Prof. P Ramasamy mendakwa borang permohonan bukan Melayu/Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam di Pulau Pinang dikoyak. Berat benar tuduhan sebegitu ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam proses recruitment & selection. Dan tuduhan jahat itu sangat tidak adil bagi mereka.
Bagi penulis, tuduhan tersebut hanyalah sekadar tuduhan melulu yang dibuat tanpa asas dan bukti. Sebelum berkhidmat dengan kerajaan, penulis pernah terlibat dalam proses recruitment & selection bagi memilih kakitangan sekitar tahun 1999 di sebuah syarikat akhbar.
Dan sebagai rekod, tidak pernah pula kami melihat faktor kaum sebagai satu prasyarat untuk disenaraipendek, ditemuduga dan seterusnya diberikan surat tawaran. Jauh sekali mengoyak permohonan pemohon-pemohon. Segala prosedur perlu diikuti dengan ketat agar calon yang terpilih kelak berkualiti.
Individu yang terlibat dalam proses recruiment & selection sangat faham bahawa setiap calon yang memohon sudah tentu mengharapkan perkerjaan untuk menampung kehidupan. Jadi apakah motif P Ramasamy membuat tuduhan sebegini ke atas pegawai kerajaan yang terlibat dalam soal pengambilan kakitangan di Pulau Pinang?
P Ramasamy mendakwa bahawa UMNO terlalu dominan sehinggakan soal pengambilan kakitangan di negeri itu pun turut disabit. Bagi penulis, ini adalah tindakan untuk memburuk-burukkan UMNO di mata rakyat bukan Melayu Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.
Sudah tentulah setiap ketua jabatan yang dilantik akan melalui tapisan keselamatan dan sebagainya sebagai satu proses pelantikan. Namun, menuduh ketidakseimbangan kaum di sektor awam dan mengaitkannya dengan faktor dominan UMNO adalah tidak berasas. Kenapa faktor dominan UMNO ditekan atau diberi fokus dalam hal ini? Bagi penulis, ianya jelas sekali berniat jahat.
Jika kita kaji sikap dan cara berpolitik kotor Pakatan Rakyat ini, kita boleh menyimpulkan siapa yang dominan sebenarnya dalam menentukan hala tuju politik Malaysia. Siapa yang sering mengungkit segala hak Melayu/Bumiputera yang jelas diperuntukan dalam Perlembagaan? Jadi siapa yang cuba bersikap lebih dominan sebenarnya? UMNO atau DAP? Kepada pembaca budiman, tepuk dada dan gunakan akal untuk berfikir.
"If you don't act right now, somebody else will always do it for you at your expense...and quickly." (Kotabe & Helsen, 1998).
+
7 ulasan:
publisiti & isu murahan P. Ramasamy, nak jadi jaguh kononnya, prof. tapi otak di lutut.
mentang-mentang jadi TKM II, dah berlagak....apa komen Tok Samy Vellu?
Kembara Politik. Terima kasih kerana layari blog saya. Kebetulan isu yang kita tulis sama. P. Ramasamy sama seperti pemimpin DAP lain akan menojak hati nurani melayu kerana kita sesama kita saling tidak sehaluan, tidak seperjuangan dan tidak kukuh ketuanan sebagai pewaris jati Tanah Melayu. Kita diradak kiri dan kanan kerana kita lemah. Salam.
Tuan Zulkifli Hj Abdul Majid,
Apa motif P Ramasamy? Apa pula bakal terjadi kepada komponen BN selain UMNO terutamanya parti yg berasaskan bukan Melayu/Bumiputra? Bagaimana reaksi mereka? Adakah mereka senada dgn Ramasamy demi survival politik? Kita tidak dengar lagi apa reaksi komponen rakan bukan Melayu/Bumiputra. Tengok, berjayakah perang saraf Ramasamy terhadap BN?
Tuan Mansaari,
Benar kata Tuan, disebabkan politik, Melayu berpecah dan tidak senada dlm byk perkara melibatkan kepentingan agama, bangsa & tanahair. Dlm hal ini pula, PAS & PKR pasti berdiam diri. Di kala UMNO lemah mmg byk suara dalam BN dan luar BN yg mempertikai itu dan ini. Ada baiknya BN terus kalah sahaja pd PRU12 tempohari daripada dinafikan 2/3.
Tapi kita perlu tanya pula kesediaan Melayu dari PR sekiranya mereka berjaya. Adakah komposisi Melayu dlm PR dan kerajaan yg bakal dibentuk mencerminkan hak-hak Melayu bakal dipertahankan sewajarnya? Dengan mengambil kira kelantangan dan dominannya DAP dlm PR kita sebenarnya tidak boleh mengharapkan PAS utk menjadi pelindung hak Melayu. PKR langsung lah tak boleh diharap.
Bila mereka membuka mulut seluas-luasnya tiada langsung kata-kata terimakasih yang dihamburkan kepada UMNO.
Apalagi setelah mendapat kuasa...ini bukan kes hina UMNO tetapi fitnah semata-mata tak dapat kerja. Bangsa Melayu sendiri masih ramai yang menganggur, tetapi Melayu Islam masih bersyukur kerana kita diajar jangan putus asa apatahlagi menyalak tak tentu pasal.
Tuan Rahisam Ramli,
Terima kasih atas komen dan pandangan Tuan.
Catat Ulasan