik di air tidak akan mati kehausan.

Melopong dan terngangalah sekelian rakyat jelata, bila mana memanda menteri terus-terusan memberi tanpa henti kepada para tamu itu adanya. Malah tanpa diminta, diberi juga. Lalu fikir mereka barangkali hanya untuk sementara sahaja. Mungkin ada nazarnya sebab beroleh kebajikan atau mimpi terpijak batu permata berjuta-juta. Lantas ditanya rakyat jelata kepada pembesar daerah, pembesar negeri dan juga pembesar negara apa makna ini semua.

Lantas kata para pembesar itulah perkongsian pintar namanya. Hak kita biar diberi sama rata, hak mereka tentulah mereka akan jaga sebab sudah jauh mereka berkelana dari benua nun jauh di sana ke negara kita. Berikanlah kesenangan kepada mereka sebab nanti mereka lebih gembira untuk tinggal bersama kita. Makan bersama malah disuapkan pula adanya.

Makin melopong lagilah rakyat marhaen yang sudah sekian lama tidak disapa. Malah jalan ke desa juga sudah terlupa agaknya.

Sahibul hikayat mengirim pesan dan menitip khabar pada memanda menteri katanya sudah terlupakah kami di sini sana hingga atap tiris sini sana, anak perut kembung angin sahaja, nak santap untuk hari ini pun susah sungguh rasanya entah esok lupa bagaimana pula. Kenapa gah benar memberi, tidak kasihankah kepada kami, segala bakti telah kami beri tapi kami dipandang sepi. Perkiriman dikhabarkan pada pembesar, tidak disampai kepada memanda sebab bunyinya berbeza sudah tentu nanti dimurka.

Purnama berlalu pergi, sudah sekian lama dinanti umpama elegi dalam sepi. Harapan hanya tinggal harapan, yang ada di hadapan cuma kegelapan. Tidak dilihat lagi semarak kasih kepada pertiwi, malah segala harapan luntur di bawa angin sepi.

Memanda menteri amatlah gembira, sebab rakyat makin makmur adanya. Dikhabarkan lagi bahawa rakyat tersangatlah menyayangi memanda menteri yang sentiasa dipandang tinggi kerana seluruh negara diberikan perhatian yang berlebihan sehingga tidak ada lagi ruang untuk berbakti dan memberi sumbangan. Sudah lebih dari kecukupan, sehingga ramai pula yang ditimpa musibah akibat terlalu senang hidup mereka.

Kerana itu perlu berhati-hati untuk memberi lagi sebab dikhuatiri mendatangkan musibah kepada rakyat sendiri. Yang buncit perutnya ditakuti busung, yang besar kenderaannya khuatir tidak muat di aspal sana. Malah sudah ramai yang mata, hidung dan telinga mereka juga tersumbat akibat terlalu senang dan mewah adanya sampai terpaksa menyumbat segala macam lebihan ke segenap ruang yang berlubang.

Memanda menteri bertanya lagi, di mana pula perlu dilawati, siapa pula patut diberi bantuan duniawi.
Dicarilah orang bijak pandai, maka dipalu genderang riuh rendah merata-rata sehingga ke tepi belantara. Akhirnya datanglah sekumpulan kera mengadap memanda menteri dan terus menangis dan merayu katanya mereka kekurangan susu.

Kasihan sungguh memanda menteri yang tulus orangnya sangat hebat kasihnya pada rakyat jelata. Lantas dititahkan kepada pembesar yang turut serta, segeralah kalian berkejar mencari susu untuk si kera ini kerana terlalu sedihnya wajah dan kurusnya tubuh, dan kuningnya kulit dan sebahagian mereka pula sudah hitam seperti terbakar matahari kerana terlalu kuat berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Lalu dicarilah segera si ibu dan bapa penyusuan, kerbau lembu rakyat juga diambil bagi memenuhi keperluan kera di hutan. Melompatlah rakyat marhaen anak yang di pangkuan juga sudah kering susuan, hanya mengharap ternakan bagi mengganti susuan.

Hijau kuning mata, berdesing juga telinga, rambut lebat juga gugur semua. Apakah ini maknanya, berikan betis mahukan paha. Ini sudah terlebih agaknya siapalah punya angkara.

