Tarikh tamat tempoh bagi DUN dibawah PR: Selangor (22 Apri),
Kelantan (28 April), P. Pinang (2 Mei) dan Kedah (5 Mei).
PR telah menyatakan mereka tidak akan membubarkan DUN
serentak dengan pembubaran Parlimen.
Pakatan Rakyat telah memberi tekanan kepada DS Najib untuk
membubarkan Parlimen secepat mungkin. Mereka telah menyatakan DS Najib takut
bubarkan parlimen sebab takut kalah dan
bermacam-macam lagi ucapan yang sinis kepada DS Najib dan BN.
Ramai juga penyokong-penyokong BN yang termakan hasutan
pembangkang dan mengeluh mengapa DS najib masih tidak membubarkan Parlimen. Walaupun
senario politik semasa memihak kepada BN terutama selepas pencerobohan Lahad
Datu bagai ada satu semangat patriotisma rakyat yang kuat menolak PR yang tidak
patriotisma itu. Tetapi DS Najib masih tidak membubarkan Parlimen. Ini memberikan
gambaran bahawa tohmahan PR itu benar.
Sebenarnya kita lupa untuk melihat gambaran yang lebih besar
dalam strategi politik. keputusan DS Najib membubarkan Parlimen lewat ini adalah tepat. PR membuat tohmahan dan menekan DS Najib untuk
membubarkan parlimen adalah untuk mendapatkan kelebihan didalam gelangang PRU. Harus
di ingat sepanjang sejarah PRU di Malaysia, biasanya isu setempat menjadi faktor
penentu paling signifikan kepada pengundi. Sekiranya
PRU 13 tidak dijalankan serentak dgn DUN dibawah PR, PR akan menggunakan jentera pilihanraya mereka untuk meningkatkan
kekuatan kempen mereka dan mengucar-kacirkan kempen di DUN dibawah BN. Suara yang
memainkan isu setempat sudah tentu kuat dipihak PR. Ini sudah tentu merugikan dan
juga tidak adil pada BN. Sebenarnya PR mahukan PRU13 dibuat “diatas lantai yang
tidak rata” dan memihak kepada mereka. mungkin itu sebabnya mereka menekan DS Najib bubarkan Parlimen tapi dalam masa yang sama mereka tidak mahu membubarkan DUN.
Pembubaran Parlimen lewat (walaupun sehingga tarikh akhir 30
april) adalah yang terbaik dan adil untuk semua parti. Tidak kira BN ataupun
PR, mereka akan bertanding diatas lantai yang sama. Masing-masing terpaksa
menggunakan kekuatan jentera pilihanraya negeri untuk negeri masing-masing. Sekiranya
ini berlaku, PR sudah pasti banyak kalah kerana dari pengamatan penulis
kebanyakan ADUN dan MP dari PR tidak menunjukkan prestasi yang baik kepada
penduduk setempat. PR hanya bergantung kepada sentimen isu yang ditiupkan
untuk memainkan emosi pengundi, bukan kerana track record mereka.
Rakyat Malaysia harus menyokong DS Najib dalam membubarkan
Parlimen lewat untuk menjadikan PRU 13 ini serentak dengan semua DUN. Ini adalah
untuk kebaikan dan pertandingan yang adil untuk semua.
(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan