28 Mac, 2009
InsyaAllah, UMNO Kembali Perkasa!
Nampaknya UMNO kembali kukuh dan kuat dengan beberapa perkembangan terbaru. Barisan kepimpinan UMNO yang baru iaitu dengan Najib sebagai Presiden, Muhyiddin (Timbalan Presiden) dan diperkuat dengan terpilihnya Zahid, Shafie, dan Hisammuddin sebagai Naib Presiden.
Bonus kepada perkembanagn ini ialah YABhg Tun Dr Mahathir dikatakan bakal menyertai semula UMNO sedikit masa lagi. Dato Seri Abdullah pula mengambil sikap yang baik dengan memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan yang baru. Dengan perkembangan ini penulis amat percaya InsyaAllah UMNO kembali perkasa.
+
27 Mac, 2009
23 Mac, 2009
Kantoi! Apa nak buat ni? Mudah aje. Salahkan aje BN! Semudah ABC!
1. Permainan politik kotor Pakatan Rakyat cukup mudah sekarang ini. Bila terkena atas batang hidung sendiri disalahkan UMNO/BN. Banyak tindakan dan kesalahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat cuba 'dibersihkan' dengan cara menyalahkan lawannya. UMNO punya konspirasi!
2. Pemimpin Pakatan Ranjang kesedapan beromen dengan kekasihnya (suami orang) pun disalahkan UMNO punya angkara. Sedaplah kalau macam tu ye? (sinis). Siap ada protection dari Muslimat PAS. Puaslah dipeluknya si sundal tanda simpati, seolah-olah si sundal tak salah. Sepatutnya simpati Muslimat PAS patut diberikan kepada isteri kekasih si sundal. Muslimat PAS sepatutnya meraung sambil memeluk isteri kepada kekasih si sundal yang gatal nak berjimak tapi tak reti-reti nak berkahwin. Pelik bin ajaib. Politik punya pasal, agama sudah tolak tepi. Dunia oh Dunia.
3. Di Perak pula, PR semakin kotor dan jijik. Poster yang begitu menghina Sultan Perak dan Mufti dijadikan bahan kempen. Penulis langsung tidak terkejut dengan tindakan PR ini kerana dah tahu benar perangai buruk PR. Tapi macam biasalah, bila dah terkantoi mulalah meroyan menyalahkan UMNO. Bersepah-sepah blogger PR menulis perihal menuding jari, 'membersihkan' diri dari perangai buruk mereka sendiri. Semua disalahkan UMNO. Mudahnya! Semudah ABC.
4. Kononnya PR dakwa mereka 'suci'. Tapi bukti-bukti menunjukkan mereka itu jijik lagi kotor. Bukti-bukti (track record) yang diberikan oleh penulis akan cuba 'disucikan' oleh para pendokong PR dengan menggunakan apa sahaja kaedah. Kalau agak-agak tak boleh nak menang, jalan terakhir ialah: SALAHKAN SAHAJA UMNO!
Nah! Baca track record si celaka penderhaka dan nilai sendiri perangai buruk pendokong PR. Apa pula nak didalihkan lagi?
Blogger HINDRAF (proksi Pakatan Rakyat) Dakwa Sultan Perak Anjing UMNO
http://anginperubahan.blogspot.com/2009/02/blogger-hindraf-dakwa-sultan-perak.html
Sultan Perak Ditohmah Murtad oleh Pendokong Pakatan Rakyat (Kurang Ajar!)
http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html
Sultan Dihina Pendokong PR yang Taksub
http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2176
Nizar Bela DAP (Terus Derhaka & Jadi Boneka DAP
http://anginperubahan.blogspot.com/2009/02/nizar-membela-dap.html
Tak mengapa. Kalau agak-agak tiada modal dah nak defend diri tu...gunakan aje dalih terakhir tu.
SALAHKAN SAHAJA UMNO. Mudah! Semudah ABC.
+
Pembangkang hina Sultan, Mufti
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my
TAIPING 22 Mac - Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.
Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.
''Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.
Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.
Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.
Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.
''Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.
''Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,'' katanya.
Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.
Sumber: Utusan Malaysia, 23 Mac 2009.
+
12 Mac, 2009
Semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB): Ingatan Buat Para Pemimpin & Pelaksana Dasar
“Rancangan pembukaan tanah melalui FELDA adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut berjaya membawa mereka menerokai kejayaan lebih luas dan lebih besar. Kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan. Tabung Haji dan FELDA bermula dari satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu, ditubuhkan institusi untuk memberi kerangka lalu diterjemahkan kepada projek, diuji di peringkat pelaksanaan. Sepanjang melalui liku perjalanan, tidak dinafikan berlaku ketempangan dalam organisasi tersebut; kerana kehidupan yang bernama duniawi ini tidak bebas dari kesilapan dan kealpaan, tidak terlepas dari godaan syaitan dan bisikan iblis; namun oleh sebab air bersih terus mengalir, maka nila yang sekali sekala menitik warna, akhirnya dapat dijernihkan semula.
Dasar yang dirangka dengan teliti, digubal dengan baik, bertujuan murni dan dilaksanakan secara adil akan terus mendapat sokongan untuk dikekalkan. Dasar Ekonomi Baru dicetuskan dengan niat ikhlas - dengan matlamat murni untuk menyusun semula masyarakat supaya berlaku perimbangan ekonomi antara kaum dan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia adalah formula perancangan pembangunan ekonomi yang dilahirkan secara kolektif oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kata-kata yang diucapkan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, dua arkitek utama melakarkan Dasar Ekonomi Baru tidak menyebut bahawa dasar tersebut digubal dengan tujuan mahu memperkayakan kumpulan tertentu, tidak juga bertujuan mahu menindas kumpulan tertentu. Jika semangat DEB itu diamalkan sebagaimana yang disebut di dalam rancangan tersebut – tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Hari ini DEB dipertikaikan, dasar yang pada asasnya baik dan murni ini telah dipersalahkan dan dituntut untuk dikuburkan kerana digelincirkan di peringkat pelaksanaan.
Perkara ini disentuh sebagai peringatan kepada apa juga tindakan yang akan disusul dari resolusi yang dihasilkan pada hari ini. Betapa kepimpinan negara perlu memperlihatkan kebijaksanaan menarik rambut di dalam tepung, dalam menghadapi suasana diluah mati emak – ditelan mati bapa, untuk memastikan bahawa dalam melaksanakan keutamaan tetap tercermin kesaksamaan dan dalam melaksanakan kesaksamaan tidak meminggirkan keutamaan”.
Sedutan Titah DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr Nazrin Shah, 15 Januari 2009.
11 Mac, 2009
Pusat tahfiz di setiap daerah
Menurut beliau, usaha berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan rakyat mendapat peluang yang lebih luas untuk mengikuti pengajian dan menghafaz al-Quran.
''Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah.
''Buat masa ini tidak semua daerah mempunyai pusat tahfiz al-Quran, jadi kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat itu di semua daerah di seluruh negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus terbela," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul, pelancaran bulan dakwah dan penyampaian hadiah majlis hafazan peringkat negeri di sini hari ini.
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Zambry pada masa sama memberitahu, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius bagi memastikan setiap masjid dan surau yang sudah uzur dapat diperbaiki.
Beliau yang telah melawat beberapa buah masjid berkata, peruntukan khas bagi usaha itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Negeri supaya umat Islam dapat menjalankan ibadah dengan lebih selesa.
''Sehingga kini kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM350,000 bagi membaik pulih Masjid Trong, Masjid Sultan Yusuf di Gunung Rapat dan sebuah masjid di Parit Buntar.
''Mana-mana masjid yang perlu diperbaiki akan diberi peruntukan itu kerana kerajaan negeri mahu memastikan setiap masjid dan surau sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz berkata, kawasan yang bakal mempunyai pusat tahfiz ialah Kerian, Manjung, Kampar, Lenggong, Gerik dan Kampung Gajah.
Katanya, pusat tahfiz itu akan diwujudkan secepat yang mungkin kerana ia merupakan perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri buat masa ini.
Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2009.
***********************************************
Kembara Politik:
3. BN Perak juga perlu jadikan perangai buruk kerajaan boneka terdahulu sebagai sempadan. Jadikan pengajaran. Jangan jadi macam petikan di bawah. Kaduk naik junjung!
"Untuk pengetahuan, sebelum mesyuarat ahli majlis kerajaan negeri diadakan, segala minit mesyuarat dan perihal perkara berbangkit perlu dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk diperkenankan. Termasuklah kes hak milik 999 yang mana Tuanku Sultan Perak tidak memperkenankannya, tetapi dengan sombong dan bongkaknya dan kebodohan YB Nizar selaku menteri besar mereka membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira titah Tuanku yang mahukan perkara ini diperhalusi terlebih dahulu. “Sultan has no power, we’re state government”..itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut YB Ngeh." - Blog Pemuda UMNO Parit, 23 Februari 2009.
4. Apa yang dilakukan oleh kerajaan boneka DAP Perak terdahulu lebih mirip mengagih kekayaan Perak mengikut pecahan pegangan parti dalam kerajaan. DAP mempunyai kerusi tertinggi, maka DAPlah yang membolot segala keputusan. Dan inilah bahananya bagi sebuah kerajaan yang mana DAP adalah dominan. Segala keputusan semuanya dilihat berat sebelah memandangkan DAP mengawal segala rentak perjalanan pentadbiran negeri Perak walaupun MB dari PAS. Surat kepada Nizar pun nak kena buat salinan kedua (s.k.) pada Ngeh?
5. Senario pentadibiran kerajaan boneka DAP terdahulu boleh digambarkan macam dalam sedutan cerita Nujum Pak Belalang - Penyamun mengagihkan harta curi: "Kau ambil 1, Aku ambil 10; Kau ambil 10, Aku ambil 100 000". Itulah model keadilan bagi kerajaan boneka DAP Perak yang lalu.
7. Jika ini dititikberatkan dan diberi keutamaan dalam pentadbiran Dr Zambry, maka Insya-Allah segala pentadbiran negeri akan berjalan dengan licin dan lancar. Dan yang paling penting, semua lapisan rakyat akan berasa gembira dengan corak pentadbiran yang adil ini.
10 Mac, 2009
Nizar Boneka DAP Sampai Mati; Zambry Bekerja Cemerlang Sebagai MB
Sampai bila hendak berperangai sebegini wahai pemimpin Pakatan Rakyat? Kepada Nizar, sampai bila lagi anda mahu diperkuda DAP? Sampai mati? Sudah-sudahlah diperguna oleh DAP. Sedarlah wahai insan yang bernama Nizar.
Perkembangan terkini, Nizar dan barisan ‘EXCO’nya bersidang di bawah sebatang pokok dengan niat sengaja mahu memalukan negara. Persidangan tergempar yang mendapat perkenan Tungku Karpal Singh tersebut telah membentang dan meluluskan 3 usul. Tiga usul yang dibentang dan diluluskan itu ialah:
2. Mencadangkan supaya Sultan Perak memperkenankan DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
3. Pengesahan keputusan Speaker melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Rentetan itu, Nizar telah memohon menghadap Sultan Perak untuk mempersembahkan 3 usul tersebut. Tindakan Nizar ini membuatkan kita berfikir apakah motif sebenar di sebalik perkembangan ini. Persoalan yang timbul ialah:
1. Adakah Nizar dan pemimpin PR masih lagi enggan menerima hakikat (tidak reti bahasa) bahawa Sultan telah menggunakan kuasa budi bicaranya dan menitahkan Nizar dan barisan EXCOnya meletakkan jawatan? Atau…
2. Sengaja mahu mengheret Sultan ke dalam permainan politik mereka agar penyokong mereka membenci Sultan kerana ada kemungkinan Sultan tidak akan melayan permohonan ini? Mungkinkah Karpal Singh sekali lagi mahu menyaman Sultan jika tidak dilayan? Atau…
3. Jika katakanlah, Nizar diterima menghadap Sultan, tetapi Sultan menolak ketiga-tiga usul tersebut. Apa pula reaksi Nizar seterusnya? Adakah beliau akan terima keputusan Sultan sepertimana beliau berjanji akan menerima keputusan Sultan suatu ketika dulu tetapi akhirnya beliau memilih jalan DERHAKA? Atau…
4. Sengaja mahu mengheret isu politik Perak ini ke suatu tempoh masa yang semakin lama dengan pelbagai intrepretasi undang-undang?
Disebalik semua kekalutan politik ini, Dr Zambry berjaya memikul tanggungjawab sebagai MB dengan penuh cemerlang. Semenjak memegang teraju MB Perak suasana dan mood rakyat Perak semakin baik.
Terkini, Zambry telah mengumumkan beberapa langkah yang amat dialu-alukan oleh penulis dan penulis percaya rakyat Perak turut berkongsi sentiment yang sama. MB telah berjaya meletakkan keadilan di tempat yang sepatutnya.
Langkah kerajaan negeri yang akan mewujudkan Maahad Tahfiz Al-Quran di setiap daerah di Perak amat dialu-alukan. Turut tidak ketinggalan Dr Zambry telah komited untuk memberi peruntukan bagi membaik pulih masjid dan surau di negeri Perak.
Sehingga kini, terdapat beberapa masjid telah menerima peruntukan pembangunan kerajaan negeri iaitu Masjid Trong sebanyak RM50,000, Masjid Sultan Yusuf di Rapat Setia (RM200,000) dan Masjid Parit Buntar (RM100,000).
Segala pembangunan yang diambil dan dirancang juga tidak langsung mengabaikan kaum Cina, India dan lain-lain. Syabas penulis ucapkan kepada Dr Zambry dan barisan EXCOnya! Teruskan meneraju Perak dengan penuh komited dan memberikan fokus kepada masalah ekonomi yang nampaknya semakin mencabar.
Akhirnya penulis menemui jawapan kepada segala kekalutan politik di Perak yang sengaja dipanjangkan. DAP sejak awal lagi sudah sedar bahawa rakyat akan mulai melihat rekod cemerlang kerajaan BN sejurus mengambil alih pentadbiran kerajaan Nizar si boneka DAP yang caca marba sepanjang tempoh singkat berkuasa.
Arkib
-
▼
2009
(142)
-
▼
Mac
(8)
- InsyaAllah, UMNO Kembali Perkasa!
- Gambar badak yang pekak (dan juga dungu)!
- Barisan kepimpinan yang meyakinkan!
- Kantoi! Apa nak buat ni? Mudah aje. Salahkan aje B...
- Pembangkang hina Sultan, Mufti
- Semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB): Ingatan Buat Pa...
- Pusat tahfiz di setiap daerah
- Nizar Boneka DAP Sampai Mati; Zambry Bekerja Cemer...
-
▼
Mac
(8)