Di kalangan rakyat jelata, ada Luncai namanya. Amat santai orangnya, bila ditanya apa cara mahu dipinta hak kita apa guna bernegara bila mana terlepas semuanya. Lantas dijawab oleh si Luncai 'biarkan biarkan, biar terjun dengan labu-labunya'.

Memanda menteri semakin leka, hingga seluruh negara dilawatinya kerana kebajikan ingin diberi. Katanya biarlah kita korbankan jiwa raga asalkan rakyat gembira umpama hidup dalam syurga meriah sungguh siang malamnya sentiasa umpama sedang berpesta. Berarak dan berusunglah ke sini sana.

Sudah kering air mata, sudah kurus anak di pangkuannya tapi terpinggir tidak dipeduli. Para kera semua hebat sungguh mutakhir ini adanya. Besar tubuh menjangkau enau, habis dilanggar kalau tidak ketepi, pengsan atau boleh mati jika tidak dituruti.

Beginilah onarnya mereka, berdusta setiap masa, mengadu domba tanpa sebarang rasa, malah terasa hebat sungguh adanya kera memanda menteri percaya umpama dipusing seperti roda dan terkesimalah dulu kini dan selamanya.

Bukalah mata segera, bukalah minda sentiasa, jauhkan sengketa kerana sangat merbahaya. Jurang dalam menunggu kita, rakyat marhaen tidak lupa akan segala auta umpama kancil dan pelanduk nampak serupa tapi ia tetap berbeza. Hanya jauhari mengenal manikam mereka meskipun jenisnya berbeza.

l PENULIS ialah Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130602/re_03/Suatu-hikayat-buat-renungan-bersama#ixzz2V2l5AELC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Intipati Pasca PRU13: Sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional hanya sekitar 5% - 10% (Tsunami Cina). Kaum Melayu dan Bumiputra setia menyokong Barisan Nasional. Apakah Dato' Sri Najib masih lagi mahu abai kaum Melayu dan Bumiputra semata-mata terkejar undi kaum Cina yang terbukti bersikap bermuka-muka? Sekaranglah masanya untuk balas budi kaum Melayu dan Bumiputra yang telah memberikan Dato' Sri mandat menerajui Malaysia. Taburlah seluasnya pada kaum Melayu dan Bumiputra kerana di situlah asas sokongan padu yang Dato' Sri terima! Ingat, kaum Melayu dan Bumiputra bukan sokong Barisan Nasional sebab pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bagus menjaga segala kebajikan dan kepentingan mereka, tetapi sebab mereka tiada pilihan. Mengundi Pakatan Rakyat yang jelas menggadai segalanya bukan pilihan yang lebih baik bagi kaum Melayu dan Bumiputra.


28 Mei, 2013

PARTI & NGO KAUM CINA YANG MENOLAK PEMBENTUKAN PARTI TUNGGAL KERANA SEMANGAT KIASU



pandangan orang melayu
Hari ini penulis membaca tentang cadangan daripada pemangku presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mencadangkan UMNO menggerakkan usaha menjadikan BN sebagai parti tunggal (http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130527/po_01/Parti-tunggal-perlu-diperhalusi). Dengan alasan UMNO merupakan parti tunjang dalam BN. Penulis amat tidak bersetuju sekiranya UMNO itu dibubarkan dan diserap kedalam BN sebagai parti tunggal. Isu penting yang dilihat mengapa perlunya parti tunggal ini, ialah membentuk parti yang tidak berasaskan kaum supaya dapat menyatukan semua kaum di Malaysia. Tetapi mengapa harus UMNO yang memulakan langkah awal ini?? Tidakkah kita sedar selama ini NGO kaum cina dan parti politik cina yang paling kuat kiasunya sehingga menimbulkan kesulitan untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sepatutnya kaum cina yang perlu membuka hatinya untuk menerima kaum lain dalam masyarakat mereka. Mengapa masih mengharapkan parti Melayu?

Kita lihat sahaja betapa NGO yang memperjuangkan pendidikan cina. Mereka mahu kaum cina diajar dalam bahasa cina. Mahu guru dari kaum cina. Tidak menggalakkan anak masyarakat cina bersekolah disekolah kebangsaan atas alasan bahasa. Sudah generasi ke-empat pelajar masyarakat cina di Malaysia ini masih ada masalah bahasa?? Semasa cadangan sekolah wawasan (SJK (C), SJK(T) dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan), siapa yang paling kuat menentang kalau bukan NGO kaum cina. Ini semua memperlihatkan betapa NGO cina ini begitu kuat sikap kecinaannya dan tidak mahu bergabung dengan kaum lain. Begitu kuat sikap kiasu mereka. Mereka yang perlu berubah, bukan melayu. 

Dalam politik, kita lihat betapa kuatnya sikap kiasu dan semangat perkauman orang cina. Mereka sanggup menyokong DAP hanya kerana DAP berkempen menolak ketuanan melayu (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/guan-eng-ulangi-dap-tolak-ketuanan.html). Mereka tidak mahu berkongsi kuasa seperti dalam BN. Mereka mahu menguasai kerajaan. Mengapa tidak mahu berkongsi? Rasanya hampir semua tuntutan mereka dah di beri oleh kerajaan. Tapi disebabkan sikap kiasu mereka menolak perkongsian kuasa. PRU13 menjadi saksi terhadap betapa kiasunya mereka demi menangguk di air yang keruh.

Dalam perniagaan, lihat betapa semangat kecinaan ini membenam peniaga-peniaga melayu. Pemborong-pemborong cina memberikan harga yang lebih mahal kepada peniaga melayu, tetapi dengan peniaga cina dengan harga yang murah. Kenapa tidak mahu bersikap sama rata dalam hal seperti ini, seperti yang dilaungkan oleh DAP “kesamarataan”. Siapakah ahli politik cina yang pernah memperjuangkan untuk menghentikan sikap double standard pemborong cina ini? Tiada. Mereka mahu meneruskan seperti itu kerana ia memberi kelebihan kepada kaum mereka. Mengapa mahu bercakap tentang kesamarataan sedangkan kaum cina sendiri tidak pernah mengguna pakai konsep kesamarataan dalam hidup mereka.

Pemangku presiden gerakan mahu UMNO dibubarkan sedangkan membiarkan DAP terus berkuasa sebagai parti kaum cina. Jaminan apakah yang mampu diberikan sekiranya BN menjadi parti tunggal masyarkat cina akan kembali sokong BN? sedangkan dalam PRU13 kita dapat lihat undi kaum cina “swing” hampir 100% kerana semangat kiasu. Selama ini pun kaum cina memberi undi kepada BN bukan kerana suka BN, tetapi kerana ada parti cina dalam BN yang boleh menjaga kaum cina. Kenapa tidak berikan cadangan semua parti kaum cina dibubarkan dan masuk kepada parti melayu. PAS sudah merintis jalan menerima orang bukan islam/melayu kedalam PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenapa tidak mahu memberi cadangan DAP dibubarkan dan masuk PAS atau PKR untuk memperlihat mereka bukan rasis. Kenapa mahu UMNO dibubarkan? UMNO yang didukung oleh sebahagian besar umat melayu itu dicadangkan pembubarannya. Seolah-olah tidak mahu melihat melayu itu bersatu, biar cina sahaja yang bersatu.

Hujah penulis diatas bukan untuk menyemai sikap benci kaum cina, tetapi untuk menunjukkan kaum ini perlu membuktikan keikhlasan mereka sebagai rakyat Malaysia. Mereka yang paling banyak menentang usaha merintis jalan pembentukan bangsa Malaysia. Bukalah pintu hati itu, terima kaum lain dalam masyarakat kerana keikhlasan, bukan kerana keuntungan yang bakal diraih. Kalau perpaduan itu diwujukkan hanya kerana keuntungan sahaja, kalau tidak ada keuntungan tidak mahu perpaduan, itu tidak ikhlas namanya. Mereka yang patut berubah. Melayu sudah banyak bekorban demi keikhlasan, kini tiba giliran mereka pula untuk berkorban demi menunjukkan keikhlasan. Tunjukkanlah…

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin